Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADI TIBAI NAJIB BERHUBUNG KONSEP AL-WASATIYAH

NAK DENGAR PULA APA KOMEN AL ULAMA UMNO !

Thursday, February 2

Mai tengok camana Haji Hadi tibai Najib... kahkahkah...

Konsep al-wasatiyyah

 
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.

كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)

Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan al-Wasat (الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Apabila menafsirkan al-Quran dan menghuraikan hadith daripada perkataan al-Wasat adalah tidak tepat dengan makna zahir bahasanya sahaja, sehingga membawa maksud pertengahan di antara baik dan buruk secara bercampur aduk atau adil dan zalim sama-sama dilakukan, dengan maksud boleh dikumpulkan benar dan salah, makruf dan munkar, buat baik dan buat maksiat kerana mesej Islam yang bersumberkan al-Quran dan ditafsirkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W membawa mesej pelaksanaan kebaikan yang terbaik dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala kemunkaran dan mencegahnya secara hikmah.

Ramai yang mengambil kesempatan meninggalkan syariat Allah dengan sengaja, berselindung di sebalik menafsirkan al-Wasatiyyah dengan hujjah, kononnya mengikut kehendak semasa, dengan cara tidak istiqamah mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W dengan bergantung kepada terjemahan dari segi zahir bahasanya sahaja yang bermakna pertengahan di antara baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan munkar dalam keadaan mencampur adukkan kebaikan dan keburukan atau melaksanakan Islam secara terpilih, bukan keseluruhannya kerana mengikut langkah-langkah syaitan atau beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi, laksana kaum Yahudi yang dimurka Allah (al-maghdub alaihim), atau mengikut kemahuan sendiri laksana penganut ajaran sesat (al-dallin), tanpa usaha yang bersungguh-sungguh melaksanakan mesej umat terpilih dengan menegakkan makruf dan menentang kemunkaran atau tidak bercita-cita melaksanakan Islam sepenuhnya, dibuktikan dengan lebih setengah abad berpeluang mendapat kuasa politik memegang amanah.

Sederhana bukan beramal dengan Islam tanpa kesungguhan atau tidak melampau sehingga menyerah kalah, tanpa perhitungan sempadan nilai yang sebenar daripada hukum Allah dan matlamat kejadian manusia dan fitrahnya mengikut penciptanya sendiri iaitu Allah S.W.T, sehingga meninggalkan syariat Allah yang asasi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, meninggalkan kewajipan beramal dengan syariat Allah serta tidak sempurna melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Allah memberi amaran kapada kaum Bani Israil yang dimurka sehingga hari kiamat, supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah: 42)

Apabila Islam keseluruhannya adalah panduan dan petunjuk jalan serta batas sempadan perjalanan kehidupan manusia, jika meninggalkannya atau pelaksanaannya tidak sempurna, menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, maka Islam pula yang dipersalahkan.

Perlu difahami bahawa setiap aspek ajaran Islam yang berkait dengan akidah dengan setiap rukun dan cabangnya, syariat dalam segala urusannya, akhlak dalam segala hubungannya dan sistem pelaksanaannya secara menyeluruh adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan atau dikurangkan.

Zahir ayat Ummat Wasatiyyah tersebut menegaskan bahawa umat Islam dijadikan contoh di kalangan seluruh manusia dan layak menjadi saksi bagi pihak Rasul terhadap manusia pada hari kiamat kelak, bahawa para Rasul telah menyampaikan petunjuk Allah yang bernama Islam dengan amanah dan sempurna, sehingga mengharungi perjuangan bersama Rasul atau meneruskan perjuangannya yang penuh pengorbanan harta dan jiwa raga, bagi mengislamkan manusia dalam seluruh cara kehidupannya dari dunia dan berwawasan hari akhirat, bukan sekadar wawasan 2020.

Mengikut kaedah ilmu tafasir, al-Quran hendaklah ditafsirkan mengikut keutamaan. Sekiranya ada ayat-ayat al-Quran sendiri yang menafsirkan al-Quran hendaklah didahulukan, kemudian diikuti dengan sunnah Rasulullah S.A.W yang menafsirkan al-Quran, seterusnya diikuti dengan tafsir para ulama sahabat yang menerima secara berdepan dan menyaksikan tafsiran Rasulullah S.A.W secara menghayatinya, kemudian tafsir para ulama salaf dan khalaf (generasi awal dan mutakhir) yang menafsirkan al-Quran mengikut Ulum al- Quran (Ilmu-Ilmu alat bagi memahami al-Quran). Begitulah caranya al-Quran ditafsirkan dengan tepat, mengikut perintah Allah dan petunjuknya melalui Rasulullah S.A.W supaya diamalkan dengan berdasarkan iman. Kalau tidak maka tafsirnya salah dan berdosa besar atau menyeleweng sehingga sesat dan menyesatkan. Kalangan ulama yang mengambil pendekatan begitu adalah mengambil contoh golongan ahli kitab yang dimurka Allah (al-Maghdub alaihim dalam surah al-Fatihah) atau ulama jahat.

Firman Allah menunjukkan adanya kalangan ulama seperti ini (maksudnya):
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (Surah al-A’raf: 175-177)

Para ulama tafsir menceritakan ayat-ayat ini berkait dengan ulama yang disuap dengan kesenangan dunia sehingga sanggup memutar belit ayat-ayat Allah.

Al-Quran tidak boleh diseleweng dan dipermainkan kerana tetap dipelihara oleh Allah. Al-Quran itu hendaklah ditafsirkan mengikut ilmu-ilmu yang berkait dengannya iaitu ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, sastera Arab kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Ilmu asbab al-nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), nasikh dan mansukh dan juga ilmu riwayat dan dirayat.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (8) المائدة

(Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang bangun menegakkan agama Allah kerananya (dengan ikhlas), supaya menjadi para saksi dengan adil, dan janganlah dengan sebab kamu bermusuh terhadap sesuatu kaum lalu kamu tidak berlaku adil Berlaku adillah, kerana lebih hampir kepada sifat taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha teliti pengetahuannya terhadap apa-apa yang kamu lakukan). (Surah al-Maidah: 8)

Rasulullah S.A.W memulakan pembangunan insan generasi awal yang pertama menjadi contoh Ummatan Wasatan dengan menegakkan iman, amal soleh dan akhlak yang mulia, bersumberkan ilmu daripada Allah. Apabila ditawarkan melalui Abu Talib yang paling disegani menjadi Raja atau Ketua dengan harta kekayaan dikumpulkan untuknya, tawaran yang mahal ini ditolak dengan tegas, sabdanya :

يا عم والله لو وضعوا الشمس في يمينى، والقمر في يسارى على أن أترك هذا الامر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته .

السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 474)

(Wahai bapa saudara kesayanganku, sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam) sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya nescaya aku tidak meninggalkannya).

