Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Sunday, September 2, 2012

Pakatan Rakyat akan pulangkan royalti minyak 20% setahun kepada Kelantan


anwar dan tuan guru nik aziz
Pakatan Rakyat akan memulangkan hak royalti minyak 20 peratus setahun kepada Kelantan tanpa perlu penbubuhan sebarang jawatankuasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak payah berjanji-janji. Tak perlu tubuh jawatankuasa. Beri kita dua bulan. Kita bincang dan boleh laksana,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam semalam.
Ucapan Ketua Umum KEADILAN itu disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

ceramah anwar di tanah merah kelantan
Katanya, perjanjian Petronas dengan semua kerajaan negeri pada 1975 memaktubkan jika minyak ditemui sama ada di atas tanah (on shore) atau di laut (off shore), negeri berkenaan berhak mendapat royalti minyak lima peratus dan dibayar tunai dua kali setahun.
“Kenapa Terengganu dapat, Sabah dapat, Sarawak dapat tapi Kelantan tak dapat? Kalau kita perintah, bukan lima peratus tapi kita naikkan hingga 20 peratus.
“Jadi pemerintah jangan sombong, jangan takbur. Kalau ada minyak yang digali di Terengganu kena (bertindih) pada (perairan) Pahang, maka Pahang juga akan dapat.
“Kita kena adil pada semua. Sebab itu kita kena kata ‘good bye’ (selamat tinggal) pada Umno,” katanya.

Politik negara yang semakin panas !


Najib: BN perlu 'sekatan politik' lawan Road To Putarajaya Pakatan

1 September 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
PUTRAJAYA - Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.


"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.


"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab telah lakukan  pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.


Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Justeru itu, Perdana Menteri berkata secara simboliknya Umno Bahagian Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara.

  
"Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya sebab itu kita mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.
  
"Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan negara yang lebih hebat," katanya.
  
Najib berkata perjuangan Umno juga selari dengan pejuangan kemerdekaan negara, walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan terpaksa mengemudi perjalanan yang payah.
  
"Banyak ramalan menyatakan negara akan menghadapi perjalanan sukar untuk memjadi negara yang berjaya tetapi selepas 55 tahun kemerdekaan ternyata ramalan itu meleset sama sekali dan hari ini negara masih dianggap sebagai contoh dan model yang boleh diikuti negara lain," katanya.

Najib berkata kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan.

  
"Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu. Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka menyokong kita sepenuh hati," katanya.
  
Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak wujud kekebalan politik.
  
"Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum) 2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit dengan pengorbanan serta susah-payah.
 
 "Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan bagi memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya. - Bernama

Ahad, September 02, 2012

Bendera Thai Dibakar, Jalur Gemilang Dikibar Separatis Di Pattani

Ketika pengkhianat rakyat mengibarkan 'sang saka malaya' di malam merdeka, separatis di Thailand membakar bendera Thailand dan mengibarkan banyak bendera Malaysia di Pattani sempena ulangtahun ke 23 penyatuan empat kumpulan pemisah dan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Hal ini disebut oleh pihak berkuasa Thai sebagai cubaan merosakkan hubungan baik Thailand - Malaysia namun mengakui ia tidak akan menjejaskan apa-apa. Bendera di kibar di tiang lampu sepanjang jalan di beberapa tempat di Pattani, Yala, Narathiwat dan termasuk kawasan majoriti Buddha di Songkhla.

Hal ini juga memperlihatkan apakah 'gerakan merdeka' Pattani kini telah beralih kepada 'gerakan sertai Malaysia' ?

Menurut seorang pemerhati, kali terakhir Jalur Gemilang dikibarkan oleh pihak 'tidak bertanggunjawab' di wilayah Pattani ialah ketika lawatan PM Najib ke Selatan Thai pada tahun 2009.


