Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DASAR AIR DI NEGERI KEDAH DIBAWAH KUASA PUAT

Salam

JAMAAH MENTERI TELAH MELULUSKAN TAKRIF KENAIKAN AIR BARU DI NEGERI KEDAH

Takrif air Kedah adalah dibawah kuasa kerajaan pusat, kenaikan air Kedah yang baru yang telah menimbulkan kekecohan baru-baru ini telah ditetapkan oleh kerajaan Pusat yang mana jama'ah menteri pusat telah menetapkan supaya kerajaan negeri mengumumkan kenaikan harga air tersebut, jadi tidak timbul langsung kerajaan negeri suka-suka untuk menaikan harga air sebagaimana yang difahami oleh rakyat dinegeri Kedah

Persoalannya ialah Kerajaan Kedah tidak mengumumkan kepada rakyat perjanjian air tersebut, apa mereka tahu bekalan air adalah dibawah kuasa kerajaan negeri, oleh  kerana itu berlaku tunjuk perasaan dari kalangan ahli Pas yang membuat tunjuk perasaan yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri tentang  harga kenaikan air di negeri tersebut, mungkin juga perjanjian yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan pusat itu satu rahsia kerajaan kepada umum

Andainya andaian ini benar maka sebenarnya ia adalah satu perangkap kepada kerajaan negeri dari kerajaan pusat kerana setiap kenaikan air maka kerajaan negerilah yang menanggung kritikan daripada rakyat dan ia menunjukkan kelemahan kerajaan negeri untuk memberi kebajikan  kepada rakyatnya dan isu ini adalah dianggap sebagai modal politik kerajaan pusat untuk memerangkap kerajaan negeri dan rakyat pula buta dengan perjanjian ini lalu mereka menuding jari kepada kerajaan negeri

Nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat belum lagi banyak fahan tentang teknik sesuatu rahsia yang memerangkap mereka kerana itu kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendedahkan apa juga perjanjian yang dianggap rahsia diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mereka tidak dipolitikkan dengan berbagai perjanjian yang akhirnya menunjukkan kelemahan pentadbiran mereka, kerana merekalah yang akan menanggung resikonya dan moral mereka akan jatuh dimata rakyat

Dalam isu air di Kedah maka kerajaan negeri patut mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri yang dahulu jika terdapat penyelewengan  supaya mereka jangan lagi mendukung biyawak hidup yang menyusahkan pentadbiran mereka, nanti kerajaan negeri akan dituduh tidak tahu mentadbir negeri sebab tidak dapat hendak menyelesaikan masalah yang kecil sedangkan mereka memerintah negeri dan ini akan menjadi modal politik yang besar kepada kerajaan pusat

ANDAINYA BN MENANG DI GALAS DAN BATU SAPI

Salam

Andainya BN/UMNO memenagi pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi Sabah maka ramailah penganalisis politik didalam kerajaan akan memukul gendang peperangan kemenangan dan menyatakan krisis politik negara sudah pulih seperti biasa sebagai semangat baik pulih pemikiran rakyat di negara ini sekali gus untuk menyatakan supaya pemikiran rakyat perlu berubah kepada menyokong kerajaan yang ada sebagaimana yang dipinta oleh perdana menteri dan amaran juga kepada parti pembangkang

Umum memahami bahawa selepas politik zaman Pak Lah yang disambung oleh Najib terlalu banyak cerita kepincangan krisis moral pimpinan parti politik negara ditelanjangkan yang menyebabkan rakyat menilai tengkah laku mereka yang akhirnya politik dan sokongan rakyat menjadi tidak menentu dan politik menjadi kucar kacir kemudian para pimpinan terus juga meminta rakyat menyokong mereka secara berterusan sedangkan masalah krisis keyakinan rakyat kepada kepimpinan mereka masih lagi belum sembuh

Di negara ini ada dua orang pimpinan yang sedang dinilai oleh rakyat tentang tengkah laku mereka, seorang dari parti pemerintah dan seorang lagi dari parti pembangkang yang mana masing-masing dengan kes pembunuhan dan liwat yang masih lagi belum diputihkan dan rakyat masih lagi belum berpuas hati dengan mereka kerana dilibatkan dalam kes tengkah dan laku, rakyat mahukan pimpinan yang bersih dari segala kekotoran, baik dari segi hal pribadi mereka ataupun yang melibatkan mereka dengan rakyat

Apa yang telah kita dengar ialah semua pimpinan yang mengepalai kerajaan pempunyai kes tengkah dan laku yang tidak baik yang pernah kita dengar kerana masalah pribadi dan penginayaan mereka terhadap rakyat dan kedaulatan negara, semuanya kerana kelemahan mereka dalam soal akhlak yang tidak menepati agama yang lurus dan bersih, kepada mereka yang mempunyai penyokong masing-masing tentunya mempertahankan pimpinan mereka sekalipun tengkah dan laku mereka sudah menjadi hitan, lalu terjadilah politik itu dikotorkan