Al-wasatiyyah dalam agama dan sistem cara hidup

Kedatangan Rasulullah S.A.W membawa Islam agama Allah adalah kesinambungan risalah para Rasul sebelumnya, setelah ajaran Rasul terdahulu dipesong menjadi sesat. Dua agama samawi, Yahudi dan Kristian yang terserlah sudah dipinda dan diubah oleh para pendeta dan paderi yang bersekongkol dengan kerajaan yang zalim di zaman masing-masing, sehingga berlaku penindasan agama terhadap masyarakat dengan mengadakan hukum yang tidak diizin oleh Allah.

Agama yang tidak samawi pula lebih sesat, sehingga menjadikan manusia memuja makhluk seperti batu dan binatang yang tidak berakal, serta menyanjung para sami seperti Tuhan. Islam berada ditengah-tengah penyelewengan agama, membawa Aqidah Tauhid mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup, menentang penyelewengan agama samawi dan tidak samawi. Menentang agama yang menjadikan manusia seperti malaikat dan meletakkan manusia seperti binatang dan lebih rendah daripada binatang dan makhluk yang lain.

Berdasarkan firman Allah (maksudnya):
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Israk: 70)

Islam meletakkan manusia mengikut konsep Wasatiyyah, ada ruh berhubung dengan Tuhan tidak seperti malaikat, ada jasad dan hawa nafsu tidak seperti binatang dan boleh bergerak tidak seperti batu dan kayu.

Islam juga tidak melampau seperti Kristian yang memuja Rasul sehingga diletakkan setaraf ketuhanan dan tidak seperti Yahudi yang menolak Rasul dengan keras sehingga membunuhnya dan meminda ajarannya mengikut hawa nafsu.

Maka Islam adalah wasatiyyah di kalangan agama, kerana meletakkan manusia mengikut fitrahnya dengan tepat dan terbaik mengikut ketentuan Allah, sekiranya manusia itu berpegang dengan Islam dan beramal sepenuhnya dalam cara beragama, bukan dengan makna agama secara sekularisme.

Dalam aspek politik, wujudnya pemerintahan diktatur (kuku besi) yang memberi kuasa mutlak kepada seseorang atau kumpulan. Kemudiannya lahir amalan teokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada ahli agama, dan demokrasi Barat yang dikatakan hak kepada rakyat secara mutlak. Maka Islam berbeza dengan semua teori tersebut dengan menyerlahkan wasatiyyah menentang diktatur dan teokrasi serta menentang penipuan terhadap rakyat di atas nama hak rakyat tanpa mengira jahil dan terdesak, dengan menyatakan batas sempadan ketaatan kepada pemimpin dan para ulama dan hak rakyat dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada sesiapa.

Meletakkan batas sempadan perkara-perkara kemampuan manusia dan di luar kemampuan manusia. Islam menegaskan syarat iman, ilmu dan akhlak mengikut perhitungan agama yang adanya muhasabah halal dan haram, serta dosa dan pahala dalam amalan politik, bukan sahaja dalam perkara ibadat, kerana Islam tidak memisahkan politik daripada agama. Menerima apa yang baik dan bijaksana walaupun datang daripada mana tanpa mengira timur dan barat, dan menolak yang buruk dan jahat walaupun dilahirkan di bumi Makkah.

Dalam aspek ekonomi pula Islam menentang teori kapitalisme yang membebaskan hak individu sehingga mengorbankan hak masyarakat dan menentang komunisme dan sosialisme yang merampas hak individu di atas nama keadilan terhadap masyarakat, dan semua teori tersebut berteraskan kebendaan samada memisahkan kewajipan agama dalam ekonomi atau menafikan adanya peranan agama dalam kehidupan manusia.

Islam mengizinkan miliki harta dan mengurusnya, tetapi wajib menunaikan kewajipan bermasyarakat dengan zakat dan lain-lain.

Firman Allah (maksudnya):
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Surah az-Zariyat: 19)
Islam juga memerintahkan supaya membelanjakan harta secara sederhana, tidak boros dan tidak bakhil. Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (Surah al-Israk: 29)

Dalam kehidupan berkeluarga Islam tidak seperti agama yang mengharamkan paderi dan saminya berkahwin seperti malaikat dan ajaran yang membebaskan pergaulan seperti binatang, kerana kedua-duanya bertentangan dengan fitrah manusia. Maka Islam menetapkan hukum berkeluarga bermula daripada pertunangan, sehinggalah perkahwinan, nafkah dan perceraian.

Islam juga menetapkan ajaran yang berkait dengan adab pergaulan dalam keluarga dan masyarakat yang luas, daripada hukum berpakaian sehingga hukum bergaul dan bermuamalat, bagi menjaga akhlak manusia dan keharmonian kehidupan mereka.

Bagi menjaga agama, nyawa, akal, keluarga, maruah dan harta yang menjadi rukun kehidupan manusia maka Allah mewajibkan undang-undang jenayah, qisas dan hudud secara nas dalam hanya beberapa perkara yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia yang tetap bersifat makhluk yang lemah. Bagi perkara-perkara yang boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman, maka Islam mengizinkan kebijaksanaan akal dan pengalaman dengan panduannya.

Islam juga berkonsepkan al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa, perdamaian adalah konsep pertama yang wajib didahulukan, dalam masa yang sama mengakui bahawa adanya peperangan yang menjadi fitrah manusia, kerana adanya perbezaan yang membawa pergeseran dan wujudnya manusia yang menjadi pengikut syaitan yang wajib ditentang dengan cara peperangan apabila diceroboh dengan zalim, tetapi diharamkan melampau menggunakan senjata, ketika berperang dan selepasnya walaupun mencapai kemenangan.

Firman Allah (maksudnya):
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Baqarah: 190)
Islam mendahulukan perdamaian

Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin
. (Surah al-Anfal: 61-62)

Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.

Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.

Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

SEGALA BANTUAN UMNO ADALAH JERAT POLITIK

PAS Dedahkan Ada Penerima BR1M Dipaksa Bersumpah


Kota Bharu, 2 Feb: Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno. Gambar fail

Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.

Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.

“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada majlis tersebut di Dataran Ilmu, pekan Peringat malam tadi.


Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.

Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.

Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.

Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri. -HD

PENERIMA BR1M RM500 DILAYAN MACAM ANJING KURAP!!!!



Kerana kesempitan hidup dan RM500 cukup amat bernilai bagi warga yang berpendapatan rendah dan miskin, maka pemimpin-pemimpin mengambil kesempatan dengan melayani mereka seperti anjing kurap yang kelaparan dan kehausan....dibiarkan beratur selama beberapa jam dibawah matahari terik..ini berlaku di Klebang Ipoh semalam bila pemberian yang dihulur sendiri oleh Menteri kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah...lebih dari 2,500 penerima menjadi mangsa tidak berperikemanusian dan berhati perut kerajaan UMNO 1M'sia ini.

