Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANGSA ARAB DI BAWAH KETIAK YAHUDI

Salam

BENARLAH APA YANG DI KATAKAN KHALIFAH UMAR AL KHATAB:

نحن قوم اعزنا الله بالأسلا م فمهما نبتغ العز بغير ما اعزنا الله اذ لنل الله 

Maksudnya: Sesungguhnya kita (umat islam) yang di berikan  kemuliaan oleh Allah dengan islam, walau bagaimana kita mencari kemenangan dan kemuliaan selain daripada islam maka kita akan menerima hukum penghinaan daripada Allah s.wt

Ayat yang keluar daripada mulut Saidina Umar r.a ini sudah lama di luahkannya supaya umat islam yang terdiri dari berbagai puak dan bangsa termasuklah bangsa arab memikirkannya kembali, apa yang berlaku di zamannya maka bakal akan berlaku juga pada zaman selepasnya iaitu umat islam akan mendapat kehinaan daripada Allah sekiranya mereka mencari kemenangan selain dari cara islam

Hari ini umat islam yang terdiri dari berbagai puak dan bangsa sudah di hinakan oleh Yahudi, mereka di malukan oleh bangsa itu dengan menyerang rombongan bantuan kemanusiaan kepada Palastin, bangsa arab yang berada di sekeliling Palastin membisu seribu bahasa, umat islam yang bukan dari keluarga arab yang di luar kelompok arab juga turut membisu, termasuklah di negara ini, jika adapun yang berani bersuara hanyalah menyalak bagaikan anjing yang tidak akan sampai kemana

Umat islam telah mengalami hukuman daripada Allah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, Allah s.w.t menghukum umat islam dengan mengizinkan Yahudi Israil menyerang rombongan bantuan kemanusiaan untuk umat islam di Palastin supaya perasaan umat islam menderita sakit yang tidak sebarang tanggung, nah sekarang rasakanlah ! Hanya mereka yang mempunyai perasaan sahaja yang dapat merasakan sakitnya, yang tidak merasakan apa-apa mereka samalah seperti bangsa arab yang berada di sekeliling negara israil yang telah menjadi dayus malah mengambil Yahudi sebagai kawan

Umat islam menjadi bangsa yang dayus ! umat islam sudah menjadi bangsa yang menikus, umat islam kebanyakannya sudah berada di bawah ketiak Yahudi sebab itu mereka tidak merasa apa-apa apabila saudara mereka di serang oleh Yahudi, DAN DOSA YANG PALING BESAR YANG DI TANGGUNG OLEH UMAT ISLAM IALAH APABILA MEREKA MENINGGALKAN ISLAM SEBAGAI DASAR KEMENANGAN DAN MEREKA GANTIKAN DENGAN SEMANGAT BANGSA, LALU ALLAH HINAKAN MEREKA
Di dalam al quran Allah berfirman: (Q.S Muhammad 7)

يأ يها الذين ءامنو أن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai (kemenangan) dan mengukuhkan tapak pendirian kamu

Lihatlah ayat yang di atas dengan membuka mata hati kamu wahai umat yang mengakui sebagai umat islam dan Muhammad, kamu telah di hinakan oleh Allah dan Israil dengan izin Allah kerana kamu berbangga dengan bangsa dan puak kamu dengan meninggalkan islam, islam  hanya kamu jadikan budaya, islam kamu jadikan hanya sebagai mainan, islam kamu jadikan hanya sebagai olok-olok, Islam  hanya kamu jadikan yang terbawah dari dasar bangsa, maka pada hari ini kamu telah di hinakan

Kamu wahai manusia yang mengakui sebagai umat islam, kamu  hanya mengakui  sebagai  umat yang di muliakan oleh Allah ! akan tetapi kamu kufur dengan amaran Allah dan agamaNya, kamu lebih menyanjung Yahudi Israil dengan alasan teknoloji yang serba canggih, maka kamu menirunya, pada hal  kamu lupa al quran itu tiada apa yang kurang, namun kamu hanya menjadikannya sebagai berkhayal dengan taranumnya sahaja dan kamu mengambil sebahagian ayatNya dan meninggalkan sebahagian yang lain, maka hari ini kamu telah menjadi bangsa yang bangsat !

Kita hendaklah ingat ! selagi umat islam beramal dengan amalan Yahudi, masih beramal dengan sifat-sifat Yahudi, selagi dasar-dasar Yahudi masih lagi bertapak kukuh di dalam pemikiran umat islam maka selagi itulah umat islam mendapat penghinaan daripada Allah s.w.t






                                             




ISRAIL APCO MALAYSIA APCO

Salam

و لن ترض عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم    (Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali bersetuju atau suka kepadamu sehingga kamu mengikuti agama kamu)

sekarang bagaimana ? Nak APCO lagi ?

Zaid Hamidi bagaimana ? UMNO bagaimana ?

UMNO BUKA LUBANG DAP TUTUP LUBANG

Salam

Ishhh ! Tak faham la ! langsung tak faham ! Dunia ni dah nak terbalik sangat  kot !


Yang lulus lesen judi dan sebab berkembangnya maksiat di negara ini adalah hasil pentadbiran BN/UMNOyang gagal mengawalnya, tidak terdaya BN/UMNO mengurangkan maksiat, ateee ? TV semua chanel asik menyanyi je, secara terbuka kita kenalah akui, TETIBA DAP yang di katakan kominis yang memerintah P.Pinang pula yang haramkan judi ! Macam tak percaya pulak ! Allah memang haramkan judi ! DAP pun haramkan judi, nampaknya UMNO buka lobang,DAP tutup lobang

ADA KEMUNGKINAN BESAR PILIHANRAYA KECIL DI KUALA NERANG KEDAH

KEMUNCAK JUDI SUKAN

Salam

AGAMA ISLAM MENGHARAMKAN APA JUGA BENTUK PERJUDIAN

Baru-baru ini kita di bumi Malaysia hebuh dengan judi bola, iaitu judi sukan kerana ia di haramkan oleh Tuhan, apa juga yang berbentuk judi, kepada orang islam di ingatkan supaya jangan menjadikan sukan (riadah) itu satu dari aktiviti perjudian, akan tetapi kerajaan BN/UMNO pula meluluskan lesen untuk aktiviti riadah tersebut

Tiba-tiba dengan tidak di duga kerajaan DAP yang di benci oleh BN/UMNO telah mengharamkan apa juga bentuk judi sukan pada keseluruhannya, sebab itu jika pembaca ingat dalam N3 saya yang lepas ada menyatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO telah menjadi kenyataan, ia suatu yang tidak di duga

LIM GUAN ENG ketua menteri P.Pinang hari ini telah membuat pengumuman mengharamkan  apa juga bentuk judi sukan secara menyeluruh, ertinya DAP hendak menerangkan  satu isyarat bahawa jika orang UMNO menyatakan kerajaan DAP P.Pinang sebagai kerajaan haram maka sekarang mereka telah berputus asa, dan sekarang rakyat bolehlah menilai kerajaan siapakah yang telah menolak mungkar

ULAMA BISU

Salam

PARA ULAMA JANGAN JADI BISU, JANGAN JADI BURUNG KEDIDI !

Ulama adalah kata jamak bagi orang yang 'alim, ertinya mereka memahami dalam bidang agama dalam soal hukum baik hukum yang tersurat ataupun tersirat, mereka sepatutnya menjadi rujukan segala apa yang di ragui dalam soal hukum dan yang paling baik merekalah sepatutnya di lantik sebagai Ulil Amri yang mempunyai kuasa memerintah negara, inilah contoh yang di dahului oleh Baginda Rasullullah s.a.w

Ulama tidak boleh bersekongkol dengan mana-mana  Umarak (Pemerintah) yang melakukan maksiat dan membenarkan diri mereka di benarkan untuk di jadikan alat oleh pemerintah yang maksiat, sekali-kali tidak boleh, pada tangan merekalah harapan Allah dan rasulNya serta umat islam yang lain supaya menjaga agama dan urusan umat islam supaya agama sentiasa terpelihara dan umat sentiasa selamat
Andainya ulama tiada kuasa untuk menjadi Ulil Amri maka mereka hendaklah menjadi penasihat kepada Ulil Amri dan mereka mesti ada kekuatan dan jangan menjadi ulama bisu yang hanya menggangguk apabila ada pemimpin yang membuat maksiat atau mereka cuba merengankan hukum maksiat itu kepada hukuman yang tidak sepatutnya kerana mahu menjaga perhubungan di antara ulama dan umarak

Dalam soal Ulil Amri Allah berfirman  (An Nisa 59)

يأ يها الذين امنواا طيعوا الله واطيعواا لرسول واولى الأمر منكم 
فأن تنا زعتم فى شئ فرد وه الى الله ورسول

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, ta'atlah kamu kepada Allah dan ta'atlah kamu kepada rasul, dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu, dan jika kamu bertelengkah pada sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan rasul ... 

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa memang boleh kita ta'at kepada Ulil Amri selagi mana ia tidak melakukan maksiat  dan itu adalah suatu budi bicara dan baik sangka kerana ta'at kepada Ulil Amri tidak mutlak, dan menyerahkan sesuatu amanah kepada pemerintah yang maksiat atau kepada yang bukan ahlinya dalam urusan agama maka itu adalah khianat, sebagaimana yang di tetapkan oleh Rasullullah s.a.w (H.R  Al Hakim)

من ولي من أسرالمسلمين شئا فولى رجلا وهو يجد من هو
أصلح  للمسلمين منه  فقد  خان الله  ورسوله  والمؤ منين 

Maksudnya: Brangsiapa yang memegang kuasa dari urusan kaum muslimin, lalu mereka berikan (amanah) kepada seseorang pada hal dia tahu bahawa ada lagi orang lain yang lebih arif untuk kaum muslimin daripada orang yang dia lantik, maka berkhianatlah dia kepada Allah dan rasulnya dan berkhianat kepada kaum muslimin

Hadis di atas menunjukkan ujud sudah golongan yang telah membuat khianat kepada Allah dan rasulNya dan juga berkhianatlah juga mereka kepada orang-orang muslimin, maka tanggunglah ! Dan inilah yang telah terjadi di negara ini

Dan sabda Rasullullah lagi (Riwayat soheh Bukhary)

أذا وسدا لأمر ألى أهله فا نتظرالسا عة  (Apabila sesuatu urusan itu di serahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah sa'atnya (Kehancurannya) demikian ketetapan agama yang apabila kita lakukan dengan menyalah gunakan kuasa potpolionya kepada yang bukan ahli, lantas apa yang akan terjadi pada negara ini kelak ? Kerana itu jika perhubungan ulama dan umarak sudah menjadi tiada batas sempadan dalam urusan dunia dan akhirat maka itu suatu yang ganjil, namun ia berlaku juga di negara ini

MANUSIA YANG BODOH SOMBONG

Salam

Di Malaysia ramai orang yang bersikap seperti yang di sebut oleh Allah di dalam firmanNya di bawah ini:

Firman Allah dalam surah al khaf ayat 103-104

قل هل ننبئكم با لأخسرين أعملا
الذين ضل سعيهم فى الحيوة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا 

Maksudnya:   Katakanlah (Wahai Muhammad) mahukah Kami khabarkan kepada kamu, akan orang yang rugi serugi-ruginya, amal-amal perbuatannya, (iaitu) orang yang sia-sia amal ushanya di dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa benar dan baik pada apa saja yang mereka lakukan

Ayat yang di atas sedang melanda kepada para pemimpin di dalam negara ini, mereka melakukan mengikut sekehendak hatinya dengan tidak mahu mengambil kira pandangan orang ramai pada apa saja keputusan yang di ambilnya atau mengambil kira pandangan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah yang berkait dengan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam, maka pemimpin ini di sifatkan oleh Allah sebagai orang yang telah sia-sia dan rugi segala amalannya kerana sikap mereka yang bodoh sombong

Pemimpin atau orang ramai yang bersikap seperti firman di atas bukan saja bodoh dan sombong akan tetapi sebenarnya mata hatinya buta dan di akhirat nanti mata mereka akan di butakan oleh Allah sebagaimana yang di sebut oleh Allah   ومن كان فى هذه أعمى فهوفى الأخرة أعمى وأضلل سبيلا  (Sesiapa yang berada di dunia ini dalam keadaan buta mata hatinya, maka ia akan menjadi buta juga di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya) Al Israk ayat 72

