Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGULEK ANAK MUDA

4/01/12

Artis Rock ini tarik anak muda dekati PAS


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut.

Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.

Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

"Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.

"Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima
golongan seperti mereka, " jelasnya.

JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga.

Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi.

Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua.

Alhamdulillah !

Rabu, 4 Januari 2012

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Serah Kunci Rumah Pemberian Kerajaan Kelantan Kepada Khairul Fahmi

Tok Guru Nik Aziz menyerahkan kunci rumah pemberian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Penjaga Gol Kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa.
Tok Guru Nik Aziz sedang memberi ucapan di majlis penyerahan kunci rumah pemberian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa.


ANTARA PETIKAN UCAPAN TOK GURU NIK AZIZ :

Alhamdulillah, selesai menyempurnakan majls penyerahan kunci rumah kpd Khairul Fahmi. Saya sempat menitipkan pesn kpd beliau dan semua ahli sukan agar menjauhi dadah krn ia akan memusnahkan karier.

Kedua, ahli sukan perlu menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk anak-anak muda dan ketiga, khusus kepada beliauPautan
, saya harap supaya cepat mendirikan rumahtangga, kerana dgn cara tersebut lebih sempurna kehidupan dan lebih terhindar dr perkara yg tdk diingini.

Semoga anak Kelantan dapat mencontohi kecemerlangan yg ditunjukkan oleh beliau samada dlm bidang sukan atau bidang yang lain.


SUMBER : FACEBOOK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Asam garam umno buat fitnah ?

TAIPING MALI KINI FITNAH USTAZ AZHAR PULOK DOH


Siri fitnah terhadap Ustaz Azhar Idrus... caranya sama.... reka fitnah kemudian minta mangsa fitnah jelaskan.... suruh saman jika tak benar.



Puak - puak ini bila dijelaskan maka direka fitnah baru. Dah banyak kali dan mereka tahu kuasa ditangan UMNO jadi tak perlu takut disaman . Kuasa ditangan mereka....


Jika buat laporan polis pun, polis tak layan kerana polis pun tak berani dengan mereka. Dibawah ini seperti biasa fitnah yang direka Blogger UMNO Taiping Mali (gambar bawah).


(TAIPING MALI ) Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?


Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?


Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?


Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

UPSI jangan jadi 'institusi pengajian rimba'



10 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Jan:
Pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diingatkan agar tidak menjadikan universiti itu sebagai 'institusi pengajian rimba' di negara ini dengan tidak menghormati proses keadilan.

Tindakan UPSI menyingkirkan salah seorang pelajarnya, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim dari kolej kediaman Aminuddin Baki kampus itu yang terlibat dalam demonstrasi aman di hadapan pusat pengajian itu malam 1 Januari lalu, bagaimanapun jelas memperlihatkan sikap universiti tersebut yang mendahului proses undang-undang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pada hal pihak pentadbiran UPSI tidak sepatutnya mengenakan tindakan seperti itu terhadap pelajar terbabit kerana beliau tidak pun disahkan bersalah oleh mahkamah.

Menurutnya, malah kes pelajar terbabit belum pun dibawa ke mahkamah untuk diadili, tetapi bagaimana pula UPSI boleh mengatakan pelajar tersebut bersalah.

Katanya, sekiranya pihak UPSI mengatakan Siti Nurul Piteriah bersalah kerana melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), perkara itu juga mestilah diputuskan oleh mahkamah.

"Pihak pentadbiran UPSI tidak boleh bertindak sesuka hati ke atas pelajarnya dengan mengatakan pelajar terbabit bersalah hanya atas alasan melanggar peraturan universiti itu, sedangkan pelajar berkenaan belum pun diputuskan bersalah oleh mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Seorang mahasiswi UPSI, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim yang terlibat dalam demonstrasi aman yang mencederakan dua pelajar dan membawa kepada penangkapan 17 pelajar lain di hadapan pusat pengajian tinggi itu malam 1 Januari lalu telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti tersebut.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan tersebut kelamrin selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli seperti yang dilaporkan media tempatan berkata, Siti Nurul Piteriah telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, manakala seorang lagi pelajar universiti itu, Alif Ashraf, yang turut mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi belum disahkan.

Bagaimanapun, media hari ini turut melaporkan, Siti Nurul Piteriah akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan kepadanya.