Mengapa perlu ada Menteri,Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN sendiri yang menyerahkan wang RM500 BR1M sendiri ketangan penerima yang layak?...mengapa perlu diadakan upacara khas?...sudahlah mereka susah disusahkan lagi...tidak boleh kah terus saja hantar kepada yang layak dan berjaya melalui pos atau pun menerusi panggilan talipon.. diborang permohanan sudah diberikan alamat dan no talipon yang boleh dihubungi...sikap dan tata kelola sebuah kerajaan yang baik,efisen dan berniat ikjhlas ialah memudahkan urusan dengan rakyat bukannya menyusahkan rakyat...
Jelas sekali niat BR1M adalah cuba nak beli dan tambat hati rakyat mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.. tetapi hasilnya akan menjadi sebaliknya...bak kata Seniman S.Shamsuddin dalam filem Nujum Pak Belalang....KALAU INI MACAM BERAPA LAMA MAU HABIS HAA!!!!...KALAU INI MACAM BAGI AKU YANG KIRA......kalau macam ini cara pemberiannya.. berapa lama mau habis selesai rakyat yang layak dapat ha?..... kalau ini macam bagi pula Pakatan Rakyat tadbir urus Putrajaya.. -omakkau

PAS desak kerajaan beri penjelasan

PAS desak kerajaan beri penjelasan AkzoNobel tarik diri dari Lynas

February 02, 2012
 
Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 Feb — PAS hari ini meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung penarikan diri AzkoNobel, kontraktor pembekal resin utama untuk Lynas yang menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat Kuantan.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini mendesak Putrajaya agar memberi penjelasan tanpa bereselindung memandangkan kontraktor dari Belanda itu merupakan pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

"Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; ini dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang," soal Tuan Man.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, bantahan ribuan rakyat Kuantan adalah sia-sia sekiranya kerajaan tetap berdegil tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Jelasnya lagi, rakyat masih tertanya-tanya mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko kepada rakyat.

"Dengan kelulusan lesen pra-operasi bermula semalam, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak," tegasnya.

"Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" Sindir beliau kepada kerajaan. Tegasnya, jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut adalah melalui Pakatan Rakyat.

"Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tambahnya.

Malaysia: Why do I care? (Part 2)


By Clive Kessler | February 02, 2012
The Malaysian Insider


FEB 2 — Part 2: The “philosophical” aspect.

Why do I care about Malaysia?
Why do I have ideas and opinions? Why do I voice them? And why do I believe that people might occasionally listen and give some heed when I do?

Half the answer, which I have already provided in sketchy outline, is biographical. It is a matter of, literally, one’s “curriculum vitae”, the “small pathway” of one’s personal, individual life-course.

The other part, which I will now try to suggest in this complementary discussion, is a matter of the attitudes and sensibilities acquired during the course of that life.

It is a matter of how the formative experiences not merely of one’s professional career and trajectory but of life in general have entered into and so shaped one’s thinking and writing, and life’s work, as a scholar.
“In a nutshell”?

How can I suggest these complexities, in part very abstract yet also intensely personal, in a simple direct way to a readership of “Malaysian insiders”?

Not easy, but perhaps it can all be found somewhere in a nutshell, “the world” (or at least my world) “in a grain of sand.”

So, with that intent and strategy, I will draw upon a recent exchange that I had with a most thoughtful “younger” (here meaning younger than me and colleagues of my own generation) Malaysian scholar.

The exchange occurred in the days immediately preceding the January 9 “Judgment Day”, as I was preparing to return to Sydney.

The Malaysian press was then full of reports of attempts to stage a mass opposition mobilisation outside the Jalan Duta courts that morning.

Things, I remarked, seemed to be simply falling apart.

The government seemed committed to a “no-win, lose-lose” position, whether Anwar was convicted or acquitted. The opposition was overplaying its hand, overreaching itself, inviting embarrassment if they could not — improbably so it seemed to me — call out 100,000 people.
“Entropy on all fronts,” I said. Or, “Things fall apart, the centre cannot hold.”

Why, I was asked, did I believe the opposition was overreaching, that it could not produce such a huge turnout?

Well, it would be hard at any time, in any circumstances.
Especially these.

This, I said, was not July 9.

People, I thought, felt tired and exhausted, not energised and challenged. Unlike the July 9 moment — which despite official efforts to characterise it as a merely partisan or sectional exercise, had been anything but that — this occasion, like it or not, was, because it was yet another step in the “exemplary suffering” or “passion” along the Via Dolorosa of Anwar, inherently political.

So, I said, unlike July 9 this is not apolitical, non-partisan, “murni”. Malaysia, I added, seemed near-broken. Its problem was far bigger than Anwar. It was experiencing, and had been since at least March 2008, a slow, protracted regime crisis.

The governing party machinery, I said, seems broken, cannot be repaired, and cannot be replaced.

Political exhaustion and the defence of democracy
Meanwhile, I fretted about the political tiredness and exhaustion that, as my friend agreed, seemed endemic all around me.

I could not simply accept that passivity as a neutral fact, a reality without its own implications.
“This political exhaustion is not neutral,” I insisted. “It favours some, disables others. Meanwhile, yet again, residual democracy is dying from a lack of defenders. That is why I am continually reminded here these days of the Weimar Republic, and of its collapse between 1928 and 1933”.

A democracy without democrats, a democratic constitutional order without committed and effective democratic constitutionalists, is a worrying thing.

The big problem here, as in Weimar, I added, is that in a maimed, crippled democracy most people no longer care to defend democratic principles. So ground is ceded daily to the “blood and soil” nationalists. That is fatal.

Blood and soil nationalism

“Blood and soil nationalists”? What does that mean?

Just that. It refers to the kind of nationalism that is based upon ideas, or doctrines, of blood and soil. Upon the key belief that the nation is a community created, bound together, and thereafter bounded in its limits by connections of blood and soil, or “Blut und Boden” as the right-wing German nationalists had said.

The basic idea is that the land, any land, is won and held and owned, exclusively, by those who have a certain kind of historical connection to it.

On that basis a nation is a community born of a connection of blood, through descent, from the founding national ancestors, and born too of the blood that those ancestors spilled in making that land theirs, making it the possession and exclusive inheritance of their direct, or “blood”, descendants.

The noted Canadian writer and politician Michael Ignatieff captures this idea, the essential notion of what is known these days as “ethnic” or “descent” nationalism, in his superb book “Blood and Belonging: Journeys into the New Nationalism” (1993).

Drawing especially upon his own long experience of pre- and post-breakdown Yugoslavia, he identifies this kind of nationalism as a type.

It is based upon the idea or dream or fantasy that, in today’s world and under modern conditions, one may yet live entirely among “people of one’s own kind”, unaffected and “undiluted” and “uncontaminated” and hence, above all, “unmastered” by others, by people of different historic, descent-based identities.

And since, this mindset continues, one may reasonably aspire to live a life entirely on one’s own “historic” terms among people of one’s own kind, the determination to do so is legitimate.

This kind of nationalism is simply the determination to actualise that mindset: to enact that script, to make real that determination, to achieve its main end, an exclusive and exclusionary political self-sufficiency.

Under extreme conditions its logical “end-point” is ethnic cleansing. In ethnic cleansing, the immanent core idea becomes explicit, is made quite brutally clear.