PATTANI, Thailand (AP) - Suspected insurgents burned Thai flags and raised Malaysian flags in their place in a coordinated operation Friday across Thailand's Muslim-dominated south that also saw the militants plant bombs that wounded six soldiers, officials said.
The unrest came on the anniversary of the 1989 founding of an umbrella separatist group that combined four Thai separatist movements, as well as the anniversary of neighboring Malaysia's independence from British rule.
The insurgents are mainly ethnic Malays, but it's not clear why they would raise Malaysian flags. Analysts say the militants want a separate state but have never indicated they want to be part of Malaysia.
More than 5,000 people have been killed in Buddhist-dominated Thailand's southernmost, Muslim-majority provinces since an Islamic insurgency flared in 2004. Improvised bombings and shootings against security forces and civilians have been common insurgent tactics, but flag burnings are rare. The last time Malaysian flags were raised was in 2009 during a visit to southern Thailand by Malaysian Prime Minister Najib Razak, said Sunai Phasuk, a senior researcher for New York-based Human Rights Watch.
Sunai said it was a mystery why insurgents would raise Malaysian flags. "There is no convincing reason," he said.
Thailand accuses Malaysia of harboring Thai insurgent leaders as well as militants suspected of carrying out attacks. Malaysia denies the charges.
Col. Pramote Prom-in, deputy spokesman of the Thai government's regional security agency, told reporters the insurgents were trying to damage relations between Thailand and Malaysia. But he said that would not have any impact, since "Thailand and Malaysia have had a good relationship all along."
In Friday's violence, police said Thai flags were burned and Malaysian flags were displayed prominently along roads and on electricity poles, trees and pedestrian bridges in the southernmost provinces of Yala, Pattani and Narathiwat, as well as predominantly Buddhist Songkhla province.
Pramote said the six wounded soldiers were injured in several separate bomb attacks in Narathiwat.
One of the troops was helping his unit seal off an area around a mobile phone network tower after they found a Malaysian flag on it, said police Col. Patta Madawa.

ORANG ISLAM YANG TA'AT KEPADA TUHANNYA MEMANG MAHUKAN HUKUM TUHAN ITU DIJALANKAN, AKAN TETAPI PERSEDIAAN UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM TERSEBUT TIDAK ADA, APA YANG PENTING IALAH ISLAMKAN NEGARA INI TERLEBIH DAHULU, APABILA NEGARA SUDAH ISLAM MENGIKUT ACUANNYA MAKA BARULAH HUKUM HUDUD ISLAM ITU DILAKSANAKAN, ERTINYA SELAGI NEGARA INI BELUM ISLAM MAKA SELAGI ITULAH HUKUM TERSEBUT TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN- Pak Karamu
 
Hudud: Perlu selesai isu undang-undang, kata Anwar
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
2 September 2012
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
 
KOTA BHARU-  Mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hudud termasuk Kelantan perlu melepasi beberapa isu termasuk hal yang berkaitan undang-undang, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, terdapat dua pandangan berbeza mengani pelaksanaan hudud sama ada ia boleh dijalankan dengan mengikut  Perlembagaan Persekutuan sedia adaa dan sebaliknya.


“Berkenaan hudud, ada dua pandangan, ada dua kata ikut perlembagaan manakala satu lagi  tidak, (jika ingin dilaksanakan) ia perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Sarapan Pagi Bersama Rakyat di sini semalam.


Anwar berkata, adalah jelas Barisan Nasional khususnya Umno tidak mempunyai pendirian tetap untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.


Sejak Umno ditubuhkan mereka tidak pernah ada hasrat laksana hudud, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan di Kelantan.


“Manakala pendirian kita jelas sama ada sebagai orang Islam dan juga dalam Pakatan, kita memberi kelonggaran di Kelantan kerana mereka sudah melaksanakan sebahagiannya, manakala di peringkat nasional kita memberi ruang  dan masih terikat dengan persekutuan dan perbincangan,” katanya.


Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak berminat untuk mengkritik pihak tertentu dengan membawa isu hudud kerana tidak mahu agama dipermainkan.