"Saya masih di kolej. Setakat ini saya hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma Kesusasteraan Melayu itu.

Siti Nurul Piteriah menjelaskan, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamannya berkuatkuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

Menurut Mahfuz, PAS amat kesal dan mengecam keras tindakan UPSI itu kerana ia telah menyebabkan pusat pengajian itu kini telah bertukar menjadi institusi pengajian rimba di negara ini.

Katanya, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi, pihak pentadbiran UPSI sewajarnya menghormati undang-undang, tetapi tindakan tersebut jelas menunjukkan UPSI telah mendahului proses undang-undang untuk melakukan sesuatu tindakan.

"Apakah salah jika pelajar itu terlibat dalam demonstrasi? Jika pula dikatakan menyalahi Auku, buktikahlah di mahkamah. Sedangkan Auku itu sendiri telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyalahi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar pihak pentadbiran UPSI menarik balik penyingkiran terhadap Siti Nurul Piteriah dan pelajar lain yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Harakah Daily

SIAPA BERBOHONG ?

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Kenyataan Media

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad
2 Januari 2012
SKANDAL ZAKAT: JAWAPAN JAMIL MASIH BERCANGGAH DENGAN MASHITAH DAN KETUA AUDIT NEGARA



Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.
 
Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. 

Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. KEADILAN tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
KEADILAN

ADA YANG KATA TAK BETUL CARA, NAK PECAHBELAHKAN MEREKA ?

Najib temui pemimpin gereja ‘terpilih’ hari ini, dijangka bincangkan isu berbangkit

January 04, 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR, 4 Jan — Datuk Seri Najib Razak akan menjadi tuan rumah untuk makan tengah hari hari ini bersama 14 pemimpin utama Kristian, kata sumber dilihat sebagai percubaan merapatkan semula hubungan dengan gereja-gereja tempatan. 
Bagaimanapun bukan semua ketua-ketua gereja diundang ke majlis persendirian itu, yang membangkitkan persoalan beberapa pemimpin Kristian terhadap senarai nama yang dipilih itu.

“Mengapa hanya sebahagian pemimpin? Jika ia mempunyai kaitan dengan Kristian, ia perlu melibatkan keseluruhan organisasi itu,” kata seorang paderi kanan yang tidak terpilih.

Seorang pegawai kerajaan mengesahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjemput beberapa pemimpin gereja dalam satu majlis tertutup di Putrajaya tetapi menafikan kerajaan memilih beberapa nama sahaja.

“Ya, jemputan itu dihantar terus kepada beberapa orang tetapi kami bukan memilih siapa yang boleh datang atau sebaliknya. Kami serahkan kepada pihak gereja untuk putuskan siapa boleh hadir,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan.

Antara pemimpin yang diundang adalah anggota Gereja Anglikan yang berpusat di Kuching Rev Datuk Bolly Lapok; Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam; Pastor Eu Hong Seng, pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF); dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Biskop Anglikan Ng Moon Hing.

Katanya, antara pemimpin yang tidak akan hadir adalah Biskop Katolik  Anthony Selvanayagam dari Pulau Pinang dan Paul Tan yang mewakili Johor-Melaka; selain itu turut tidak akan hadir ialah Rev Herman Shastri, setiausaha agung Christian Churches of Malaysia (CCM).

Beliau memberitahu The Malaysian Insider ia adalah langkah susulan sejak 12 Mei tahun lalu, selepas tuduhan pemimpin agama itu berkomplot dengan ahli politik DAP untuk menjadikan mengetuai Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Serangan balas terhadap penganut Kristian mula dibangkitkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporan yang tidak berasas bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” dan momentum itu diteruskan dengan pelbagai tuduhan lain oleh kumpulan Islam.

Beliau berkata kerajaan telah merancang untuk mengadakan perjumpaan itu untuk tempoh yang lama tetapi sukar untuk mendapatkan tarikh yang sesuai ekoran kesibukan sebahagian besar pemimpin.

Tambahnya, pihak Kristian bimbang akan hak untuk mengamalkan agama itu tetapi berkata “Mereka boleh membawa sebarang isu.”