Short of that end-point, this attitude and mindset find expression in ideas of a bifurcated citizenry: one dichotomised into two distinct and unequal classes, the one enjoying full rights “as of natural right” and as a “birthright”, the other enjoying less than full rights or formally full-rights, but only conditionally — on condition of not challenging the domination of the majority or questioning the basis of their imposed domination.

For their part, the French “purists” gave expression to these idea in their notion of the pays légal, the legal nation, the fully rights-bearing part of the nation, in contradistinction to those “lesser” citizens who, essentially as some sort of concession, enjoyed less than those full rights.
If not you, me and us then who?

My “young” colleague is, of course, fully aware of all this.
He even writes about these things.

But writing is one thing, acting, and feeling confident of the possibility of acting effectively, is another.

So, yes, a frail and fraught democracy, as in Weimar Germany, may die from a lack of defenders, of those who will publicly uphold democratic principles.

But on what grounds — and an intellectual will always require, even demand, intellectually persuasive and adequate grounds — may one feel confident of one’s entitlement to act in that way, in defence of democratic principles?

For older types, like myself, he said, that was still possible. How lucky we were, he implied. But for him and his peers, there was no longer any such possibility, no such basis of belief, of confident entitlement to action.

Or, as he put it, for himself and his generation of “younger” scholars, “Yes, but with no transcendental language left, what is there to fight over, die for? One can die for God or paradise. But for liberalism?”

Some, I had challenged him, are ready to live, fight and die for the “bangsa”. Others for Islam — or rather for their view of it, and of its preferred future. So, who but us, or rather you all, will uphold democracy?

“You want transcendental?” I continued. “Grow up!” We are, as Weber long ago insisted (I reminded him), in a “no-magic world”, a world without enchantment or mystification, a world where everything supposedly has its mundane explanation: a world, therefore, in which it is always a tough struggle, especially when upholding what we see as decent human values is concerned.

“Legions for Caesar and legions for Pompey, but who shall be for Rome?” So, I reminded my colleague, some public-spirited Romans had asked when Caesar and his legions, violating what we would now term “norms of constitutional propriety”, crossed the Rubicon and began his advance to Rome.

These days there are aplenty in Malaysia those who are for the government and those for the opposition. Is there not, I suggested, also a necessary role for, and an obligation upon, those who would stand, at the level of principle, for the overarching national terms and implied framework (even if at this time it is as much hypothetical or imputed as real) within which the two oppose sides contend?

Somebody, that is, must be prepared to stand for a decent Malaysia, as a nation grounded upon its citizens, all its citizens, impartially and equally.

If not you, me and us then who? Is there someone else who cares about, and for, us and for “our Malaysia”? I see none other.

The game, its future, the nation’s, I warned him, is now going, being left to go, by default.
Yet, to defend it, to see that task as worthwhile and feasible, you want, even after Weber, the “transcendental”? What a luxury.

No more “transcendental” ratification, only the mundane A transcendental dimension? You want others, like me, to provide it for you, to tell you where to find it?

Who, after all, I have to ask, killed off the “transcendental”? Who did away with your “master narratives”? With their motivating and mobilising power?

It was not me, and those of my inclinations, I must insist, who killed off the “transcendental”, your so-called “master narratives”.

It is you and your intellectual generation, your scholarly associates and their like-minded post-modernist cohort, who did that, and who are now wailing, bemoaning the consequences.

And you now want us “pre-postmodernists” to sympathise with you in your postmodernism-induced predicament, you ask us to comfort you in your “normative bereavement”? To give you some acceptable reason not to give up, some plausible grounds upon which to stand and resist?
True, there was nothing inevitable, or “given” or “privileged” about the Enlightenment and its values. The post-modernists made that point — often, laboriously, ad nauseam.

But they — those values and beliefs and ideals — are, or were, what we had. We had them because those who came before us, and who had fought these same battles in their earlier — perhaps more rudimentary — forms, won some ground.

Valuable ground, with much struggle, and at a price that should not be forgotten or dismissed.
And, in doing so, established those values as the grounds (yes, they were very contingent values!) of our continuing demands: grounds that we might ourselves continue to stand upon and claim; human and humane values that we might still affirm, uphold and also use.
So why trash them?

So my question to that younger post-modernist generation is, and has always been:
Why not make them, despite their acknowledged frailty, your own, why not then demand on that basis that their reach and benefits be extended, that their promise be enlarged, made good and delivered — to you, to your generation, to everybody, including to the billions of humankind who have never heard of the Enlightenment and its values, even to generations still unborn?

And, anyway, what do you have with which to replace the basis of that moral claim, that political demand, that basis of action?

You have nothing else? So why trash what you have and abandon the real leverage that these ideas may still provide?

Why abandon them? Just for personal career advantage, just to “cut a good line” as one “swans one’s way” through our now normatively and ethically eviscerated universities?

Better to hold onto them — to make those grounds and those values and, however limited, that earlier achievement one’s own inheritance and possession — and then to demand that their promise now be made good to those still left out, to those yet to come, and to us.
Said or Arendt?

That, anyway, is the view of those of us who would rather read, and find ever so much more benefit from reading, Hannah Arendt than Edward Said.

The loss of the “transcendental” was a problem that was already faced by her and her friends, her generation, long ago.

When she wrote about the new “Existenz Philosophie” that emerged at mid-century in the wake of historic devastation and desolation, she did not demand — after all that had happened, and following that grim gift of systematic extermination, genocidal annihilation and total warfare! — that history should now benignly give her, or us all, some metaphysically vouchsafed new “transcendental” as the basis for engaging with, and in order to struggle against and within, an unpalatable reality.

Existentialism: one has to have and find within oneself, within one’s own humanity, the courage to face that world and to face, alone and unaided, a bare, bleak universe, if that is what it might prove to be.

Nothing else, nothing more, was guaranteed. So one should not seek such assurances, nor be unduly trusting towards those who would offer them.

For some, like her and us, it is enough to say, as with Martin Luther, here I now find myself, and, even if it is not by my own choice, here, not elsewhere, I must take my stand; I must act, and cannot conscionably act in any other way.

As Hannah Arendt used to say, it was now a time for political thinking in a twisting, broken world: for political thinking on, so to speak, a tortuously winding and perilous staircase in a dilapidated old mansion, rising under precarious conditions, without banisters, without any handrails, without any steadying ethical props or assured structures of normative security. “Thinking without banisters, without handrails,” she called it.

So I ask you. You want, you expect, you need such transcendental guarantees in order to be able to act, even to contemplate acting?

Such transcendental guarantees are a luxury.

Sorry, but you must face and accept the fact that they are unavailable, and also that they are unnecessary.

There is no need for any such transcendentalism. Existentialism will suffice. It will have to. There is, for a certainty, nothing more.

It is enough to say, here I am. Here, and here it is my choice and my responsibility. To act or not to act. And if to act, then how? That is my choice.

That is my burden, since I did not create the terrain of my choosing or the options that it may offer. But it is my choice and therein lies my freedom.

And now Adorno and Benjamin

My colleague replied as best he could:

“Yes, but you have a faith I have lost.”

