Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, January 3, 2012

Demo UPSI: Polis cuma ulang skrip lama - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad.

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.


Harakahdaily

RAMAINYA KE MAHKAMAH !

Pakatan: 100,000 akan berkumpul di mahkamah, lebih banyak perhimpunan akan menyusul

January 03, 2012
 
PETALING JAYA,  3 Jan — Pakatan Rakyat hari ini berkata akan mengumpulkan seramai 100,00 orang pada Isnin depan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan mengumumkan keputusan salah laku liwat.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) berkata pakatan pembangkang bersetuju untuk menggerakkan dan berkumpul di Kompleks Mahkaham Jalan Duta walaupun polis telah mengeluarkan arahan keras untuk tidak mengadakan perhimpunan semasa keputusan diumumkan yang telah mengambil masa dua tahun.

“Sistem kita begitu rapuh, kita perlu menjangka senario terburuk. Bersama PAS dan DAP kami akan mengumpul 100,000 orang di mahkamah untuk memberikan sokongan kami kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.

Beliau juga mengingatkan perhimpunan awam akan diteruskan sehingga pilihan raya umum jika bekas timbalan perdana menteri itu didapati bersalah.

“Kami akan teruskan. Perhimpunan sama akan diadakan di Pulau Pinang pada sebelah malam. Jika beliau dibebaskan maka Anwar akan diraikan di negerinya. Jika tidak kami akan ke Pulau Pinang untuk menuntut tuntutan kami,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga berkata parti Islam itu akan menyeru setiap kawasan untuk menggerakkan dan “walaupun mereka di Sabah dan Sarawak mahu menyertainya.”

Anwar dituduh melibat bekas pembantunya, dakwaan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya, selain mengatakan ia adalah agenda untuk memusnahkan karier politiknya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar hujah penutup dari 8 Disember hingga 15 Disember dan akan mengumumkan keputusan pada Isnin ini.

Harapan ketua pembangkang itu untuk bergelar perdana menteri mungkin akan musnah sekiranya mahkamah memutuskan beliau bersalah yang akan membawa hukumum penjara maksimum 20 tahun.

Azmin menyifatkan tuduhan liwat itu sebagai “konspirasi berbahaya” namun menegaskan hari ini “rancangan Pakatan Rakyat tidak akan tergelincir dan akan dipilih menerajui kerajaan pusat selepas ini.”

Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun pada 2000 tetapi Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan pada 2004 dan membenarkan beliau mengetuai kempen pilihan raya 2008.

Pada pilihan raya itu pakatan pembangkang menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan lima negeri.

Five in family found murdered in Sibu

January 03, 2012
 
SIBU, Jan 3 — Five members of a family, three of them children, were found murdered here early this morning.

Sibu police chief ACP Shafie Ismail said a 36-year-old timber and shipping businessman, his 80-year-old mother, a 10-year-old daughter and an eight-year-old son were found dead in different locations in their house in RTM Road, according to a Bernama report.

A seven-year-old son of the businessman died at Sibu Hospital after he was admitted there with severe head injuries.

Police believe they were attacked with both blunt and sharp objects by more than one person.

HABIS LA UMNO SEKALI NI

Bekas SU Pemuda UMNO Sertai PAS Setelah "Tumpas" Jerat YDP PAS


Tumpas’ kerana ingin ‘jerat’ YDP PAS

KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin ‘menjerat’ Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS.

Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha PAS negeri, Zulkifli Mamat, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Wan Musa yang juga Setiausaha JKKKP Mukim Padang Enggang ketika ditemui memberitahu pada mulanya dia menyertai halaman tertutup Umno-tumPAS bertujuan untuk ‘menghentam’ pemimpin PAS terutama Wan Rahim.

“Memang saya menghentam dia sebelum ni, tetapi dia tidak membalas kutukan saya terhadapnya, sebaliknya rakan-rakan lain yang membela beliau.

“Tetapi akhirnya dia ingin bertemu saya, sepatutnya saya yang bertemu dia, begitu hebat jiwa pemimpin PAS, ada sifat rendah diri dan akhirnya saya ‘kalah’ dan seterusnya mengakui pemimpin PAS memang terbaik,” ujarnya.

Sambungnya, andainya Wan Rahim sahaja telah dapat menawan hatinya, belum lagi pemimpin besar lain terutama Tuan Guru dan ulama lain yang berada dalam PAS.

Beliau juga turut mengakui pemimpin Umno semakin tidak boleh dipercayai dari hari ke hari.

