Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang


Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.













Lebih 10,000 hadir ke ceramah #MerdekaRakyat di perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Takut Tahap Gaban!!! Kuliah DS Anwar Diganggu: PERKASA Kurang Ajar Buat Kacau Di Masjid.. Jom Terjah!!!

 
ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.
 Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.


Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam. 

~ keadilandaily

18SX (2). Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat

0
0
  
Print Friendly
oleh: Malaysiacrisis

Pesta Seks & Air Kencing Syaitan Diraja-PART II

Syaitan Tetap Menghasut, Tetapi Syaitan Tidak Boleh Dipersalahkan
Gambar Hiasan
Blog entry kali adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini iaitu Pesta Seks Seorang Raja
“Air Kencing Syaitanadalah panggilan sinonim kepada minuman yang memabukkan dan ini kerana semua sedia maklum kesan apabila seseorang itu menjadi mabuk akan mula lupa diri mereka dan hidup dalam khayalan. Tetapi kenapa pula air kencing syaitan ini tetap menjadi idaman ramai tak kira Islam atau bukan Islam.
“Pilihan Pelbagai Air Kencing Syaitan”
Air kencing syaitan mudah membuat kita lupa dan khayal. Contoh terbaik adalah artikel Pesta Seks Diraja jelas menunjukan watak seorang lelaki dan minah mat salleh yang dalam keadaan mabuk. Tetapi ada juga mempersoalkan kesahihan gambar tersebut kononya lelaki tersebut juga mat salleh dan sebagainya. Apa pun kebenaran akan jelas siapakah lelaki tersebut apabila anda terus membaca artikel ini..
Dalam artikel berjudul “Pesta Seks Diraja” kita melihat perilaku seorang lelaki bersama minah mat salleh dan ramai juga tertanya siapakah lelaki tersebut. Seluar beliau yang jelas terlondeh dan seolah-olah sedang melakukan sesuatu di bahagian hadapan dan aksi tersebut menghairahkan minah mat salleh tersebut. Apakah aksi sebenar dia sebenarnya?
  
Komen yang memperosalkan kebenaran
Adakah benar watak lelaki tersebut adalah lelaki mat salleh seperti yang ditulis oleh pelbagai pihak bagi menepis kebenaran artikel yang dipaparkan sebelum ini.
Jelas kelihatan punggung lelaki tersebut dan apa pula yang kelihatan dihadapan. Lihat kedudukan tangan dan aksi mereka dan  kita mampu meramalkan apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Gambar diatas, jelas sekali menunjukkan pesta seks yang mungkin tidak salah bagi mereka (mat salleh) yang sedang berseronok melakukan adegan tersebut tetapi adalah jijik kepada kita yang yang melihat kebenaran terhadap kebenaran siapakah antara mereka. Agak mudah untuk kita bayangkan dan gambar diatas memberi seribu makna yang tersurat disebalik aktiviti mereka pada malam parti mereka ini.
Antara pengesahan kebenaran perihal ini, komen rakan bagi menyokong pelaku pesta seks diraja.
Adakah betul RMS is a good , humble and cool guy?
Siapakah lelaki yang sedang sibuk melakukan aksi berahi dan tidak sedar seluar beliau terlondeh? Jika seluar anda terlondeh seperti diatas dan menampakkan punggung belakang sebegitu rupa,seharusnya anda juga tahu apa pula yang mungkin sedang kelihatan dengan jelas dibahagian hadapan dalam posisi lelaki seperti diatas..
Mana mungkin mereka sedar apabila air kencing syaitan mengalir laju dan memenuhi darah daging mereka. Apabila syaitan merasuk kedalam hati dan jiwa, maka hilanglah rasa takut & musibah kepada Allah SWT kerana bagi mereka dialah yang berkuasa dan kita pula menjunjung mereka tanpa menilai baik atau buruknya mereka..
Inilah watak utama gambar diatas yang juga bakal Ketua Agama Islam Negeri / Negara.
Baju & Seluar yang sama dan dialah lelaki seluar terlondeh bersama minah mat saleh tersebut.