Sejak perjumpaan pada 12 Mei, komuniti Kristian telah dituduh cuba memurtadkan komuniti Islam yang merupakan majoriti besar dan mendakwa kerajaan secara sistematik mahu menghakis hak beragama seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Perkembangan terbaru telah memperlihatkan Pakiam mengkritik kerajaan melanggar dasar pendidikan yang diamalkan sejak dahulu dalam lantikan pengetua SMK Convent Bukit Nanas, di mana kerajaan melantik seorang yang beragama Islam untuk jawatan itu.

Selain itu, Eu juga berkata kumpulan tertentu telah menghina Perkara 153 untuk “membuli” penganut Kristian.

Beliau berkata demikian semasa perayaan Krismas bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan  “membuli” sekiranya hanya melindungi hak sesetengah kumpulan etnik sahaja.

Artikel 153 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk “memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk Pribumi Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan kaum lain sepertimana peruntukan Artikel ini”.

Dalam ucapannya, Eu menekankan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan hak Melayu dan Bumiputera, serta Sultan, tetapi “apa yang menjadi masalah adalah ‘perpindahan hak’ majoriti.

 Gereja Roman Katolik tempatan juga menunggu keputusan Mahkamah Rayuan sama ada dibenarkan mengunakan perkataan “Allah” dalam penerbitan.

LAWATAN TERAKHIR ?

Anwar Jumpa Nik Aziz
Posted on Tuesday, January 03 @ 21:07:51 PST by tokdalang
 
Oleh Mohd Sayuti Omar


Esok Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan 'terakhir' ke Kelantan sebelum beliau dijatuhi hukuman berhubung dakwaan liwat pada 9 Janauri. Dalam kunjungan itu Anwar akan mengisi beberapa program yang diatur oleh PKR Kelantan.



Sebaik sampai di Kota Bharu kira-kira jam 4:00 petang beliau langsung berjumpa dengan Pesruhjaya Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat diikuti pertemuan beliau dengan Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Yaacob


Selepas itu akan ke Padang Kada, Melor melawat pondok tradisi. Di situ beliau akan bersembahyang berjemaah, solat hajat dan munajak.

Dari Padang Kala beliau akan ke Madu, Machang Kelantan berjumpa dengan beberapa pemimpin NGO, penulis, bloger dan facebooker. Selepas itu akan ke Machang untuk berceramah umum bersama Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain.

Lawatan atau acara paling penting Anwar di Kota Bharu ialah perjumpaan dengan Nik Aziz. Perjumpaan itu penting mengenai masa depan Pakatan Rakyat dan menjelaskan apakah plan kotengensi yang telah difikirkan.

Dalam pada itu difahamkan juga pertemuan itu turut membincangkan soal kerusi yang akan ditandingi oleh PKR di Kelantan. Anwar sudah mendapat formula untuk dibincang bersama Nik Aziz, Ahmad Yaacob dan pemimpin yang lain. Adalah dipercayai formula itu mengenai pembahagian kerusi yang perlu dikonsensuskan atau diberikan kata putus.

Di fahamkan formula yang bakal dikemukakan Anwar untuk mendapat persetujuan Pas ialah menukarkan beberapa kerusi. Sebelum ini Anwar dikatakan telah berbincang lanjut dengan seorang pemimpin kanan Pas Kelantan di rumahnya. Mungkin idea atau pun rumusan dibuat bersama pemimpin itu menjadi panduan Anwar.

Antara apa yang termasuk dalam formula itu ialah kerusi Parlimen Kota Bharu yang disandang oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kini diminta balik oleh PKR. Kerusi Kota Bharu asalnya milik PKR yang diganti dengan kerusi Machang. Kerusi Parlimen Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution akan diserah balik kepada Pas.

Saifuddin yang dikatakan bermasalah di Machang dan tidak memenuhi piawaian mengikut politik Machang khabarnya akan dihantar ke kerusi Kulim Bandar - Baru yang mana kerusi itu kosong apabila wakilnya 'terkena' air kencing Inchek Ibrahim Ali, bersikap memakan upah.

Formula itu boleh diterima dan dianggap adil dan saksama. Tetapi apa yang menjadi persoalannya, katanya Anwar ada calonnya sendiri untuk diletakkan di Kota Bharu. Nik Mahmod Nik Hasan yang pernah kalah di Kota Bharu ditangan Hajah Ilani Ishak akan dipertaruhkan untuk bertanding di Kota Bharu.