Tambahnya, dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat menteri dan bawahannya, jelas membuktikan mereka hanya berjuang untuk peribadi dan keluarga dan bukannya untuk rakyat.

Ketika ditemui, beliau menyeru semua rakan-rakannya yang masih bersama Umno dan BN turut menyertai PAS.

Sempena majlis itu juga, memorandum dari rakan-rakan Umno-tumPAS telah diserahkan kepada Tuan Guru yang antara lainnya untuk mendedahkan kehebatan kerajaan PAS Kelantan.

Memorandum itu diserahkan oleh seorang rakan laman sosial itu, Mat Kamal Awang (MKA). -HD

PIMPINAN UMNO SABAH PULAK AKAN KELUAR PARTI ?

Lajim Ukin mahu keluar Umno?



9 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada Umno BN.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.

“Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.

“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN,” ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Lahirul, sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.
Momentum revolusi politik global
Posted on Monday, January 02 @ 22:00:00 PST by tokdalang

 
Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS
 
KEBANGKITAN rakyat, protes, revolusi menjadi buzzwords sepanjang setahun lalu, apabilhttp://gbgerakbudaya.com/bookshop/images/books/9789833172382.jpga dunia menyaksikan rakyat di seluruh dunia, dari Eropah ke Afrika Utara hingga ke Asia Tenggara bangkit memprotes dan menuntut hak demokratik mereka sebagai rakyat.
Tiga diktator, Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali, Presiden Mesir Hosni Mubarak dan pemimpin Libya Kolonel Muammar Gaddafi, tumbang akibat kemarahan rakyat, manakala ramai lagi menunggu dalam ketakutan akan nasib mereka berhadapan kuasa rakyat.



Domino-domino yang tumbang di rantau Afrika Utara dan Asia Barat mencetus satu trend global baru yang sedang dan akan terus memberi kesan kepada kerajaan-kerajaan seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia.

Tulisan dalam buku Revolusi Global: Dunia Dalam Era Kebangkitan Rakyat oleh Haris Zalkapli terbitan Harakah mempersembahkan bagaimana jumlah generasi muda yang semakin meningkat, terutama di Afrika Utara dan Asia Barat, dan semakin ramai yang menerima pendidikan tinggi peringkat universiti sehingga membolehkan generasi muda ini mempunyai kesedaran terhadap politik dan perkembangan di sekeliling mereka.

Generasi muda sememangnya sentiasa mendepani perubahan. Inilah yang kita di Malaysia ini juga harapkan, untuk melihat perubahan yang bermakna terlaksana.

Ini sangat relevan dengan apa yang kita di Malaysia ini saksikan sejak lama dulu, dan juga sejak kebelakangan ini apabila gerakan mahasiswa semakin berani dan lantang menyuarakan pandangan politik mereka.

Kita dapat perhatikan bagaimana mahasiswa kini bangkit menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tanpa menghiraukan tekanan pihak yang sudah selesa dengan kuasa dan tidak mahu golongan muda yang kritis, cergas dan responsif itu bebas daripada belenggu peraturan yang tidak adil.

Golongan muda juga terlibat dalam lapangan politik dalam keadaan prasarana seperti teknologi maklumat telah tersedia untuk mereka gunakan. Seperti kata seorang bekas penasihat kerajaan Amerika Syarikat, Zbigniew Brzezinski yang dipetik dalam Revolusi Global, sepanjang sejarah, warga dunia kini berada dalam keadaan paling sedar politik dan interaktif, sedia memberi respons kepada perkembangan politik yang menyentuh mereka.

Malaysia di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyaksikan gelombang rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Jelas dapat kita perhatikan kebimbangan dan keresahan kerajaan Barisan Nasional menghadapi gelombang kebangkitan rakyat itu, hingga berlaku tindakantindakan yang tidak rasional dan keras terhadap rakyat yang memprotes.

Kebimbangan keterlaluan kerajaan BN itu jelas sekali tidak berasas, kerana Pakatan Rakyat telah menegaskan proses pilihan raya sebagai pilihan. Protes yang diadakan bukan sama sekali bertujuan menjadikan suasana di negara kita seperti protes di dunia Arab.

Inilah yang disebut oleh seorang sarjana sebagai “globalisasi protes”, yakni keadaan protes menjadi perkara biasa dan sebahagian proses politik, dalam menuntut hak dan juga melawan korupsi dan kezaliman rejim.

