PAS AKAN LAKUKAN SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA, MENGADU KEPADA ALLAH S.W.T ATAS FITNAH DARI KAUM KAFIR DAN MUNAFIK.
KENYATAAN ORANG POLITIK TIDAK SEMESTINYA ISU POLITIK.
IA ISU MEMALUKAN PARTI PAS, KEYAKINAN AHLI DAN PARA PIMPINANNYA.
KESANNYA KEYAKINAN UMAT ISLAM AKAN TERCALAR TERUK JIKA BENAR PAS MELAKUKAN APA YANG MEREKA NAFIKAN.
JIKA BERLAKU DISEBALIKNYA MAKA PAS WAJIB BERTINDAK TERHADAP ANUAR IBRAHIM, ATAU PAS AKAN HANCUR
-Pak Karamu-
Takiyuddin: Kami ada dokumen, Anwar cakap atas khabar angin
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau akan membuat
sidang media khas bagi menjawab dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim
berkenaan parti itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report
Clare Rewcastle Brown.
Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan segala bukti berkenaan perkara itu.
"Kami
akan tunjukan semuanya...Dia (Anwar) kata dia semak dengan mahkamah
London. Kami ada semua dokumen dan akan dedahkan semuanya.
"Kami
yakin dokumen lebih kuat berbanding kata-kata sahaja. Kami akan jawab
berdasarkan dokumen," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Anwar ketika berceramah di Semenyih semalam, bahawa PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan presidennya Abdul Hadi Awang.
Menegaskan bukti ada bersamanya, Anwar mencabar PAS untuk menjawab dakwaan tersebut.
Takiyuddin berkata jika benar Anwar memiliki bukti yang menunjukkan perkara itu, beliau perlu mengemukakannya.
"Dia kena tunjuklah. Dalam kenyataan dulu saya sudah berkata, kita sudah bagi penyata akaun PAS sejak Januari 2015 hingga Disember 2018 kepada SPRM.
"Saya akan tunjukkan berdasarkan bukti. Bukan macam dia, dia bercakap berdasarkan khabar angin," katanya lagi.
Anwar pertama kali membangkitkan tentang bayaran RM1.4 juta itu pada 26 Februari lalu apabila meminta PAS memberi penjelasan tentang perkara itu.
Katanya, ia berikutan kenyataan bercanggah antara Abdul Hadi dan Clare berhubung penyelesaian luar mahkamah antara mereka.
Takiyuddin menafikan
kenyataan itu sehari kemudian dengan berkata perintah persetujuan
mahkamah menunjukkan Abdul Hadi sebagai pihak yang menuntut tidak
membayar apa-apa bayaran atau kos kepada Clare selaku defendan.
"PAS lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini (PAS is not even a party to the suit)," katanya.