NEGERI ISLAM SELANGOR ? LULUS PESTA ARAK !
FULL STOP !
YANG DIPERTUA MPK DATUK MOHAMAD YASID BIDIN DAPAT SAHAM DI AKHIRAT
FULL STOP !
YANG MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA ISLAM DI SELANGOR DAPAT SAHAM DI AKHIRAT !
FULL STOP !
UNDIAN MENUNJUKKAN PARTI DAP DAN PKR MENYOKONG PESTA ARAK !
FULL STOP !
BERERTI PARTI DAP/PKR/ DALAM PAKATAN HARAPAN BERSETUJU PESTA ARAK, UNDILAH P. HARAPAN !
FULL STOP !
DAP DAN PKR BERSETUJU PUNCA MAKSIAT DISELANGOR BERLAKU !
FULL STOP !
MARUAH AGAMA ISLAM DI SELANGOR TERCEMAR OLEH PARTI YANG BERSETUJU PESTA ARAK !
FULL STOP !
SIAPA SEBENARNYA MEMELIHARA AGAMA ISLAM DAN MARUAHNYA DI SELANGOR TERPALIT SUBHAT !
FULL STOP !
BILA TAK DE TAULIAH PANDAI PULAK TANGKAP. BILA PESTA ARAK JADI PEKAK BADAK PULAK ! TERIMALAH GANJARANNYA DI AKHIRAT KELAK !
MERDEKAAAAAA !!!
FULL STOP !
-Pak Karamu-
Majlis Perbandaran Klang Lulus Permohonan Pesta Arak
AIDCNews
-28/09/17- Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah meluluskan penganjuran
pesta arak yang ditukar nama daripada “Oktoberfest” kepada pesta makanan
dan minuman Jerman.
Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily
berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk
melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu
mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah,
Jabatan Kastam dan polis.
“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah
berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.
Katanya.
Katanya.
Mohamad Yasid berkata walaupun mendapat bantahan daripada dua wakil
PAS yang menjadi Ahli Majli MPK dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan
itu semalam, namun aktiviti berkenaan tetap diluluskan pihaknya.
Dua wakil PAS yang membantah itu adalah Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif yang dianggap mewakili lima wakil PAS dalam MPK.
Selain Kahar dan Prasad, tiga lagi wakil PAS adalah Azimah Binti Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan Deepakaran A/L Karuppiah.
Walau bagaimanapun, lima wakil PAS dalam MPK dianggap suara minoriti
berbanding dengan 10 wakil DAP dan 10 wakil PKR dalam kerajaan tempatan
(PBT) Klang.
10 wakil DAP adalah Robert Choo Teck Keong, Lee Fu Haw, Leong Tuck
Chee, Yugarajah A/L Palanisamy, Ngian Yoke Mooi, Choo Teck Keong, Tan
Jee Kian, Khoo Gee Tat, Sukumaran A/L A. Sundram dan Nalan A/L
M.Muniandy @ Balan.
Manakala 10 wakil PKR adalah Yew Boon Lye, Azizi Bin Ayob,
Maneyvannan A/L Velue, Rosnee Binti Talib, Sabastian Rao A/L Pragasam,
Athi Saravanan A/L S. Rengiah, Tan Heng Kim, Umi Jumainah Binti Mohamed,
Shoba A/P Selvarajoo dan Sivagami A/P Kathan.
Dari segi komposisi kaum, Cina dan India masing-masing berkongsi
majoriti di mana kaum itu diwakili 9 orang mewakili kaum mereka
berbanding dengan 7 orang mewakili kaum Melayu.
Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menggunakan alasan “sensitiviti politik” untuk menolak permohonan MyBeer
Malaysia untuk menganjurkan Festival Better Beer 2017 di Galeri
Beli-belah Publika pada 6 hingga 7 Oktober ini.
Ia disusuli pengesahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
pada 21 September lalu yang polis tidak menyokong penganjuran acara itu
kerana mendapat maklumat wujud ancaman militan untuk mensabotaj
festival itu dan beberapa pihak merancang menimbulkan kekacauan.
Walau bagaimanapun, kenyataan di atas berbeza dengan kenyataan
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di mana beliau
berkata pesta arak boleh dibenarkan jika mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan PBT.
Azmin berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam
dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun
undang-undang perlu dipatuhi.
“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara
hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,”
katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.