Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERKASA YANG DIBENCI PAS DAN PKR

Salam

PERKASA MAHU MENYATUPADUKAN ORANG MELAYU SEDANGKAN KEPALA PERKASA BEKERJA KERAS HENDAK PECAHBELAHKAN PARTI PAS DAN KEADILAN KERANA ITU DIANTARA PIMPINAN PAS YANG TEGUR KEPALA PERKASA IALAH NIK AZIZ, TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN KHALID SAMAD, SEMENTARA DARI PKR IALAH AZMIN ALI, DARIPADA UMNO PULA IALAH NAZRI AZIZ, KHAIRY JAMALUDDIN DAN TENGKU ADNAN TENGKU MANSUR

NAMPAKNYA PERKASA INI MACAM SATU PERTUBUHAN YANG DISERTAI ORANG TIGA SUKU, TAK CUKUP AKAL, TAK CUKUP MASAK, KURANG MATANG DAN KURANG AJAR, MANA ADA SEORANG PIMPINAN YANG BERCITA-CITA BAIK AKAN TETAPI DALAM MASA YANG SAMA DIA ROSAKAN CITA-CITA BAIKNYA SENDIRI, ITULAH PERKASA YANG GILA BABI, PERANGAINYA SALING TIDAK TUMPAH MACAN YAHUDI

PENGURUSI MCA BUKIT BINTANG MENYERTAI PKR, DIA MEMBUAT KEPUTUSAN SEKEMBALINYA DARIPADA LUAR NEGARA

JADI KATAK ? UNTUK PULIH SEMANGAT !

Salam

Setiap pilihanraya diadakan maka kita dapat dengar ada saja orang yang meninggalkan parti sebagai pulih semangat kepada BN/UMNO, sekarang  kita akan dengar ratus-ratus akan meninggalkan PR (Pas, PKR&DAP) sebagai pulih semangat semperna dengan pilihanraya kecil Galas

Amalan ini menunjukkan sesebuah parti itu akan muflis idea yang bersih untuk memenangi hati rakyat, peristiwa Galas ini BN/UMNO telah mulakan pulih semangat dengan ujudnya pencemaran kes Anuar Ibrahim yang mungkin akan diperkenalkan ke Galas untuk melemahkan calon dan penyokong PR

Pokoknya ada banyak wang boleh reka bermacam-macam fitnah dan sabotaj, orang di negeri Kelantan ramai yang  masih miskin dan mengharap-harap, tidak  mustahil nanti Kelantan, Trenggani dan Pahang ataupun Kedah ramai yang keluar parti untuk perhatian rakyat di Galas

PILIHANRAYA GALAS

Salam

BELUM LAGI PENAMAAN CALON SUDAH ADA URA-URA PERANCANGAN FITNAH YANG JAHAT AKAN BERKUMANDANG DI GALAS

Rakyat Galas mahu mendengar fitnah yang jahatkah atau mahukan nasib mereka dibela ! Sukakah telinga rakyat Galas didengarkan dengan fitnah yang kotor ? Apakah rakyat Galas memang suka mendengar finah dan berita yang kotor ? Rakyat Galas tidak faham dosa dan pahalakah ? Rakyat Galas suka mendengar cerita apa ?

Wahai Rakyat Galas !!! Cerita Apakah Yang Kamu Suka Dengar ? Cerita Liwaaaaat ? Cerita Rasuah ? Cerita Janji Kosong ? Jika kamu orang yang benar maka kamu tolak cerita maksiat yang bakal kamu dengar selepas penamaan calon nanti

NAKHA'I AHMAD NGIGAU ATAU MIMPI ?

Salam

BEKAS YANG DIPERTUA YADIM TIDAK PAYAH BERCAKAP TENTANG HAL NEGARA MALAYSIA DIBAWAH KETIAK BARAT

Bekas Yang Dipertua Yadim Dato Nakhai Ahmad tidak layak nak nasihatkan kerajaan supaya jangan  lagi berada dibawah ketiak barat, dia sebenarnya sudah hilang power nak memberikan pandangan ataupun nasihat dengan kerajaan yang ada

Zaman dia dahulu semasa menguasai Yadim mungkin mulutnya masin sikit akan tetapi sekarang mulutnya sudah basi, nasa dia bermulut masin dia menikus, setelah bersara baru dia nak bercakap, orang ramai tidak tahu apa yang dia buat di Pusat dakwah tersebut

Ingatlah semasa kamu menjadi katak melompat dari Pas ke UMNO kamu rasa hebat dan boleh jadi menteri akan tetapi kamu sebenarnya tiada pengaruh nak bercakap tentang soal dibawah ketiak kerana kamu sendiripun tidak betul jadi eloklah kamu tutup mulut

Kamu sebenarnya telah gagal menjalankan tugas kamu di Yadim dan kebanyakan rakyat tidak tahu apa yang Yadim lakukan untuk faedah rakyat kerana aktiviti Yadim dibawah pimpinan kamu tidak ada fungsi langsung