Kalaulah ini benar ia satu kesilapan. Nik Mahmod yang menolak untuk dicalonkan di Tanah Merah dalam pilihan raya lalu tidak mampu untuk membawa kemenangan kepada PKR di Kota Bharu. Banyak faktornya. Mungkin dia ramai saudaranya di sana, tetapi anggota keluarganya tidak cukup untuk menimbus jumlah pengundi.

Pengaruh PKR di Kota Bharu juga tidak sebanyak mana. Selain itu pergerakan Nik Mahmod sendiri terhad dan muncul sekali sekala saja dalam program kepartian di Kota Bharu. Penampilannya di Kota Bharu juga tidak menggambarkan dia sebagai seorang ahli politik.

Adalah dibimbangi kalau inilah antara formula yang akan disampaikan Anwar nanti ia akan memberi natijah buruk. Pengundi juga akan teruja dengan penampilan semula Nik Mahmod itu. Lebih malang lagi kalau orang membandingkan di antara keramahan dan kecaknaan ahli Parlimen sekarang Wan Rahim dengan Nik Mahmod.

Hendaknya Anwar tidak tersalah perhitungan dalam soal ini. Kalaupun Anwar percaya kepada kebolehan dan pengalaman Nik Mahmod dalam perniagaan tetapi jangan keterujaan beliau dalam aspek itu dibawa dalam politik kerana Nik Mahmod perlu mendalami banyak lagi dunia politik dan mempelajari juga bagaimana memperluaskan dagangan sosial politik.

Tegas saya katakan kalau PKR menurun Nik Mahmod di Kota Bharu ibarat kata kerusi Kota Bharu seperti diberi percuma kepada UBN dalam pilihan raya akan datang. Dicadangkan kalau Anwar teringin benar untuk memberi laluan sekali lagi kepada Nik Mahmod hantarlah dia ke Nenggiri di Hulu Kelantan biar bekas usahawan ini menuntut ilmu politik ala Kelantan di sana lebih dulu

BAGUUS ! KITA TENGOK PERTEMPURANNYA NANTI

Rabu, 4 Januari 2012

901 : Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Jan: NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali
(gambar) berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya.



Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.


Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih.


Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium.


Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.


Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

Pentagon dismisses Iran threat on Arab Gulf transit

Iran’s army chief told the United States that a U.S. aircraft carrier which left the area because of Iranian naval exercises should not return to the Gulf. (File photo)
Iran’s army chief told the United States that a U.S. aircraft carrier which left the area because of Iranian naval exercises should not return to the Gulf. (File photo)
The Pentagon said on Tuesday it would keep sending U.S. aircraft carrier strike groups into the Arab Gulf, despite a threat by Iran’s military to take action.

“The deployment of U.S. military assets in the Persian Gulf region will continue as it has for decades,” Pentagon spokesman George Little said in a statement.
“These carrier strike group deployments are necessary to maintain the continuity and operational support to ongoing missions.”

But the Pentagon said it was not seeking confrontation with the Islamic Republic over the Strait of Hormuz, adding that it was important to “lower temperature.”


“Our interest is in safe and secure maritime passage for ships transiting the Strait of Hormuz. That is our desire,” said Pentagon spokesman George Little.


“No one in this government seeks confrontation over the Strait of Hormuz. It is important to lower the temperature.”


Iran’s army chief had told the United States that a U.S. aircraft carrier which left the area because of Iranian naval exercises should not return to the Gulf, the state news agency reported on Tuesday as France called on Europe to agree the sanctions against Iran this month.


“Iran will not repeat its warning ... the enemy’s carrier has been moved to the Sea of Oman because of our drill. I recommend and emphasize to the American carrier not to return to the Persian Gulf,” Ataollah Salehi told IRNA.


“I advise, recommend and warn them (the Americans) over the return of this carrier to the Persian Gulf because we are not in the habit of warning more than once,” Fars quoted Salehi as saying.

Meanwhile, France wants its European partners to agree by end-January on sanctions on Iran similar to those envisaged by the United, States, French Foreign Minister Alain Juppe said on Tuesday as Russia said that Iran has no long-range missiles.