To which I could only reply:
I am tempted to feel as you do. I know the reasons, the arguments. But I refuse. It is a matter of attitude and character, even will, not of intellectual argument, proof and conviction. Perhaps that was what Gramsci had in mind when he spoke of the attitude, and necessity, of “pessimism of the intellect, optimism of the will”.

So I simply refuse. As T.W. Adorno, echoing the doomed writer Walter Benjamin, once urged, we must learn to face despair, desolation, from the standpoint of redemption.

A redemption that we can discern, define, defend — that we ourselves can offer and now make available?

No. It is enough to try to see things from the standpoint of a hypothetical, a purely abstractly posited, redemption that one cannot yet grasp or sense.

It is just some “notional” or formal standpoint, as yet outside of history and hence not accessible to us, that may yet enter into and reshape history.

We need to be conscious of, or to leave room in our thinking for, this source of salvation that yet lies beyond human consciousness.

What this means for me. And why
Why do I say, and hold to, this?

Because of a formative Jewish stubbornness and counterfactual optimism, I suppose. That, linked to the radical idea we humans too have a contract with God, and when we think that the contract is being neglected, we have a right to remind God of it, of what is due to us, what we are owed in this world.

It is the legacy or residue of a Jewish childhood that began, temporally, in the midst — yet, spatially, by good fortune on the margins — of the “great devastation” of 1939-1945, and of a moral identity and historical consciousness that took shape on the terrain that was subsequently created by those “world-tearing” events. But I understand your predicament, I continued. For myself, sometimes, indeed often, I don’t know what to do about all this, since after all Malaysia is not my country, my problem.

But, putting that complication aside, I come back to the basic existentialist “refusal” that is “the other side” of the demand that history provide us with some “immanent” reason and assured grounds for acting in history. (When it is put in that way, you can see how basically unreasonable, how absurd, that expectation really is …). That is to say, I can’t and won’t give up, yet.

And, for that reason, I get angry with those — those otherwise very decent well-intentioned Malaysians — who do.

With those who don’t think that Malaysia is yet “over” but who won’t stand up for it, for its basic “conditions of possibility”, for the basic requirements of its national coherence, cohesion and survival.

NGOs, civil society and the defence of democratic principles And what does “standing up” mean here, standing up for democratic principles?

While I have the greatest respect and admiration for many who labour away, day by day and week by week, in ground-level “NGO activity”, I do not think that that kind activity is enough.
It is not wrong, but by itself it is insufficient.

It is, and has in recent times become, especially “problematic”, as NGO-people and “NGO-speak” like to say, in this age of the crude, rapacious “hijacking” of democratic forms.

Its adequacy, alone, has become questionable now that the whole idea of NGOs and “civil society” has been seized and captured simply as a means to pursue a very different, and far less benign and attractive, kind of action.

When all sorts of pressure groups and so-called “ginger groups” and deceptively presented yet often dubious, “front organisations” — by appropriating the mantle of the socially-oriented and generously inclusive NGOs — now project themselves, and masquerade, as primarily social, and only secondarily, or derivatively, or intermittently political bodies.

Yet these “cuckoos in the nest” of the capacious and unduly “hospitable” idea of civil society and its diverse array of NGOs are essentially and primarily political organisations with political agendas and objectives.

In short they are, to use the technical terminology of political science, “front organisations”. In sum, the idea of civil society has been appropriated by all sorts of uncivil actors and activities. The opening up of democratic space by the real pioneers of democratic civil action has been captured, for intimidatory purposes, by the most undemocratic of actors and organisations, and for quite anti-democratic purposes.

That is why the public affirmation of democratic principles as an essential political activity, at the explicitly political level, is indispensable.
The lesson of Weimar

People should be very clear. The society of Weimar Germany (and similarly of interwar Austria, notably in Vienna) displayed an unparalleled richness of lively, autonomous and vital “civil society networks”.

Interwar democratic society in those countries had their own cascade of newspapers and magazines, their own vast array of coffee shops and theatres and cabarets, their own art galleries. Everything. The lot.

Nothing like it ever existed before nor has it since then. Yet the brilliant society of which those organisations were an integral if oppositional part proved unable to resist the advance of a grim, determined and brutal “blood and soil” authoritarianism.

Civil society and its ramifying organisations provided no protection, and in the end could not even defend themselves against the onslaught nor protect themselves from brutalisation, then eradication.

The Junker aristocrats, the great industrialists, the state-identified military, the entrenched middle classes all thought that they could make use of the “blood and soil” rowdies for their own ends yet keep them, and the energy that they generated and unleashed, under control.
They were wrong.

In the end it was the stage-managers of the rowdies who showed who was in charge.

They used the rowdies, and the combination of enthusiasm and intimidation that they could command, to show everybody who, “when the chips were down” — when it came to the ultimate mobilisation, contestation and demonstration of sheer, naked force — was really in control.

That was not what we intended, said the out-manoeuvred aristocrats and grandees, the industrialists and bankers, the polite, well-meaning but complacent middle classes.

Too late. Intended or not, that is what, together, they had all brought on, or by ill-advised hesitation and “democratic insufficiency” allowed to take place.

That is why the public defence, at the political level, of democratic principles is essential.
The cost of the failure to defend them is exorbitant. The choice is fatal.

These days nobody needs, yet again, to find that out for themselves. The lesson is there, readily available from history, “off the shelf”.

Experience, it has been said, is the best of schoolmasters; unfortunately the fees are often punitive. Here one need not pay them oneself. The price has already been paid, and the lesson heavily paid for, by others.

That is what, from the lessons of his own “life-course”, one far from clueless friend of Malaysia now wants to say.

Putting the two together And what, finally, is the connection between the two parts of this answer to the question why I care about Malaysia.

The answer that I have provided is so much about the past — mine, Malaysia’s, the Enlightenment and its values, Germany’s.

Yet my concern, like that implicit in the challenge that Azrul Mohd Khalib posed to the readers of The Malaysian Insider in his recent column, is focused forward, to the future, not the past.

To think about the future, it is not the gift of prophecy that is necessary, but an active, reflective memory.

“There’s one great advantage in it, that one’s memory works both ways,” the White Queen remarks in Alice in Wonderland (from “Wool and Water” in Through the Looking Glass).
“It’s a poor sort of memory,” she adds, “that works only backwards”.

SULTAN RAKYAT KELANTAN

Sultan yang ada akal, dia tahu bahawa dia adalah ketua agama, sebab itu dia lakukan sunnah Rasul, mungkin dia seorang Sultan yang faham tanggungjawabnya dengan islam dan menepati selera rakyat di negerinya

Thursday, February 2, 2012


RASANYA INILAH SATU2NYA SULTAN MELAYU YANG SUKA BERJUBAH.

417664_312168648834306_106714432713063_1015403_1320630377_n.jpg (960×639)

Kalau tengok daripada segi pakaian pasti ada yang cakap Sultan ialah individu yang paling kanan sekali tapi anda silap jika berkata sedemikian kerana Sultan yang sebenarnya adalah individu yang berada n0 2 daripada sebelah kiri...beliau ialah Sultan Kelantan...Rasanya inilah kali pertama aku tengok Sultan Melayu berjubah dan suka menyantuni golongan Ulama'......