MENGENAL PENGARUH YANG HAK DAN YANG BATIL

Salam

MENGENAL PENGARUH KUASA YANG HAK DAN YANG BATIL DARI DUA KUASA DI GALAS

Di Galas akan berlaku pertempuran yang hak dan yang batil, kedua-dua kuasa ini datang daripada BN dan juga PR, orang ramai sudahpun maklum dasar perjuang masing-masing yang menyatakan kebenaran masing-masing untuk konon membela rakyat, maka rakyatlah yang dapat menilai diri mereka sendiri mana yang mereka akan pilih, jika mereka faham tentang dosa dan pahala maka mereka akan membantu Pas dan sebaliknya

Sebagaimana yang rakyat telah maklum apabila diadakan pemilihan maka berlakukan ketidak jujuran daripada pehak BN/UMNO kerana mereka mengambil hati rakyat dengan berbagai rasuah yang tidak mengira soal dosa dan pahal, matlamat mereka adalah kemenangan, sementara Pas pula mereka hanya bercakap tentang membela nasib rakyat sekadar adanya tapi dalam masa yang lamanamun ada kebersihannya kerana mengambil kira soal dosa dan pahala

Pengundi di Galas boleh diukur keimanan dan kepercayaan mereka dari pilihanraya kecil ini, sama ada mereka tetap dengan kebenaran ataupun kebatilan, mereka semua tahu dasar perjuangan kedua-dua kumpulan ini, mereka tahu muslihat parti yang mahukan kemenangan, rasuah pasti ada, ugut peras tetap ada, janji pastinya banyak, jadi yang mana pilihan mereka ? Bolehlah kita ambil kesimpulannya bahawa senjata yang paling ampuh bagi BN/UMNO adalah janji dan rasuah, sementara senjata Pas yang ampuh ialah bermunajat kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kemenangan kepada mereka

Jadi dengan  adanya pilihanraya kecil ini dapatlah kita menilai sejauh mana rakyat menilai diri mereka dan sejauh mana mereka bersikap benar mahukan kebersihan ataupun kekotoran

TARIKH YANG SUKAKAN KELAB PENYOKONG PAS

Salam

SEMUA PEHAK BERGEMBIRA SETELAH TARIKH DITETAPKAN OLEH SPR, PERTARUNGAN INI BOLEH DISIFATKAN MENGUKUR KEKUATAN BN DENGAN PR


Disebabkan sudah lama tidak ada pilihanraya kecil maka pilihanraya Galas kali ini dijangkakan hangat terutama kelab penyokong Pas dari keturunan Cina, India dan orang asal, kelebihan kali ini tetap kepada Pas kerana Kelantan diperintah oleh Pas sekalipun BN/UMNO akan melambakkan berbagai pitih dan janji pembangunan namun kelebihan tetap juga kepada Pas kerana tiada ertinya pembangunan jika kerajaan negeri yang menguasai negeri

Kelab penyokong Pas sudah bersiap sedia menerima arahan apa yang mereka mesti lakukan sementara kehak kerajaan pusat sedang mahu mengenal pasti kepala-kepala kaum terutama kaum india,cina dan orang asal disana, mana-mana rancangan yang dikelolakan oleh kerajaan pusat di negeri Kelantan maka mereka telah berkira-kira untuk mencari dan mendapatkan peruntukan bagi tujuan pembangunan untuk menambat hati rakyat

Kepada golongan penganalisa politik dan pilihanraya mereka tentunya akan menilai pendirian semua kaum disana sama ada mereka akan menyokong kerajaan pusat ataupun negeri, dari keputusan itu nanti mungkin akan dapat dinilai pula kepada pandangan rakyat keseluruh negara, dalam masa yang sama rakyat masih lagi terpengaruh dengan kebendaan dan rancangan pembangunan kerana itu Galas dikatakan setiap parti mempunyai peluang yang seimbang




SPR TETAPKAN TARIKH PRK GALAS

Salam

SPR TELAH TETAPKAN BAHAWA PADA 26 OKTOBER TARIKH PENAMAAN CALON DAN TARIKH PADA 4 NOV MEMBUANG UNDI

PENDEDAHAN MASALAH AIR DI KEDAH

Salam

CARA KERAJAAN UMNO BUAT DUIT, TOLAK GERAN KEMUDIAN BUAT HUTANG

KERAJAAN NEGERI KEDAH TELAH MEMBOGELKAN  CERITA SEBENAR MASALAH AIR DI NEGERI KEDAH YANG MANA RAMAI DARI KRONI UMNO TELAH MELAKUKAN PENYELEWENGAN DENGAN MEMBERIKAN KONTRAK KEPADA KRONI  MEREKA DIKALANGAN UMNO AKIBATNYA KERAJAAN KEDAH MENGALAMI HUTANG YANG BANYAK KEPADA KERAJAAN PUSAT DAN PADA WAKTU YANG SAMA SEMASA UMNO MEMERINTAH MEREKA TIDAK PERNAH MEMBAYAR HUTANGNYA KEPADA KERAJAAN PUSAT

BERITA DARIPADA GALAS DUN N 45

Salam

KELAB PENYOKONG PAS DARI KETURUNAN INDIA DAN CINA NAMPAKNYA LEBIH ADVANCE DARIPADA PENYOKONG PAS SENDIRI INI BERIKUTAN SEMANGAT PAKATAN RAKYAT MASIH LAGI MEMBARA DI KELANTAN