Buta mata hati ini di terjemahkan kepada manusia bagaimana mereka  boleh hidup di akhirat dalam keadaan di butakan oleh Allah mata hatinya kerana sikap mereka yang bodoh sombong di dunia sehinggakan mereka tidak faham hendak menilai mana yang baik dan buruk, dan di antara yang benar dan salah, mereka hanya mengikut saja pandangan orang ramai bagaikan lembu di cucuk hidung kerana kepentingan kebendaan dan kebodohan hendak menilai mana yang benar dan salah

Orang yang buta mata hatinya memang tidak mahu di nasihati dan tidak pula mereka dapat menerima dakwah kerana di dalam hatinya telah di letakkan oleh Allah suatu penyakit yang bertambah-tambah atas kedegilan mereka, mereka ada mata, telinga dan hati akan tetapi mereka lebih cenderung menjadikan diri mereka seperti  binatang ternakan sebagaimana firman Allah dalam surah  al A'araf ayat 179

Firman Allah:

ولقد ذ رأ نا لجهنم كثيرا من الجن والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها
ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءا ذان لا يسمعون بها أولئك كالأ
نعم بل هم أضل أولئك هم الغفلون

Maksudnya:  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam ramai dari kalangan Jin dan Manusia, yang mempunyai hati tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, yang punyai mata tidak mahu melihat, yang punyai telinga tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu  seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai

Ayat yang di atas sangat mengharukan kita, apakah kita  tergolong dalam kumpulan tersebut ? maka eloklah kita bertanyakan kepada diri kita sementara boleh bertaubat dan sihat badan  sebelum kita di cop oleh Allah sebagai binatang, malah lebih sesat daripada binatang,  Inilah zaman yang sedang kita berada di dalamnya, oleh kerana itu fikir-fikirkanlah






MENYERAHKAN BUKAN PADA AHLINYA

Salam

Apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan agama bukan pada ahlinya maka tunggulah  agama itu akan menjadi hancur, negara akan hancur, ekonomi akan hancur, rakyat akan tanggung dosa, rakyat menjadi dayus, mala petaka tidak berhenti, Tuhan akan terus menghukum rakyat di negara tersebut ,para ulamak di butakan oleh Allah hati mereka dan pada keseluruhannya akan menjadi musnah

GOLONGAN YANG DI LUPAI OLEH ALLAH

Salam

Setiap manusia di tugaskan oleh Allah sebagai khalifahNya untuk mentadbir  planet bumi, khalifah bukan hanya kepada nabi Adam sahaja sebagaimana pandangan orang-orang jahil (JUHALA) Yang mana kebanyakan mereka menyangka bahawa mereka berlepas tangan dengan hidup berpuak-puak dan berbangsa-bangsa dan hidup mengikut emosi bangsa, sebenarnya Allah telah menetapkan kepada manusia supaya menjadi khalifah dengan MENEGAKKAN AGAMA DAN MENTADBIR URUSAN DUNIA DENGAN AGAMA demikian Allah memberitahu kepada para malaikat tentang tugas manusia

Oleh kerana tugas ini adalah tugas yang besar maka sejarah nabi-nabi dan rasul-rasul  mengingatkan kepada kita  betapa sukarnya tugas ini di laksanakan apabila mereka berhadapan dengan pemerintah dan kerajaan di sepanjang zaman masing-masing, Nabi Allah Nuh berhadapan dengan golongan al Mala'  yang di anggap sebagai yang berkuasa di zaannya, Nabi Ibrahim berhadapan dengan raja Namruz yang memerintah kerajaan babyleon yang menjadi kuasa besar pada zaman tersebut, Nabi Musa berhadapan denga kerajaan Firaun yang melaksanakan hukuman yang zalim, demikian juga pada zaman nabi Muhammad s.a.w yang berhadapan dengan pemerintah yang menguasi Makkah yang berfahaman asobiyah (kebangsaan)

Zaman ini sudah tidak ada nabi dan rasul, yang ada hanyalah para pewaris nabi sebagai ganti, malangnya pewaris nabi tidak mengutamakan ajaran menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama, mereka kebanyakannya terjerumus dengan kumpulan asobiyah ala arab yang di warisi oleh mereka atas hasutan penjajahan yang di ambil dari mush-musuh nabi Muhammad s.a.w di zamanya dan fahaman ini kekal sehinggalah zaman ini dan mereka mempertahankannya habis habisan dan pada waktu yang sama mereka mengakui diri mereka sebagai umat islam yang mulia

Apabila umat islam melihat perkara pemerintahan ini se olah-olah tiada kaitannya dengan ajaran islam maka mereka membiarkan siapa sahaja yang memerintah mereka sekalipun golongan yang bernama islam yang menolak dasar islam di dalam perjuangan mereka, membiarkan apa saja yang di lakukan oleh pemerintah, membiarkan apa saja bentuk undang-undang yang tidak menepati syarak,  se olah-olah mereka tidak perlu langsung mengambil tahu hukuman yang di datangkan oleh Allah dan RasulNya, sesungguhnya ahli neraka itu ialah rakyat yang bersetuju dengan pemimpin-pemimpin yang terpesong daripada jalan Allah sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Allah di dalam al quran surahAl Ahzab ayat 66-67

FirmanNya

يوم تقلب وجوههم فى النار يقولون يليتنا أطعنا الله، وأطعنا الرسولا
وقا لوا ربنا أنا أطعنا سا دتنا وكبرا ء نا فأضلو ناا لسبيلا

 Maksudnya:  Pada hari yang di balik-balikkan muka mereka di dalam api neraka, lalu mereka berkata " Alangkah baiknya kalau di dunia dulu aku ta'at kepada Allah dan RasulNya" mereka berkata lagi "Wahai Tuhan kami , sesungguhnya kami ta'at kepada pemimpin-pemimpin kami. merekalah yang telah menyesatkan kami daripada jalanMU

Demikianlah suara manusia yang memekakkan telinga, mata dan mengkelukan lidahnya malah mereka yang mencerca penyampai-penyampai ilmu kepada mereka dan pada hari itu mereka terus di lupakan oleh Allah


MANUSIA DI DUA PERSIMPANGAN JALAN

Salam

Ketika kita memohon kepada Allah supaya di tunjukkan ke jalan yang lurus, sama ada melalui solat lima waktu atau solat sunat maka kita memohon kepada Allah  اهد نا الصرط المستقيم  (Tunjukkan kami ke jalan yang lurus) Permohonan kita kepada Allah ini  di harapkan kita mendapat petunjuka daripada Allah s.w.t supaya kita berada di landasan yang betul dan apabila kita berada di landasan yang betul maka kita hendaklah ingat bahawa kita sentiasa di landa oleh berbagai fitnah dan pemikiran kita sentiasa di ganggu oleh pemimpin-pemimpin yang jahil tentang islam sehingga mengelirukan orang ramai kerana berbagai-bagai kepentingan menyebabkan agama yang kita anuti menjadi huruhara

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 3 FirmanNya:

اليوم يئس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم واخشون اليوم أكملت لكم دينكم  وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلم دينا 

Maksudnya: Pada hari ini orang-orang kafir berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takutkan mereka, takutlah kepadaKu, Pada hari ini telah-Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmatKu dan telah Aku redha islam menjadi agama kamu

Ayat yang di atas para ulama telah menyatakan perkara yang di namakan agama ialah ajaran agama yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang berkait dengan kehidupan manusia dan negara.  Yang berkait dengan akidah di namakan Ilmu Tauhid atau ilmu Usuludin atau ilmu akaidul iman, yang berait dengan hukum hakam, di namakan ilmu fekah, dan yang berkait dengan ilmu rohani di namakan ilmu tasawwuf atau ilmu akhlak

Para ulama muta akhir ini pula membahagikan ilmu islam dalam perkara feqah yang berkait dengan urusan pemerintah sama ada yang berkait dengan ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan politik pula di namakan siasah syari"iyah yang berkait dari sumber daripada kitab dan sunah Rasullullah s.a.w yang menjadi perhatian bangsa barat dan timur setelah agama yang lain gagal dalam mentadbir negara dan kehidupan manusia

Seorang ulama yang terkenal (Ibnu Qayyim Al Jauziyah)  menyatakan bahawa "Tiada siasah melainkan menepati hukum Syarak, kita jangan lagi di kelirukan oleh golongan  JUHALA yang sering membawa fitnah dalam perkara agama dan juga golongan yang menyembunyikan ilmu yang membawa kepada kesesatan dan  kita memelihara ilmu dan amalan kita secara amanah supaya Allah memelihara kita

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 159-160

أن الذين يكتمون ما أنزلنل من البينت واهدى من بعد ما بينه للناس فى الكتب أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللعنون
ألا الذين تا بوا و اصلحو او بينوا فأ و لئك أتوب عليهم وأ نا التوا ب الرحيم

Maksudnya:  Sesungguhnya mereka-mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan yang ada di dalam al Kitab, setelah di nyatakan kepada mereka, dan mereka mengetahui keterangan itu lalu mereka menyembunyikannya, mereka itulah orang yang di laknat oleh Allah dan di laknat seluruh yang melaknat,  (Allah, malaikatNya, orang-orang yang soleh, binatang-binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara serta berenang di lautan)  semuanya melaknat mereka melainkan orang yang bertaubat dan melakukan kebaikan, mereka itulah yang di terima oleh Allah taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi maha penyayang

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM ....

Salam

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM  AKAN TETAPI NEGARA UMAT ISLAM YANG SUKA BERJUDI, YANG ASSOBIYAH, DAN SEDIKIT DARIPADA JUMLAH MEREKA BERSIKAP MUJAHIDEEN DAN YANG TERAMAI BERSIKAP MUNAFIKIN

KHIANAT DAN AMANAH

Salam

DALAM AGAMA ISLAM ADA MENETAPKAN MEREKA YANG BERBOHONG ITU ADALAH ORANG MUNAFIK DAN MEREKA JUGA DI HUKUM OLEH AGAMA SEBAGAI PENGKHIANAT, SEMENTARA ORANG YANG AMANAH  ITU DI KENALI SEBAGAI ORANG YANG BENAR

YANG MEMEGANG AMANAH ADALAH DI KETUAI OLEH ULIL AMRI, AKAN TETAPI JIKA MEREKA TIDAK AMANAH MEREKA TIDAK BOLEH MEMEGANG APA-APA JAWATAN  DAN MEREKA PATUT DI BUANG ATAU DINYAHKAN KERANA TIDAK AMANAH DAN JIKA ADA DI ANTARA PENGIKUT KEPADA YANG TIDAK AMANAH TERSEBUT MEREKA PATUT DI BERIKAN AMARAN ATAU DI PULAUKAN SAJA KERANA SUBAHAT

HINANYA MANUSIA DI SISI ALLAH

Salam

Mari kita mendengan firman Allah di dalam al quran:

قا لت الأ عراب ء امنا قل لم تؤ منوأ ولكن قو لوا أسلمنا ولما يد خل الأ يمن
فى قلو بكم وأن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أ عملكم شيأ أن الله غفوررحيم

Maksudnya:  Orang-orang arab (badwi) berkata kami telah beriman, katakanlah wahai Muhammad " Kamu belum lagi beriman kerana keimanan belum lagi masuk ke dalam hati kamu, katakan saja kamu telah islam, dan ingatlah, jika kamu ta'at kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak mengurangkan sikitpun dari pahala amalan kamu, kerana Allah sangat pengampun lagi amat mengasihani  (Al Hujurat ayat 14)

Ayat yang di atas satu pengajaran kepada kita bahawa kita jangan berbangga dengan telah islamnya kita selagi kita belum beriman kepada perkara keimanan yang membawa kepada iman dan amal,  kita jangan menjadi arab baduwi yang berbangga dengan apa yang mereka tidak faham, apabila mereka mengakui telah beriman maka Allah s.w.t telah menyuruh kepada baginda Rasullullah s.a.w menyatakan kepada arab baduwi itu bahawa mereka sudah menjadi orang islam bukan sudah menjadi orang yang beriman kerana keimanan itu belum lagi masuk ke dalam hati mereka

Manusia  perlu memahami apa yang menjadi keutamaan kepada Allah dan RasulNya tentang kedudukan manusia di sisi Allah, mereka perlu membezakan di antara islan dan keimanan, sebab itu di dalam al quran tidak ada satu ayatpun Allah menyeru kepada orang yang telah islam atau yang beragama islam akan tetapi Allah menilai manusia dengan keimanan sebab itu lah di dalam al Quran Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman sebanyak 88 kali sebagai ingatan, ini bererti seorang yang mengakui dirinya telah islam tanpa mereka beriman kepada perkara keimanan maka islamnya belom lagi confirm