ISU MAHU UJUDKAN KETEGANGAN SEPERTI MAY 13 ?

Provokasi kepala babi: Rakyat masih sehati

Ng Eng Kiat | Feb 02, 2012 01:19:21 pm


 
Sementara parti pemerintah sibuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, pelbagai insiden jijik berlaku untuk menguji slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib Razak.  Insiden terbaru, kepala babi ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, dua hari selepas insiden yang sama di perkarangan Masjid Nurul Iman, Rawang (gambar bawah).

Sekali lagi, orang ramai pasti terkilan dengan kejadian provokasi tidak waras sebegini.  Tetapi, apakah kita masih lagi perlu terkejut?  Tidakkah rakyat berasa jemu dengan cubaan berulangkali untuk memecahkan perpaduan kita?

Sekiranya kejadian "kepala babi" ini terjadi 40 tahun lalu, kemungkinan besar huru-hara telahpun berlaku.  Malah, seandainya insiden ini terjadi sebelum 3 Mac 2008 pun, ketika isu-isu agama menjadi punca ketegangan - misalnya isu dialog antara agama (Interfaith Dialogue), perebutan jenazah, dan pertukaran agama yang agak meruncing waktu itu - belum tentu masyarakat Malaysia dapat menanganinya dengan kesabaran yang telah ditunjukkan dalam masa dua hari yang lepas.

Bagaimanapun, masyarakat Malaysia pasca-2008 sudah menunjukkan kematangan yang baru, di mana walaupun tempat beribadat disimbah cat merah, dibakar api, ataupun dihina dengan pelbagai cara jijik seperti menggunakan kepala binatang, rakyat Malaysia secara umumnya tidak menunjukkan reaksi yang melulu, melampau, atau terlalu beremosi.

Sungguhpun begitu, pastinya kita bersedih kerana di sebalik kemajuan masyarakat dan hubungan etnik pada asasnya sejak 13 Mei 1969, masih ada unsur-unsur subversif yang ingin mencetuskan ketegangan etnik.  Kejadian terbaru ini bukan kali pertama vandalisme dilakukan ke atas tempat beribadat sama ada masjid, surau, gereja, atau kuil.  Malangnya, aksi-aksi sebegini tidak akan berhenti selagi politik negara terus didominasi elemen kaum dan agama.  Tidak dinafikan, perkara kaum dan agama sukar dipisahkan daripada wacana kebangsaan.  Namun, pada masa politik perkauman yang sedang merosot diancam politik baru yang berasaskan keadilan sosial, saya percaya pergelutan ini akan menghasilkan peluang supaya perubahan boleh berlaku.

Walaupun aman dan damai pada hari biasa, keadaan hubungan etnik di Malaysia sukar diukur kerana sekiranya seseorang membaca akhbar Utusan Malaysia setiap pagi, seolah-olah ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memporak-perandakan hubungan antara kaum.  Sekiranya mendengar ugutan-ugutan PERKASA dan pertubuhan-pertubuhan satu kaum (1Kaum?) yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca-8 Mac 2008, seolah-olah wujud ancaman besar terhadap hak-hak Bumiputera.  Sekiranya melihat kembali tunjuk perasaan mengheret kepala lembu memprotes tapak sebuah kuil hindu pada tahun 2009 dan insiden-insiden vandalisme tempat beribadat sejak 2010 (termasuk 12 kejadian dalam bulan Januari 2010 sahaja), keadaan hubungan etnik di Malaysia nampaknya tidak boleh dibanggakan langsung.

Namun, adakah perkara-perkara yang disebut di atas membayangkan realiti hubungan etnik di Malaysia?  Ataupun adakah ia sebenarnya hanya berunsur acara pseudo untuk mengalih fokus orang ramai dan mempengaruhi pendapat umum?  Dalam konteks ini, apakah kempen 1Malaysia Najib bermakna ataupun juga sekadar retorik sahaja?

Amat sukar untuk rakyat biasa menerima 1Malaysia apabila penyokong terbesar propaganda Najib ialah Ibrahim Ali dan kumpulannya PERKASA yang terus gagal untuk menghormati masyarakat minoriti.  Untuk membuktikan beliau benar-benar mahukan pembaikan hubungan etnik, Najib harus segera menyeru supaya segala unsur provokasi diberhentikan.  Lebih penting lagi, beliau perlu mengajukan seruan ini bukan sahaja secara umum, tetapi spesifik kepada kumpulan-kumpulan yang telah memainkan peranan dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dalam masa beberapa tahun lalu.  Tidak ada gunanya bercakap pasal ETP dan GTP apabila gagal memimpin dalam perkara seasas keharmonian hubungan antara kaum.

Tentunya, ada juga mereka yang akan menuduh kemelut hubungan etnik kita sejak tahun 2008 adalah kesan langsung pemerkasaan barisan pembangkang.  Walaupun tidak logik, hujah ini akan diulangi lagi pada pilihan raya akan datang.  Strategi UMNO di Selangor dan Pulau Pinang jelas menunjukkan tren bahawa mereka sedang merayu undi masyarakat Melayu dengan mencetuskan rasa takut di kalangan mereka.  Di Pulau Pinang khususnya, berpuluh-puluh protes sudah diadakan untuk menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai seorang yang meminggirkan masyarakat Melayu.  Di Selangor, isu agama pula digunakan.

Pakatan Rakyat bawa kucar-kacir, DAP mahu hilangkan hak Melayu, PKR mahu menghalalkan seks sejenis, dan PAS tidak lagi mempertahankan Islam.  Begitulah seruan yang akan digunakan Barisan Nasional.  Kadang-kadang, saya terfikir, susah juga untuk bergelut dengan lawan yang enggan bergusti secara adil.  Minta debat pasal skandal lembu, dia sembunyi dan bersorak pasal skandal seks.  Minta pulihkan pilihanraya kerajaan tempatan, dia bicara pasal buah dada.  Minta berhentikan projek Lynas di Gebeng, dia buat tak tahu.  Minta deklarasi aset menteri, dia pula pergi "shopping" di Australia.  Minta pilihanraya adil, dia dakwa Ambiga anti-Islam.  Sudahlah itu, lepas rakyat kecewa dan minta "Asalkan Bukan UMNO", dia datang menghayun batang kayu.

Begitulah cara UMNO menanggani kontroversi.  Tiap kali ada orang persoalkan sesuatu, timbulkan sahaja keadaan kurang tenteram.  Ugut sahaja kalau terus persoal akan terjadilah huru-hara dan pertumpahan darah.  Namun, dengan adanya media sosial yang secara relatif bebas dari kawalan langsung pemerintah BN, taktik-taktik kotor UMNO mendapat perhatian ramai melalui perbincangan yang lebih terbuka dan bebas.