Maka akibatnya, pemerintah tidak boleh lagi bersikap senang lenang dan menganggap kedudukan mereka sebagai pemerintah itu satu anugerah dan privilege. Landskap baru politik dunia hari ini menyaksikan mana-mana kerajaan tidak terlepas daripada trend global yang tercetus di dunia Arab sejak setahun lalu di Tunisia.

Seperti disebut dalam buku Revolusi Global, realiti ekonomi dunia, dengan harga pelbagai bahan makanan yang terus meningkat menjadi satu faktor penting dalam mencetus respons rakyat terhadap para pemerintah.

Atas sebab inilah, kita dapat lihat kerajaan BN berusaha memberi pelbagai habuan dan janji yang diberikan nama bantuan untuk rakyat, yang tidak dapat tidak terkait dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka beberapa bulan lagi.

Ini jelas sekali menampakkan kebimbangan kerajaan BN pimpinan Najib. Masa bantuanbantuan ini diberikan memberi gambaran kebimbangan BN dan usaha mereka menarik kembali sokongan dengan memberi bantuan.

Diktator-diktator telah tumbang di dunia Arab. Lebih dekat dengan kita, perubahan politik dan pentadbiran juga berlaku Myanmar, negara yang sangat ketat kawalan kerajaan tentera terhadap politik sejak lama dulu.

Di negara jiran kita Singapura, rakyat turut bangkit, sehingga pemerintahan PAP yang seusia BN di negara kita dan tidak mendapat saingan pembangkang selama ini juga menyaksikan pembangkang yang semakin kuat dan mendapat sokongan.

Hakikatnya, dunia politik kini sudah berubah. Protes dan perubahan kerajaan, walau sekuat mana pun kerajaan itu, bukan lagi sesuatu yang sukar atau mustahil. Rakyat semakin menyedari kuasa yang mereka miliki.

Revolusi Global ini memberi satu gambaran besar tentang trend semasa seluruh dunia ini, yang tidak mengecualikan manamana kerajaan pun. Terutama yang telah puluhan tahun memerintah negara!

NFC probe ‘80 per cent done’, says CCID chief

January 03, 2012
File photo of the NFC in Gemas. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, Jan 3 — The police probe into possible criminal breach of trust at the National Feedlot Centre (NFC) is “80 per cent done”, federal commercial crime chief Datuk Syed Ismail Syed Azizan said today. 
 
“Our investigation into the NFC scandal is 80 per cent done. Give us a bit more time, we need to wrap up before we hand the investigation papers to the Attorney-General,” he told The Malaysian Insider.

The police began their probe into the RM250 million publicly-funded cattle raising scheme following accusations by PKR that millions in federal funds meant for the project had been misappropriated.

The opposition party first latched onto the issue after the NFC, run by Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, made it into this year’s Auditor-General’s Report for failing to meet production targets.

Mohamad Salleh, a former food science head at Universiti Pertanian Malaysia, is husband to federal minister and Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Jalil.

PKR has since made several revelations relating to the scandal, including NFC’s purchase of two luxury condominium units in Bangsar and alleged use of project funds for Shahrizat and her family’s personal expenses.

It also claimed there was a transfer of resources to unrelated companies in Singapore, as well as the purchase of a Mercedes-Benz CLS350 for RM534,622 and two plots of land in Putrajaya’s Precinct 10 for RM3,363,507.

The latest disclosure by PKR, made a fortnight ago, further alleged that some RM10 million had been diverted towards the purchase of a luxury condominium in Singapore for Shahrizat’s family.
Shahrizat has tried to deflect attention by stating she is “only the wife” of the national cattle farming project’s chairman and had nothing to do with the NFC.

The senator has faced calls to quit as minister from within Umno, including from influential former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Last Friday, businessman Datuk Shamsubahrin Ismail was charged in the Sessions Court here for allegedly cheating Mohamad Salleh out of RM1.76 million in consultation fees by offering him fraudulent advisory services.

KESIAN DIA NI, BAPAK LARI EMAK MENGHILANGKAN DIRI

Wanita cari bapa kandung



9 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA TINGGI
– Seorang wanita merayu orang ramai supaya membantunya mengesan bapa kandungnya, Dol Mohamad Amin, yang terpisah sejak dilahirkan.

Zulnaidah Dol, 37, berkata, dia mencari bapanya itu un­tuk menjadi wali per­­nikahan yang sepatutnya berlang­sung pada 11 Disember lalu.