Allah s.w.t juga telah mengingatkan kepada manusia bahawa Dia telah menjadikan manusia itu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa sebagai mana firmanNya:

يأ يها الناس أنا خلقنكم  من ذ كروأنثى وجعلنكم شعو با وقبائل
لتعارفوا أن أكرمكم  عندالله أتقكم أنالله عليم  خبير                                            

Maksudnya:  Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain, sesungguhnya  yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali sesuatu   (Al Hujurat ayat 13)       

Jelas sudah tujuan Allah s.w.t menjadikan manusia bukan bangsa itu di jadikan dasar  perjuangan untuk hidup kerana jika kita jadikan puak dan bangsa itu sebagai dasar maka ia adalah terlarang kerana ia di anggap menyanggah al quran ayat yang di atas yang tujuannya hanyalah untuk berkenal-kenalan di antara satu dengan yang lainnya dan dasar perkenalan itulah akan melahirkan ketakwaan dan keimanan, dan ayat yang di akhir juga menyedarkan kita dengan menyebut   أنالله عليم خبير   (Sesungguhnya Allah Maha mengetahui  lagi mengenali sesuatu)  Jadi kita jangan buat perkara yang tidak di tuntut oleh Allah atau menyelewengkan ayat tersebut di atas 

Yang di dahulukan oleh Allah s.w.t ialah harga diri setiap manusia dengan keimanan dan ketakwaan bukan kerana telah islamnya kita,dan di sinilah pengajaran yang sangat mahal harganya di dalam diri kita dengan keimanan supaya hilang sifat-sifat Iblis dan syaitan yang kita miliki seperti kaum jahiliyah yang di benci oleh Allah s.w.t                    

MATLAMAT ALLAH JADIKAN MANUSIA

Salam

MATLAMAT ALLAH JADIKAN MANUSIA DI SEBUT OLEH ALLAH DI DALAM AL QURAN

FiramanNya:

ايحسب الأ نسن أن يترك سدى 

Maksudnya:

Adakah manusia itu mengira bahawa ia di biarkan begitu sahaja ? (Tidak mempunyai matlamat dan di perhitungkan di sisi Allah)  Surah Al Qiyamah ayat 36

Ayat yang di atas di tujukan oleh Allah kepada manusia supaya manusia tersentuh perasaannya, hatinya, akal fikirannya supaya mereka menyedari bahawa mereka tidak di jadikan oleh Allah s.w.t dengan sia-sia melainkan mereka di bebankan dengan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh Allah dengan amanah daripadaNya dan kemudiannya mereka akan di hitung di sisi Allah s.w.t

Manusia adalah di antara makhluk Allah yang mempunyai keistimewaan dari makhlukNya yang lain, mereka di amanahkan oleh Allah supaya menjadi khalifah untuk mentadbir planet bumi mengikut acuan daripadaNya, mereka di kehendaki bersifat amanah dan tidak melakukan kerosakan di bumi dan seluruh isinya, dan mereka di larang melakukan penyelewengan dan berlaku zalim sesama manusia

Semua amanah tersebut hendaklah di lakukan dengan sebaik-baiknya, sekalipun dengan manusia yang bukan satu aliran dengan aliran mereka, mereka di larang berdendam sekalipun mereka mampu membalas dendam kerana mema'afkan sesama manusia itu lebih baik dan mendapat pahala kesabaran namun jangan sampai ke tahap dayus dan 'aib

Manusia hendaklah ingat, sesungguhnya jika ada di kalangan kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka (membuat penginayaan, penipuan, kezaliman) sehingga jarak di antaranya dengan neraka (mati) sekadar sehaster saja lagi, tiba-tiba mereka beramal dengan ahli syurga maka mereka akan di masukkan ke dalam syurga, demikian juga jika mereka beramal dengan ahli syurga sehingga jaraknya dengan mati sekadar satu hasta saja, tiba-tiba mereka beramal dengan amalan ahli neraka, maka mereka akan di masukkan ke dalam neraka

Manusia di harapkan supaya jangan berbangga dengan diri masing-masing kerana kuasa yang ada pada mereka yang sementara itu untuk membuat penginayaan sesama manusia, mereka perlu menghisab diri mereka masing-masing sebelum mereka di hisab di hadapan Allah s.w.t dan mereka perlu bersedia mengakhirkan kehidupan mereka dengan berbaik sangka dalam menjalankan tugas mereka sebagai khalifah di bumi, mereka jangan di pesongkan dengan sikap bodoh dan sombong yang menuju kejalan su'ul khatimah iaitu kesudahan umur yang sangat buruk

SAH KERAJAAN SARAWAK BERDENDAM

Salam

SEORANG LAGI JADI MANGSA TIMBALAN  MENTERI KEWANGAN KEDUA SARAWAK

ADUN Marudung Ting Tze Fui  akan di hadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana menuduh kerajaan menyalahgunakan dana negeri, tuduhan tersebut telah di buat pada bulan nov lalu di dewan Undangan Negeri, lantas Timbalan kewangan negeri mahukan Ting membuktikan tuduhannya


Setelah lebih  setengah tahun berlalu  pada hari ini Ting membawa bukti yang di kendaki akan tetapi Ting terus di persalahkan dengan menghadapkannya  kemuka lembaga displain Dewan Undangan Negeri, ini menunjukkan Sarawak sudah mula membalas dendam Pakatan Rakyat di Sarawak

BERPULAS HEMPAS NAK CARI LEBIH RAMAI KATAK

Salam

OPERASI BN/UMNO UNTUK MENCARI LEBIH RAMAI KATAK-KATAK DI PERHEBATKAN SETELAH RAKYAT MULA MENOLAK BN/UMNO

Sementara ada wang dan kuasa maka waktu inilah kerajaan BN/UMNO perlu memperhebatkan operasi mencari katak-katak untuk melompat menyokong mereka bagi menumbangkan Pakatan Rakyat, segala agensi kerajaan yang boleh di menefa'atkan terus di pergunakan, kepada yang kaya raya di dalam BN/UMNO juga perlu di libatkan, mana-mana yang berkebolehan untuk di jadikan juru runding bagi memujuk katak-katak perlu di aktifkan, mana-mana golongan yang bersifat samsing perlu untuk mengugut mangsa-mangsa mereka dan mana-mana kumpulan yang menjadi ahli perniagaan perlu menyertai ahli UMNO dan akan di berikan kontrak

Sekarang BN/UMNO dalam keadaan di lihat sebagai bertenang tetapi dalam gelora, di tambah lagi dengan kes-kes ahli di dalam kumpulan mereka yang sedang di hukum dan di dakwa menambahkan lagi kepada pimpinan mereka menjadi hiruk pikuk, lepas satu masalah timbul pula masalah yang lain, semua ini sedang di perhatikan oleh rakyat dengan penuh minat

BN/UMNO sekarang sedang mengendap siapa pula dari kalangan mereka yang bermasalah daripada parti Pakatan Rakyat yang hendak di jadikan mangsa mereka, setidak-tidaknya jika mereka gagal untuk mendapatkan maklumat maka mereka akan melaga-lagakan di antara sesama ahli di dalam Pakatan Rakyat supaya mereka berpecah belah sebagaimana yang kita lihat bagaimana Amerika melaga-lagakan umat islam sehinggakan berlaku perang saudara dan berbunuhan sesama sendiri

Semua yang di nyatakan di atas jika kita selidik betul-betul maka inilah kerja  ala Yahudi yang kerja mereka untuk menghuruharakan dunia


BAGUSNYA KERAJAAN PAS KELANTAN !

Salam

Kerajaan PAS Kelantan  telah meluluskan cuti bersalin kepada kakitangan awam selama 3 bulan dan akan di mulakan pada tahun hadapan, Ha apa lagi !  BN/UMNO tiru la, sudah tidak ada modal kebajikan terhadap kakitangan sendiri lawan la dengan rasuah dan judi pulak ! Inilah bentuk negara ala islam melayu

Kesan dari cuti bersalin 3 bulan di Kelantan ini mungkin akan di sokong oleh wanita-wanita  yang lain di negara ini dan seterusnya akan memberikan sokongan mereka juga pada PRU 13 nanti, maka akan tumbang la BN/UMNO, jangan marah ya !

Memang patutpun cuti 3 bulan tu di hadiahkan kepada mereka, sedangkan mereka menderita selama 9 bulan 10 hari mereka tetap juga bekerja jadi jika hanya 3 bulan rasanya tak jadi apa, biar mereka sihat betul-betul baru bekerja, ok la tu ! tahniah kerajaan Kelantan

TUMBANG DI SIBU, TUMBANG DI SELURUH SARAWAK,...

Salam

PERCAYALAH ! JIKA IKUT PANDANGAN ORANG SARAWAK MAKA APABILA BN/UMNO TUMBANG DI SIBU MAKA AKAN TUMBANG DI SELURUH SARAWAK, APABILA TUMBANG DI SARAWAK MAKA AKAN TUMBANG DI SABAH DAN SEMENANJUNG, MEREKA KATA MEREKA DAH TANYAK-TANYAK SAMA ORANG RAMAI, JIKA BENAR  BEGITU PAKATAN RAKYAT KENA BERGERAK DARI SEKARANG

UMNO HANYA ADA SATU CARA ....

Salam

UMNO HANYA ADA SATU CARA BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA AKAN DATANG

UMNO sudah kehabisan modal dalam menghadapi pilihanraya buat masa yang akan datang, pada awalnya dulu memang mereka ada banyak modal sekalipun modal itu suatu yang tidak relevan seperti menakutkan kaum lain supaya tidak memilih parti lain kerana di katakan akan di paksa potong benda tu, pakai kain, pakai songkok, makan sup tangan, semua rumah ibadat agama lain akan di runtuhkan, sekolah bahasa bangsa lain akan di tutup, dan banyak lagi, ini peringkat pertama

Sampai peringkat kedua BN/UMNO mempertakutkan kaum lain dengan isu keganasan, kononnya PAS adalah parti ganas, extrim, pelampau agama, dan berbagai-bagai isu yang menakutkan kaum lain, dalam masa yang sama mereka memupuk dasar perkauman yang sempit dan melaga-lagakan ahli parti lawan, isu ini hampir-hampir berjaya, nasib baik PAS cepat terjaga. dalam masa yang sama mereka mengekalkan pembangunan sebagai isu memikat hati rakyat, mereka juga mengamalkan  amalan rasuah sehingga ke hari ini

Apabila semua isu di atas sudah tidak di pedulikan oleh rakyat mereka pula beralih kepada isu agama yang mana isu ini  rata-rata memakan tuan, ertinya semua isu yang mereka cipta nampaknya sudah basi dan tidak di pedulikan oleh rakyat malah rakyat sudah matang menilai berbagai isu yang di reka cipta oleh BN/UMNO nah sekarang mereka sudah tersepit, yang ada pada mereka sekarang bukan lagi isu akan tetapi mereka mula memeras ugut rakyat dengan membalas dendam sementara mereka masih lagi berkuasa, jika isu ugut dan balas dendam ini terus di lakukan sebagai menakut-nakutkan rakyat maka cara ini sebenarnya tidak membantu mereka untuk terus berkuasa malah ia akan membantu mereka terbenam dan hancur

Apakah nanti negara ini akan ujud konsef GESTAPU ? Dengan menggunakan kuasa polis dan tentera untuk meneruskan kekuasaan mereka ?