Dalam pada itu, Anwar  menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.


Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.


“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai,” katanya.

Jamil Khir: Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini kekal 28,000

2 September 2012
Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
 
PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.


Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.


Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.


Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.


Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.


"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt.


Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.


Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.


"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.


Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

SABAR ! TUNGGU 9 SEPTEMBER



2/09/12

Panas gambar Ustaz Nasharudian Mat Isa gelak sakan

Eeee gelaknya dia....

Terang tak payah bersuluh...
Apa lagi  !!  pecat je tak ada guna simpan ahli musang berbulu ayam.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Monarki Arab Saudi : Ada Senjata tetapi Tidak Berani Mempertahankan Umat Islam


senjata
ARRAYAH.INFO, Arab Saudi, 31 Ogos 2012 - Kajian Kongres Amerika Syarikat terbaru telah menunjukkan pasaran senjata global terus berkembang dan jualan persenjataan di Amerika Syarikat telah meningkat lebih daripada dua kali ganda dari tahun sebelumnya tahun 2010.

Jumlah jualan senjata di seluruh dunia hampir dua kali ganda kepada $85.3 billion, Amerika Syarikat memperuntukkan $66.3 billion sehingga kini daripada $21.4 billion pada tahun 2010. Laporan mendapati Rusia, negara kedua dengan jualan senjata tertinggi, dijual hanya bernilai $4.8 billion senjata.


Arab Saudi adalah pembeli terbesar senjata di dunia global dan pelanggan terbesar penjual Amerika Syarikat dalam tempoh ekonomi yang tidak menentu. Secara keseluruhan Arab Saudi membeli $33.4 billion dari Amerika Syarikat. Ia terutamanya terdiri daripada 84 jet pejuang termaju F-15.


jet
Arab Saudi untuk dekad yang lalu telah menjadi salah satu daripada pengimport terbesar senjata. Walaupun Arab Saudi mengeluarkan peralatan ketenteraan sangat sedikit ia telah menggunakan kekayaan minyak untuk dirinya dengan senjata yang paling canggih dan terkini. Walaupun banyak menyimpan pekerja asing yang bekerja, tindakan Arab Saudi secara global tidak mencerminkan kedudukan ini. Malah Arab Saudi beroperasi dari kedudukan yang lemah walaupun ia memiliki emas didambakan di dunia iaitu minyak.

Arab Saudi mendakwa mewakili umat Islam kerana ia mengekalkan penjagaan dua Masjid Suci, namun ini tidak berlaku dengan merujuk kepada dasar luar dan hubungan dengan umat Islam yang lebih luas. Inventori senjata Arab Saudi termasuk kenderaan pertempuran terbaru (M-1A2 Abrams dan 290 AMX-30), pesawat udara adalah terdiri lebih 300 jet termasuk yang Eurofighter baru diambil-alih Taufan dan IDS Tornado dinaik taraf kepada  pesawat pejuang F-15 Eagle dan F -15E Strike Eagle. Ia akan mengejutkan kita apabila mengetahui kekuatan teknologi dan ketenteraan adalah setanding negara Eropah dan juga negara Israel dalam banyak bidang.


Dalam konteks kekayaan tentera, ketidakmampuan Arab Saudi untuk memberikan sebarang perlindungan kepada umat Islam dalam krisis terbaru seolah-olah membiarkan kes pembunuhan terus berlaku. Pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Myanmar adalah contoh. Arab Saudi dalam satu tindakan boleh membawa keseluruhan episod berakhir melalui kuasa senjata semata-mata, walaupun ancaman tindakan dari apa-apa kuasa yang mungkin akan berlaku. Tentera Myanmar mempunyai hampir tiada pengalaman terhadap daya berjuang konvensional kerana kebanyakan sejarah telah sibuk dalam pelbagai pemberontakan.
 
