Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA SALAH PANGKAH JE !

Salam

pengundi tua lelaki dan pengundi tua perempauan yang akan membuang undi di Galas termasuk mereka yang buta huruf dari penyokong UMNO mereka ini perlulah diberitahu bahawa jika mereka tidak suka kepada PAS maka suruhlah mereka pangkah saja kertas undi tersebut sementara ruang calon UMNO jangan buat apa-apa kerana mereka betul ATAU pangkah diruang Pas dan rait diruang UMNO

Tolonglah ajarkan mereka ! ajarlah mereka ! Kalo Pok Cik Mok Cik tok suka Pah (bule) pangkoh saja Pah lepah tu masukkan kertah tu dale tong tempak undi, fahe doh Pok Cik ? Mok Cik ? Kalo doh fahe sok buak jo, kito AMENO nih bena belako, kito mene kali nih ! Padan muko Pah tuh

DAP CABAR UTUSAN DEBAT, HA SAMBUT LE APA LAGI TUNJUKKANLAH KEJANTANAN KITA ?

PAS SUDAH PASANG SPY !

Salam

PAS SUDAH MEMASANG SPY SEPANJANG PERJALANAN DARIPADA KUALA LUMPUR SEHINGGALAH  KE GALAS, TUGAS MENELITI SETIAP KENDERAAN  SAMA ADA BAS, KERETA-KERETA YANG MASUK KE GALAS, DAN MEREKA MENELITI SAMA BEG-BEG YANG DATANG DARI LUAR YANG DI BAWA OLEH ORANG YANG DIKENALI ATAU ORANG YANG TIDAK DIKENALI DAN SETIAP YANG TURUN BAS SAMA ADA TURUN DI KOTA BHARU ATAU DI GALAS

MENGENALPASTI SETIAP BUAH RUMAH DAN PENGHUNINYA SERTA MENGEKORI ORANG LUAR ATAUPUN ORANG YANG TIDAK DIKENALI, MENGENAL PASTI LOKASI PERSINGGAHAN DAN ARAH TUJU MEREKA, PADA WAKTU MALAM PULA MEREKA AKAN DITUGASKAN MENINJAU SETIAP RUMAH JIKA ADA SESIAPA YANG DATANG DAN TUJUANNYA, MENGEKORI SETIAP KENDERAAN YANG LALU LALANG SERTA MENGEKORINYA

MENGENAL PASTI JIKA ADA CERAMAH YANG DIADAKAN OLEH BN/UMNO SERTA MENINJAU DIBELAKANG RUMAH ATAU PENTAS ATAUPUN KEDAI MAKAN YANG MENJADI POT PENGEDARAN SAMPUL SURAT JUGA MENGENAL PASTI POSMAN YANG MENGHANTAR SURAT PADA SIANG DAN MALAM HARI, MENGENAL PASTI KEDAI YANG MENOLONG MENGEDARKAN ANGPAU KEPADA PEMBELI BARANG, SEMUA INI PERLU DIPERTINGKATKAN


WAH !!! UMNO GUNA PIALA MALAYSIA UNTUK MERAIH SOKONGAN !

Salam

APABILA UMNO ANUAR MUSA MENGARAK PIALA MALAYSIA DI GALAS MAKA SEMUA ORANG TAHU ITU ADALAH POLITIK YANG PALING KOTOR YANG DILAKUKAN OLEH BN/UMNO UNTUK MERAIH UNDI DI GALAS, ADA UMNO YANG MENGATAKAN BAHAWA DIA BERBANGGA JUGA DENGAN PIALA TU TAPI PERBUATAN PEMIMPIN UMNO ITU TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN KERANA KELANTAN BUKAN UMNO YANG MENERAJUI PEMERINTAHAN DAN PIALA ITU BUKAN UNTUK UMNO AKAN TETAPI IA ADALAH UNTUK NEGERI, MUNGKIN PERBUATAN ANUAR MUSA INI AKAN MENJADIKAN RAKYAT KELANTAN LEBIH BENCI KEPADA UMNO

MALAM INI ADA BANK BERGERAK DI GALAS

Salam

Malam ini banyak bank berjalan di DUN Galas untuk mengikat MOU dengan rakyat Galas supaya mengundi BN/UMNO tanpa bank bergerak dari rumah kerumah ini  mungkin BN/UMNO akan kalah lebih teruk lagi, anasila awal pada sa'at-sa'at akhir pengundian mendapati malam ini adalah malam yang terbaik bagi BN/UMNO menggerakkan bank mereka sebab itu jika kita tinjau di DUN Galas maka perayu undi BN/UMNO agak tarik brake sikit kerana mereka menyangka bahawa ceramah sudah tidak lagi relevan di Galas

