Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMPAKNYA INSIDEN TIDAK HABIS DENGAN MUDAH


Isnin, 2 Januari 2012


Insiden Demo UPSI : Pengakuan Mengejutkan siswi Yang Ditahan Polis


Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti NurulPiteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

 Menurutnya yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.


Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.
Buang kolej, diugut ‘bar exam’

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

“Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil ‘exam’..”
 
Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

“Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan “orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”

“Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besar bakal berlaku.”

SURUHANJAYA DIRAJA PERLU, LAIN CAKAP TAK BOLEH PAKAI

KUALA TERENGGANU - PAS mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden berdarah akibat keganasan pihak polis menyurai perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik berkata tindakan ganas polis memukul mahasiswa yang berhimpun di bagi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada malam sambutan tahun baru 2012 sangat tidak wajar.


Katanya, suatu siasatan perlu dilakukan segera bagi mencari punca permasalahan hingga berlaku perhimpunan seumpama itu.

Menurutnya, jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden tersebut hingga mendatangkan kecederaan parah kepada mahasiswa terbabit.

“Saya minta suatu siasatan dilakukan yang menjurus bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang sedia ada dan bukan siasatan hendak cari siapa salah.

“Apa puncanya berlaku permasalah (perhimpunan) itu. Jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan.

“Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri mesti bertanggungjawab. Pihak polis mesti bertanggungjawab, Kementerian Pengajian Tinggi mesti bertanggungjawab dan pihak Kementerian Pelajaran sendiri juga mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini,” tegasnya dalam sidng media khas di sini pada Ahad 1 Januari.

Beliau memberi reaksi terhadap insiden Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan UPSI, hingga menyebabkan dua cedera parah serta 17 lagi ditahan di Balai Polis Tanjung Malim, Perak.

Menurut Ustaz Abu Bakar, tindakan tersebut telah menimbulkan keresahan yang sangat besar di kalangan rakyat serta mahasiswa di negara ini.

Katanya, pihak keselamatan terbabit bertindak mengikut arahan pimpinan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat.

Sepatutnya, kata beliau pihak pasukan keselamatan seperti polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai.

“Mereka (polis) mesti sedar tindakan mereka ini telah menimbulkan keresahan yang besar di kalangan rakyat dan mahasiswa sendiri.

“Mereka (polis) sedar bahawa mereka mengikut peraturan yang diarahkan oleh pimpinan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat. Sedangkan, tugas mereka (polis) sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai.

“Tidak padan (layak) pihak polis hendak berlawan dengan mahasiswa dan bukan lawan dia (polis) untuk memukul mahasiswa, untuk mencederakan mahasiswa bukan lawan polis,” jelasnya.

Dato’ Abu Bakar berkata pihak polis wajar membuat pertimbangan dengan memberi ruang dan masa kepada pelajar menyuarakan rasa hati mahasiswa.

Katanya, biarlah mahasiswa menyuarakan rasa hati, berunding serta pihak berkenaan mendengar pendapat dari golongan tersebut.

“Polis selayaknya memberi ruang dan masa. Biar mereka (mahasiswa) menyuarakan rasa hati, biar mereka berunding dan dengar pendapat mereka.

“Tetapi dengan cara (polis) menunjukkan kekuatan, kehebatan dan kekerasan tidak mendatangkan kebaikan untuk rakyat dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 70-an menyokong kebebasan bersuara mahasiswa serta menghapusan akta AUKU.

Menurutnya, sejak akta AUKU diperkenalkan dan dikuatkuasakan hingga sekarang pergerakan mahasiswa menjadi agak ‘lumpuh’.

Ini kerana, kata Dato’ Abu Bakar mahasiswa dan pensyarahnya dikongkong oleh Akta AUKU yang begitu menekan golongan tersebut.

“Akta ini diperkenalkan sehinggalah tahun 1974, Akta AUKU dikuatkuasa. Pergerakan Mahasiswa menjadi ‘lumpuh’ dan hingga ke hari ini, kita tidak menyaksikan gerakan mahasiswa bersuara untuk kepentingan negara dan rakyat kecuali terlalu sedikit.

“Ini kerana, mereka (pelajar) dikongkong oleh Akta AUKU. Ini bukan sahaja mahasiswa termasuk di kalangan Pensyarah Universiti di negara ini,” jelasnya.