 30 jet Burma F7 mungkin tiada perlawanan menentang jet Arab Saudi moden Eurofighter taufan. (Model 1970-an, yang dibeli pada tahun 1996 dari Rusia sebagai stok lebihan digunakan) jet MiG-29 mungkin yang paling moden dipunyai Myanmar. Peralatan pertahanan udara Myanmar ketinggalan zaman dan juga senjata China dibekalkan kepada Myanmar adalah model lebih tua.

Peralatan ketenteraan, teknologi dan kemajuan adalah sia-sia jika tidak dipadankan dengan cita-cita global. Nabi Muhammad SAW berjuang dalam peperangan banyak dengan infantri yang diatasi oleh musuh, tetapi melalui cita-cita beliau berjaya menakluk Semenanjung Arab. Sahabat beliau menyebarkan agama hingga ke China dan pantai Atlantik, serta berurusan dengan empayar Parsi dan Rom.


Arab Saudi hari ini rupanya adalah sebahagian besar ciptaan tiruan dari abad ke-19 dengan pemerintah turut bekerja untuk mencapai matlamat barat daripada meneruskan cita-cita Islam mereka sendiri.


Episod ini menunjukkan bukannya kurang teknologi, mahupun senjata. Sebaliknya, ia adalah kekurangan cita-cita dan kemahuan politik, dan terpengaruh dengan matlamat politik barat yang merupakan apa-apa  hubungan yang singkat antara tuan dan hamba.


Musim kebangkitan Arab telah menunjukkan bahawa hubungan ini telah tiba dipenghujungnya dan monarki Saudi harus mengambil perhatian apa yang telah berlaku kerana ia mungkin akan terjadi ke atas monarkinya sendiri iaitu bakal diruntuhkan dan bakal digantikan dengan satu kuasa global iaitu Khilafah sebuah Negara Islam Global yang akan menguasai dari Timur hingga ke barat. [abuidris/arrayah.info/edit/hizb.org.uk]
Hisham nasihat Anwar maklum kepada polis program siri jelajah
ROSMIZA KASIM
1 September 2012
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
 
KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan memaklumkan kepada polis setempat mengenai program siri Jelajah Merdeka Rakyat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah itu penting supaya pihak polis tidak dipersalahkan sekiranya terjadi sebarang kemungkinan semasa program anjuran PKR.


“Bagaimanapun ini bukan layanan istimewa, dan bukan jaminan keselamatan tetapi sebagai prosedur biasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung dan Majlis Aidilfitri Umno Pengkalan Chepa di sini, pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas serangan ke atas bas yang digunakan oleh PKR serta dakwaan cubaaan menceroboh bilik Anwar, Ketua Pembangkang, semasa siri jelajah yang masuk hari kedua hari ini.

PKR: Pakatan mahu tukar kerajaan bukan bendera
NUR FARHANA ABDUL MANAN
1 September 2012
 PKR: Pakatan mahu tukar kerajaan bukan bendera
Shuhaimi melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbukan anjuran bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Muda di Putra Heights, semalam.
SUBANG JAYA – “Yang menjadi dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah hendak tukar bendera tetapi mahu gantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan pimpinan PR.” Demikian tegas Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan beberapa individu yang membawa ‘bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.


Shuhaimi berkata, sekiranya wujud cadangan menukar bendera sedia ada, pihaknya adalah antara yang terawal akan menentang usaha itu.


Katanya, memang tidak ada sebarang perbincangan berhubung dakwaan terbabit dan menegaskan ia perbuatan provokasi dilakukan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh bagi mencemarkan imej kerajaan PR di mana-mana negeri.


Beliau berkata, sebelum ini PKR Selangor memang pernah mendengar ada pihak-pihak tertentu yang merancang untuk mempromosikan bendera selain yang ada.


Jelasnya, bagaimanapun perkara itu ditentang habis-habisan kerana ia tidak ada dalam mana-mana memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga parti dalam PR.