Bagi Pas juga mereka akan terus mengikut rentak UMNO, andainya UMNO perlahan maka merekapun perlahan, jika UMNO akan menggerakkan banknya maka Pas juga akan mengintip dan mengawal mereka setiap masa, apa yang dikuatiri jika silap hitung  bergerak pada malam ini ada kemungkinan akan berlaku pergaduhan so lebih baik bagi UMNO dua kali setiap langkahnya dan membaca serapah supaya tidak ditangkap demikian juga pada malam besok

BERITA DARI GALAS

Salam

Pas dan UMNO masing-masing telah membuat persediaan akhir untuk membuat serangan yang terakhir bagi memikat hati rakyat, segala persediaan telah diatur dengan baik, pengangkutan untuk kegunaan pengundi juga telah bersiap sedia cuma bag pehak BN ada sedikit kekecohan kerana wang minyak dan perbelanjaan ada yang kena potong oleh orang tengah, biasalah UMNO merompak atas perompak

Malam ini mungkin ada isu panas dari penceramah Pas,  sementara UMNO akan sekali lagi mungkin akan membuat kunjungan rumah-kerumah bagi kali akhir untuk mengingatkan pengundi dengan membawa sedikit bekalan cuci mulut dan mengingatkan pengundi, juga tidak ketinggalan mereka akan tinggalkan sekeping dua berita fitnah besar untuk meyakinkan pengundi

LAPORAN ODIT NEGARA ..

Salam

LAPORAN ODIT YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN AWAM MUNGKIN BOLEH TUTUP POKOKNYA KALAU HENDAK BUKA MEREKA BUKA DAN KALAU HENDAK TUTUP MEREKA BOLEH TUTUP, JIKA BUKA ADA KRONI YANG DAPAT SUSAH DAN NAMA AKAN JADI HITAM LEGAM  KERUGIAN RAKYAT AKAN TANGGUNG DENGAN NAIKKAN APA-APA HARGA BARANGAN SEPERTI MINYAK DAN LAINNYA DENGAN MENGEMUKAKAN SEDIKIT ALASAN, SEMUANYA AKAN BERES, RAKYAT BUKANNYA KESAH SANGAT POKOKNYA NEGARA JANGAN RUGI

KITA RAKYAT DI NEGARA INI BUKAN KESAH SANGAT DENGAN LAPORAN ODIT, JIKA LAPORANG TERSEBUT DIKATAKAN MEMBAZIR ATAUPUN SALAH GUNAKUASA WANG RAKYAT ATAU MELAKUKAN PERBELANJAAN BERMEWAH-MEWAH MAKA RAKYAT BUKANNYA PEKA SANGAT SEBAB MEREKA KEBANYAKANNYA TIDAK FAHAM DAN TIDAK TERASA, APA YANG RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU IALAH WANG YANG ADA DIDALAM SAKUNYA SAHAJA

KITA SUDAH LAMA MENDENGAR LAPORAN ODIT NEGARA, KITA JUGA TELAH BANYAK DENGAR BEGITU BANYAK LAPORAN PENYELEWENAGN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG TIDAK MEMEGANG AMANAH AKAN TETAPI KITA JARANG DENGAR KES ITU DIBAWA KEMUKA PENGADILAN, KENAPA ? JAWAPANNYA MUDAH SEBAB KALAU BAWA KEMAHKAMAH NANTI RAKYAT TAHU KELEMAHAN PENTADBIRAN JADI SEMUA ITU BOLEH TUTUP CERITA, KALAU NAK BUKA JUGA TUNGGU KES  IKAN BILIS

APABILA ORANG BESAR DAN ORANG ADA NAMA TERLIBAT DENGAN SALAHGUNA KUASA MAKA MEREKA AKAN TETAP JUGA AKAN DILINDUNGI DAN ORANG YANG DILINDUNGI ITU JIKA JELAS TANGGUNGJAWABNYA MAKA MEREKA AKAN CUBA CARI JALAN UNTUK TUDING JARI DENGAN SIAPA SAJA YANG MEREKA FIKIR BOLEH DIPERBODOHKAN

KENAIKAN RON 97 5 SEN ???