Rakyat sepatutnya sudah membuka mata mereka dengan seluas-luasnya, mereka perlu berubah dan memilih pimpinan yang bersih dan menepati agama supaya mereka tidak ditanya oleh Allah diakhirat nanti kerana tertegaknya sesebuah kerajaan adalah kerana mereka bukan kerana pimpinan mereka, merekalah yang menentukan mandat kepada pimpinan sehingga tertegaknya sebuah kerajaan

UJIAN PALING BESAR UNTUK TENGKU RAZALIGH HAMZAH

Salam

UJIAN GETIR BUAT TENGKU RAZALIGH HAMZAH DI GALAS, UMPAMA TIADA BEBAN DICARI BEBAN PERGI KEPULAU BATU DI GALAS

Tidak kira sama ada Tengku Razali Hamzah menjadi calon ataupun tidak, yang penting dia sendiri harus menilai dirinya sama ada benar-benar dipergunakan partinya ataupun tidak, dia seorang veteran yang dihormati oleh rakyat Kelantan akan tetapi partinya sendiri tidak menghormatinya setelah sekian lama dia berkhidmat sebagai ahli Parlimen akan tetapi tiada dinilai dengan sewajarnya seperti Rais Yatim

Sekarang  Tengku Razali mungkin akan dihormati kembali oleh UMNO kerana terdesaknya UMNO untuk memenangi kembali kerusi Galas yang telah dirampas oleh Pas didalam Parlimennya, kali ini Galas terpaksa diambil kembali daripada Pas untuk menaikan kembali semangat UMNO yang telah luntur jadi mau tidah mahu UMNO terpaksa mencari helah dan bertebal muka mereka kena  minta tolong kepada Tengku Razali Hamzah, ertinya selain daripada Tengku Razali UMNO tidak nampak untuk merampas Galas

Kali ini Tengku Razali  nampak hebat oleh UMNO, dia adalah orang penting untuk menghidupkan semangat melayu dan UMNO, semasa dia berada didalam Parti Semangat 46 dia sanggup membubarkan parti melayu Semangat 46 demi perpaduan orang melayu dan jika kita  imbas kembali semangat yang ditunjukkan Tengku Razali maka kita dapati tiada seorang UMNO yang sanggop berbuat semacam mana yang dilakukan oleh Tengku Razali Hamzah namun jasanya hanya dipergunakan  hanya semasa UMNO hendak nazak sahaja

Orang Pas menghormati Tengku Razali kerana dia adalah seorang yang berlaku benar dan bersifat adil kepada kebenaran  bukan kerana dia seorang ahli UMNO, andainya nanti  ditakdirkan UMNO kalah di Galas maka dia tetap juga dengan sikapnya yang adil kepada orang melayu dan terus dihormati  namun yang kalah adalah tetap UMNO dan dia tetap dicop sebagai gurgha kepada UMNO dan dia juga sanggup membakar dirinya untuk menerangkan orang lain

PAS TELAH MENGENAL PASTI CALON YANG BERPOTENSI

Salam

ORANG ASAL AKAN LAWAN TENGKU RAZALI

Untuk menjadi calon Galas Pas telah mengenal pasti enam orang yang akan ditapis dan amanatkan menjadi wakil mereka di dewan undangan negeri Kelantan termasuklah orang asal sekiranya Tengku Razali benar-benar menjadi calon

MESYUARAT KAHS UMNO GUA MUSANG MALAM INI

Salam

MESYUARAT KHAS UMNO GUA MUSANG MALAM INI UNTUK MENENTUKAN CALON, DIJANGKAKAN ADA YANG MENCADANGKAN TENGKU EAZALI HAMZAH AKAN  MENJADI CALON DIGALAS, JIKA INI BENAR-BENAR BERLAKU MAKA DIA TERUS AKAN DIGURGAKAN OLEH UMNO DEMI UNTUK MENDAPATKAN KEMENANGAN DAN MENAIKKAN MARUAH UMNO

TENGKU RAZALI MASIH RELEVAN PADA UMNO DAN ORANG RAMAI MASIH LAGI MENGHORMATINYA SAMA ADA UMNO ATAUPUN PAS NAMUN DALAM MASALAH PILIHANRAYA MUNGKIN PENYOKONG PAS AKAN MEMBUAT PENDIRIAN YANG TEGAS DAN AKAN MENYOKONG PAS