PAS PERAK MENGORAK LANGKAH POSITIF

Salam

PAS negeri Perak telah mengorak langkah awal sebelum menghadapi PRU 13 dengan mengadakan majlis dailog dengan penganut kristian dari berbagai mazhab yang ada pada agama tersebut di Ipoh baru-baru ini dengan tajuk PAS FOR ALL, ia bertujuan mengikis tomahan BN/UMNO yang selama ini menakut-nakutkan golongan ini dengan PAS

Kehadiran ketua-ketua berbagai mazhab kristian itu menampakkan minat yang tinggi dari kalangan mereka menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mahu tahu pendirian PAS yang sebenar dalam masalah bersama yang berkaitan hukum hidup dalam bermasyarakat, seorang padri telah menyatakan jika PAS mengambil langkah awal 3 tahun dulu ada kemungkinan perjuangan PAS FOR ALL boleh di terima oleh penganut agama tersebut

Selama ini PAS telah mengambil sikap berhati-hati dengan kumpulan ini di samping menangkis berbagai hujah yang di lemparkan oleh UMNO terhadap PAS terhadap golongan tersebut dan mungkin  juga pada ketika itu PAS tidak ada ruang untuk  bertemu dan berdailog dan  sekarang nampaknya peluang untuk menerangkan segala hal sudah terbuka luas dan perjumpaan susulan yang lebih kerap perlu di ushakan

Langkah PAS ini mungkin akan menggusarkan BN/UMNO kerana perhubungan PAS dan Kristian yang telah di retakkan oleh BN/UMNO selama ini telah di pulihkan demikian juga dengan kaum yang lain yang mana UMNO telah mempertakutkan mereka dengan perjuangan PAS

ANDAINYA KEDAH RUNTUH MAKA USTAZ AZIZAN PERLU DI PERTANGGUNGJAWABKAN SEPENUHNYA

DUA ADUN PR SARAWAK DI GANTUNG 1 TAHUN

Salam

KERAJAAN SARAWAK BALAS DENDAM GILAK !!! MEREKA SUDAH BELAJAR DENGAN UMNO SEMENANJUNG !!!

KERAJAAN SARAWAK MULA BALAS DENDAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT DI SANA DENGAN MENGGANTUNG SELAMA 1 TAHUN DUA ORANG ADUN PAKATAN RAKYAT SEMATA-MATA KERANA  DI KATAKAN BERCAKAP BOHONG DALAM RANCANGAN TAMBATAN BANJIR DI NEGERI TERSEBUT

SEKIRANYA KERAJAAN SARAWAK TIDAK BERBOHONG TUNJUKKANLAH BUKTI BAHAWA RANCANGAN TERSEBUT SECARA HITAM PUTIH JANGAN SEDAP MULUT CAKAP SAJA, SEKARANG RAKYAT SUDAH CELIK, RAKYAT SARAWAK BUKAN LAGI MACAM ZAMAN TAIB MAHMUD YANG SUKA BULI RAKYAT SENDIRI

TAPI TIDAK APALAH NANTI PRU SARAWAK NANTI KITA GANTUNG PULA MEREKA BUAT SELAMA-LAMANYA DAN DUA ADUN YANG DI GANTUNG ITU KEALAH BUAT ROOD SHOW BAGITAHU PADA RAKYAT TENTANG BALAS DENDAM TERSEBUT

KELAB PENYOKONG PAS

Salam

Kelab penyokong PAS di negara ini akan  mengetahui keputusan yang bakal di ambil oleh  pucuk pimpinan parti itu sama ada ia mendatangkan faedah kepada dasar parti atau sebaliknya, melihatkan kepada seasana politik tanah air yang ada maka kajian terperinci perlu di buat tanpa menjejaskan dasar pokok perjuangan parti

Menerima mereka sebagai rakan yang bersama-sama untuk menjayakan dasar parti jika di lihat dari pandangan kerja-kerja dakwah ia sangat baik dan perlu di teruskan sekalipun mereka itu di benarkan sebagai anggota parti yang bersekutu ataupun sebagai calon di mana-mana pilihanraya mengikut kesesuaian dan permintaan

Ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum dan agama yang lain tentunya ada yang mendorong mereka berjinak-jinak untuk menyokong perjuangan PAS sekali gus apabila mereka berada bersama-sama PAS di harapkan mereka lebih bersungguh-sungguh hendak mengetahui apakah yang mendorong PAS mengambil dasar agama sebagai dasar asas perjuangan  parti

Mereka tentunya telah berfikir panjang sebelum menceburkan diri mereka untuk menjadi kelab penyokong parti PAS yang mana pada satu ketika dulu mereka telah di pertakutkan dengan perjuangan islam oleh UMNO jadi dengan adanya minat mereka menghampiri PAS maka terjawablah  pembohongan UMNO yang menuduh PAS sebagai parti yang membawa keganasan dan zalim dan isu inilah yang di mainkan oleh BN/UMNO pada peringkat awal di Sibu akan tetapi akhirnya rakyat menolak mereka

Mengambil ahli kelab penyokong PAS dari kalangan kaum cina sangat baik kerana ia dapat membantu kerja penerangan bagi pehak PAS apakah yang sebenarnya dasar perjuangan PAS yang di pertakutkan oleh UMNO selama ini kepada kaum tersebut, setelah mereka memahaminya maka mereka tidak lagi takut kepada islam dan dasar yang di bawanya jadi dasar ini adalah dasar menjinak-jinakkan (Muallaf)  terhadap mereka sekali gus mendorong mereka untuk menyertai agama islam 

Apa yang penting dalam program ahli kelab penyokong PAS ini ialah dakwah, apabila mereka telah memahaminya maka di harapkan mereka akan mempercayainya dan mereka boleh membandingkan dengan pegangan hidup mereka yang mana yang lebih baik di antara keduanya dan PAS tidak payah nak perkenalkan islam melalui dakwah mereka yang mana kita tidak cari mereka akan tetapi merelah yang mencari kita, inilah satu rahmat dakwah yang Allah telah permudahkan






BN/UMNO JANGAN BODOH

Salam

BN/UMNO jangan jadi orang bebal dan hilang pertimbangan dan jangan rancang perkara tidak baik jika kalah di dalam  mana-mana pilihanraya, mereka wajib menghormati kehendak rakyat, andainya rakyat sudah tidak suka kepada BN/UMNO maka bubarkan saja BN/UMNO dan tubuhkan parti yang baru

BN/UMNO masih boleh dan mampu tubuhkan parti baru sebab mereka banyak duit and do it now ! Sebenarnya bukan sahaja orang ramai dah muak dengan BN/UMNO akan tetapi orang UMNO sendiripun sudah naik muak dengan UMNO kerana suka paksa orang sokong mereka

BN/UMNO perlu mencari satu kaedah baru jika mahu kekal memerintah di negara ini, konsep 1 Malaysia sebenarnya bukanlah idea dari pucuk pimpinan UMNO ia di cedok dari konsep DAP jadi orang ramai sudah nampak ketandusan orang UMNO yang tergesa-gesa menubuhkan 1 Malaysia

Sekarang orang UMNO nampaknya serba tidak kena dengan dasar perjuangan mereka yang tidak lagi menentu ke arah mana mereka hendak berjuang, apa yang mereka faham ialah mereka tetap dengan dasar kebangsaan sedangkan pemimpin mereka sudah mengubah dan meniru dasar orang lain hanya untuk meraih kemenangan

Memarahi dan mengugut kaum lain kerana sudah tidak menyokong mereka adalah suatu yang tidak demokratik sedangkan rakyat sudah begitu jemu dengan parti yang memerintah sebab sudah terlalu lama berkuasa dan telah banyak membuat kesilapan dan rakyat telah melihat ini semua sebagai memuakan

UMNO tidak lagi boleh memikat hati rakyat dengan sogokan rasuah yang mereka anggap satu cara rakyat kembali cenderung kepada mereka, budak-budakpun faham apabila di adakan pilihanraya maka mereka akan berkata "kali ini banyaklah rasuah politik yang di taburkan"untuk habuan kepada rakyat untuk memikat hati secara yang tidak demokratik, semua ini rakyat sudah maklum dan mereka sudah benci

Sebenarnya BN/UMNO perlu mencari satu kaedah yang baru yang di sukai oleh rakyat terutamanya golongan muda dan awas ! jika kaedah golongan muda ini banyak menjurus kepada maksiatpun mereka kurang berminat, jadi UMNO sebagai tonggak parti yang berkuasa mereka perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk rakyat di negara ini






MELAYU MELANAU BERI KEMENANGAN

Salam

TIDAK MUSTAHIL MELAYU MELANAU MENBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON DAP DI SIBU KERANA PENDUDUK JENERASI MUDA DI SANA BERMINAT KEPADA PAKATAN RAKYAT KERANA WAKIL ADUN KAMPUNG NANGKA TIDAK PEDULI DENGAN PENDUDUK KAMPUNG TERSEBUT, TAHNIAH WAKIL RAKYAT KAMPUNG NANGKA

PEMIKIRAN YANG TOLOL

Salam

Negara sudah lama merdeka, akan tetapi pemikiran rakyatnya masih kuno, negara di katan demokrasi, akan tetapi pemikiran rakyatnya masih terjajah dengan ketololan, negara sudah lama di katakan maju akan tetapi fahamannya masih di takok lama, negara  di katakan negara islam, akan tetapi penduduknya ramai yang jahil, negara ini di katakan membangun, akan tetapi rakyatnya ramai yang papa kedana, negara ini di katakan berteknoloji tinggi, akan tetapi barangannya banyak yang bermutu rendah, semua yang di andaikan oleh para pemimpin di negara ini adalah semata-mata hendak memperbodohkan rakyat

Rakyat di minta berterima kasih dengan pemimpin yang membawa pembangunan kepada rakyat akan tetapi terima kasih itu kerana ada muslihat untuk menjerat leher rakyat ke arah kebinasaan dan maruah yang rendah,demikian apa yang berlaku di dalam negara ini, jika kita tinjau keadaan masyarakat di dalam negara yang di pimpin oleh kerajaan Barisan Nasional nampaknya ia menjurus kepada masyarakat pincang dengan gejala sosial yang sangat sial, ini semua kerana kegagalan kerajaan merancang sesuatu program mengikut acuan budaya bangsa Asia dan agama yang di janjikan oleh Allah s.w.t

Negara Malaysia boleh di katakan negara contoh bagi masyarakat mengamalkan rasuah kerana pemimpinnya yang mengajar demikian, mengamalkan judi, mengamalkan perkauman, mengamalkan gejala sosial, mengamalkan ragut dan rempit, mengamalkan tidak hormat dan beradab terhadap orang tua, mengamalkan penyelewengan dasar agama, mengamalkan kroni untuk terus  menindas musuh yang tidak sealiran dengan selera mereka, membodek untuk mendapatkan gelaran dan pangkat demi untuk terus hidup berlakon semata-mata

TERLALU GHAIRAH PUNCA BN/UMNO KALAH

Salam

Punca BN/UMNO kalah di Sibu adalah kerana terlampau ghairah dengan kenyataan yang tidak bertapis dan wang yang banyak, BN/UMNO sangka dengan kuasa, kewangan serta kenyataan yang celupar yang di lapazkan mereka boleh memikat hati pengundi di mana saja menyebabkan mereka kecundang

Memomokkan PAS sebagai membawa mesej islam yang di pertakutkan kepada rakyat adalah dosa yang besar kerana  Allah sentiasa melihat perbuatan tersebut sebagai memperleceh agama yang di perkenalkan olehNya kepada manusia di buat mainan sekali gus menyukarkan pendakwah untuk berdakwah

SUPP dan UMNO misalnya begitu ghairah hendak menang sehinggakan sanggup memburukkan PAS yang menjalankan dasar islam yang di bawanya  menghadapi kecelakaan berdakwah di Sibu sedangkan orang yang menyanggah dasar yang di bawa oleh PAS adalah mereka yang mengaku islam

Sepatutnya BN/UMNO dan SUPP/BN tidak perlu menakutkan orang di Sibu dengan islam yang di bawa oleh  PAS namun mereka boleh mengutuk atau mencerca ahli PAS jika mereka tidak bersetuju kerana islam adalah hak Allah bukan hak orang PAS, ini bererti pucuk pimpinan BN/UMNO terperangkap dengan  hak Allah sendiri
kerana itu Allah mengajar mereka dengan kekalahan itupun jika mereka mahu ingat

Apa yang mereka perlu ingat buat masa akan datang ialah supaya mereka membezakan di antara orang yang memperjuangkan agama Allah dengan agama islam ialah suatu perkara yang berbeza, jangan main hentam kromo saja, sekiranya mereka tidak tahu maka bertanyalah dengan orang yang arif, jangan bodoh sombong

BERMULA DI SIBU AKAN MENJALAR KESELURUH NEGARA

Salam

ADA KUASA SEMUANYA TIDAK MENJADI, ADA WANG SEMUANYA TIDAK MENJADI, INI KERANA RAKYAT MENILAI KEANGKUHAN YANG TIDAK PATUT BN/UMNO TUNJUKKAN TERHADAP RAKYAT, SIKAP EGO YANG MULA DI TOLAK OLEH RAKYAT DAN KIFARAH KEPADA PERBUATAN KAMU MENGHINA AGAMA ISLAM YANG KAMU ANUTI SENDIRI  MENGAJAR KAMU LEBIH BERADAB BUAT MASA YANG AKAN DATANG