SEORANG TEMAN DARI KETURUNAN CINA YANG MENJADI KAWAN PAK KARAMU SEMASA DIDALAM TENTERA DAHULU MENYATAKAN BAHAWA BN/UMNO JIKA MENCALONKAN TENGKU RAZALI SEKALIPUN MAKA MEREKA AKAN KALAH

DITANYA SAMA ADA MEREKA TERUS KEKAL MEMBANTU ATAU MENYOKONG PAS DALAM PILIHANRAYA KECIL NANTI MEREKA MENGATAKAN TUAN GURU SUDAH BAGITAHU BAHAWA JIKA BN/UMNO BAGI WANG, AMBIL ! BAGI BERAS, AMBIL ! BAGI KAIN AMBIL KERANA ITU ADALAH DARI WANG RAKYAT JUGA, TAPI PANGKAH BERIKAN KEPADA PAS

MENGIKUT KELAB PENYOKONG INI BN/UMNO TELAH TIPU PENGUNDI KERANA BANYAK JANJI DIDALAM PILIHANRAYA AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TUNAIKAN, SEKARANG KAMI SUDAH FAHAM PEMBOHONGAN DIDALAM PILIHANRAYA

CALON-CALON DARI PARTI MCA YANG MEWAKILI BN PADA PRU 13 NANTI AKAN KALAH TERUK SEMUANYA

BIARKAN ADUN DAP MASUK PPP

Salam

INGATAN KEPADA DAP DAN PKR SUPAYA MENCARI BAKAL CALON YANG BERWIBAWA DAN BERMORAL TINGGI

Agak lama juga wakil rakyat daripada DAP ini untuk menyertai BN walaupun pada peringkat awalnya dia mengatakan bahawa dia akan kekal dalam bebas, dia sebenarnya seorang wakil rakyat yang tiada punyai maruah dan pengkhianat parti yang disertainya sekali gus dia menghampakan keinginan rakyat

Didalam Pakatan Rakyat hanya ADUN PAS sahaja yang belum lagi mengkhianati partinya, disinilah kekuatan PAS yang wajib dihormati oleh DAP dan juga PKR iaitu pegangan akidah yang kuat dan bersandarkan kepada agama yang mengambil kira dosa dan pahala didalam memertabatkan setia kepada ajaran agama

DAP dan PKR mestilah ingat bahawa dasar parti masing-masing tidak akan berwibawa sampai bila-bila sehingga mereka mengambil kira tentang agama masing-masing yang tentunya ada mengambil kira dalam soal dosa dan pahala, tanpanya maka mereka tidak akan berjaya sekalipun mereka yakin dengan dasar masing-masing


MENINJAU POLITIK SABAH .....

Salam

MENINJAU SUASANA POLITIK SABAH EKORAN AKTIVITI PKR MACAN API DALAM SEKAM

Teringat rancangan plan tawan Sabah yang telah dirangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa bulan yang lalu seolah-olah tidak berjalan, sunyi sepi, tidak bermaya ibarat macam nafsu kuat tenaga lemah, ramai juga yang menunggu apakah plan tersebut sudah dikuburkan atau ia hanya suatu gimik politik ?

Saya cuba menghubungi rakan di KK bertanyakan perkembangan politik disana, jawapan yang saya terima ialah rakyat Sabah memang akan membuat perubahan pada PRU 13 akan datang dan sekarang mereka sedang  melakukan operasi senyap dan sunyi ibarat api didalam sekam 

Tetiba semasa musim pemilihan PKR ini kita dengar cerita  pembanjiran anak muda menyertai PKR dengan cara drastik sekali, dan tetiba juga Timbalan Presiden UMNO Syafi'e Afdal pula tergesa-gesa akan meletakkan jawatannya sebagai pengurusi perhubungan UMNO negeri Kedah, kenapa ?

Sebenarnya jika mengikut cerita kawan kat KK dan Sandakan UMNO Sabah akan kecundang pada pilihanraya ke 13 nanti kerana banyak janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan semenanjung untuk rakyat dinegeri Sabah dan para pimpinan UMNO Sabah juga ramai yang tidak disukai oleh rakyat Sabah sendiri kerana salah laku dan masalah sosial yang rendah

Jika dilihat pada rancangan radio dan TV memang BN akan banyak membawa rancangan untuk rakyat di Sabah akan tetapi sebenarnya rancangan tersebut bukan untuk kesenangan rakyat akan tetapi ia hanya untuk para pemimpin yang tertentu sahaja kerana itu rakyat Sabah berkata di Sabah akan ujud rakyat susah akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya akan bertambah kaya dan jangan juga terkejut nanti akan ada pimpinan UMNO Sabah sendiri yang akan melompat kepada PR

UMNO AKAN KALAH DI GALAS JIKA TENGKU RAZALIGH MENJADI CALON ATAU PENGARAH PILIHANRAYA

Salam

Tengku Razaligh umpama

Tiada beban dicari beban pergi ke Pulau batu di Galas
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.