Salam

KENAIKAN HARGA MINYAK RON 97 SEBANYAK 5 SEN BUKAN DAPAT MENAMPUNG LUBANG-LUBANG DEPESIT, SEPATUTNYA KALAU TAMBAH LAGI 10 SEN BARULAH OK SEBAB YANG PAKAI MINYAK JENIS ITU ADALAH KERETA BARU YANG CONTONENTAL, SEMENTARA RON 95 MUNGKIN AKAN NAIK DUA TIGA BULAN AKAN DATANG 10 LAGI APA MASALAHNYA ? BUKANJAH ITU UNTUK NEGARA ?

KENAIKAN HARGA MINYA TIDAK SEMESTINYA KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN KALAU TIDAK PERCAYA TANYALAH MENTERI KITA JANGAN TANYA KEPADA PENIAGA MEREKA TU APA YANG TAHU, ORANG DULU TERUTAMA BANGSA MELAYU BUKAN SUSAH SANGAT HENDAK BENDUNG KESUSAHAN, SAYUR BOLEH TANAM, IKAN BOLEH PANCING, LEMBU, AYAM DAN KAMBING BOLEH TERNAK PADI BOLEH TANAM ATAS BUMBUNG, ANAK-ANAK PERGI SEKOLAH BOLEH HANTAR PAKAI BASIKAL




UMNO CUBA MEMENANGI HATI MELAYU GALAS

Salam

UMNO nampaknya  mula mencuba nasib mereka kepada pengundi melayu Galas terutama pengundi Pas dengan memainkan isu perhubungan Pas dan DAP setelah pengundi cina dan India gagal mereka pengaruhi kebetulan pula DAP dalam operasi senyapnya berjaya membawa pengundi cina untuk menyokong PAS di Galas

Tengku Razali juga nampaknya telah gagal untuk mendapatkan pengundi cina disana kerana rata-rata pengundi cina dari (MCA) telah merasa begitu hampa dengan kenyataan timbalan ketua UMNO Titiwangsa (Johari Abd Ghani) ang menyatakan bahawa UMNO tidak memerlukan pengundi cina dan india untuk menang

KELUAR UMNO SEBAB BERPUAK-PUAK

Salam

BEKAS ADUM UMNO KELANTAN KELUAR PARTI !

MOHD SYAFII SOBRI YANG TELAH MENJADI AHLI DALAM UMNO SELAMA 38 TAHUN DAN PERNAH MEMEGANG JAWATAN PENTING UMNO KELANTAN TELAH DENGAN RASMINYA KELUAR UMNO BERSAMA RAKAN-RAKANNYA DAN DIA AKAN MENJELAJAH SELURUH KELANTAN UNTUK BERJUMPA DENGAN KAWAN-KAWAN YANG DILUPAKAN OLEH UMNO UNTUK KELUAR UMNO, APAKAH UMNO SELEPAS INI AKAN MENJADI LEBIH GAWAT KERANA AKAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM 13 NANTI ?

INDAHNYA BERKHALWAT !

Salam

INDAHNYA BERKHALWAT ! SIAPA YANG MERASA MAKA MEREKA AKAN FAHAM NIKMATNYA !

Perkataan KHALWAT diguna pakai oleh orang agama apabila mereka merasakan teringin mencuba  dan teringin merasa kenikmatan beribadat kepada Tuhan  dengan berzikir memiji kebesaran Tuhan dengan mengasingkan diri mereka daripada khalayak ramai buat sementara waktu, khalwat lebih baik dan afdalnya di masjid namun ramai yang sukakan di pondok yang terpencil kerana suasana yang aman dan tidak ada gangguan dari jama'ah yang lain yang kadangkala boleh mengganggu mereka seperti bersembang dan membaca terlalu kuat yang menyebabkan hilang tumpuan kepada yang berkhalwat

Menggunakan istilah KHALWAT seperti di Galas  dengan tujuan untuk memalukan orang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama islam kerana perkataan KHALWAT adalah murni disisi agama islam, mereka yang menggunakan perkataan murni itu kepada maksud bersekedudukan lelaki perempuan dengan cara bersunyi-sunyian kerana membuat maksiat tidak boleh menggunakan perkataan KHALWAT kerana ia dilihat sebagai mencemarkan istilah agama dan hukumnya adalah berdosa