“Isu ini tidak pernah dibincangkan... untuk apa dibincangkan kerana yang kita fokus adalah menukar daripada kerajaan rasuah kepada sebuah kerajaan yang sudah diuji keberkesanan dan mampu mentadbir.


“Kerajaan Pakatan tidak pernah bersetuju, jika ada unsur yang boleh mencetuskan perasaan tidak senang kita sepakat untuk tentang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda di Putra Heights di sini, hari ini.


Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dan ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat berkata, pihaknya komited menukar kerajaan Persekutuan berteraskan apa yang disebut dalam buku Jingga dan juga memorandum persefahaman perjanjian PR pada tahun 2009.


Katanya, menukar bendera bukan agenda PR justeru menganggap tindakan pihak berkenaan yang melakukan provokasi hanyalah perbuatan sia-sia.


Jelasnya, PR lebih fokus kepada dasar, polisi serta ketelusan dan kebertanggungjawaban yang menjadi perkara inti pokok dalam pentadbiran mencernakan kerajaan kebajikan.


“Saya nasihatkan kepada pihak yang membuat provokasi supaya hentikan perbuatan yang cuba untuk timbulkan  keadaan tidak selesa ini,” katanya.

Saturday, September 1

Untuk rakyat Johor yang marah...

Untuk Rakyat Johor yang terlalu MARAH hingga turun berdemo, membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor lagi kerana menghina Sultan kamu...

Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya....


Nah!!!!! Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Mengenai pampasan yang akan diterima Nizar pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Adakah anda setuju dengan saya jika saya katakan Utusan sudah tidak layak untuk menjadi media informasi rakyat tapi layak menjadi media fitnah rakyat ?

Adakah demo yang dianjurkan di Negeri Johor oleh sekutu2 UMNO BN UNTUK MEMBANTAH penghinaan terhadap Sultan mereka adalah mereka yang termakan dengan fitnah ini?

Alangkah ruginya hasil dari fitnah ini penduduk di felda-felda dan orang asal diangkut dengan bas kononnya membantah kebiadapan Nizar?

Apa kata anda tentang isu ini? - FB

NEGERI SERAMBI MEKAHPUN ADA PENLENAYAH TEGAR

Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Samseng Di Kota Bharu
1 September 2012
1 Pendapat
Pendapat Anda?


Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu.

Naib presiden parti itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah di bandar tersebut.

“Petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah.

“Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. 

“Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

“Jelas, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin berkata, bas berkenaan kini ditahan di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan selepas satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi ini di balai berkenaan.

Pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan masih belum dikenalpasti buat masa ini namun Anwar dalam satu tulisan di Twitter berkata ia adalah perbuatan “samseng bermaharajalela”.

Anwar berkata, serangan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu acara yang disusun dalam program berkenaan.

Beliau antara lainnya hari ini mengikuti satu program solat dan zikir di Salor, dan seterusnya ke kediaman menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk minum pagi.
“Serangan samseng tidak harus ganggu acara,” katanya.

Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu.

Sebelum itu, Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengunjungi Bentong, Pahang dalam program yang disertai 300 orang.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah strategi, Rafizi Ramli.

Program bersama bas berkenaan semalam juga meliputi kawasan Kuala Lipis, Gua Musang dan Tanah Merah. 

Program berkenaan dirancang untuk meliputi lima negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan 20 acara rasmi di pelbagi lokasi.

ORANG UGAMA PENGHALANG BESAR KEBANGKITAN RAKYAT

0
-1
  
Print Friendly
Dari: wasiatpejuang

Bercerita tentang orang kaya di Malaysia tiba-tiba keluar pula cerita tentang gaji dan alaun para Menteri yang menerima puluhan ribu ringgit sebulan. Itu baru gaji dan alaun belum lagi yang di terima dari hasil sembang-sembang di kedai kopi ala orang kaya-kaya. Bila masuk kampong berpura-puralah pula para menteri ini akan kesedihan kepada penduduk kampong. Di hulurnya sekeping dua wang kertas sebagai simpati. Pulang saja ke pejabat di tuntut semula wang yang di beri tadi dengan berlipat kali ganda.