BERAT HATI MENGATAKAN BAHAWA TENGKU RAZALIGH AKAN MENERIMA PENCALONAN DI GALAS KERANA DIA BUKANLAH SEORANG YANG TAMAK KUASA, MEMADAILAH JIKA DIA TERUS MENYOKONG UMNO DAN MENERIMA TUGAS SEBAGAI PENGARAH PILIHANRAYA UMNO DI GALAS, ITU YANG SESUAI BAGINYA

ANDAINYA DI TERUS MENERIMA PENCALONAN DAN MENJADI CALON DI GALAS MAKA MUNGKIN KETUA PEMUDA UMNO GUA MUSANG AKAN MERASA BERPATAH HATI DAN MEMENDAM PERASAAN SEKALI GUS AKAN MEROSAKKAN KERTAS UNDI, JIKA INI BERLAKU MAKA MUNGKIN UMNO AKAN KALAH DI GALAS DAN TENGKU RAZALI AKAN MALU BESAR


HIDUP MATI UMNO ....

Salam

HIDUP DAN MATINYA PERJUANGAN UMNO DIUKUR DARI KEPUTUSAN PILIHANRAYA GALAS

UMNO dan ahlinya memang dalam masalah, ramai yang telah keluar dan menyertai Pas,  PKR, demikian pandangan banyak pehak dan UMNO sendiri sehinggakan raja-raja melayu sendiri merasa bimbang tentang perpecahan orang melayu tambahan lagi ada dikalangan orang melayu sudah muak dengan UMNO lalu mereka tidak mengaku sebagai berketurunan melayu kerana melayu telah hancur

Ramai juga orang melayu yang beranggapan bahawa UMNO itu adalah orang melayu, dan orang melayu itu adalah UMNO ertinya roboh UMNO maka robohlah melayu, roboh melayu maka robohlah raja melayu yang hidup hanyalah Malaysia Malaysia, kemudian apabila UMNO tinggal nyawa ikan maka lekas-lekaslah Najib tukar dasar dari semangat melayu kepada Malaysia

Nyawa melayu hanya bergantung kepada Malaysian Malaysia ibarat keris tidak bersarung yang digunakan oleh orang gila, orang cerdik tak mahu pakai keris sebab tak boleh digunakan untuk berbuat apapun, nak potong bawangpun tak boleh, yang boleh hanyalah  untuk cucuk orang oleh orang gila

Demikianlah tentang tanggapan banyak pehak akan tetapi sebenarnya UMNO masih lagi kuat, orang  melayu masih ramai dan kuat, maka ukurlah kekuatan itu dengan menilai keputusan pilihanraya kecil Galas nanti, jika UMNO menang maka orang melayu terus kuat, jika UMNO Kalah naka PRU 13 Nanti maka hilanglah kuasa UMNO dibumi Malaysia dan digantikan oleh Malaysian Malaysia iaitu satu konsep yang diperkenalkan oleh Najib Razak

DR LEE CHONG MENG DAN 1000 AHLI MCA SERTAI PKR

Salam

EKORAN PENGURUSI MCA BUKIT BINTANG KELUAR PARTI DAN MENYERTAI PKR MAKA 1,000 AHLI MCA MENGIKUTINYA

Sepatutnya anggota parti PKR yang membuat kejutan dengan keluar daripada parti itu dan menyertai MCA atau UMNO namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kebiasaannya kita dengar ahli PR yang keluar parti beramai-ramai tapi kali ini terbalik, inilah kehendak Allah

Mengapa semua ini berlaku ? Rasanya ini semua sebab Presiden MCA yang menuduh Dr Lee menyalahgunakan wang kerajaan sejumlah RM 60,000 namun dinafikan oleh Dr Lee malah dia terpaksa menambah RM 40,000 lagi jadi merajuknya Dr Lee, sehingga hilangnya  1,000 ahli Mca adalah kerana Presiden MCA itu, seperkara lagi ialah mungkin ada cerita yang menarik disebalik peristiwa ini, mungkin juga nak bagitahu pengundi cina di Galas yang MCA sebenarnya mahu orang cina mengubah undi daripada BN ke PR

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL

Salam

KALI INI DI SABAH PULAKKK !

AHLI PARLIMEN BATU SAPI SABAH TELAH MENINGGAL DUNIA SELEPAS DIA BERLANGGAR DENGAN MENGGUNKAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI, AHLI PARLIMEN DARI PARTI PBS INI MEMUNGKINKAN  DIADAKAN SATU LAGI PILIHANRAYA KECIK DI SABAH DAN PASTINYA AKAN KELUAR LAGI WANG JUTA-JUTA

BOMOH BERASAL KODIANG RABA ANU USTAZAH ?