RASUAH POLITIK DAN PEMBANGUNAN MULA DI TOLAK

Salam

Sementara BN/UMNO masih memerintah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa mengendalikan kewangan negara maka  mereka jangan menggunakan kuasa kewangan tersebut sebagai alat untuk merasuah rakyat dengan pembangunan ala mee segera untuk memikat hati rakyat apabila ada sesuatu pilihanraya kecil ataupun pilihanraya  umum berlaku  kerana rakyat sudak nampak perbuatan ini adalah rasuah politik

Sudah sekian lama kerajaan melakukan rasuah politik di  negara ini untuk memikat hati rakyat sehinggakan parti lawannya menjadi bingung, mereka tidak berdaya melawan rasuah dengan hanya mendedahkan kebenaran dan penyelewengan yang di lakukan oleh kerajaan yang memerintah melainkan mereka berdo'a  kepada Tuhan supaya di hancurkan perbuatan rasuah itu sehingga mereka yang melakukannya tersedar 

BN/UMNO dari dulu hinggalah sekarang nampaknya masih menunjukkan kuasa yang salah dan sentiasa memulakan sesuatu isu yang sangat merbahaya yang akhirnya memakan diri sendiri sebab itu kita dapat menilai sikap mereka yang memulakan berbagai isu yang agak bahaya kemudian menuding jari menuduh orang lain melakukannya, dan perbuatan ini sebenarnya sentiasa di perhatikan oleh rakyat dan menilainya

Rakyat Malaysia sudah bijak menilai akan kebenaran dan kesalahan guna kuasa oleh kerajaaan BN/UMNO sehinggakan mereka sewenang-wenangnya memperalat agensi kerajaan untuk menumbangkan lawannya seperti menggunakan khidmat  mereka yang sepatutnya tidak di lakukan sedemikian rupa, semuanya itu di nilai oleh rakyat, dan sekarang rakyat sudah mula kasihan terhadap kumpulan yang kena buli dan di inaya

TAKUTLAH KAMU TERHADAP DO'A ORANG YANG KAMU  INAYA


PAKATAN RUNTUH KE ATAS

Salam

KOMENTAR RENGKAS

RATA-RATA RAKYAT DI NEGARA INI DI BERITAHU OLEH BN/UMNO  BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN RUNTUH MENYEMBAH KE BUMI EKORAN DARI TERLALU RAMAINYA MP DAN ADUN DARI PKR (PR) KELUAR DARI PARTI TERSEBUT DAN ORANG RAMAI MEMPERCAYAINYA

NAMUN APA  YANG BERLAKU IALAH PAKATAN RAKYAT RUNTUH KE ATAS BUKAN RUNTUH BAGAIKAN TANAH YANG RUNTUH KE BAWAH.  APABILA KEPUTUSAN  DI  SIBU MENGKHABARKAN KEPADA BN/UMNO TELAH KECUNDANG MAKA PM DAN TIMBALANNYA LEKAS-LEKAS LARI PULANG KE SEMENANJUNG ! TAK BOLEH TAHAN DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT YANG BERMULA DI SIBU

KEPUTUSAN INI JUGA MENGKHABARKAN KEPADA KATAK-KATAK YANG GHAIRAH MELOMPAT DI SEMENANJUNG BAHAWA MEREKA AKAN DI AJAR OLEH LOMPATAN SIBU YANG LEBIH PANDAI MELOMPAT SECARA DEMOKRASI, ITUPUN NASIB BAIK PENDUDUK SIBU TIDAK KELUAR MENGUNDI SEMUANYA JIKA TIDAK MAKA BN/UMNO LEBIH PARAH LAGI KECUNDANGNYA

MAJORITY KECIL YANG DI PEROLEHI OLEH DAP SEBENARNYA ADALAH MAJORITI BESAR KERANA SEBELUM INI MAJORITY BN/UMNO DI SANA MELEBIHI 2 RIBU UNDI, DAN TIGA DUN YANG TERDAPAT DI SIBU YANG DI KUASAI OLEH BN/UMNO DI KIRA SUDAH TIDAK LAGI AKAN SELAMAT PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG

SIBU TERKINI

Salam

KEPUTUSAN MUKTAMAT PRK SIBU DAP 18,845 UNDI BN/UMNO 18,447 UNDI BEBAS 232 UBDI DAP MENANG DENGAN MAJORITY 398 UNDI, KEPUTUSAN TERLEWAT ADALAH DI SEBABKAN PERTIKAIAN UNDI POS YANG SELALUNYA MENJADI MASALAH KONTROVESI

CENCARU RUPANYA MAKAN PETANG ! DAP MENANG DI SIBU !

SIBU TERKINI

TERKINI TIDAK RASMI DAP MENDAHULUI BN DENGAN MAJORITY 3022, WALAUPUN  MAJORITU BERUBAH TAPI KAPUTUSANNYA  DAP SUDAH MENANG

SIBU TERKINI

KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAP MENDAHULUI DENGAN MAJORITI 2236  UNDI MENGALAHKAN BN DI SIBU, MUNGKINKAH INI AKAN BERUBAH MENJELANG KEPUTUSAN RASMI NANTI ? SAMA-SAMA KITA TUNGGU

SIBU TERKINI

Salam

SETELAH SELESAI MASA MENGUNDI MAKA DI DAPATI HANYA 59.09% SAHAJA PENDUDUK SIBU KELUAR MENGUNDI SUATU PERATUSAN YANG PALING RENDAH, KEPUTUSAN DI JANGKA 50-50% DI ANTARA BN DAN PR, HARAP-HARAP PR MENANG DI SANA WALAUPUN DENGAN KEMENANGAN TIPIS

SIBU TERKINI

Salam

SUDAH TAMAT MASA MENGUNDI DI SIBU, PERATUSAN KELUAR MENGUNDI SANGAT RENDAH, BN/UMNO S-DI JANGKA MENANG  DENGAN MAJORITY KECIL, WALAU APAPUN KEPUTUSAN AKHIR YANG SAH KITA TUNGGU ULASAN TV MALAM INI

MUNGKIN ADA CERITA MENARIK NANTI MENGAPA RAMAI YANG TIDAK KELUAR MENGUNDI DI SIBU

SIBU TERKINI

Salam

SIBU KELUAR MENGUNDI SETAKAT INI 53.4 % DAN JUMLAH PENGUNDI KELUAR MENGUNDI SERAMAI 29 RIBU LEBIH SEDIKIT KELUAR MENGUNDI BN/UMNO  MENDAPAT LEBIH 1 RAIBU UNDI LEBIH DARI PR HITUNGAN TIDAK RASMI

SIBU TERKINI

Salam

SETELAH BN DAN PR MASING-MASING GHAIRAH BERKEMPEN MAKA TIBA SA'AT KEDUA PARTI INI PUSING KEPALA, MASING-MASING TIDAK KONFIDEN UNTUK MENANG DEBAB PERATUSAN KELUAR MENGUNDI SANGAT RENDAH YANG AGAK RELAX NAMPAKNYA IALAH CALON BEBAS, HATI CALON NI SANGAT KENTAL

HANYA SATU JAM SAJA LAGI AKAN TAMAT MASA MENGUNDI DAN APA HARAPAN UNTUK PR DAN BN UNTUK MENANG NENANG ? ADA YANG MENJANGKA PR MENANG TIPIS TAPI TAK MUNGKIN NAMUN KUASA  tUHAN SIAPA TAHU. SEKARANG BN 50.2% DAN PR 49%

SUASANA KEADAAN 13 MAY 69 SAMA DENGAN YANG TERDAPAT PADA GAMBAR DI MINGGUAN MALAYSIA PADA HARI INI, SUASANA GAMBAR ITU DI HADAPAN BANGUNAN PERKIM JALAN IPOH

SIBU TERKINI

Salam

SEHINGGA WAKTU INI SUDAH 46.26% PENGUNDI SIBU TELAH KELUAR MENGUNDI ATAU LEBIH 27 RIBU TELAH KELUAR MENGUNDI, MEMANDANGKAN MASA UNTUN TUTUP MENGUNDI HANYA TIDAK SAMPAI 2 JAM LAGI MAKA UNTUK MENDAPATKAN PERATUSAN KELUAR MENGUNDI SEHINGGA 70 HINGGA 80% KELUAR MENGUNDI ADALAH TIPIS

KIRAAN  TERHADAP 10 TEMPAT MENGUNDI UNTUK KIRAAN AWAL MENDAPATI BN/UMNO TELAH MENAG PADA PILIHANRAYA INI KECUALI PERATUSAN KELUAR MENGUNDI MENEPATI PERATUSAN YANG TINGGI DAN IA MUNGKIN MUSTAHIL KERANA KESUNTUKAN MASA

KEDAH TERKINI

Salam

USTAZ AZIZAN JANGAN UNDANG CELAKA BADAN ! JANGAN PERCAYA KEPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT PENAFIAN, MEREKA DI LATIH BERSIFAT MUNAFIK SECARA TERBUKA YANG PERLU USTAZ AZIZAN FIKIRKAN HABIS-HABIS, SUPAYA JANGAN ADA PENYESALAN LEBIH BAIK BUBARKAN SAJA DUN KEDAH

ANDAINYA DUN KEDAH DI BUBARKAN MAKA ITU SATU PENGAJARAN KEPADA MEREKA YANG MENGAMALKAN POLITIK UGUT YANG PENUH DENGAN MUSLIHAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SECARA PENGGANAS

USTAZ AZIZAN JANGAN DEGIL !

SIBU TERKINI

Salam

SEHINGGA TERKINI SUDAH HAMPIR 42%  TELAH KELUAR MENGUNDI ATAU SEJUMLAH LEBIH 24 RIBU TELAH KELUAR NENGUNDI, PR MENGIKUTI RAPAT BN DAN MUNGKIN KALI INI BEBAS MENAMBAH JUMLAH  UNDI UNTUKNYA, DAN MUNGKIN JUGA CALON BEBAS INI AKAN MEMBERIKAN PELUANG PR MENANG TIPIS PADA PILIHANRAYA KALI INI

SIBU TERKINI

Salam

TERKINI MASING-MASING MENAMBAH PERATUSAN, BN 49.8% SEMENTARA PR 49.2% SEMENTARA BEBAS 1% SEHINGGA JAM 1 TENGAH HARI

SIBU TERKINI

Salam

BN MENDAHULUI PR DENGAN KADAR 53.4% SEMENTARA PR  46.2% SEHINGGA JAM 11.30  PAGI INI

BN MUNGKIN MEMENANGI PILIHANRAYA SIBU INI DENGAN PENGUNDI POLIS DAN TENTERA (UNDI POS)

13 MAY JANGAN SEBUT DAN JANGAN DI UNDANG

Salam

13 May jangan di sebut dan jangan di undang ! Perbetulkan demokrasi di dalam negara. Jika rakyat hendak tahu bagaimana keadaan 13 May 69, lihat saja di Muka akhbar akhbar Mingguan Malaysia hari ini, mayat bergelimpangan di jalan raya akibat di tembak tentera, perbetulkan  demokrasi di dalam negara

Apa yang berlaku di Thailang sekarang itulah keadaan di Malaysia ketika 13 May 69 dahulu, perbetulkan demokrasi di dalam negara.  Rakyat apabila sudah hilang kesabaran dengan rasuah politik yang di lakukan dengan terang-terangan maka rakyat akan bangun mengubah dengan perasaan mereka

Rakyat boleh hilang kesabaran apabila terlalu banyak perkara yang mungkar berlaku di dalam negara ini dengan banyaknya penyelewengan yang berlaku di dalam negara  ! maka perbetulkan demokrasi di dalam negara sebelum rakyat hilang kesabaran dan membuat perhitungan sendiri

Apa yang berlaku di Thailang adalah bayang-bayang kepada 13 May 69, yang mana di hadapan bangunan perkim  jalan Ipoh mayat bergelimpangan di sana sini, mayat bagaikan bangkai binatang yang sudah kembung dengan bau yang sangat busuk, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara

Merasuah pengundi, menggunakan masjid secara terangan kemudian menuding jari kepada pehak lawan yang lemah hanya mengundang demdam kesumat yang tiada berkesudahan, mempergunakan kuasa polis untuk berselindung akan perbuatan sendiri hendaklah di hapuskan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Semua agensi kerajaan perlu berjalan denga telus dan jangan memehak kepada kerajaan adalah di tuntut tanpa melakukan berdalih secara bodoh kerana rakyat sudak pandai menilai kerja terkutuk mereka, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Merancang sesuatu dengan cara tipu helah politik tanpa menunjukkan kebenaran demokrasi yang di perkenalkan hendaklah di hentikan supaya rakyat tidak hilang kesabaran dan hentikan amalan membeli wakil rakyat secara bermuslihat, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

SPR kena menilai bentuk rasuah di dalam sesuatu pilihanraya dan kuat kuasakan peraturan tersebut supaya kelihatan kerja dan tugasnya di hormati sebelum rakyat hilang kesabaran, memindahkan nama pengundi di tempat lain atau memadamkan nama-nama pengundi dendaklah di hentikan segera sebelum rakyat membuat perhitungan sendiri, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Rakyat jangan di pertakutkan dengan ugutan yang bodoh, penyalahkan kegunaan wang negara hendaklah di hentikan, menyentuh soal perkauman yang tidak perlu dan di buat secara kurang ajar hendaklah di hentikan, memaksa rakyat supaya memehak kepada mereka dengan cara tidak demokrasi dan ugutan hendaklah di hentikan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Menggunakan kuasa raja supaya memehak kepada mereka dan menghasut supaya membenci golongan yang tertentu suatu yang mengundang celaka badan, menggunakan pehak berkuasa agama supaya mengawasi dan menangkap penceramah secara jalang tua hendaklah di berhentikan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

SEMUA ITU TELAH BERLAKU DI DALAM NEGARA INI DAN BANYAK LAGI KERJA YANG DI LAKUKAN OLEH PARTI TERTENTU YANG MENJADI PUSAKA KEPADA PARTI YANG DI TINDAS DI DALAM NEGARA INI, AWASSS ! JANGAN UNDANG SEBAGAIMANA DI THAILAND ! MAKA PERBETULKAN DEMOKRASI DI DALAM NEGARA INI

13 May Tidak Wajar Di Lupakan - Tun Mahadzir

Salam

JANGAN SIMPAN RAHSIA YANG SEBENAR 13 MAY 69 JANGAN PUTAR BELITKAN !


BOLEH INGAT PERISTIWA 13 MAY SUPAYA TIDAK BERULANG ? ADALAH SUATU YANG BODOH DAN TIDAK MENESABAH, PAK KARAMU NAMPAK TUJUAN  MENGINGATI MAY  13 69 OLEH MELAYU BANGKIT DAN GERTAK ADALAH UNTUK MENGGERTAK KAUM TERTENTU SUPAYA MENGUNDI BN/UMNO

MAY 13 DI KATAKAN BERSEBAB OLEH KERANA EKONOMI ORANG MELAYU TIDAK SEIMBANG DENGAN KAUM CINA, MASA ITU KAUM INDIA YANG KEBANYAKANNYA MENJADI LALANG DAN EKONOMI MEREKA MASIH LAGI SETARAP DENGAN ORANG MELAYU IAITU MASIH BANGSAT

MENGAPA MAHADZIR BERKATA 13 MAY 69 PERLU DI INGATI ? JAWAPANNYA MUDAH, KERANA BN/UMNO SEKARANG HAMPIR  TERLUNGKUP KERANA RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP MEREKA, INI BERERTI 13 MAY BUKAN BERPUNCA KERANA PERKAUMAN DAN EKONOMI AKAN TETAPI KERANA POLITIK

SELEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA MAY 69 MAKA UMNO  DI NEGERI SELANGOR HAMPIR-HAMPIR HILANG KUASA KERANA DI NEGERI SELANGOR RAMAI RAKYAT YANG HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP UMNO DAN DATO HARUN PADA WAKTU ITU LALU RAKYAT MENOLAK UMNO DAN UMNO HAMPIR LUMPUH DAN BOLEH DI KATAKAN SUDAH KECUNDANG DI SELANGOR

JIKA MAHU DI KIRA ASAL USUL PERISTIWA ITU MULA BERLAKU SEMUANYA KERANA  ORANG MELAYU DAN CINA DARI PARTI UMNO DAN JUGA GERAKAN YANG DI KETUAI OLEH T.ABDUL RAHMAN DAN DR TAN CHEE KHOON (YANG MANA KEDUA-DUA PARTI ITU SEKARANG BERADA DI DALAM BARISAN NASIONAL) SERTA LEMAHNYA PASUKAN POLIS DI RAJA MALAYSIA KETIKA ITU

PAK KARAMU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERISTIWA INI DAN BERPANGKALAN DI KAMP BATU KANTONMEN  BATU 4 JALAN IPOH MASA TU KOMANDAN KAMP IALAH SEORANG CINA LT.KOL TAN PENG HUAT, PAK KARAMU  FAHAM BENAR SIAPA YANG MEMULAKAN ANGKARA  PERISTIWA TERSEBUT

YANG MULA BUAT PROVOKASI ADALAH DARI PARTI GERAKAN PIMPINAN DR TAN CHEE KHOON DENGAN MEMULAKAN PERARAKAN KEMENANGANNYA DI SELANGOR, YANG MEMULAKAN INSIDEN ............ ADALAH DARI UMNO SENDIRI DI HADAPAN BALAI DATO HARUN KAMPUNG BARU (TAPI BERITA INI TERTUTUP RAPAT) KEMUDIAN BARULAH KELUAR BERITA PERISTIWA DI HADAPAN PANGGUNG WAYANG KALSIUM

PAK KARAMU TIDAK BOLEH CERITA LEBIH PANJANG ....... APA YANG NYATA PERISTIWA INI ADALAH KERANA KALAHNYA UMNO  PADA  PILIHANRAYA 69 DAN HAMPIR HILANG KUASA DI SELANGOR  ADALAH PUNCA MAY 13 BUKAN KERANA EKONOMI MELAYU LEMAH SEBAGAIMANA  DALAM BUKU 13 MAY OLEH TENGKU ABDUL RAHMAN DAN PROVOKASI DARI GERAKAN DAN LEMAHNYA POLIS PADA KETIKA ITU

UMNO DARI DULU HINGGA SEKARANG TIDAK BOLEH KALAH, TIDAK BOLEH ORANG CINA TIDAK UNDI MEREKA MAKA ADA SJA YANG CUBA DI BANGKITKANNYA SUPAYA KAUM DI NEGARA INI MENJADI RESAH GELISAH, BANYAK BERITA YANG SEBENAR DI TUTUP DAN YANG PALSU DI LAHIRKAN DAN YANG LAHIR INILAH YANG KEBANYAKAN JENERASI SEKARANG MEMAHAMINYA SECARA PALSU

BENAR JUGA KATA MAHADHIR BAHAWA PERISTIWA INI SEBAGAI PERLU DI INGATI SUPAYA IA MENGINGATKAN KEPADA KAUM CINA  YANG LARI DARI MENGUNDI BN/UMNO SEBAGAI SUATU AMARAN   SEBAB ITU SELEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR APA KATA UMNO PADA KAUM CINA ? HANGPA FIKIR SENDIRILAH !

BERDASARKAN APA YANG TELAH BERLAKU JIKA KITA MAHU JADIKAN SURI TAULADAN DI KALANGAN CINA YANG JAHAT IALAH GERAKAN BUKAN DAP, DI ANTARA MCA DAN DAP MAKA MCA LEBIH JAHAT, DI ANTARA MCA DAN GERAKAN MAKA GERAKAN LEBIH JAHAT, DI ANTARA UMNO DAN PAS JAUH UMNO LEBIH JAHAT

MASA DULU APABILA UMNO SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN MAKA TENTERA MENJADI MANGSA  MEMPERTAHANKAN MEREKA, DI ZAMAN SEKARANG PULA APABILA BN/UMNO TIDAK BOLEH TAHAN MAKA POLIS PULA YANG JADI MANGSA JADI HAMBA KERJA GERAK PARTI MEREKA

CUKUP LA SETAKAT TU

TAAT DAN PATUHLAH KAMU KEPADA PEMIMPIN

Salam

Mafhum Firman Allah:

Ta'atlah kamu kepada Allah, Ta'atlah kamu kepada Rasul, dan kepada pemimpin di antara kamu

Ustaz-ustaz UMNO bila berceramah mereka akan berkata supaya rakyat ta'at kepada pemimpin, kita kata mereka telah menyelewengkan mafhum al quran, akan tetapi mereka kata ta'at kepada pemimpin juga mutlak seperti menta'ati Allah dan RasulNya

Sekarang ustaz UMNO tidak berani pula berkata secara terus terang supaya menta'ati pemimpin negara sebab pemimpin negara telah melakukan maksit dengan meluluskan lesen judi, sepatutnya jika ustaz UMNO dan mufti UMNO ta'at kepada pemimpin maka mereka kenalah buat maksiat macam pemimpin mereka buat iaitu pemimpin luluskan judi maka mereka pula kenalah main judi,  jika mereka tidak main judi ertinya mereka tidak menta'ati pemimpin

Orang UMNO yang bukan ustaz dan mufti tidak patut menyanggah pemimpin mereka kerana pemimpin mereka adalah ULIL AMRI sekalipun pemimpin mereka itu melakukan maksiat, kerana minyak tidak akan bercampur dengan air sementara rakyat Malaysia yang lain mereka boleh saja berjudi sebab ULIL AMRI di negara ini telah sediakan judi dan maksit yang lain, nanti dosa ULIL AMRI boleh tanggung

HARAPKAN BALA DARI ALLAH AKAN TURUN

Salam

Sepatutnya  BN/UMNO berunding dengan mufti-mufti dulu apabila nak luluskan judi namun tidak di endahkan kerana judi di pandang halal kerana ia di pandang dari sumber kewangan negara, dan hasilnya buat bayar gaji termasuklah gaji mufti

Di Sibu pula rakyat telah di pertakutkan dengan islan oleh pimpinan BN/UMNO  dan BN/SUPP hanya semata-mata nakkan menang, kita nak tanyakan pada mufti apa hukumnya ? Adakah hukumnya halal atau dapat pahala melakukannya

Jika semuanya boleh maka PAK kARAMU DO'AKAN NEGARA INI supaya di turunkan oleh allah bala sebesar-besar BALA amiiiin !

AHLI PARLIMEN PKR KELUAR PARTI

AHLI PARLINEN WANGSA MAJU DARI  PKR WOO CHOO KEONG TELAH ISTIHAR KELUAR PARTI DAN KEKAL SEBAGAI AHLI BEBAS YANG MENYOKONG BN/UMNO

SEMUA PUCUK PIMPINAN PR TENTANG JUDI

Salam

BERITA PAGI JUMA'AT YANG AMAT MENYENANGKAN IALAH SEMUA PUCUK PIMPINAN PAKATAM RAKYAT MENENTANG JUDI, NAMPAKNYA PERKEMBANGAN INI SESUAI DENGAN KEHENDAK AGAMA ISLAM DAN JUGA MUNGKIN AGAMA YANG LAIN

JUDI BUKAN SUATU YANG MENGAMANKAN RUMAH TANGGA KEPADA SETIAP PEMAIN PEMAIN MALAH IA ADALAH PUNCA MENGHANCURKAN EKONOMI, KEDAMAIAN KELUARGA DAN NEGARA HANYA KAWAN-KAWAN SYAITAN SAJA YANG SUKAKANNYA

PAS DI SARAN SUPAYA MENUBUHKAN IMFAK WAJIB UNTUK KEWANGAN PARTI BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM NANTI

KECUH BENDERA PAS DI SIBU

Salam

APA KENA MENGENA BENDERA PBB DI PEJABAT SPR ?

Kecoh di Sibu apabila bendera PAS yang terpasang di markas pilihanraya Sibu hendak di turunkan oleh SPR dengan alasan PAS tidak bertanding di Sibu sedangkan bendera PBB yang di naikkan di pejabat SPR di Sibu bertujuan apa ? Sedangkan PBB juga tidak bertanding di Sibu

Tidak pernah berlaku di mana-mana pilihanraya di Semenanjung SPR menaikkan bendera di pejabat SPR, adakah SPR nak tunjukkan kepada orang Sibu yang di anggap masih boleh di perbodohkan oleh SPR yang mahu menerangkan bahawa PBB adalah mengiktiraf kerja SPR  atau mereka cuba katakan bahawa SPR adalah di arahkan oleh PBB melakukan kerja pilihanraya di Sibu ?