“France ... wants sanctions toughened and the president (Nicolas Sarkozy) has made two concrete proposals on that front -- the first being the freezing of Iranian central bank assets, a tough measure, and the second an embargo on Iranian oil exports,” Juppe told i>tele, a French news TV channel.


“Iran is pursuing the development of its nuclear arms, I have no doubt about it. The last report by the International Atomic Energy Agency is quite explicit on this point,” he said.


Washington is already in the process of imposing such sanctions, he said. “We want the Europeans to take a similar step by Jan. 30 to show our determination,” he said, according to Reuters.


Iran, which denies Western accusations that it is trying to build atomic bombs, said on Monday that it had test fired two long-range missiles, flexing its military muscle in the face of mounting Western pressure over its nuclear program.


It made the announcement at the climax of 10 days of naval exercises in the Gulf, during which Tehran warned it could shut the Strait of Hormuz, through which 40 percent of the world's traded oil is shipped, if sanctions were imposed on its crude exports.


EU foreign ministers are due to meet on Jan. 30.


Meanwhile, a Russian defense official said Tuesday that Iran has no long-range missiles, according to AFP.


It was Moscow’s first response to the series of tests conducted by Tehran near the vital Strait of Hormuz oil supply route.


“Iran does not have the technology to create intermediate or long-range inter-continental ballistic missiles,” defense ministry spokesman Vadim Koval told the Interfax news agency.


“And it will not get such missiles any time soon,” he added.


Russia has relatively close ties with Iran and built its first nuclear power station in the southern city of Bushehr. Moscow has also delivered the nuclear fuel for the reactor.


Moscow has echoed Western concerns about the nature of the Iranian nuclear program but has stopped short of publicly accusing Tehran of seeking atomic weapons and always said that the standoff should be solved by diplomacy.

BIARLAH DIA DENGAN DUNIANYA

HARAP-HARAP MAK DAN PAK DIA SUKA DENGAN KELAKUANNYA, BANGGA !

Wednesday, January 4, 2012

Respon Nur Amalina Che Bakri


Respons Nur Amalina pelajar cemerlang SPM 2004 di facebook miliknya berikutan tersiarnya gambar-gambar miliknya yang jelas memperlihatkan akan kejutan budaya yang diterimanya hinggakan telah mengubah dirinya dari seorang gadis timur yang bertudung kepada sebaliknya..


Pelajar cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri melonjak namanya di negara ini kerana kecemerlangannya. Atas sebab kecemerlangannya dia menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pernah menjadi Duta Akademik Berita Harian.

Tulisnya dilaman facebook miliknya "I don’t care what people say about me as I wear my pain everyday.

Maknanya lebihkurang "Saya tak peduli apa orang lain kata tentang saya... susah dan senang saya tanggung sendiri..

Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.

Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.

Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.

Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Gadis melayu Sufiah genius Mathematik jadi pelacur, Aarif genius pun jadi berkahwin GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa la silapnya... Hurm...Biar orang bodoh dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri

03 January 2012

Bimbang Periuk Nasi Tergugat, Afdlin Shuki Sertai UMNO

Hari ini Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. bagi aku ini satu langkah bijak olehnya..

Takkan korang dah lupa kot.. baru-baru ni dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, kan si Adflin Shauki ni dah mengutuk Rosmah Mansor habis-habisan.. sila lihat video di SINI

Jadi untuk menyelamatkan periuk nasi jalan terbaik baginya ialah dengan menyertai UMNO.. takkanlah Rosmah nak marah dan sekat Ahli UMNO dari mencari makan kot…

Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik Serah Borang Jadi Ahli UMNO


KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan ‘double standard’ kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.

“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bacik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO,” terangnya. - MediaUMNO

LLG: Insiden keganasan UPSI memalukan sistem demokrasi

Toh Kin Woon | Jan 03, 2012 06:05:25 pm


 
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan pasukan FRU menahan 17 orang termasuk 14 orang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan mencederakan dua orang pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dan Amar Rasyidi.
  
Pihak polis mencabul hak mahasiswa untuk tunjuk perasaan dan mengganasi mereka yang tidak bersenjata, sememangnya tindakan yang memalukan sistem demokrasi negara kita.

Kebebasan berfikir dan kebebasan untuk tunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan. 

Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan. 

Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih kekal dengan amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.