PERTANDA AWAL PAS MENANG DI GALAS

Salam

APABILA UMNO MARAH CARA PAS BERKEMPEN MAKA ITU SEBENARNYA TANDA AWAL PAS SUDAH MENGUASAI GALAS

UMNO sudah merasa begitu cemas dengan penguasaan PAS di pilihanraya kecil Galas sebab itu mereka buat dosa kering dengan memaki hamun pucuk pimpinan Pas terutama Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, khabar dari kawan blogger di Galas menyatakan bahawa peratusan  pengundi cina dan India di Galas setiap hari bertambah dengan isu yang disampaikan oleh Pas penuh dengan pakta

Pas sememangnya ada senjata yang belum lagi dikeluarkan sepenuhnya sebab itu setiap isu UMNO dapat dipatahkan dengan sekelip mata sahaja dan isu yang menjadi senjata yang besar kita akan dengar besok ataupun lusa dan dijangkakan isu tersebut akan terus membenam kempen UMNO dan mengunci mulut UMNO, dan waktu yang sama UMNO juga dikatakan mempunyai senjata yang mereka fikir sebagai senjata ampuh, sebenarnya senjata ampuh tersebut adalah dijangka memakan diri mereka sendiri akhirnya

UMNO serba salah untuk mengeluarkan isu politiknya untuk melemahkan Pas di Galas, atas kajian yang terkini maka UMNO dijangka terpaksa menarik balik  isu yang mereka anggap senjata ampuh kerana amalan stersebut adalah amalan memakan diri mereka jadi  sebagai gantinya mereka terpaksa memperhebatkan rasuah politik   terhadap rakyat Galas walau dengan cara apa sekalipun

PAKATAN ADA SENJATA YANG AMAT BESAR UNTUK MENANG !

Salam

PAKATAN RAKYAT ADA SENJATA YANG AMAT BESAR UNTUK MENANG DI KERUSI DUN GALAS DAN BATU SAPI SABAH IAITU DENGAN MENAYANGKAN VCD  DARIPADA JOHARI ABD GHANI SEMASA PERHIMPUNAN AGONG UMNO BARU-BARU INI

TAHNIAH KEPADA JOHARI ABD GHANI

Salam

PEMANGKU KETUA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA YANG BIJAK LAKSANA, UCAPANNYA BISA MENUMBANGKAN SEBUAH KERAJAAN

Ucapan Johari Abd Ghani "Kita tidak memerlukan pengundi Cina dan India apabila sesebuah bahagian itu mempunyai pengundi melayu seramai 70%" ucapan ini mungkin ada kebenarannya kerana setiap melayu adalah bernaung pada parti UMNO dan melayu islam tentunya berada didalam parti Pas, jadi dia merasakan orang islam dan UMNO adalah berbeza dengan  begitu jauh dan penyokong Pas tentunya amat sedikit jadi sudah tentu UMNO tidak memerlukan pengundi bangsa lain iaitu Cina ,India dan termasuklah melayu islam

Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO sekalipun ramai yang menggelengkan kepala tapi mengikut percaturannya melayu tidak akan lari dari menyokong UMNO sebab itu dia begitu berani membuat kenyataan tersebut mengikut perkiraannya, UMNO setiap hari menyatakan bahawa mereka sudah pulih jadi dia tentunya merasa konfiden dengan kepulihan UMNO tambahan lagi yang selalu menyatakan pulih itu adalah pucuk pimpinannya, jadi dia tentunya tidak meraguinya

Orang cina dan India tentunya marah dengan ucapan Johari Abd: Ghani ini kerana mereka merasakan khidmat mereka tidak diperlukan oleh UMNO lagi dan merasakan mereka tidak berguna langsung kepada UMNO jadi mereka mungkin berhak merasa marah dan mungkin juga si Johari ini pernah terdengar kaum lain bercakap seperti apa yang telah diucapkannya di Perhimpunan Agong tersebut, jadi dia mungkin seperti hendak membalas dendamnya sekalipun ia merugikan UMNO

Walau apapun apa yang telah dilakukan oleh Johari Abd Ghani ini suatu yang sangat malang kepada UMNO kerana mungkin VCD nya mungkin akan menjadi modal yang besar bagi Pakatan Rakyat untuk meraih keuntungan dan kemenangan tambahan lagi PRU 13 sudah hampir tersangat dekat jadi VCD tersebut tentunya tersangat laris dijual dan mungkin boleh dapat keuntungan yang sangat lumayan, Pak Karamu rasa dengan VCD Johari Abd Ghani ini akan menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU 13 nanti

Terima kasih bebanyak la Johari Oiiii !


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.