JIKA SETAKAT NAK BELA MARUAH MELAYU ? HENTIKAN, MELAYU MANA ADA MARUAH ?
SEJAK MERDEKA HINGGALAH ZAMAN SEKARANG, YANG MENGEPALAI NEGARA ADALAH MELAYU,
APA PIMPINAN MELAYU BUAT ? MALAH MELAYU TERUS MENGUNDUR DIRI DARI BANDAR KEPINGGIR KOTA ATAU BERANSUR KE DALAM HUTAN.
PEMIMPIN MELAYU HANYA PANDAI CAKAP KERANA NAK LEPASKAN TENGKOK DAN TEMBOLOK SAHAJA.
MEREKA MENCARI PELUANG SEBANYAK MUNGKIN UNTUK DIRI SENDIRI DENGAN MELONGGOK HARTA PADA ANAK PINAK.
MELAYU ADA MARUAH ?
BANGSA YANG ADA MARUAH HANYA BANGSA YANG ADA RUKUN HIDUP, MELAYU MANA ADA RUKUN ? YANG ADA RUKUN HANYA ISLAM, YANG ADA RUKUN HANYA IMAN, YANG ADA RUKUN HANYALAH NEGARA.
UNTUK JADI BANGSA MELAYU YANG BERTAMADUN, MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAN YANG MEMPUNYAI RUKUN ?
TAKUT POTONG TANGAN,KAKI ? TAKUT MAKAN SOUP TANGAN ? CIS SUNGGUH HAPRAK MELAYU JENIS INI.
ISHHH, MELAYU BLAH, BLAH, BLAH, BLAH ! INGAT MELAYU TAK BOLEH NILAI SIKAP HAPRAK MELAYU ?
-Pak Karamu-
Maruah Melayu bukan terletak pada bangsa, tapi Islam
ULASAN | "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d : 11).
Kami berpendapat perbincangan mengenai nasib dan maruah Melayu harus berorientasikan apa yang diungkap di dalam al-Quran.
Dalam
konteks keresahan bangsa Melayu dalam kalangan ahli politik dan
pertubuhan bukan kerajaan masa kini, ternyata ia banyak berkisar kepada
tuntutan supaya kerajaan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan status
Melayu yang dilihat tercabar.
Ayat al-Quran tersebut tepat untuk dijadikan formula memulihkan maruah bangsa Melayu.
Iklan
Sejak
bangsa Melayu dijajah oleh lima bangsa penjajah - iaitu Portugis, Siam,
Belanda, Jepun dan Inggeris - selama 446 tahun, banyak nilai feudalisme
membelenggu mereka.
Akibatnya parah. Dari sebuah bangsa yang
asalnya rajin dalam bidang maritim dan mengusahakan bidang pertanian,
ilmu kearifan lokal bangsa Melayu dibuang.
Ia kemudian diganti dengan sifat kebergantungan kepada pemerintah.
Perlu berlaku jujur
Sebab itu maruah Melayu mulai terhakis apabila hampir semua aspek kehidupan mulai dicemari dengan kebergantungan dan kemalasan.
Memang
benar, politik Melayu telah dirosak oleh perpecahan. Dengan sebab
keghairahan dan fanatik kepada politik kelompok, gelaja "Melayu bunuh
Melayu" menjadi parah.
Sebab itu ucapan Dr Mahahir Mohamad dalam
amanatnya di Kongres Maruah Melayu di Shah Adam tadi, beliau nampaknya
menyentuh banyak soal sikap orang Melayu yang tidak cukup bersedia
bekerja dengan berdisiplin.
Dari soal menjual tanah rizab Melayu
hingga soal orang Melayu enggan bekerja dalam bidang kemahiran sehingga
ramai pekerja asing mengambil tempat kerja dalam negara ini.
Memang
perubahan yang sangat genting dihayati ialah kesanggupan bangsa Melayu
jujur untuk mengakui bahawa jika perangai dan sikap negatif terhadap
kerja tidak dikikis, maruah bangsa tidak akan dapat dipulihkan.
Harus
diinsafi, yang membunuh tulisan Jawi dan bahasa Melayu adalah Melayu
sendiri; yang mengadai tanah Melayu adalah Melayu; yang merasuah,
membuang anak, ketagihan dadah, merempit, adalah Melayu sendiri.
Oleh itu kami bersetuju bahawa tindakan menyalahkan orang lain atas terjejasnya maruah Melayu adalah tidak tepat.
Bangsa
Melayu itulah yang boleh memulih maruah oleh bangsa sendiri. Orang lain
tidak mungkin mahu membela nasib dan maruah Melayu.
Kembali kepada Islam
Kami
mengesa para pemimpin Melayu agar mengembleng tenaga untuk memikirkan
bagaimana caranya maruah bangsa dapat dipulihkan dengan berpandukan
al-Quran dengan segala pedomannya.
Tidak boleh difikirkan hanya
perlembagaan negara sahaja yang boleh menjamin maruah bangsa. Orang
Melayu perlu berpegang kepada sumber abadi - iaitu al-Quran - jika mahu
maruah itu dilindungi.
Bangsa Melayu perlu kembali kepada asas (back to basic). Maruah bangsa bukan kerana Melayunya, tetapi kerana Islamnya.
Kami
akur jeritan "Hidup Melayu" menaikkan semangat, tetapi laungan sebegitu
saja akan hanya menjadi retorik dan tidak berupaya mengubah realiti.
Dr
Mahathir sendiri kesal kenapa perkampungan Melayu - seperti Kampung
Kerinci dan Kampung Abdullah Hukum di KL - akhirnya lenyap. Beliau
mengeluh orang Melayu tidak mampu hidup di bandar.
Kami berpandangan, kesilapannya ialah pada model pembangunan yang kerajaan sendiri amalkan.
Orang Melayu di bandar terpinggir sedikit demi sedikit akibat didesak memberi laluan kepada pembangunan.
Akibatnya realiti bandar didominasi oleh bangsa lain.
Kami menggesa pemulihan maruah Melayu hanya boleh direalisasikan dengan kembali kepada Islam yang menyeluruh.
Ia
perlu bermula daripada pemimpin Melayu itu sendiri. Daripada raja-raja,
perdana menteri hingga ketua institusi keluarga Melayu.
MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah presiden Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).