SPR nampaknya cuba hendak mengelirukan orang Sibu ataupun Pakatan Rakyat di Sibu namun PR bukanlah macam SPR yang sentiasa berdolak dalih dengan kekuasaan mereka yang ada yang sudah tidak lagi di terima oleh rakyat di Semenanjung terutama kerja muslihat mereka yang terang-terangan pro kepada kerajaan BN/UMNO

HARUSSANI BERSUARA TEMPANG

Salam

Mufti besar  negeri Perak hari ini bersuara tempang apabila dia di interview TV Selangor, dia bersetuju mengatakan judi itu di haramkan oleh islam dan dia juga mengatakan bahawa mereka yang meluluskan lesen judi itu sebagai sybahah ? Mengapa dia mengatakan syubahah pula ? Sedangkan judi itu jelas haramnya di sisi undang-undang islam dan orang yang meluluskannya sebagai pendorong perjudian

Apakah maksud syubhah ? Erti syubhah itu adalah kesamaran atau tidak jelas hukumnya sama ada halal ataupun haram, akan tetapi judi adalah hukum yang jelas haramnya jadi mengapa Harussani mengatakan  syubhah ? Oooo! mahu bela geng jugakah sedangkan hukum tersebut adalah jelas haramnya

Judi tidak mudah akan berlaku jika tiada yang meluluskannya, ertinya sesiapa yang meluluskan yang haram itu lebih besar dosanya kerana ia di anggap menggalakan atau mendorong rakyat berjudi dengan meluluskannya, jika Harussani mentafsir undang-undang judi dan hukumnya sebagai haram maka dia tidak patut melihat orang yang meluluskannya sebagai syubhah pula, mengapa dia tidak hukum orang yang meluluskan judi itu sebagai perbuatan haram ? Nak bela UMNO/BN kah ?

TOKOH MELAYAU TERBILANG ?

Salam

Zainuddin Maidin bekas putar alam mendapat gelaran tokoh melayau terbilang, buat laporan dengan cara putar-putar di akhbar mengenai rakyat Kelantan hari ini dia dapat gelaran tokoh melayu terbilang, mamak pulak tu, cisss ! buat malu mamak je, nasib dia baik kerana masyuuk UMNO kalau tidak maka terkuburlah nama dia, mungkin tak lama lagi dapat gelaran Tan Sri la dia

Dia memang layak  dapat gelaran tu sebab orang melayu sendiri tak tahu nak buat berita putar alam, sepatutnya dia di anugerahkan keris semangat kepahlawanan melayau atau tom tombak




DEMO LESEN JUDI BESOK

Salam

YANG MENYEDIAKAN LESEN UNTUK BERJUDI ADALAH SYAITAN YAHUDI

BESOK HARI JUMA'AT SATU DEMONSTRASI MENENTANG JUDI DAN KONSERT AKAN DI ADAKAN DI MASJID JAMIK KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR SELEPAS SOLAT JUMA'AT ANJURAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN, SEMUA UMAT ISLAM TANPA MENGIRA KAUM DI JEMPUT BERSAMA-SAMA MENENTANG KEMUNGKARAN JUDI DAN KONSERT TERSEBUT

MENURUT LAPORAN SEBUAH AKHBAR HARIAN DI NEGARA INI KERAJAAN BM/UMNO TELAHPUN MENGELUARKAN LESEN JUDI SEMPERNA DENGAN PIALA DUNIA 2010

UNDILAH LAGI BN/UMNO !


ARAK JUDI SUMBER KEJAHATAN

Salam

Islam menetapkan arak dan judi adalah sumber kejahatan dan pekerjaan syaitan, di negara yang mana dasarnya tidak islamik maka kedua-dua sumber kejahatan ini menjadi sumber hasil yang di gemari bagi golongan fasik dan zalim

Di Malaysia yang di katakan negara islam contoh yang terbaik hanya dapat di tauladani oleh golongan sekular yang menolak dasar islam yang di perkenalkan oleh Allah s.w.t dan rasulNya kerana itu kita dapat melihat bahawa islam di negara ini adalah islam yang di bentuk dari pemikiran manusia sama ada mereka mengurangkan dasar hukum yang pokok ataupun mereka mencipta hukum yang mirip kepada islam yang tidak langsung dapat di terima oleh agama Allah

Golongan sekular ini memang telah di latih untuk mengelirukan umat manusia supaya menjadi sesat terus menerus di dalam kehidupan kerana itu mereka beria-ia sangat agar masyarakat mengikuti kumpulan mereka supaya semuanya menjadi sesat, mereka di ibaratkan sebagai dajal-dajal yang dapat di lihat dengan mata kasar selain dari penyesat yang ghaib iaitu syaitan laknatullah
Golongan ini agak licik kerana mereka berselindung di sebalik agama supaya orang yang tidak punyai keimanan cepat terpengaruh dengan kumpulan mereka dan mereka ini sentiasa menggunakan apa saja alat yang menarik untuk memperdaya manusia


TERKINI ! ADA KEMUNGKINAN DUN KEDAH AKAN DI BUBARKAN SELEPAS PILIHANRAYA KECIL SIBU

61 PAS Masuk UMNO? Ok La Tu !

Salam

61 PAS KEDAH KELUAR PARTI DAN MASUK UMNO, 120 ORANG UMNO KELUAR PARTI MASUK PAS DI KEDAH, KESIAN PAS KEDAH, TAK CUKUP MAKAN KOT !

Depa keluaq PEH sebab hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan PEH Kedah yang di pimpin oleh menteghi Besaq Ustaz Azizan, apa pasai hangpa tak puas hati ? Tak dapat Projek ka ! Atau ustaz tu tak bagi duit ka ?

Tuuu ! yang 120 oghang UMNO yang masuk PEH kat Kedah tu depa dapat duit ka ! Depa dapat projek ka ? Tu la yang PEH Kedahpun satu hai jugak ! awat hangpa kat Kedah tak taboq akidah dengan depa yang masuk PEH dari UMNO tu, tu sebab depa jadi katak lompat kat UMNO

Yang oghang UMNO kat Kedahpun satu hai jugak, yang hangpa masul PEH dulu pasai apa ? Pasai nak projek ka ! Ishhh ! hangpa ni tak pandai sungguh ! lain kali kalau nak masuk mana-mana parti hangpa tengok la dulu apa dasar parti tu kemudian baru la masyuuuk !

Hangpa tau tak PEH ni jama'ah islam yang agama islam iktiraf dasar dia, yang raja-raja melayu dok pertahankan dulu apabila UMNO cuba nak hapuskan nama parti yang berdasarkan islam, apabila hangpa menyertai PEH  dulu hangpa dah jadi umat Muhammad yang dia iktiraf,   tiba-tiba hangpa masuk balik UMNO yang berfahaman semangat kebangsaan yang nabi tak akui umatnya, apa hai pulak hangpa nih ! cerdik ka bangang ?

Hangpa ingat semua wakil rakyat yang ada boleh tanggung anak bini hangpa makan ka !

KEBANGKITAN MELAYU SEMPERNA 13 MAY

Salam

UMNO MAHU MENGINGATKAN PENGUNDI CINA SUPAYA MENGUNDI BN/UMNO DENGAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN MEMPERINGATI PERISTIWA 13 MAY 69 

Kebangkitan bangsa melayu yang akan di adakan di K Trengganu pada 13 May  ini bertujuan apa ? Apakah mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu sebagai mahu mengukuhkan melayu ? Anjuran oleh kumpulan NGO  UMNO ini di lihat sebagai tidak relevan sebab tujuannya adalah kabur

Mengapa tidak PERKASA sahaja yang menganjurkannya ? Bukankah PERKASA sering bersuara lantang untuk memperjuangkan ketuanan melayu ? NGO KEBANGKITAN MELAYU ini bila pula di tubuhkan tiba-tiba saja nak bangkitkan melayu, Apakah selama ini melayu tidur nyenyak ?

Bagi Pak Karamu yang terlibat secara langsung dalam peristiwa 13 May merasakan akan  terangsang kembali, semangat kepahlawanan Pak Karamu akan menjadi segar bugar kerana Pak Karamu ketika itu adalah seorang tentera yang berlokasi di K Lumpur dan terlibat langsung dalam peristiwa 13 May

NGO KEBANGKITAN MELAYU jangan jadi penghasut kaum di negara ini sedangkan Najib telah perkenalkan 1 Malaysia, Adakah kamu mahu melawan Najib yang memperkenalkan 1 Malaysia ? Atau kamu mahu mengugut kaum lain supaya secara terpaksa mengundi BN/UMNO di Sibu ?

Apa pandangan KEBANGKITAN MELAYU jika peristiwa mengingat 13 May 69 ini di Sibu sahaja ? Di Trengganu jika di adakan apa hikmahnya sedangkan peristiwa ini berlaku di Kuala Lumpur, kalau nak gertak tu biarlah lojik sikit, apa kata kamu jika memperingati 13 May ini di sebarkan saja di Sibu bagi modal politik  di sana ? Nampaknya modal ini makan tuan lagi, UMNO semakin tidak kena nampaknya

Orang UMNO nampaknya sering sahaja meniupkan api perkauman di negara ini setelah parti itu gagal membela nasib bangsa melayu dan memperingati peristiwa berdarah ini mungkin UMNO mahu mengalihkan pandangan orang ramai betapa gagalnya mereka membela bangsa sendiri




BANGKIT t!!

Salam

Tak Payahlah gebar gembur nak bangkit, bangkit sajalah ! MELAYU BANGKIT ? Hangpa nak bangkit untuk apa ? Melayu bangkit dari NGO UMNO ? Nak rampas negeri mana lagi ? atau nak gertak saja ? Nak Rompak Kedah ? Nak Rompak Selangor ? Hangpa rompak pi la kalau hangpa ada teloq

Di negara ni ada Perak bangkit, la ni ada melayu BANGKIT, semua melayu dalam negeri-negeri dalam Malaysia ni perlu buat selangor bangkit, Kedah bangkit, Perlis bangkit, N.Sembilan bangkit, Pahang bangkit, Johor bangkit, Trengganu bangkit dan semua bangkit ni bersatu dalam MELAYU BANGKIT kemudian berbaris pi minta sedekah kat Putra Jaya

MELAYU BANGKIT nak pergi mana ? nak bawa orang ke syurga atau ke Neraka ? Orang melayau ni tak payah nak ajar orang bangkit sebab Perkasa yang kuat Perkasapun dah jadi pondan, mana muka melayu yang hendak bangkit, makanpun susah nak bangkit apa ? Melihat keadaan yang ada kini tiada alasan melayau nak bangkit, telungkup ada la

Apa kata kalau Pak Karamu cadangkan ISLAM BANGKIT ? Sekurang-kurangnya dapat juga selamatkan akidah orang yang nak bangkit tu selamat dunia dan akhirat, La ni hangpa tengok pi la yang ramai buang anak bersepah tu semuanya orang melayu, yang mabuk dadahpun melayu, yang miskin kedana pun melayu pendek kata semua melayu, mungkinkah depa ni semua dari melayu bangkit ?

Semasa Pak Karamu dalam tentera dulu sempat la terlibat dengan 13 May tapi melayau hilang entah kemana ! Masa tu melayau ada la beberapa kerat, itupun baru nak tuntut ilmu hitam, masa tu baru la nak gali lobang sedangkan taik dah nak keluaq dah , inilah sikap melayau piiii rah !




BN/UMNO DAN BN/SUPP PANGGIL POLIS !

Salam

APABILA BN/UMNO GAGAL BERHUJAH TERHADAP ISU AGAMA YANG DI BAWANYANYA SENDIRI MAKA MEREKA PANGGIL POLIS PULAKKKK ! DEMIKIAN YANG BERLAKU DI SIBU, SEBAGAI MANA YANG DI JANGKA APABILA ISU YANG DI MAINKAN OLEH BN/UMNO DAN BN/SUPP TENTANG AGAMA MENEMUI JALAN BUNTU MAKA POLISPUN DI PANGGIL, APABILA MEREKA KALAH BERHUJAH

DUNGUN TERBAKAR DAH 10 HARI BOMBA HADAPI MASALAH AIR ! BIAQ PI LA ! BAKAQ DENGAN TRENGGANU SEKALI !