Insiden keganasan ini berlaku di kampus universiti yang diberi tanggungjawab menyebar dan memperkembangkan ilmu, telah merosakkan bidang akademik yang menitikberatkan autonomi dan kebebasan berfikir. 

Seringkali pelajar dididik bahawa "Ilmu adalah kuasa" (Knowledge is power), tetapi kerajaan memberi satu contoh yang terburuk iaitu "keganasan dan penindasan barulah cara penyelesaian", amalan ini yang menghina ilmu dan menyokong keganasan akan memudaratkan institusi-institusi pengajian tinggi kita.

Bukan kali pertama anggota polis membelasah rakyat.  Selepas melakukan keganasan, polis pula menafikan pembuatannya - mencungkil kemarahan rakyat jelata.  Dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, polis berbohong dengan mendakwa mereka tidak menembak meriam air ke perkarangan hospital Tung Shin. 

Tindakan ini telah menjejaskan kredibiliti polis.  Dalam beberapa kes penyelewengan kuasa polis, kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan seperti menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) atau menghukum anggota polis yang bersalah melalui jawatankuasa displin dalaman PDRM. 

Jika Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri masih bertoleransi dengan salahguna kuasa dan keganasan polis, tidak menghiraukan keselamatan rakyat, masyarakat kita akan hilang yakin terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Kami menggesa Perdana Menteri bertindak segera dalam insiden UPSI ini, memberi keadilan kepada dua orang pemimpin mahasiswa dengan mendisplinkan pihak universiti dan polis, serta mengadakan sidang parlimen tergempar untuk memansuhkan AUKU dan seksyen 27 Akta Polis untuk memulihkan imej negatif kerajaan.

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

JENAYAH YANG TAK BOLEH DIBENDUNG ?

Dua Beranak Parah Diragut Di Dungun


Rajawali – Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -SH

DARIPADA HAL POLIS KEPADA POLIS

Insiden UPSI: Mahasiswa buat laporan polis, dakwa polis gunakan kekasaran

January 03, 2012
 
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kumpulan Aktivis mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat desakan kepada Polis Bukit Aman agar segera menyiasat kejadian keganasan polis sewaktu demonstrasi mereka di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika malam tahun baru lalu.

“Kami mendesak pihak polis Bukit Aman untuk melihat berkaitan perkara ini kerena kami percaya terdapatnya penyiasatan yang indipenden untuk menyiasat kejadian sebenar,” peguam mereka, Fadiah Najwa Fikri berkata kepada pemberita di sini selepas laporan polis dibuat.

“Terdapat ramai saksi yang melihat anggota polis menendang, dan memukul mahasiswa. Malah, kami sendiri ada menyimpan gambar dan video polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan itu,” tambahnya.

Fadiah menyatakan bahawa Malaysia berada di bawah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana Perdana Menteri “telah berulang kali menyatakan negara akan mengutamakan kepentingan demokrasi dan hak asasi manusia ke peringkat tertinggi.”

“Tapi adakah ini yang Najib maksudkan sebagai mengutamakan demokrasi dan hak asasi manusia?” Soalnya.

“Ini adalah satu penipuan. Pelajar-pelajar ini tidak bersenjata, mereka hanya menyuarakan hak mereka menuntut kebebasan akademik, tetapi dipukul oleh 200 pegawai,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Bebas, Haziq Abdul Aziz, yang merupakan salah seorang daripada 17 pelajar yang ditahan pihak berkuasa berkata, pegawai polis yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

“Tiada hak istimewa buat polis yang yang melakukan jenayah,” katanya. “Kami mengharapkan pihak polis akan mengambil tindakan tegas ( terhadap pegawai terlibat) dan tiada ‘double standard’ dalam menjalankan siasatan,” tambahnya lagi.

Dalam kejadian malam tahun baru lalu, sekitar 60 mahasiswa daripada SMM dan Bebas mendakwa telah dipukul oleh anggota polis sehingga mengakibatkan seorang daripada pemimpinnya, Mohd Safwan Anang terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.

Safwan mendakwa telah disepak di dada menggunakan lutut oleh anggota polis  dan mengalami pecah bibir serta sesak nafas.

Peguamnya, Mohd Khairuddin Othman semalam mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis di atas insiden tersebut dalam masa terdekat.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.