AIR MATA BUKAN CARA YANG BAIK UNTUK MERAIH SIMPATI, ITU SIKAP PONDAN.
ANAK-ANAK BEKAS PEMIMPIN PAS MEMBUATKAN AYAH MEREKA TIDAK TENTERAM DI DALAM KUBUR.
BIARKAN, BIARKAN !
ANAK AL MARHUM FADHIL NOR, YUSUF RAWA DAN NIK AZIZ MENGHADIAHKAN KEGELISAHAN KEPADA ROH-ROH AYAH MEREKA DI ALAMNYA
TAHNIAH WAHAI ANAK !!!
JIKA BENAR KATA NIK AZIZ SEBAGAIMANA YANG DISEBUT NIK OMAR, MAKA NIK AZIZ MUNGKIN BERFAHAMAN SEKULAR ?
ATAU
ISLAM LIBERAL ???
ATAU NIK AZIZ LEMAH MAKRIFATNYA TERHADAP DASAR PERJUANGAN !!!
DASAR PERJUANGAN PAS ADA PADA DASARNYA BUKAN ADA PADA MANUSIA, DISINILAH KELEMAHAN MANUSIA MENTAFSIR ? DEMIKIAN JUGA NIK AZIZ ?
SEMENTARA ITU:
Ibu berkempen untuk Pas di Chempaka: Nik Abduh
NIK ABDUH:
(Ubah saiz teks)
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa ibunya, Datin
Tuan Sabariah Tuan Ishak akan berkempen untuk Pas di Dun Chempaka dan
Parlimen Pengkalan Chepa.
Perkara tersebut dimaklumkan Nik Mohamad Abduh menerusi catatannya di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata, pada asalnya ibu beliau hanya akan menumpukan
kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatan yang sedikit membataskan
pergerakannya.
"Akan tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga
kami terhadap Pas di Dun Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk
turut bersama jentera muslimat parti ini di sana.
"Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh
rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan
kepada jentera Pas di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia
amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang
amat sukar," katanya.
-Pak Karamu-
Surat terbuka Hadi
Muhammad Shamsul Abd Ghani
30 April 2018
Abdul Hadi
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM- "Sepatutnya anak-anak pemimpin Pas tidak bersama bahtera
Pakatan Harapan (Harapan)," demikian kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Menerusi satu analogi, Hadi berkata, Harapan yang kini nakhodanya
iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN
sehingga menjadi bocor, dimasuki air dan juga sangat membahayakan.
"Maka Pas tidak bersama BN dan tidak juga Harapan.
Apa yang menarik bahtera Harapan mengumpulkan kumpulan DAP anti Islam
secara terbuka," katanya menerusi satu catatan yang berjudul 'Surat
terbuka kepada anak-anak pemimpin meninggalkan perjuangan ayah'.
Tanpa merujuk mana-mana pihak, Hadi bagaimanapun dilihat merujuk kepada
tindakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar yang baru-baru
ini mengejutkan ramai pihak untuk memilih Amanah sekaligus menjadi
calon Harapan di Dun Chempaka.
Selain Nik Omar, anak Allahyarham Yusuf Rawa, Presiden Pas yang kelima
iaitu Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf,turut memilh Harapan untuk menjadi
calon di Parlimen Parit Buntar.
Tindakan memilih Harapan juga turut dilakukan oleh anak Allahyarham
Presiden Pas yang keenam Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Faiz
Fadzil.
Mengulas lanjut perkara ini, Hadi berkata, pemimpin utamanya (Harapan)
pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih
memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepadak
kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta
tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
"Bersama Harapan juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat
politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu
melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke
Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya," katanya.
Jelasnya lagi, kajian politik Harapan mengira di atas kertas dan
memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas
lapangan rakyat secara terperinci.
"Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa al-Quran
tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia
dan berpijak di buminya.
"Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti
Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang
dipijak dan masyarakat yang berbeza," kata Hadi lagi.
Hadi yang akan bertanding di Parlimen Marang seterusnya berkata,
mereka jelas tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan
mengubah baiah di tempat dan masa berbeza.
"Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid
terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan
masyarakatnya juga berlainan.
'Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing
yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta
ini.
"Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya,"
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam
tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak
bermaya, kalau kalah ditelan gelombang," katanya.