Di medan Internet, idea baru yang hebat akan cepat mendapat sambutan hangat.  Sebaliknya, idea yang basi tidak mampu bersaing dari segi impaknya.  UMNO ketahui hakikat ini.  Mereka sedar tidak ada wacana logik yang boleh terus menghalalkan niatnya untuk terus berkuasa.  Oleh itu, "cybertrooper" dan "blogger" pro-UMNO tidak berdebat dasar dan pendekatan politik.  Fokus mereka?  Apa lagi kalau bukan skandal seks dan sentimen perkauman?

Rakyat perlu sedar, perpaduan dan kesefahaman kita lebih kuat dari apa-apa skandal dan provokasi yang dimainkan.  Mereka yang meletakkan kepala babi di pintu masjid tidak semestinya membenci agama atau orang Islam.  Tapi, yang pasti, mereka mahu supaya golongan Islam hilang rasa percaya terhadap perpaduannya dengan orang bukan-Islam.  Namun, saya yakin rakyat biasa di Rawang, Sentul dan di seluruh pelosok tanahair akan mengatasi kontroversi ini dengan penuh sabar dan tabah.

Syabas kepada wakil rakyat Rawang dan ahli EXCO negeri Selangor, kedua-duanya bukan-Islam, yang segera melawat Masjid Nurul Iman pada pagi kejadian.  Begitu juga wakil rakyat Batu Tian Chua yang hadir untuk mengecam tindakan provokasi tersebut.

Yang penting, mulakan usaha supaya rakyat setempat membina hubungan yang lebih erat untuk hilangkan apa-apa rasa syak wasangka.  Sekiranya gerakan rakyat mampu membina muafakat dari bawah, sekiranya fokus tidak lagi mudah dialih tiap kali provokasi dibuat, dan sekiranya kita bersatu, akan satu hari nanti kita bangga sebab kita benar-benar rakyat Malaysia.

*Ng Eng Kiat ialah aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Thursday, February 2, 2012

Zamil Ibrahim sakit hati Zaid Ibrahim bubar KITA..


Biarpun dalam kenyataan yang disiarkan dalam Website Parti KITA, Zaid Ibrahim telah memohon maaf kepada anggota-anggota parti KITA yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk membubarkan KITA namun masih ada yang tidak boleh menerima permohonan maaf dari Zaid itu.


Dalam kenyataan yang disiarkan di Website Parti KITA, Zaid mengumumkan bahawa sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA.

Menurutnya keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

“Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang” tambah Zaid lagi.

Tambah Zaid Ibrahim lagi “Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”.

“Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.”

“Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu.”

“Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.”

Zaid juga memohon maaf kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan membubarkan Parti KITA.

“Saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.” Kata Zaid.

Namun begitu… tindakan Zaid Ibrahim yang mahu membubarkan KITA dibantah oleh Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.


Zamil dan juga Ezam


Zamil, berkata tindakan Zaid selaku presiden KITA adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab.

"Kita bukan sebuah perniagaan yang boleh di buka dan ditutup begitu sahaja," kata Zamil yang menjadi penyokong awal Zaid namun kemudian mengkritik bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu.

"Seorang presiden seharusnya memanggil mesyuarat tergempar untuk berunding dengan kami dan bukannya membuat kenyataan kepada media mengenai langkah drastik seperti ini," tambah beliau.

Zamil berkata Zaid tidak berpegang kepada janji untuk menjadikan KITA bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik lain.

Beliau berkata bekas Ahli Parlimen Kota Bahru itu sepatutnya meletak jawatan sebagai Persiden KITA dan bukannya membubarkan parti itu.


Kenyataan skit hati Zamil itu diperolehi dari SINI

TEKTIK BARU MENJELANG PRU 13

02 February 2012

Nurul Izzah berang tindakan Polis halang Anwar berucap.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar sikap Polis yang berat sebelah apabila menghalang beliau dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap secara terbuka di Majlis Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, kelmarin.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan peluang kami bercakap ialah – tidak boleh mengucapkan sebarang isu politik. Jadi, kenapa Najib boleh dan Anwar tak boleh?

“Perdana Menteri dan Raja Nong Chik pun bercakap perkara hal politik juga,” kata Izzah ketika ditemui pemberita sejurus selepas tamat program majlis sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, semalam.


“Ini negara bebas. Kita ada hak untuk menyampaikan maklumat dan kebenaran. Jika Najib dan Nong Chik boleh buat, mengapa polis halang kita,” tegasnya.

Justeru satu surat rasmi akan dihantar minggu ini kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha politik Izzah, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan bahawa Anwar hanya dibenarkan berucap untuk tempoh sepuluh minit.

“Saya dihubungi polis kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. Pada asalnya dihalang. Selepas rundingan, hanya sepuluh minit masa dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk tindakan pihak tertentu yang menampal poster fitnah terhadap Ketua Pembangkang yang tertera perkataan mengeji dan menghina di sekitar kawasan Taman Sentosa.

“Apa yang mereka takut sangat? Sampai sanggup ‘bekerja’ pada hari cuti untuk menyerang Anwar?, soal Fahmi.

Namun, provokasi tersebut tidak menghalang kehadiran ribuan penduduk tempatan pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan rumah terbuka anjuran KEADILAN Lembah Pantai.

Thursday, February 2

Best betoi dia ni tibai parasit dalam Pakatan...

Benarkah Dewan Ulamak PAS Sejahil Itu? Jawapan Buat Ibrahim Baba

MEMBACA tulisan Ibrahim Baba di dalam Tranungkite, jelas dan nyata penulis sememangnya menjadi barua kepada sekutu Apco iaitu Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu itu. Tiada hujah, tiada fakta selain dari andaian jahat beliau untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.

Di dalam tulisannya, lebih jahat lagi beliau melabelkan Ulamak PAS seolah-olah tidak berilmu dan bertaqwa dengan hukum Allah. Tuduhan beliau yang menyebut bahawa ramai di kalangan Ulamak di dalam Dewan Ulamak PAS percaya kepada video seks Datuk T adalah merupakan satu tuduhan jahat kepada Alim Ulamak. Apakah Ibrahim Baba merasakan Ulamak PAS seperti beliau yang jahil sejahil-jahilnya tentang hukum Islam? Apakah Ulamak PAS boleh terpedaya dengan `hukum video' ciptaan Munafikun daripada hukum Allah? Tetapi, itulah anggapan Ibrahim Baba.
Muslimat PAS

telah diperjelaskan secara berani dan terang oleh DS Anwar. DS Anwar tidak berselindung kerana di dalam dunia yang tiada sempadan ini mana mungkin beliau boleh berselindung dengan setiap kenyataannya? Masalahnya, kejahilan mereka yang tidak memahami sesuatu isu dan mengandaikan DS Anwar cuba berbohong. Di mana kekuatan bagi seseorang `pembohong' untuk berdebat dengan Sang Penguasa? Mengapa Sang Penguasa terlalu bacul untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang ini? Jika benar DS Anwar melakukan apa yang disebut oleh Ibrahim Baba, sudah pasti DS Anwar tidak akan berani berdepan dengan Sang Penguasa.
 