Bayangkan seorang bakal Ketua Agama Islam Negeri atau Negara dalam keadaan sebegitu dan bayangkan seluar beliau telah terlondeh dan menampakkan punggung “baginda”. Inilah dikatakan apabila mabuk dan syaitan merasuk maka hilang pertimbangan.
Kerakusan rakan-rakan yang pada tahap melampai batasan.
Untuk tidak terlalu mengaibkan individu ini, gambar yang dikeluarkan adalah sekadar memberi kebenaran bahawa “baginda” sedang berseronok dan kita boleh menilai dari aksi rakan-rakan beliau dalam majlis tersebut dan “Ketua Agama Islam” bersama mereka.Masih banyak koleksi gambar yang lebih mengaibkan dan nantikan episod seterusnya untuk kita lebih mengenali dan menilai institusi diraja.
Tetapi bukan syaitan yang harus dipersalahkan kerana memang syaitan bersifat demikian dengan menghasut tetapi adalah kerana “baginda” memilih air kencing syaitan minuman  pesta atau parti mereka..Kita lihat perilaku gambar diatas yang jelas menunjukan watak sebenar “baginda” dalam Pesta Seks Diraja yang amat mengaibkan diri beliau.
Wanita Mat Salleh Yang Sama  Sedang Memberikan “Air Kencing Syaitan”
Kepada Seorang Lelaki Berbogel Pada Pesta Tersebut.
Wanita ini jugalah bersama dengan Bakal Ketua Agama Islam Negeri/Negara.
Wanita (mat salleh)  ini jugalah yang sedang beraksi dengan penuh berahi bersama baginda dan wanita ini jugalah yang sedang memberikan air kencing syaitan kepada seorang rakan mereka yang dalam keadaan bogel.
Bayangkan apa sedang berlaku dalam majlis tersebut dan adakah ini tidak melampaui batasan kewarasan dan rasa tidak berdosa kepada Allah terutamanya yang bakal menjadi Ketua Agama Islam. Dimanakah rasa segan silu dan takut kepada Allah atau malu kepada rakyat kerana mempercayai mereka untuk menjaga kesucian Islam.
Mereka inilah yang menjahanamkan Islam dan memberi ruang keapda agama lain bertindak keatas Islam dan memperlekehkan Islam. Manakan tidak mereka (bukan Islam) memperlekehkan Islam jika inilah sikap dan perangai Ketua Agama Islam di Malaysia.
Koleksi Botol-Botol Pilihan Air Kencing Syaitan  & Inilah Wajah Mereka Watak Utama & Minah Mat Salleh
Dimanakah silapnya dan menyebabkan Islam diketuai oleh manusia-manusia seperti ini. Mampukah kita terus menjunjung hormat kepada mereka dan membenarkan tangan tangan ini terus merasmikan rumah-rumah Alllah di Malaysia dan terus berkata-kata isu kepentingan & kesucian Islam selagi mereka tidak bertaubat.
Conflict of Personality-Bagaikan Langit & Bumi Perbezaanya
Dengan aksi baginda di  Pesta Seks Diraja diatas dan kegemaran terhadap air kencing syaitan, namun tetap mampu memainkan peranan selaku Ketua Agama Islam. Namun menariknya apabila berlaku “Conflict of Personality” yang jelas dimana beliau sedang berada dirumah Allah dalam majlis Tahlil & Yassin dan dia jugalah sebelum ini kita lihat beliau beraksi di Majlis Pesta Seks Diraja.
Mungkin beliau mengambil ruang untuk memenuhi kehendak rakyat selepas memenuhi kehendak hawa nafsu sendiri dan kembali ke pesta-pesta dan parti-parti kesukaan apabila selesai Majlis Tahlil & Yassin agaknya.
Hilang keyakinan apabila manusia berpura-pura dan inilah contoh apabila manusia berpura pura tetapi kebenaran tetap muncul bila tiba masanya.
Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
 