Beliau mengulangi kekesalan bahawa insiden keganasan polis hingga mendatangkan kecederaan parah kepada pelajar tersebut sebenarnya boleh dielakkan.

Katanya, kumpulan mahasiswa terbabit sekitar 60 orang yang berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap rakan mereka.

Menurutnya, alasan pihak keselamatan bertindak dengan memukul terlalu kasar dan ganas itu tidak wajar.

SEDAP MULUT,LEPAS CAKAP

Monday, January 2, 2012

WAJIB TENGOK!!! PUAK UMNO NI SURUH POLIS TEMBAK MAHASISWA.


Kalau yang kena sepak terajang tu keluarga dia, aku nak tau gak dia nak kata apa???

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Anda mungkin juga meminati:

VIDEO LAIN AKAN MENYUSUL KOT ?

Isu UPSI: Rakaman video tunjukkan keadaan kelam-kabut tapi tiada keganasan polis

January 02, 2012
Skrinshot video yang telah dimuatnaik ke laman web YouTube 1 Januari 2012.
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Satu rakaman video demontsrasi yang melibatkan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam tidak menunjukkan polis melakukan serangan fizikal terhadap mereka. 
 
Bagaimanapun rakaman video yang dimuatnaik di Youtube semalam menunjukkan  keadaan kelam-kabut apabila polis mahu menghuraikan demonstrasi  dan seorang mahasiswa berdarah di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Aktivis mahasiswa dah ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa  yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dipukul dan ditahan berikutan ingkar dengan arahan bersurai oleh polis.

Polis bagaimanapun menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu yang mengadakan demonstrasi aman di UPSI.

Sejak insiden itu, pelbagai tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa dilemparkan terhadap polis di media-media sosial di mana mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi itu menulis komen di laman sosial masing-masing untuk mengutuk tindakan yang disifatkan mereka keganasan pihak berkuasa.

Dalam rakaman video berdurasi 8.27 minit, yang dimuatnaik portal berita Antara Pos menunjukkan aktivis mahasis berhimpun di luar pintu masuk UPSI selain mendesak agar dibenarkan masuk.

Kumpulan mahasiswa itu melaungkan “Bebas bebas” dan “kami semua Adam Adli”. Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

“Kami telah menguasai UPSI hari ini dan kami membuktikan mahasiswa boleh menuntut kebebasan akademik,” katanya sebelum polis tiba untuk menghuraikan demonstrasi itu.

Seorang anggota polis memberi kumpulan mahasiswa itu selama 15 minit untuk bersurai namun ramai di kalangan mereka enggan dan membantah arahan tersebut.

Kebanyakan daripada mereka dilihat menolak anggota polis selepas masa yang diberikan tamat dan cuba menghalang polis untuk mengambil tindakan.

Keadaan kelam-kabut berlaku selepas itu, dengan imej kabur menunjukkan pintu kaca sebuah klinik berdekatan universiti itu pecah dan dua mahasiswa mengalami kecederaan semasa cuba melarikan diri.

Tiada rakaman menunjukkan anggota polis melakukan serangan fizikal ke atas mahasiswa selain daripada tangkapan.

“Kami bukan musuh anda, adakah anda dengar? Kami akan di sini untuk membantu,” kata seorang anggota polis, yang dilihat menggari seorang mahasiswa.

PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malam selepas tengah malam.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah,” kata PKR dalam kenyataannya.

Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas.

Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan.

SELEPAS INI APA PULAK ?


Demo UPSI: 17 tahanan dibebaskan, Safwan semakin pulih

Lu Wei Hoong | Jan 01, 2012 04:27:52 pm

 
Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi.  Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa 17 orang tahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi. 

Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i.  Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.

Menurut Syukri, mereka tidak didakwa di bawah apa-apa akta, bagaimanapun, tahanan dikehendaki melaporkan diri di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada 20 Januari 2012. Beliau menambah, dirinya berasa gembira kerana solidariti siswa/i yang membebaskan mereka.

Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.

MPMUM kutuk tindakan polis

Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI malam tadi untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa.

Awal pagi tadi, kira-kira 100 mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan UPSI telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa mahasiswa cedera parah.  Dalam insiden ini juga berlakunya satu kemalangan yang tidak diingini yakni Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang Taib telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil kini.

