JANGAN BAGI MEREKA MENANG DI RANTAU ? !
PAS DAN UMNO BEKERJASAMA KERANA IKUT NASIHAT DARI AL QURAN SUPAYA JANGAN BERPECAH BELAH (WALA TAFARROQU).
YANG TAK SUKA PAS DAN UMNO BEKERJASAMA HANYALAH YANG BERFAHAMAN YAHUDI DAN NASORO DAN KOMINIS, KERANA KEKUATAN ISLAM ADALAH KERANA BERADA DALAM SATU JAMA'AH.
PANDUAN UMAT ISLAM HANYALAH PADA AL QURAN, SEBAB ITU PADA HARI INI ISLAM PERLU BERJAMA'AH.
KITA BERJAMA'AH BUKAN KERANA NAK JADI TALIBAN ATAU KOMINIS, KITA BERSATU KERANA NAK PERANGI YAHUDI MALAYSIA DAN KOMINIS MALAYSIA.
-Pak Karamu-
Hadi: Pihak bantah kerjasama PAS-Umno 'macam Yahudi'
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan "Yahudi".
Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara.
“Lepas
itu bila Umno-PAS hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan
kaum lain. Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang
Islam bersatu masa zaman nabi.
“Inilah penyakit yang mesti kita
lawan. Mari kita bersatu padu, biar musuh pergi jahanam,” katanya
seperti dilapor The Malaysian Insight.
Beliau dilapor berkata demikian dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi.
Meskipun tidak menyebutkan nama tertentu, Hadi dipercayai menujukan kenyataan itu kepada pemimpin DAP.
Awal
bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan asalnya
menggesa MCA meninggalkan BN menyifatkan bahawa Umno dan PAS
“mengisytiharkan perang” terhadap masyarakat bukan Melayu.
Lim kemudiannya mengubah kenyataannya itu dan frasa “pengisytiharan perang” ditukar kepada “menyasarkan”.
Pengerusi
DAP Perak Nga Kor Ming pula sebelum ini menyifatkan kerjasama PAS dan
Umno yang sedang berlangsung kini akan membawa negara ke arah
pemerintahan ala "Taliban".
Sementara itu, menyentuh dakwaan Nga, Hadi berkata terdapat perbezaan yang besar corak pemerintahan di Afganistan dan Malaysia.
“Taliban
ini pakai Mazhab Hanafi, orang perempuan tidak boleh mengaji sekolah,
tiada pilihan raya. Kita PAS buka sekolah, masuk pilihan raya, lain.
Tidak betul banding dengan Taliban,” katanya.
Hadi
berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan kerjasama Umno dan
PAS kerana Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil dengan semua kaum.
“Sekarang
timbul kesedaran yang mewajibkan umat Islam perlu bersatu. Pas-Umno
perlu bersatu dan orang bukan Islam jangan takut. Kami adil untuk
mereka. Dalam sejarah dunia yang mampu menyatukan masyarakat majmuk
hanya Islam.
“Sebab itu kita hendak menyatukan orang Islam dulu.
Masyarakat lain jangan bimbang, kita tidak ketepikan. Hendak selesaikan
masalah negara orang Melayu mesti kuat,” katanya.