BILA BAGI LESEN JUDI MAKA IA HALAL ....

Salam

APABILA LESEN JUDI DI KELUARKAN MAKA IA JADI HALAL SEBAB POLIS TIDAK TANGKAP LAGIPUN MUFTI TIDAK LARANG, ERTINYA OK LA TU ! MAKA BERJUDILAH RAKYAT MALAYSIA DENGAN SEMAHU-MAHUNYA

BILA RAMAI YANG MENANG JUDI MAKA HALALKAN PULA DUIT JUDI TU DENGAN MEMBAWA ORANG PERGI TUNAIKAN IBADAT UMRAH, TUUU ! PAHALA BESAR TU ! PERGI MEKAH LA KATAKAN ! 

ANDAINYA JUDI TU HARAM TENTU LA MUFTI LARANG KAN GITU, LAGIPUN MUFTI BUKANLAH JAHIL SANGAT TENTANG AMAL MA'ARUF NAHI MUNGKAR MA'ARUUUUUUF ! NA'AM ! MUNGKAAAAR !!! LAK !

HINANYA MANUSIA JIKA TIDAK FAHAM AGAMA

Salam

Di mana kita mahu dapat imformasi berkenaan dengan agama secara tepat ? Tentunya daripada Al Quran, Hadis Ijmak ulama dan qias bukan ? jadi kita yang mengakui sebagai orang islam ni jangan jadi islam celup main ikut-ikut saja, nanti generasi akan datang pula terikut-ikut pula cara agama yang berbentuk baru yang di kaitkan dengan agama islam akhirnya islam menjadi dalca wal rojak

Pak Karamu selalu sebut pasal islam mengikut panduan yang di berikan oleh Allah dan Rasulnya tapi masyarakat masih lagi ikut islam yang tidak menepati agama yang betul, mengapa ? Apa masalahnya ? Kita bukan pertikaikan soal agama corak baru yang di lebelkan atas nama islam akan tetapi yang kita pertikaikan adalah islam yang ada dapat dari mana ? dan apa sebab jadi begini ? Ikut suka hati kah ?

Agama islam tidak lahir dari pandangan dan pendapat dari otak manusia sekalipun manusia itu hebat dan kuat bagaimanapun, pada pandangan saya apa-apa yang di lebelkan atas nama islam selagi tidak menepati quran dan hadis JANGAN sekali-kali di kaitkan dengan agama islam yang di perkenalkan oleh Allah, apakah manusia mahu merebut dasar islam dari Allah dan rasulnya ? kemudian di celupkan pula atas nama islam ? mahu menjadi dajal laknatullah ?

HANYA BN/UMNO YANG BOLEH BERPOLITIK DI MASJID

Salam

AKHIRNYA YANG BENAR ITU TERSERLAH DAN YANG BATIL ITU TERBONGKAR

HANYA BN/UMNO SAJA YANG BOLEH BERPOLITIK KEPARTIAN DI MASJID DENGAN MENGARAHKAN AHLI KARIAH TERTENTU MENBACAKAN YASIN UNTUK CALON BN/UMNO YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, LEPAS TU LAPOR PADA SULTAN, MAKA SULTANPUN MURKA ! CIIIIS JANGAN MASUK SELANGOR ! HEK ELEHHHHH !

TIDAK APALAH SEBAB BN/UMNO TIDAK FAHAM AGAMA SEBAB ITU MEREKA BERPOLITIK KEPARTIAN DI DALAM MASJID, YANG SALAHNYA BAGI BN/UMNO IALAH APABILA PAS MEMBUAT TAZKIRAH YANG DI ANGGAP PAS BERPOLITIK

JABATAN AGAMA SELANGOR KENALAH LAPORKAN KEPADA SULTAN TENTANG APA YANG BERLAKU, SULTAN JANGANLAH TERUS MARAH TANPA FAKTA YANG BENAR DAN JANGANLAH SUKA DI HASUT  TANPA FAKTA

BN/UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BAWAK KETIAK SULTAN !!!

POLIS SARAWAK TELAH KELUARKAN AMARAN

Salam

POLIS KELUARKAN AMARAN TIDAK BOLEH KELUARKAN ISU KALIMAH ALLAH DAN AGAMA DI SIBU YANG DI MULAKAN OLEH BN/SUPP 

SAYA SUDAH BILANNNNNG ! TAPI MENGAPA BN/SUPP DAN BN/UMNO MULAKAN !

Kita mahu lihat sejauh mana larangan polis Sarawak berkesan ! Jangan fikir polis orang kerajaan maka BN/SUPP boleh buat apa saja untuk mereka menang, SAYA JUGA TELAH KATA :BN/UMNO dan BN/SUPP telah memulakan ini dahulu 

Polis Sarawak akan bertindak jika ada mana-mana pehak yang melakukan isu kalimah ALLAH dan agama akan di tahan di bawah ISA jika BN/UMNO atau BN/SUPP melakukannya juga maka polis Sarawak ada beranikah bertindak ? Jangan cakap saja !

BN/UMNO dan BN/SUPP jangan cari penyakit, kalaupun mahu menang maka mereka kena timbang sama tentang keselamatan dari isu yang mereka mainkan, apa yang kita fahami isu semasa sudah tidak lagi relevan kerana isu tersebut banyak menjerat leher mereka

Di Sibu lebih baik nyatakan isu membolot harta oleh kerajaan Sarawak dan kroninya tentang pembolotan tanah yang kebanyaknya telah di miliki oleh kerajaan yang ada sekarang biar rakyat tahu yang mereka memerintah hanya untuk mengumpul harta


POLITIK ADALAH SATU PEPERANGAN

Salam

JIKA  BERPOLITIK MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN

Politik di Malaysia mungkin akan berlaku suatu keadaan yang tidak aman  dan setabil kerana nampaknya  corak kempen parti-parti politik negara semakin menjurus kepada ketegangan kaum ataupun agama, rasanya BN/UMNO telah memulakan ini kemudian di tiru oleh parti-parti yang lain

Apabila BN/UMNO telah berjaya dalam kempen agama yang kotor maka parti-parti yang lain akan meniru  sama dengan tujuan  untuk menang, sekalipun isu yang di mainkan itu mengundang bahaya ia di umpamakan seperti bom jangka yang hanya menunggu untuk meletup pada bila-bila masa

Di Hulu Selangor telah memulakan isu arak, kemudian di ikuti rapat dengan isu pribadi , pemipuan  dan  rasuah politik.Di Sibu isu agama telah di mulakan oleh BN/UMNO dengan menyatakan bahawa jika orang Sibu memilih calon DAP maka bererti mereka memilih dan suka kepada PAS dan Negara Islam

Kempen BN/UMNO di Sarawak ini walaupun di lihat sebagai isu yang memakan diri namun dengan mengutarakan isu ini bererti mereka telah memulakan tiupan pertama kepada isu tiupan api pergaduhan kerana dengan menyentuh PAS dan agama yang secara kebetulan mereka di pertakutkan kepada islam, seolah-olah islam ini ganas dan tidak boleh di percayai 

BN/UMNO telah memesongkan isu sebenar kewujudan parti-parti politik untuk  memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat yang di lihat sudah tidak berkesan kerana telah banyak berlaku penyelewengan dan rasuah maka mereka mengalihkan pula sengan isu yang lebih kotor bagi memenangi hati rakyat sekalipun mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal

SEBENARNYA SUPP MEMERANGKAP BN/UMNO

Salam

BILA AGAKNYA BN/UMNO MAHU JADI PANDAI ?

Pilihanraya Sibu nampaknya sudah mula panas, isu awal yang di utarakan soleh BN/SUPP Sarawak jika di teliti ia hanya memerangkap BN/UMNO di semenanjung dan memerangkap juga BN/SUPP di sarawak, isu awal BN/SUPP ialah jika rakyat Sibu undi DAP bererti rakyat Sibu undi PAS dan negara islam

Memang isu ini  agak menakutkan rakyat Sibu dari keturunan masyarakat setempat akan tetapi untuk membalas isu PAS dan negara islam ini sebenarnya BN/SUPP Sarawak mengundang padah kerana ia seolah-olah BN/SUPP Sarawak memberi dorongan supaya Pakatan Rakyat mengeluarkan isu kalimah Allah yang di tentang BN/UMNO di semenanjung

Di Sibu ramai yang beragama kristian baik cina mahupun kaum Iban, mereka ini mahukan kalimah Allah di halalkan bagi penganut kristian tetapi di halang oleh BN/UMNO akan tetapi tetiba PAS pula menyokong orang kristian menggunakan kalimah Allah kerana itu sudah di tetapkan oleh Allah sendiri, jadi orang kristian di sana sudah macam ada persefahaman dengan orang PAS di Sibu

Penceramah PAS di Sibu nampaknya begitu mudah mendekati penganut Kristian kerana ada persefahaman dalam isu kalimah Allah, kemudian di ikuti pula dengan isu pembakaran gereja  di satu ketika tidak lama dulu jadi nampaknya BN/SUPP mungkin sengaja keluarkan isu agama supaya isu kalimah Allah di buka kembali dan nampaknya ia amat berkesan !  jadi siapa bodoh ?

BN/SUPP Sarawak mungkin ada muslihat untuk menumbangkan BN/UMNO dan BN/SUPP di Sarawak dengan isu agama ini mengkin juga isu yang di mainkan ini tanpa di sedarinya ia akan memakan diri. Sekarang ada kenyataan dari rakyat Sibu berterima kasih dengan penceramah BN/SUPP kerana mengingatkan rakyat Sibu supaya jangan lagi halang orang pristian menggunakan kalimah Allah

Dengan isu ini juga penceramah PAS sudah merasa selesa memasukki gereja untuk tujuan berkempen tanpa halangan malah ada yang menjemput mereka menyatakan pendirian islam tentang kalimah tersebut, nah sekarang siapa bodoh ? Siapa bebal ?

PILIHANRAYA KECIL KERDAU PAHANG ?

Salam

ADUN KERDAU PAHANG DI KATAKAN STABIL TAPI KRITIKAL ? LANGSUNG TAK FAHAM ! SEPATUTNYA JIKA STABIL OK LA TAPI DI KATAKAN PULA KRITIKAL ? DUA PERKARA KEADAAN YANG BERBEZA DAN KEADAAN YANG SUKAR DI FAHAMI

SEPATUTNYA DI SEBUT SAJALAH STABIL SUPAYA PAS PAHANG TIDAK AMBIL BERAT  DENGAN PILIHANRAYA KECIL DI KERDAU PAHANG, JIKA DUA KEADAAN BERLAWANAN INI DI SEBUT OLEH MB PAHANG MAKA RASANYA TENTULAH KRITIKAL

OLEH YANG DEMIKIAN MAKA PAS YANG BERTANDING DI KERUSI DUN KERDAU PERLU BERGERAK DAN BERSIAP SEDIA DARI SEKARANG INI BUKANLAH SEOLAH-OLAH MENDO'AKAN ADUN YANG STABIL TAPI KRITIKAL TAPI KENYATAAN DAN MIMIK MUKA MB PAHANG LEBIH MENUNJUKKAN KRITIKAL

MASA DHARURAT DULU ....

Salam

MASA DHARURAT DULU TENTERA SEBOLEH MUNGKIN TIDAK DI ARAHKAN TEMBAK MATI KEPADA KOMINIS YANG DI JUMPAI OLEH MEREKA, TUJUANNYA IALAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH BANYAK DARI MUSUH, ANDAINYA MUSUH DI TEMBAK MATI MAKA IA MUNGKIN ADA RAHSIA YANG PERLU DI TUTUP SO BAGAIMANA KEADAAN TEMBAK MATI YANG ADA SEKARANG ?

NEGARA ISLAM MODAL BN/UMNO

Salam

BN/UMNO MULA MEMAINKAN ISU NEGARA ISLAM DI PILIHANRAYA KECIL SIBU, JIKA DEMIKIAN MAKA PR PULA PERLU BERCAKAP PASAL AKIDAH PADA UMAT ISLAM SIBU DAN ISU KALIMAH ALLAH DAN JUGA ISU PEMBAKARAN MASJID PERLU DI CANANGKAN DI SANA, NAMPAKNYA BN/UMNO MULA MEMULAKAN ISU AGAMA YANG DI ANGGAP SENSITIVE
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.