Sehingga kini, 17 mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli.  Antara mahasiswa yang telah ditangkap polis ialah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Haziq Abdullah (Presiden KAMI), Syukri Razab (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia), Shukri Kamaruddin, dan beberapa mahasiswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

MPMUM menyatakan rasa kesal terhadap tragedi berdarah yang berlaku kerana sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman tidak mengakibatkan sebarang kesusahan dan kegugatan kepada orang awam ataupun polis dan MPMUM tidak bersetuju dengan tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekasaran melampau terhadap para mahasiswa yang tidak memegang sebarang senjata.

MPMUM menuntut agar pihak polis tidak mengamalkan sikap "double standard" dalam menguruskan insiden sedemikian kerana pihak polis langsung tidak mengadakan sebarang sekatan terhadap tindakan Pro-Aspirasi yang mengadakan perhimpunan awam di Putrajaya baru-baru ini.  MPMUM berharap agar pihak polis memainkan peranannya untuk melindungi keselamatan rakyat jelata dan tidak menjadi alat kerajaan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dan menindas mahasiswa dengan zalim.

Sesungguhnya tindakan mahasiswa yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan ataupun berhimpun secara aman merupakan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tindakan polis dan FRU yang menzalimi mahasiswa malam tadi telah menjadikan janji Perdana Menteri, Najib yang ingin memberikan ruang yang lebih besar kepada mahasiswa sebagai komestik politik.

MPMUM menyeru pihak kerajaan memansuhkanAUKU yang mengekang kebebasan mahasiswa supaya prinsip demokrasi kampus dapat dihidupkan semula.

CUBA KAJI MENGAPA POLIS GANAS ?

Nurul Izzah: “Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa”

January 01, 2012
 
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan “luar batasan dan keterlaluan” polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan polis, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan,” kata Nurul Izzah (ambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan tindakan diambil polis untuk menghuraikan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik sebagai tidak demokratik, bersifat “negara polis” dan mencemarkan kedatangan tahun baru.

“Ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia dan umumnya bahawa kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman yang diumumkan oleh perdana menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini,” katanya.

Awal pagi tadi beberapa mahasiswa UPSI yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah ditahan polis berikutan ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.

Kumpulan mahasiswa ini juga mendakwa polis telah bertindak kasar dengan “memukul, menendang dan menumbuk” mereka, yang menyaksikan Muhammad Safwan dihantar ke  Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli, 21, telah menjadi tajuk utama UPSI kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Tambah Nurul Izzah, demonstrasi dianjurkan mahasiswa itu bukan satu kesalahan sehingga polis perlu bertindak kasar kepada mereka.

“Saya menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Saya tekankan bahawa mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU,” katanya.

APA RAKYAT BOLEH BUAT ? UNDI ? HEK ELEH ! KASI RM 10 PUN DAH OK !

Ahad, 1 Januari 2012

Insiden UPSI: Rakyat perlu hentikan kezaliman BN

ALOR SETAR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik.


Ketua Penerangannya Mohd Nasir Zakaria berkata penahanan 17 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.


Justeru, DPPNK katanya menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:
- Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.

- Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
- Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.

- Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.
- Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

"Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap.


Katanya, PRU-13 adalah peluang bagi rakyat menamatkan segala kezaliman yang berlaku sejak sekian lama.


Sehubungan itu juga beliau menasihatkan mahasiswa tidak patah semangat dan terus berjuang demi negara.


"Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung,  desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya.


"Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena," katanya.

JALAN NI MEMANG BAHAYA,TRAILER BESAR BERTALI ARUS,

JALAN RAYA DITEMPAT TU TIDAK SESUAI UNTUK TRAILER BESAR DAN PANJANG, KERAJAAN DAH LAMA BUAT TAK NAMPAK JE !

Seorang lagi mangsa nahas Manjung meninggal dunia



7 Safar 1433H. [MOD] -

MANJUNG: Seorang mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan dekat sini lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung kira-kira jam 8 pagi ini.

Kematian beliau menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu

JANJI PUKUL DULU, UNDANG-UNDANG BELAKANG KIRA

Pukul Mahasiswa: Polis Pakai Undang-Undang Mana?
Posted on Saturday, December 31 @ 22:03:09 PST by paktam


Oleh Mohd Sayuti Omar

SEBAIK membuka Fb pagi ini terkejut apabila membaca beberapa catatan mengenai kejadian mahasiswa di belasah polis di UPSI. Ada yang disertakan gambar mahasiswa yang luka berjahit di kening, terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kereta sorong, gambar kereta Kancil dipecahkan cermin dan sebagainya.