Dia yang kini menetap di Kampung Gembut, Tanjung Sedili dekat sini berkata, sejak bercerai dengan ibunya, bapanya tidak pernah datang menjen­guk malah saudara maranya juga tidak tahu di mana ayahnya berada hingga kini.

“Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek, malah saya tidak pernah sekalipun melihat wajah ayah sejak dari kecil.

“Sebaik saya dilahirkan, kami terpisah kerana ibu dan bapa bercerai dan saya mengikut ibu tinggal bersama nenek di Kampung Gembut.

“Ketika saya berusia empat tahun, ibu pula berkahwin baru dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita sehinggalah hari ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia yang kini tinggal berdua bersama neneknya berusia 84 tahun begitu memerlukan kehadi­­ran bapanya untuk melangsungkan perkahwinan yang sebelum ini telah ditunda.

“Bagi melangsungkan per­­kahwinan bersama lelaki pilihan, saya memerlukan kehadi­ran ayah agar dapat mewalikan pernikahan kami. Jika ada sesiapa mengenalinya diharap segera menghubungi di talian 011-14797545,” katanya.

Zulnaidah berkata, perkahwinannya beberapa kali tertangguh berikutan gagal mengesan bapanya untuk menjadi wali.

“Jabatan agama menyarankan supaya berita mengenai pencarian wali ini disiarkan dalam mana-mana akhbar sebelum melantik wali hakim.

“Meskipun tidak pernah bertemu dengannya, saya berharap dia muncul dan menjadi wali pernikahan saya,” katanya.

Sinar Harian

Geramnya najib ! Muhiden cerah jadi PM

Selasa, 3 Januari 2012


Najib Razak Kena Tipas Di Pekan?

Ha Najib Razak menerima pukulan kecil tetapi memedihkan (kena tipas) apabila bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Mohd Ariff Sabri Aziz (foto) dikatakan telah meninggalkan Umno untuk menyertai DAP.

Walaupun Ariff kini hanya ahli biasa tetapi memandangkan beliau bekas pimpinan peringat bahagian Pekan dan bekas wakil rakyat tindakan Ariff itu memalukan Najib sebagai presiden Umno. Seperti mana yang dilaporkan dan dicatat dalam blognya "Sakmangkol", Ariff menjelaskan dia kecewa dengan perjuangan Umno kini.

Tindakan Ariff itu mencerminkan usaha Najib untuk melakukan transformasi Umno tidak menjadi dan mendapat kepercayaan orang yang berada di bawah dagunya sendiri.


Antara lain Ariff dipetik sebagai menganggap Umno kini telah bertukar menjadi
Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal. Katanya juga Umno kini telah menjadi wadah untuk mencuri harta rakyat.

Mungkin apa yang dimaksudkan Ariff itu mengambil apa yang berlaku dalam NFC. Pemberian dana khas kepada orang Umno untuk membangunkan projek lembu gemuk bernilai RM250 juta cukup menjengkilkan beliau.



Katanya lagi Umno kini menjadi tempat orang Melayu meminta sedekah dan bukan pemberian rezeki kepada orang Melayu.


Berdasarkan catatan beliau di dalam blog yang dipetik itu memberi gambaran Ariff akan meninggalkan parti berkenaan dan akan menyertai DAP. Mengenai DAP pula kata Ariff dia kagum dengan parti berkenaan dan percaya DAP kini relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara demokratik dan bebas.


Beliau menunjukkan contoh, katanya; "dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno. Manakala Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik."


Sementara itu bekas tokoh Umno tahun 80-an Aspan Alis juga dikatakan meneyertai DAP. Beliau dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dalam pilihan raya akan datang.


Saya akan cuba mendapatkan Aspan petang ini untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung kedudukan dirinya dan juga beberapa remours yang bertiup ke belakangan ini.

RPK attack shows activists feel let down by Anwar, say BN men

January 03, 2012
 
KUALA LUMPUR, Jan 3 — Barisan Nasional (BN) leaders have said Raja Petra Kamarudin’s attack on Datuk Seri Anwar Ibrahim is a sign of civil society’s growing disenchantment with the opposition leader.

The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) chairman was reported by Umno-controlled media last weekend as saying that Pakatan Rakyat’s (PR) candidate for prime minister was unfit for the role as Malaysians could not accept a homosexual to lead the country.

“There is uncertainty among activists as Anwar shows his true colours. This will hurt PKR in its main support base of urban liberals who are coming to realise that the party’s struggle is not for ideals but for one man,” Perak Mentri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir (picture) told The Malaysian Insider.