 
Boleh dikatakan majoriti yang hadir di dalam Himpun 901 adalah penyokong PAS

Jika Sang Penguasa mempunyai bukti kukuh bahawa segala yang disebut oleh Ibrahim Baba itu benar, maka pastinya DS Anwar akan dilondeh semahu-mahunya oleh mereka di dalam debat yang dinantikan rakyat itu. Tetapi, mengapa ianya tidak diambil kesempatan oleh Sang Penguasa? Jawapannya mudah, mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk melondehkan Ketua Pembangkang tersebut.

Kononnya, Ibrahim Baba mendakwa kurangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada DS Anwar sewaktu perhimpunan 901 yang lalu. Adakah Ibrahim Baba tidak hadir waktu itu? Jelas, malah dapat disaksikan bahawa paling ramai yang hadir adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS. Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Pemuda dan Muslimat PAS telah hadir. Malahan, Mursyidul Am PAS yang keuzuran telah mewakilkan anaknya Us Nik Abduh untuk hadir. Lebih-lebih lagi Mursyidul Am sendiri telah berdoa sebelum keputusan mahkamah untuk DS Anwar, berpuasa tanda bersyukur sejurus DS Anwar dibebaskan. Adakah ini tidak melambangkan sokongan PAS?

Sejak dari awal memang PAS berpendirian, kehadiran mereka bukan atas faktor DS Anwar tetapi atas faktor kezaliman yang dilakukan ke atas Ketua Pembangkang ini. Itu lah juga faktor sokongan rakan-rakan lain di dalam PR dari Keadilan dan DAP. Mungkin Ibrahim Baba mempertikaikan mengapa tiada Ketua Dewan Ulamak PAS yang hadir atau AJKnya. Kita semua maklum, semenjak bila Dewan Ulamak hadir di dalam satu-satu perhimpunan atau demontrasi? Bukan di dalam kes melibatkan DS Anwar sahaja, malahan di dalam Himpunan BERSIH sebelum ini juga sukar untuk menyaksikan kehadiran mereka. Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tuntutan BERSIH?

Di atas beberapa sebab yang saya nukilkan di atas, kesimpulannya saya melihat tulisan Ibrahim Baba ini hanyalah semata-mata untuk mendatangkan keraguan sesama Pakatan Rakyat, sekaligus untuk membantu Umno untuk terus berkuasa selama-lamanya.

TUDUHAN BARU UNTUK JAMIL KHIR ?

02 Februari, 2012

Panas!! Skandal Terbaru Jamil Khir Baharom

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai. Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

"Beliau bagi mesin rumput, pam racun... Hasil negeri Wilayah Persekutuan sepatutnya diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda
PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.


"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.


Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).


Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.


Mohd Nasaie berkata beliau difahankan
Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang. ~hrkh

HASSAN ALI MULAKAN PERANG SARAF TERHADAP PAKATAN

Hasan Ali dangkal
Posted on Wednesday, February 01 @ 21:52:45 PST by tokdalang

 Oleh Zairil Khir Johari 
 
Agenda sebenar Dato’ Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan tehttp://really.tigaline.com/wp-content/uploads/2011/12/hasan-ali.jpgrbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata. 

Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik.


Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita. 


Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan. 

Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. 

Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya. 

Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas: 

Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963. 

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. 

Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. 

Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan. 

Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam? 

Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita. 

Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.
ZAIRIL KHIR JOHARI

PERANG BLOGGER UMNO BERMULA .... ?

|

Anuar Mohd Noor Ditugaskan Untuk Memecah Belah Blogger-Blogger Pro Umno


 

Sebelum ini kami pernah menulis kisah tentang pengendali blog umno reform di laman ini.

Sehari dua ini selangordaily perhatikan isu mengenai individu berkenaan kembali hangat di beberapa laman blog gara-gara kehadiran individu tersebut di majlis Umno dua malam lepas.

Bukan kami nak bercakap besar dan bukan kami nak berlagak. Kami adalah ‘player’ lama dalam dunia cyber. Laman ini wujud pada 13.Febuary. 2002. Tinggal lagi 12 hari genap 10 tahun kami beroperasi. Kami kenal dan kami tahu perangai dan strategi yang digunakan oleh ‘player-player’ otai dalam dunia cyber,termasuklah Anuar Md Nor.

Siang tadi laman umno reform mengulas tentang pertelingkahannya dengan sebuah blog yang mendedahkan siapa beliau yang sebenarnya.

Dalam tulisan tersebut terdapat dua komen yang dihantar menggunakan nama blogger-blogger superstar, Papa Gomo dan Parpukari.

Ini bukan kali pertama nama-nama tersebut menghantar komen ke laman umno reform. Sebelum ini telah berkali-kali ianya berlaku. Yang peliknya hanya di laman berkenaan sahaja.

Sebagai ‘player’ lama dalam dunia ini kami tahu siapa penghantar komen berkenaan. Yang pastinya ia bukan dari dua blogger berkenaan.

 

Jika anda ingin tahu, dua komen berkenaan dihantar oleh Anuar Md Nor sendiri. Kami pernah bercampurnya dan kami tahu strategi beliau. Ada kalanya beliau tidak ingat apa yang pernah beliau ceritakan sewaktu sesi teh tarik bersama rakan-rakan.

Dia berusaha untuk memecah belah blogger pro Umno dengan menggunakan nama Parpukari serta Papa Gomo untuk mengutuk unit media baru (UMB) Pemuda Umno di bawah pimpinan Tun Faisal. Itulah sebahagian dari tugasnya menyusup masuk ke dalam Umno seperti diarahkan oleh PKR. Laga-lagakan blogger-blogger pro Umno supaya bergaduh dan musnahkan Papa Gomo serta Parpukari.

Anwar cuba karang komen itu sebaik mungkin supaya nampak ‘real’ ianya datang dari Parpukari dan Papa Gomo. Baik dari penggunaan huruf besar dan kecil termasuklah menggunakan tag line Papa Gomo di bahagian akhir komen. Dalam cekap-cekapnya membuat fitnah dia  tetap tersangkut.

Bagi pembaca-pembaca tegar blog-blog politik mereka tahu setiap bahasa atau ayat yang sering digunakan oleh blogger-blogger tertentu. Parpukari bukannya seorang pengguna perkataan GUA. Perkataannya yang sering digunanya adalah AKU. Jika Papa Gomo, ya benar, beliau sering menggunakan perkataan GUA.

Anwar masih lagi menggunakan taktik lapuk dalam dunia cyber. Beliau tidak sedar yang beliau telah menceritakan kepada ramai orang sejak bertahun-tahun lepas taktik yang digunanya.

Kepada blogger-blogger pro Umno berhati-hatilah dengan Anuar Md Nor. Janganlah mudah cair dan terpedaya dengan kelunakkan serta kepetahan dan kehebatannya berkata-kata. Jangan terperangkap dengan permainan musuh sehingga anda semua bermusuhan sesama sendiri dan seterusnya menuju kehancuran.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.