Salam

USTAZAH YANG COOL DALAM MASALAH HUBUNGAN JUMPA BOMOH AKHIRNYA BOMOH  RABA BENDA DIA

YANG HANG JUMPA BOMOH TU BUAT APA ?

Peristiwa seorang ustazah kat Perlis diraba bomoh anu  dia sebab sebab hubungan dingin  suami isteri, yang ustazah tu satu hal juga, yang ko pergi sorang-sorang tu buat apa ? Laki ko kenapa tak pergi sekali ? Walau apapun bomoh tu dah kena tangkap semalam

Lain kali kalo tak ada umphhhh ! dalam rumah tangga jumpalah doktor, mungkin ada masalah pemakanan yang tidak seimbang, jika doktor kata ok akan tetapi tetap juga tidak ada umphhhh ! barulah jumpa mana-mana yang boleh dipercayai

ADA ADUN YANG LINDUNGI SASPEK BUNUH SOSILAWATI ?

Salam

JIKA BENAR BAGAIKAN DITUDUH ADA ADUN YANG TERLIBAT DENGAN KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI MAKA KENALAH DEDAHKAN SEKARANG RAKYAT HENDAK TAHU SAMA ADA MEREKA DARIPADA BN ATAUPUN PR, NAMPAKNYA KES INI BERTAMBAH MENARIK, SIAPA TAHU NANTI TETIBA KERANA KES INI ADA ORANG YANG GANTUNG DIRI ATAUPUN TUMBANGNYA SEBUAH KERAJAAN ?

SEMUANYA ADALAH MASALAH BN

Salam

SEMUA PERKARA YANG MELIBATKAN MASALAH KAUM DAN BANGSA DI NEGARA INI ADALAH DARI KERENAH  KERABAT-KERABAT BN SENDIRI, MCA,GERAKAN, PENGURUSI HINDRAF DAN PERKASA YANG SELALUNYA BUAT  KECOH KEMUDIAN PAKATAN RAKYAT PULA YANG AKHIRNYA KENA TUDING DAN DIJADIKAN MANGSA

UMNO MEMANG TIDAK BERANI ANGKAT SUARA DENGAN KUMPULAN DIATAS SEBAB TAKUTKAN HILANG SOKONGAN KEMUDIAN TAKUTKAN JUGA KEHILANGAN KUASA JADI APA YANG DILAKUKAN OLEH KUMPULAN KAWAN DALAM BN KENALAH TURUTKAN DAN TIDAK MUSTAHIL NANTI MEREKA TUNTUT JAWATAN YANG PALING TERTINGGI IKUT PERLEMBAGAAN, INI SEMUA SALAH SIAPA ? SALAH PR ATAU SALAH BN ?

GEMPAR !!! RAMAINYA MASUK UMNO !

Salam

BERITA TERKINI

SEMPERNA DENGAN PILIHANRAYA GALAS, SETIAP NEGERI DI MALAYSIA RAMAI YANG MASUK UMNO

Ada baiknya orang UMNO mengambil borang UMNO dan mengisinya untuk menyertai parti tersebut sebaik mungkin biarlah setiap negeri itu menambah ahlinya sehingga 10,000 ahli jadi nampaklah ramainya orang melayu menyertai UMNO, kali ini PERKASA akan tumbang tanpa pusara

Sekalipun tektik ini dilihat sebagai bodoh lagi bangang akan tetapi itu tidak mengapa sebab orang melayu memang masih ramai lagi yang buta mata, mata hatinya lagilah buta, andainya orang melayu tidak buta masakan tektik bodoh ini akan dipersembahkan kepada orang melayu

BIAR GADAI BANGSA JANGAN GADAI AGAMA

Salam

JIKA GADAI BANGSA DAPAT FITIH ! JIKA GADAI AGAMA MASUK NERAKA TANPA HISAB !!!!!!!!! ITU NERAKA KASI HISAB ITU BANGSA LA LA LA LA

KHALID SAMAD LAYAN PERKASA BUAT APA ?

Salam

LAYAN PENDUDUK ASAK LAGI BERFAEDAH !

KHALID SAMAD DARI PAS MELAYAN PERKASA DAN CABAR PERKASA BERTANDING KAT GALAS TU BUAT APA ? PERKASA FAHAM KE DENGAN DASAR POLITIK ? KHALID SAMAD TIDAK FAHAMKAH BAHAWA PERKASA ITU ADALAH PERTUBUHAN NGO, DIA ORANG MANA ADA STANDARD NAK TERLIBAT DALAM POLITIK, SAYA NAK NASIHATKAN KHALID SAMAD SUPAYA DIA LEBIH MERASA BERFAEDAH BERBINCANG DENGAN PENDUDUK ASAL, TENTU SIKIT FAEDAHNYA !!!
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.