Raja Petra, who fled the country in 2009 after alleging that Datuk Seri Najib Razak and his wife were responsible for the murder of Mongolian Altantuya Shariibuu, did not explicitly call Anwar a homosexual but said there was no room in Malaysia for someone who is gay and wants to become PM.

The self-exiled blogger, better known as RPK, also said he was “90 per cent” sure the man in the Datuk T sex video was Anwar, and that many of the latter’s friends believed in the authenticity of the video.

“Civil society knows it cannot take sides and some of them have found that the prime minister is responsive with his reform package.

“On the other hand, PR has not delivered on their promised reforms. Until this ‘third force’ crystallises, activists like RPK realise they cannot put all their eggs in one basket,” said MCA central committee member Datuk Ti Lian Ker.

Raja Petra had first mooted civil society as a third force in Malaysian politics in October 2010 when he told a forum in London that PR’s huge gains in 2008 were due to civil society action such as the Bersih and Hindraf rallies in 2007 which championed free and fair elections and lobbied for Indian rights respectively.

“We have given PR 2½ years but not a single reform has been implemented,” he had said, forcing Anwar to defend his coalition at the same event by laying blame on the federal government.

Umno’s Pasir Salak MP Datuk Tajuddin Abdul Rahman also said today that activists have been used by the PKR de facto leader and then discarded in the party’s elections in late 2010.

“These activists helped PKR in Election 2008. Now Anwar has no need for them. They are starting to see how Anwar is unreliable and an opportunist.

“It is much easier for them to tell BN what to do. We can give them new policies, we can even change ministers or the prime minister.”

Raja Petra told Umno’s Utusan Malaysia his opinion changed when Anwar denied knowing Datuk Shazryl Eskay Abdullah, one of the three men responsible for screening the sex video.

The blogger claimed that Anwar knew Shazryl well, and had asked him to help the former honorary Thai consul.

Anwar has repeatedly denied that he was the man seen having sex with a prostitute in the 21-minute video which was first aired to the media in cloak-and-dagger fashion by a mysterious “Datuk T” at a prestigious hotel here in April last year.

It was later revealed that “Datuk T” was in fact three notable public figures — former Malacca Chief Minister Tan Sri Rahim Thamby Chik, businessman Shazryl and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim.

Dia pengacau, dia cari fulus !

Zaid Ibrahim: Raja Petra di pihak salah

Zaid Ibrahim | Jan 03, 2012 12:16:22 pm


Dua minggu lalu, saya menulis tentang bagaimanakah kita boleh menjadikan pembangkang lebih kuat.  Saya mencadangkan agar pihak pembangkang harus mengambil pendekatan yang inklusif dan tidak membiarkan perbezaan kecil dengan cara mewujudkan barisan bersatu.

Ini bermakna termasuk kumpulan kecil atau sampingan yang berada di dalam stratosfera politik.  Saya juga berkata bahawa kita tidak harus lupa Hindu Rights Action Force atau HINDRAF, dan penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar kanan), yang mana kedua-dua ini merupakan pemain utama dalam kebangkitan politik 2008.

Jadi, saya terkejut apabila membaca New Sunday Times pada hari tahun baru yang menyiarkan temu bual dengan Raja Petra yang telah dijalankan di Singapura.  Bukannya dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim yang mana dia tidak pernah pun menyebutnya sebelum pilihan raya Sarawak dahulu.  Ia adalah perkara yang sama, dan saya tidak akan mengulanginya lagi.  Apa yang saya kurang faham ialah mengapa Raja Petra memilih untuk menyerang Anwar dari semua sudut - dan pada masa yang sama mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat.

Benar kata Raja Petra, apabila mendakwa pihak pembangkang tidak hanya mengenai Anwar dan nasib politik beliau.  Ia sebuah gerakan yang lebih besar, dan menjadi suara alternatif yang kuat buat rakyat.  Tetapi, ia tidak logik untuk mengalih sebahagian daripada parti-parti pembangkang (yang sememangnya Anwar sebahagian daripada gerakan ini) dan mengatakan bahawa itulah caranya menjadikan pembangkang lebih kuat.

Pembangkang mungkin tidak dapat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang, tetapi kepada kita yang mahu melihat kebebasan dan demokrasi yang lebih baik dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang berkurangan, perjuangan tetap perlu diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.  Pilihan raya akan datang setiap lima tahun dan satu hari nanti, kita akan pasti menang.

