Muhyiddin: 2016 menanti dengan cabaran lebih getir
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyifatkan 2015 sebagai tahun yang mencabar dengan pelbagai ranjau yang
terpaksa dilalui oleh rakyat termasuklah isu berkaitan kos sara hidup.
Menerusi perutusan tahun baharunya, Muhyiddin bagaimanapun menambah, 2016 pula dijangka tahun yang lebih getir buat Malaysia dengan keadaan iklim ekonomi yang tidak menentu dan sumber kewangan kerajaan yang semakin merosot.
Berikut adalah petikan perutusan Tahun Baharu Muhyiddin:-
Sempena sambutan tahun baharu 2016, marilah kita mengimbau sejenak beberapa peristiwa penting yang kita lalui sepanjang tahun 2015. Bagi saya, tahun 2015 bermula dengan cabaran yang agak getir.
Menangani tekanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan bermulanya pelaksanaan GST adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian rakyat.
Tidak dinafikan pemberian BR1M dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun demikian, dengan kenaikan harga barangan keperluan yang meningkat secara mendadak, kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam dan penghapusan sebahagian subsidi kerajaan menyebabkan beban sara hidup yang ditanggung oleh rakyat semakin meningkat.
Sehingga penghujung tahun 2015, isu kos sara hidup masih menghantui rakyat, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi.
Tahun 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbirurus negara.

Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana
Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota
pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang
terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, menimbulkan banyak persoalan dan
keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara.
Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal
meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab
menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar
dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis
kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih.
Tahun 2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim
ekonomi dunia masih tidak menentu. Harga minyak dunia dijangka jatuh ke
paras yang lebih rendah dan Malaysia sebagai sebuah negara yang
sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak akan terjejas.
Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan untuk
membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad.
Selain itu, kesan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPP) ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat juga masih belum
menentu.
Dalam keadaan yang semakin sukar ini, isu integriti dan akauntabiliti
pemimpin kerajaan dalam mentadbir negara menjadi semakin penting.
Sementara rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa
untuk menambah pendapatan, pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab untuk
mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan
kerajaan.
Pastikan setiap sen wang yang dibelanjakan oleh kerajaan sampai kepada
rakyat. Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan
semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian
perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan
dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan
sasar.
Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban
kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada
kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan
dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih
berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak
dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu.
Selain itu, sempena sambutan tahun baharu 2016 marilah kita perkukuhkan
perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
agama.
Jangan kita biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja
mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mengalih
perhatian rakyat daripada isu tadbirurus negara yg semakin meruncing.
Ingatlah, mengekalkan perpaduan kaum, mewujudkan keharmonian agama dan
memelihara keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
Umat Islam yang merupakan majoriti rakyat negara ini bertanggungjawab
untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar yang mementingkan nilai-nilai
amanah, kejujuran, kebenaran dan keadilan tertegak di dalam
pemerintahan dan kehidupan seharian. Kerjasama dan perpaduan dalam
kalangan umat Islam perlu dibina di atas prinsip dan nilai murni ini,
bukan atas asas yang lain.
Saya percaya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang bertunjangkan
prinsip dan nilai murni ini akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang
lebih bermaruah, lebih dihormati oleh masyarakat bukan Islam dan
beroleh keredhaan ALLAH SWT.
Nilai keadilan dan kejujuran yang diamalkan oleh umat Islam juga akan
mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara masyarakat pelbagai kaum
dan agama di negara kita.
Saya mendoakan semoga kita sentiasa cekal dan bersedia utk menghadapi
cabaran getir yang menanti kita di hadapan. Insya-ALLAH, berkat
kesabaran dan kecekalan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan
tanah air, setiap cabaran yang mendatang pasti dapat kita hadapi dengan
jayanya. Mudah-mudahan tahun 2016 menjanjikan sinar bahagia buat kita
semua.
Selamat menyambut tahun baharu 2016!