NOH OMAR CABAR MAHADHIR
BUBAR PARLIMEN SEKARANG, P.H AKAN KALAH
CIIIIS, KELIBAT IKAN DI DALAM AYAQ, KU TAHU JANTAN ATAU BETINAAAA !
WOOIT ? SIAPA KATA P.H AKAN KALAH AKAN DIAMBIL TINDAKAN ? ADA BERANI AMBIL TINDAKAN ?
APA MUNGKIN P.H AKAN KALAH DIBAWAH TANGAN MAHADHIR ?
TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN, HANYA MAHADHIR SATU-SATUNYA P.M MELAYU YANG BERJAYA JADI PIEM DUA KALI WALAUPUN DAH TUA.
SEBAB ITU SIAPA KATA P.H AKAN KALAH SAMA SEPERTI KONDEM SAMA MAHADHIR.
APA RAHSIA DISEBALIK KATA P.H AKAN KALAH DIBAWAH MAHADHIR ?
SEDANGKAN ANUAR KATA DIA TAK FIKIR BERADA DIBAWAH KABINET PIEM MAHADHIR, INIKAH RAHSIA TERSIRAT ?
OOOOO, DAH PUAS JOLOK SANA JOLOK SINI KE ?
SIYAAAAAN MAHADHIR !!!
-Pak Karamu-
'Kenakan tindakan pada Kit Siang sebelum Rais'
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad digesa supaya tidak
bersikap berat sebelah dalam mengambil tindakan terhadap ahli PH yang
percaya gabungan itu akan kalah, kata Najib Razak.
Menurut bekas
perdana menteri itu, jika ada sesiapa yang perlu dihukum terlebih
dahulu, individu tersebut sepatutnya ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit
Siang.
"Kalau PM ketujuh nak ambil tindakan, patut kenakan Kit Siang itu dulu.
"Mulut Kit Siang memang jahat. Dia layak untuk dihukum dari dulu lagi," tulisnya di Facebook malam tadi.
Najib mengulas kenyataan Mahathir yang mengatakan Bersatu akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mencemarkan parti itu dengan mengatakan bahawa PH akan dapat kalah dalam pilihan raya.
Meskipun
tidak menyebut mana-mana nama secara khusus, ia dipercayai ditujukan
kepada Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Dr Rais Husin.
Kata
Najib beliau berasa simpati terhadap Rais dan mendakwa bahawa banyak
pemimpin lain dalam PH juga mengatakan perkara sama atau bersetuju
dengan kenyataan Rais itu.
Antara yang dinamakannya
ialah anggota Parlimen Subang, Wong Chen; anggota Parlimen Klang,
Charles Santiago; dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta Kit Siang.
Untuk
rekod Kit Siang - dalam kenyataan dua hari lalu - tidak langsung
mengatakan bahawa PH akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) jika ia
dipercepatkan.
Kita Siang hanya menyatakan, jika PRU diadakan sekarang, beliau akan tewas di kerusi parlimen Iskandar Puteri dan DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara.
Sementara itu, Guan Eng hanya mengakui populariti PH semakin menurun, tetapi yakin bahawa mereka boleh mengubah keadaan.
Santiago dan Wong bagaimanapun bersetuju dengan penilaian Rais.
Pada
28 Ogos, Rais memberitahu sebuah forum bahawa PH akan kalah sekiranya
PRU diadakan sekarang berikutan rakyat yang tidak puas hati dengan
pengendalian isu semasa seperti pengangguran, kos sara hidup, dan
keutamaan mempengaruhi pengundi Melayu Muslim.