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”
Teringat kepada kisah Kartika yang dihukum sebat kerana minum arak oleh Mahkamah Syariah.
Apa pula hukuman yang setimpal bagi Ketua Agama Islam dalam aksi ghairah, minum arak dan sebagainya.
Tetapi hukuman akhirnya tidak dijalankan kepada Kartika kerana cepat pihak istana mengampunkan kesalahan beliau. Ramai lagi di penjara yang mungkin juga teraniya atau diperangkap kes jenayah dan syariaah dan tidak pula cepat pihak istana mengampunkan mereka.
Mungkin juga bagi mereka “Pengampunan Diraja” membersihkan diri mereka dari segala dosa kepada Allah & rakyat yang terus tertipu dengan watak mereka selaku Ketua Agama Islam Negeri/Negara.
Inilah gelagat sebenar Ketua Agama Islam & kesan Air Kencing Syaitan kepada manusia yang kita doakan setiap solat jumaat.
“Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”
Namum bila kita menegur dikatakan kita biadap dan mula dibabitkan kesalahan Akta Hasutan & sebagainya tetapi mereka yang sebenarnya melakukan kesalahan yang jelas dan mengkhianati Islam dan rakyat dan mereka masih dijulang  kononya mereka adalah benteng terakhir dalam memastikan Islam & Melayu kekal terpelihara di Malaysia.Terpeliharkah Islam & Melayu jika ini nilai diri mereka?
Semoga Allah SWT melindungi Islam di bumi Malaysia yang telah tergadai kepada mereka yang lupa amanah dan janji mereka sewaktu mengangkat sumpah dengan nama Allah SWT.
Nantikan pendedahan seterusnya dalam pelbagai kisah diluar pemikiran kita melibatkan kerabat diraja dan terpeliharakah Islam dengan mereka sebagai Ketua Agama Islam Negeri/Negara.

Ahad, 2 September 2012

Kebangkitan Sabah..Meroyankan UmnoBn..


(Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah)

BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.


(Nasrudin memberikan ucapan)


“Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme.

“Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa,” saran beliau.

Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta Kerana Memfitnah AKSB

Kota Bharu: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali (gambar) kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk
“Kelantan Misused RM600m in Loans” dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif. -HD

Sunday, September 2

Aduss, malunya jadi bangsa Umno, dah TUA pun kena kencing ka?

Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?

KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini.

Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu “kini masa balas budi” dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam.

Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli.

Sebagai contoh, tweet berbunyi “Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak” telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun.


Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search “Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami” dan saksikan sendiri berapa “rakyat” Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama.

Begitu juga tweet yang berbunyi - “Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik”.

Lihat juga berapa “orang” yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini:

“Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played”

Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar bawah sekali).


Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa ‘bots’ yang sedang menghantar tweet #Merdeka55.

Tulis Khairy, “Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!” tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.)

Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai.

“Sungguh kesian. Ini idea siapa?” tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini.

Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam.

Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya.

SEMAKIN TIDAK BERMORAL MANUSIA ZAMAN NI, ATAU MUNGKIN SABOTAJ


Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan

2 September 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalu dan mendukacitakan.
  
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.
  
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
  
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
  
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.
  
Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.

Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.
  
Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.
  
Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.
  
"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau. -Bernama

Hancurnya hati kedua ibu dan bapanya


Masya Allah!! Siswi ini Terpaksa Tinggalkan Pengajian Setelah Hamil Diratah 6 Lelaki.. Jom Terjah!!


  • Share

KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk.


Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.

Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan.

Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi.

Harian Metro

02 September, 2012

Akhirnya.. Adnan Yaakob Tak Muncul-Muncul Di Himpunan Hijau Raub

Dianggarkan kira-kira 8,000 orang peserta 'Himpunan Hijau Raub' Selamatkan Bukit Koman, Pahang telah berada di tapak padang Milo, Raub yang bermula jam 2.30 petang tadi.Menariknya, dua buah kerusi khas telah disediakan khas buat Menteri Besar, Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen.Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) berkenaan masih tidak muncul walaupun surat jemputan rasmi telah dihantar penganjur sejak dua minggu lalu.

