LAIN KALI PAKAI AKAI, JANGAN PAKAI OTAK
MULA-MULA HANTAM PAS, LEPAS TU ORANG YANG SAMA
DALAM INvOKE BUAT ANALISA, JUGA HANTAM PAS
TU, CERDEK KE BANGANG NAMANYA ?
-Pak Karamu-
Pas tidak boleh ketepikan pandangan luar
KOTA BHARU - Ketika mana Pas masih ghairah dengan mood muktamarnya,
parti itu tidak boleh membakul sampahkan dan mengetepikan sahaja dapatan
kajian Invoke baru-baru ini.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM),
Dr Rusdi Omar berkata, biarpun hangat dengan pelbagai isu yang
dibangkitkan di Kedah, parti pembangkang kena sedar, sekiranya berlaku
pertandingan tiga penjuru nanti sudah pasti keputusan akan memihak
kepada BN.
“Saya berpandangan, parti pembangkang kena sedar dan jangan terlalu
yakin dengan kekuatan parti mereka masing-masing. Pas sebagai contoh
sepatutnya kena ambil iktibar mengenai kajian ini.
“Mereka janganlah memperkecilkan atau kurang percaya tentang
kajian-kajian seperti ini kerana setiap kajian penyelidikan, pelbagai
method kajian boleh digunakan yang bertujuan mengesahkan reliability dan
validity sesuatu kajian,” katanya.
Selain itu katanya, sama ada pendekatan politik sejahtera dan matang
boleh direalisasikan oleh Pas bagi mencapai kemenangan nanti juga
bergantung kepada sejauh mana kekuatan jentera pilihan rayanya.
Keadaan ini katanya, boleh diibaratkan seperti pendekatan ‘harakiri’
Pas sama ada mereka boleh ‘survive’ atau sebaliknya dalam kancah politik
Malaysia yang terlalu banyak kucahnya.
“Sama ada Pas akan mencapai kejayaan yang lebih baik atau tidak dengan
bertanding bersendirian nanti, hanya ALLAH SWT boleh tentukan. Jika
diimbas dari segi sejarah kemenangan Pas, kalau mereka bersendirian
adalah agak mengecewakan berbanding bila mereka bekerjasama dalam
pembangkang,” katanya.
Menurutnya, pendekatan Pas dengan cara Pas atau sebaliknya, Pakatan
Harapan dengan caranya menunjukkan ketidaksepaduan antara mereka.
"Bila ini berlaku, parti-parti yang ada dalam pembangkang merasakan
mereka hebat dan ia ditunjuk dengan gelagat kurang cerdik dalam tindakan
pemimpin-pemimpin mereka,” katanya.
Menurutnya, sebagai contoh, Pas merasakan mereka boleh menang sekiranya
berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti walaupun kebanyakan
penganalisis politik berfikir sebaliknya.
Katanya, biarpun pemimpin Pas secara realitinya tahu akan berdepan
kekalahan pada PRU14 nanti sekiranya bertanding bersendirian, tetapi
mereka tekad bertanding, dengan prinsip kalah dan menang adalah perkara
biasa, yang penting adalah reda ALLAH SWT.
“Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad baru-baru ini
berkenaan parti itu yang akan bertanding sekurang-kurangnya 80 kerusi
Parlimen pada PRU14, ia sebenarnya tidak sedikit pun memberikan jaminan
bahawa parti itu akan mencapai kemenangan lebih besar berbanding sebelum
ini,” katanya.
Menurutnya, sekiranya Pas mahu menang dengan lebih banyak kerusi, parti
itu mesti merampas kerusi daripada BN dan tidak mungkin boleh menang di
kawasan majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP, ataupun kawasan campuran
yang dimenangi oleh PKR.