Mana mungkin seorang artis seperti Zeeze Izatee mahu menjadikan Bung Moktar sebagai suaminya jika Bung Moktar hanyalah seorang pekerja kilang yang paling banyak pendapatannya RM3,000.00 sebulan. Sehensem mana pun Bung Moktar, sealim mana pun Bung Moktar, sebaik budi pekerti macam mana pun Bung Moktar ianya tidak akan mampu untuk memikat ZeZee Izatee.

Itu cerita orang kaya raya, bagaimana pula cerita orang miskin yang hina dina. Pak pak Ustaz selalu berkata kepada kita agar jangan tengok orang di atas kita tapi tengoklah orang di bawah kita. Kalau kita naik motor jangan tengok orang nak kereta tapi tengoklah orang naik basikal. Kalau nak basikal pula kena tengok orang jalan kaki dan yang jalan kaki pula kena tengok orang tak boleh jalan.

Inilah yang di namakan kapitalisme. Kapitalisme berprinsipkan penindasan. Yang di bawah harus di tindas, Yang miskin harus di jadikan barua. Untuk menghalalkan perbuatan ini mereka gunakan orang agama untuk melemahkan golongan tertindas untuk bangkit melawan. Orang agama akan di bayar untuk mencari dalil2 agar si tertindas jangan melawan jika di tindas. Orang miskin dan tertindas akan di minta bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah orang kaya naik kapal terbang kerana kita perlu bersyukur masih boleh naik bas tambang.

Bila ada yang bangun melawan arus dengan membawa satu system ekonomi yang di beri nama komunis dan sosialis maka sekali lagi orang agama akan di bayar upah untuk mengeluarkan fatwa yang system ini bertentangan dengan Islam. Belum cukup dengan itu orang agama dengan sukarela menjadi penyambung lidah kaum penindas dengan berkata komunis itu anti agama dan tidak percayakan Tuhan.

Pemerintah yang ada pada hari ini adalah pemerintah yang menindas rakyat. Tidak cukup dengan itu mereka bersekongkol dengan kaum penindas. Siapakah kaum penindas ini? Itulah 40 nama yang telah di anugerahkan dengan manusia paling kaya di Negara ini. Bukan saja anak tokey judi di Genting sahaja penindas tapi yang banyak memberi sumbangan melalui Yayasan Bulkhari juga adalah penindas.

40 orang terkaya di Malaysia ini di bantu oleh para menteri dan penguasa untuk menjadi penindas. Bagaimana para menteri membantu mereka untuk menjadi penindas? Sudah pasti dengan cara pengauatkuasa undang-undang yang tidak pernah menyebelahi rakyat. Bila kaum tertindas memohon gaji minima RM1,000.00 sebulan, para menteri akan bertanya terlebih dahulu kepada orang terkaya ini. Bila rakyat tertindas berhimpun menuntut hak mereka penguasa akan mengunakan polis untuk memukul dan memenjarakan rakyat.

Malangnya yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka. Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja malaon seperti buruh yang mencuci yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.

Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan manusia seperti umno. Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.
sekadar gambar hiasan

Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.

TU BARU MERDEKA

Sabtu, 1 September 2012

Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat!

Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan "Assalamu'alaikum" terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat.

Kemaruk syaitan apakah sehingga membelakangkan solat Jumaat semata-mata untuk berkupul membuat persembahan di Stadium Merdeka?

Mengikut perhatian itu petanda jelas bahawa UMNO sedang berada di jurang kejatuhan dan kehancuran.

Kita sama-sama nantikan saat bersejaran itu.

01 September, 2012

Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati


"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit ‘Assalamualaikum’ tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.


"MERDEKA! MERDEKA!


~ Tetuan Media Islam
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.