Saya rasa terpaksa mengulangi apa yang saya katakan sebelum ini, tetapi dengan sedikit pembetulan.  Kami harus menjadi inklusif dan kita tidak boleh tidak termasuk orang-orang kita yang mahu melihat pembaharuan dan perubahan dalam cara negara kita diperintah.

Kita perlu berjuang untuk perpaduan dan keharmonian untuk seluruh rakyat Malaysia.  Mereka yang mengatakan mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat lagi tetapi sanggup mengenepikan beberapa pemimpin kerana tidak bersetuju, tidak boleh dianggap sebagai sekutu.  Petra pasti di pihak yang salah.  Di medan perang ini, kita mesti belajar untuk menilai sumbangan semua orang, tetapi hanya untuk orang-orang yang masih mahu melihat demokrasi menyala.

*Tulisan ini dipetik dari laman Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), oleh Zaid Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Parti

NI POLITIK MAKAN PULAK !

Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah ekonomi

January 03, 2012
 
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari  Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

“Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman,” kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia  yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk “berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan.”

“Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring,” kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk “memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu.”

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi.

PENGAKUAN BAIK, POLIS IKUT PERINTAH, MAHASISWA TUNTUT KEADILAN, KEMUDIAN APA PULAK ?

Tuesday, January 3, 2012

POLIS MENGAKU MEMUKUL AKTIVIS MAHASISWA, APA NAK DIKATA LAGI!!!

SEBELUM ini pihak Polis nafi ada bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa yang menganjurkan perhimpunan aman menggesa pemansuhan AUKU di Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI malam tahun baru 2012.

Namun yang menariknya, dalam masa yang sama, Polis perak mengaku ada memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menyuraikan perhimpunan pelajar yang hanya membawa bendera dan sepanduk itu.


Kalau dah pukul orang, itu bukan bertindak kasar ke namanya? Jadi apakah definisi kasar dari sudut pandangan Polis? Mahasiswa patah rusuk, koyak pangkal hidung, bermandi darah (rujuk artikel lalu) tak kasar ke?

Adakah nak tunggu mahasiswa ada yang mati barulah dianggap kasar? Bila agaknya baru polis akan mengaku mereka bertindak kasar? Dah pukul orang pun masih tak kasar.


NA'IM NIKMAT

AZIZ BARI BAKAL JADI CALON PAS ?

03 Januari, 2012

Prof. Aziz Bari Bakal Ganti Hasan Ali Di DUN Gombak Setia?

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengesahkan bahawa beliau ada bertemu dengan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari beberapa hari yang lalu tetapi tidak membincangkan soal calon pilihan raya umum akan datang.
Oleh yang demikian katanya, spekulasi yang mengatakan Dr Aziz Bari mungkin akan diletakkan sebagai calon PAS menggantikan Datuk Dr Hasan Ali di Gombak Setia tidak berbangkit sama sekali.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak menolak kemungkinan perbincangan untuk menamakan pensyarah kontroversi itu sebagai salah seorang calon PAS di Selangor berlaku di peringkat Pusat tanpa membabitkan PAS negeri.

“Spekulasi tetap menjadi spekulasi, saya tidak tahu langsung tentang percaturan berkenaan. PAS Selangor tak tahu sama ada Dr Aziz (gambar) disenaraikan sebagai calon ataupun tidak. “Tapi kalau perbincangan dibuat di peringkat PAS Pusat saya tak pasti. Mereka mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menentukan calon,” katanya di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi yang dibuat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa hasrat Abdul Aziz untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu lagi strategi bagi mengenepikan Dr Hasan di negeri berkenaan.


Dr Hasan yang juga Pengerusi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Negeri Selangor merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.


Namun Abdul Rani yang juga ADUN Meru menegaskan bahawa kedudukan Hasan serta semua wakil rakyat parti itu akan ditentukan oleh PAS Pusat. “Kita belum tahu nasib Dr Hasan, semua itu urusan PAS Pusat. PAS Selangor hanya kemukakan cadangan tapi keputusan muktamad adalah di tangan mereka,” katanya.


Sementara itu ditanya sama ada pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Abdul Aziz mengenai kedudukan beliau dalam PAS serta hasrat bertanding pada pilihan raya akan datang Abdul Rani berkata: “Saya ada berjumpa beliau beberapa hari yang lalu, tapi tiada perbincangan khusus dibuat mengenai perkara ini.


“Kami tidak berbincang mengenai soal calon,” ujarnya lagi. Sebelum ini Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang namun tidak menyatakan secara khusus parti manakah yang bakal disertainya.
~kltoday
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.