Netizen bengang ‘top up’ kena SST, hi hi hi
MERDEKAAAA!
Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang
bermula hari ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat terutama
berhubung caj dikenakan ke atas tambah nilai perkhidmatan prabayar.
Rata-rata ruangan komen Facebook Sinar Harian dibanjiri luahan rasa tidak puas hati netizen sejak pagi tadi.
Syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini kembali mengenakan cukai
SST ke atas setiap tambah nilai berkuatkuasa 1 September 2018.
Pengguna membangkitkan soal tambah nilai RM10 di mana mereka hanya RM9.43 dikreditkan.
Mohd Johari : “Baru ‘top up’ tadi RM50, yang dapat RM47.23, kena tolak RM2.77. Adoi.”Che Mat : “Masalahnya ‘top up’ sekarang beli RM10 dapat RM9.43, dah lah internet RM10. Tak pasal-pasal kena beli pula lagi RM5. Menyusahkan betul.”
Ismail Ahmad : “Pasal sate di kedai makan tak kena SST letak tepi dulu. Ini nak tanya, kenapa ‘top up’ RM10 dapat RM9.43, lagi 57 sen pergi mana? Siapa sapu? Kerajaan atau syarikat telekomunikasi? Kenapa nak sapu dari poket pengguna? Adilkah kalau macam ini?”
INGATKAN BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, RAKYAT TERBELA, RUPANYA RAKYAT TERUS MENDERITA, MERDEKAAAAAA !!!
SIFAR GST ! BARANG TETAP SAMA SEPERTI ADA GST, KERAJAAN KENA BUKA MATA, JANGAN BUKA TEMBOLOK !
LA NI DATANG PULA SST, MAKA BERTAMBAH TERBEBANLAH RAKYAT, APA YANG KITA FAHAM SST INI ADALAH DIKENAKAN TERHADAP "FAST MOVING ITEMS" MAKA TERBEBAN LAGI LA HIDUP RAKYAT !
NAMUN, DISEBABKAN KITA TELAH MERDEKA MAKA LANTAK PI LA GST KE ATAU SST KE BIAQ PI, YANG KAUT UNTUNG UNTUK ANAK CUCU TETAP JUGA BERJALAN TERUS.
CONTOHNYA PEMBEKAL MINYAK PETRON PADA KERAJAAN, TETAP MENGAUT UNTUNG BUAT KRONI, RAKYAT JUGA TERTIPU DAN TERBANGANG !
MERDEKAAAA ! MERDEKAAAA !
HU,HU,HU PUTAR SANA PUTAR SINI, DIA ORANG JUGA SENANG !!!!
DALAM MASA YANG SAMA:
Tolong! jangan jual Petronas
Umno berharap kerajaan tidak akan menjual aset milik
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada Syarikat Petron Fuel
International Sdn Bhd (Petron)
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya Petronas atau asetnya dipecahkan dan dijual kepada negara asing, ia satu tragedi buat Malaysia
“Berdasarkan kepada perkembangan terbaru semalam iaitu pelantikan syarikat minyak Filipina, Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan, saya harap kerajaan tidak akan jual aset milik Petronas kepada syarikat Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini.
-Pak Karamu-
‘Merdeka GST, selamat datang SST’
(Ubah saiz teks)
MEMPERKENALKAN cukai barang dan perkhidmatan (GST)
dengan kadar enam peratus pada 1 April 2015, mungkin bukan satu
keputusan popular yang diambil oleh kerajaan terdahulu.
Tujuan pengenalan GST kerajaan ketika itu untuk mereformasikan sistem
percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan
meningkatkan kecekapan pungutan cukai.
Malaysia antara salah sebuah daripada lebih 160 negara melaksanakan sistem cukai itu yang disifatkan lebih cekap dan telus.
Malangnya, banyak cerita tidak enak melingkari sejak pelaksanaan GST.
PH ketika masih bergelar pembangkang menjadikan GST sebagai modal
politik untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Malah, satu Himpunan Mansuh GST diadakan setahun selepas pelaksanaannya
sebagai desakan agar kerajaan memansuhkan cukai tersebut.
Alasan yang digunakan sudah tentulah cukai itu dikatakan membebankan rakyat serta menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
Susulan itu, PH dalam manifestonya berjanji untuk memansuhkan GST yang ternyata berjaya menambat hati rakyat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, GST adalah antara faktor kepada tumbangnya kerajaan BN pada PRU14 lalu.
Sejurus mengambil alih kerajaan, PH pada 1 Jun lalu mengurangkan kadar
GST kepada sifar peratus sebagai salah satu janji 100 hari mereka iaitu
memansuhkan GST.
Namun, memansuhkan GST bukanlah bermakna rakyat tidak perlu lagi
membayar cukai sebaliknya kerajaan PH kembali memperkenalkan cukai
jualan dan perkhidmatan (SST).
Di bawah sistem SST, peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada
kadar enam peratus, manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan
pelaksanaan SST pada 24 Ogos, 2018 selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara
meluluskannya masing-masing pada 9 Ogos dan 20 Ogos.
Dikuatkuasa secara rasmi hari ini, cukai ini tidak terkecuali daripada
kritikan. Keputusan kerajaan ini dikatakan sebagai satu langkah ke
belakang dan SST dilabel sebagai satu sistem lapuk.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya antara
individu paling lantang menolak pengenalan SST yang disifatkan hanya
akan merugikan rakyat.
Beliau menjangkakan rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila SST dilaksanakan.
Begitu juga suara senada pemimpin-pemimpin BN lain yang menolak SST
misalnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan GST
dikekalkan namun dengan kadar lebih rendah.
Bagaimanapun, di pihak kerajaan mempertahankan langkah mereka ini
walaupun diakui sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng bahawa GST
merupakan sistem cukai yang lebih telus.
Menurut Guan Eng, SST tidak akan membebankan rakyat berbanding GST
kerana kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun berbanding RM44
bilion yang dikutip daripada GST.
Menjawab kerisauan rakyat kononnya SST akan menyebabkan kenaikan harga
barang, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa
dakwaan itu tidak benar dan tiada asas.
Bagi rakyat sendiri sebagai pengguna akhir, tiada lagi alasan mahu
didengar. Sama ada GST atau SST, mereka hanya mahu harga barang tidak
‘menjerut’ leher mereka tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin
bertambah.