Menurut catatan rakan-rakan dalam Fb kejadian itui berlaku sekitar jam 2:00 pagi tadi di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Melihat kepada gambar dan laporan yang ditulis, tindakan polis itu sudah melampau. Walaupun apa alasan, ianya melampau. Polis tidak sepatutnya melakukan demikian rupa kalaupun ingin menjaga perdana menteri, Najib Razak. Pelajar atau mahasiswa tidak patut dipukul hingga pangsan. Mereka bukan merusuh atau membuat jahat hanya tunjuk perasaan.

Itu bukan hendak soal dari segi ethnik lagi. Kalau kita soal itu lagi terasa pilu dan sedihnya kerana semuanya adalah bangsa Melayu. Yang pukul tentu Melayu dan yang kena pukul juga Melayu. Saya tidak fikir polis akan hantar polis Cina dan India untuk pukul Melayu.

Kenapa pukul mereka? Mereka adalah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara di masa depan. Kalau kita waras dan bertimbang rasa aksi dan himpunan mereka itu tidak ke mana. Mereka hanya ingin melepaskan perasaan ke atas sesuatu yang mereka tidak setujui sahaja. Dan gelagat mereka itu lumrah bagi anak-anak muda seusia mereka.

Katanya mereka berhimpun kerana menuntut AUKU dihapuskan. Sambil mendesak mereka usung keranda di atasnya ada gambar Najib. Apakah salah perbuatan mereka itu? Najib tidak akan terhina kalau sekadar gambarnya diletak atas keranda, dipijak hatta dibakar. Maruah seorang pemimpin itu bukan terletak di situ. Kalau Najib bisa, bijak, cerdik dan mampu membawa rakyat ke alam cerah, Najib tetap akan disanjung. Kalau Najib dapat memacu ekonomi negara dia akan menang pilihan raya. Kalau dia dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya dia akan disanjung.

Bagi saya adalah pandir polis yang mengarahkan agar mahasiswa yang berhimpun tidak sampai 10,000 itu dibelasah macam anjing. Kalau polis-polis berkenaan sudah lama tidak melepas geram dan belasah orang mereka boleh diajak masuk hutan kejar babi hutan. Belasahlah, tetapi bukannya mahasiswa.

Baik Najib, Hishamuddin Hussein, Udin anak Yassin perlu mengambil perhatian berhubung insiden berkenaan. Ketua Polis Negara juga kena tenguk apa yang anak buahnya yang menggila dibawah. Sepatutnya polis yang mengarahkan mahasiswa itu dibelasah dikenakan tindakan. Mereka juga patut dibelasah.

Tugas, tugas juga khidmat, khidmat juga. Tetapo motto berbunyi Selalu Tebapat dan Betul kena dipatuhi juga. Polis perlu malu kepada lambang Allah yang tertera dihadapan topi yang mereka pakai. Allah tidak menyuruh kita membelasah manusia secara membabi buta. Lagi pun tugas polis menjaga keselamatan, mengawal keselamatan bukan membelasah orang.

Tidak ke mana himpunan itu. Mereka tidak perlu dipukul dan cermin kereta dimusnahkan. Itu para SB yang selalu suka dan bangga dengan kerja mereka sebagai provokor dalam apa-apa episod demonstrasi perlu insaf dan sedar. Bahawa perbuatan dan tindakan mereka itu tidak menguntungkan sesiapa pun. Mereka boleh bangga tetapi kebanggaan itu seperti duduk atas tahi lembu.

Inilah wajah dan rupa pasukan polis kita. Kalau kita kata polis kita jahat, ala Mossad mereka akan marah. Tetapi mereka perlu sedar dengan tindakan mereka berlebihan ada cici-ciri Mosaad. Biarlah Rahim Noor seorang digelar Mosaad tetapi tidak yang lain. Cukuplah Rahim Noor mencatatkan sejarah hitam dalam pasukan polis tetapi janganlah biar ada perangainya kepada cucu cicitnya dalam pasukan polis.

Kita tidak marah kalau polis membelasah dan memukul sampai mati terhadap penjenayah. Pukullah. Tetapi mahasiswa bukan penjenayah. Undang-undang mana yang diguna pakai polis untuk memukul mahasiswa. Kita selalu mengakui polis kita canggih, cekap, berdiplomasi, bertaraf dunia, tetapi dalam kes-kes tertentu kita lebih tersuk dari askar Jepun.

Kepada mahasiswa pun satu. Kalau hendak berhimpun jangan gunakan malam 1 Januari. Untuk apa kita mengambil sempena berhimpun pada malam yang tidak ada sedikit nilai pun dalam kehidupan kita. Mungkin kerana tarikh dan masa itu tidak memberi apa-apa signifiken lah menyebabkan musibah itu berlaku. 1 Januari sebenarnya malam yang penuh kecdelakaan dan kemaksiatan.

DARI AWAL DAH NAMPAK TAHUN TEGANG

Tahun baru 2012 tercemar
Posted on Saturday, December 31 @ 22:00:00 PST by paktam


Oleh Nasrudin Hassan 

Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [saat artikel ini ditulis] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.



2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [5 jam dari sekarang] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

BERTANBAH TEGANG, ITU YANG DICARI ?

Ahad, 1 Januari 2012

Pemuda PAS akan berhimpun di IPD Tanjung Malim

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerakkan seluruh ahlinya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Perak untuk turun berhimpun di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut pembebasan sekurang-kurangnya 17 mahasiswa yang ditahan polis sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan ketuanya, Nasruddin Hassan melalui khidmat pesanan ringkas SMS kepada Harakahdaily pagi ini.


"Semua  pemuda dikerahkan berkumpul secara aman dalam tempoh sekarang ke jam 2 petang di hadapan IPD Tanjung Malim Perak untuk menuntut pembebasan segera 17 mahasiswa yang ditahan sejak semalam," katanya.



Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan.


Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.


Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.


Dalam pada itu, Nasruddin turut menyelar sikap double standard pihak berkuasa yang bertindak secara kasar terhadap mahasiswa tetapi pada masa sama membenarkan himpunan serupa oleh pihak lain termasuk oleh Umno dan Perkasa di UPSI baru-baru ini.


"DPPM menyelar sikap double standard PDRM.  Umno dan perkasa demo depan UPSI tidak diambil sebarang tindakan tetapi  mahasiswa dibelasah separuh mati," katanya.


Sementara itu, difahamkan hampir  200 mahasiswa, NGO dan pemimpin politik sedang berkumpul di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut kesemua yang ditahan dibebaskan dengan segera.

KALAU TEMBAK MATI KAN ELOK ?

Sunday, January 1, 2012

Tragedi berdarah UPSI, Mahasiswa dibelasah FRU


TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.

Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang  berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.
Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.


Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.

Di bawah ini antara gambar-gambar bukti kekejaman polis untuk tatapan anda semua. Sila klik untuk membesarkan image.




Perompak bersepah-sepah, penjenayah berlambak-lambak, tapi mereka pilih tangkap dan belasah mahasiswa kerdil yang lansung tidak merbahaya ini. Ini kerja orang gila! Bodoh!

Najib dijangka akan rombak kabinet, cubaan raih undi semula

January 01, 2012
 
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Datuk 


Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider.
Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.

KETURUNAN BANGSAT !

Sabtu, 31 Disember 2011


Inilah Wajah Belia "Hidup Melayu" Yang Merompak dan Membunuh..


Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu memasuki episod baharu apabila polis dapat menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes yang bermotifkan samun itu. 

Suspek-suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek diberkas di Kampung Dato’ Keramat.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi mangsa pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya dua daripada suspek naik ke rumah mangsa manakala seorang lagi menunggu di bawah.

“Maklumat yang kita dapat mengatakan salah seorang suspek berumur 19 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa bercadang mencuri wang serta komputer riba mangsa untuk dijual kepada rakannya yang berusia 22 tahun. Jenayah itu hendak dilakukan ketika mangsa sedang tidur.

“Bagaimanapun, mangsa yang tersedar cuba menghalang perbuatan teman lelakinya sebelum berlaku pergaduhan. Keadaan kemudian menjadi tegang menyebabkan salah seorang suspek menikam mangsa bertubi-tubi dengan pisau,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.