Ada di antara mereka sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman sejak jam 1 tengah hari tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula.Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali lombong, Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang Milo.Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di himpunan ini adalah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, dan pemimpin setempat.Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Bandar Raub yang sebelum ini sunyi hari ini menerima kehadiran peserta yang datang sejauh Kuantan dan Kuala Lumpur manakala ada yang datang dari Pengerang, Johor yang bakal terjejas ekoran rancangan perdana menteri, Najib Altantuya mengambil tanah di kawasan mereka untuk dijadikan lapangan minyak dan gas (RAPID) yang sebenarnya pusat pengumpulan kedua-dua bahan itu untuk kegunaan Singapura dan tentera Amerika Syarikat.


Dijangka, kira-kira 3,000 lagi peserta tersekat dalam kesesakan jalan raya sepanjang 3 kilometer menghala ke bandar ini ekoran polis mengadakan satu sekatan jalan raya dari arah Bentong dipercayai cuba untuk menggagalkan himpunan hari ini.Setakat jam 3 petang tadi, kelibat Adnan dan Ng Yen Yen masih tidak kelihatan walaupun Yen Yen menganjurkan jelajah basikal sempena sambutan kemerdekaan di bandar ini pagi tadi.

Fakta Sianida

Sianida adalah zat beracun yang sangat mematikan. Sianida telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Sianida juga banyak digunakan pada saat perang dunia pertama. Kesan dari sianida ini sangat cepat dan dapat mengakibatkan kematian dalam jangka waktu beberapa minit. Hidrogen sianida disebut juga formonitrile, manakala dalam bentuk cairan dikenal sebagai asid prussit dan asid hidrosianik. Hidrogen sianida adalah cairan tidak berwarna atau dapat juga berwarna biru pucat pada suhu kamar.

Bersifat meruap dan mudah terbakar. Hidrogen sianida dapat bertindak balas baik dengan udara dan bahan peledak. Hidrogen sianida sangat mudah bercampur dengan air sehingga sering digunakan. Bentuk lain ialah sodium sianida dan potassium sianida yang berbentuk serbuk dan berwarna putih. Sianida dalam dos rendah ditemui pada alam semulajadi dan ada pada setiap produk yang biasa kita makan atau gunakan. Sianida dapat dihasilkan oleh bakteri, jamur dan ganggan.

Sianida juga ditemukan pada rokok, asap kendaraan bermotor, dan makanan seperti bayam, bambu, kacang dan tepung ubi. Selain itu ia juga terdapat pada beberapa produk sintetik. Sianida banyak digunakan pada industri terutama dalam pembuatan garam seperti natrium, kalium atau kalsium sianida. Sianida yang digunakan oleh tentera NATO (North American Treaty Organization) adalah yang jenis cair iaitu asid hidrosianik (HCN).

Gejala yang ditimbulkan oleh zat kimia sianida ini bermacam-macam; mulai dari rasa pening pada kepala, mual muntah, sesak nafas, dada berdebar, selalu berkpeluh sampai mati dan pengsan apabila tidak segera ditangani dengan baik akan mengakibatkan kematian. Kesan keracunan ini sangat cepat, kerana prognosis dari terapi yang diberikan juga bergantung kepada berapa lama pesakit terkena zat toksik tersebut. ~mkini

01 September 2012

DAP PERINTAH : TAHLIL DAN BACA YASSIN TAK BOLEH?


Sekali lagi Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan cerdik. Kali ini Ali dilaporkan berkata jika DAP perintah, orang Islam tak boleh tahlil dan baca Yassin.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam facebook menulis bahawa 
Datuk Ali kata, orang Islam tak boleh Tahlil dan baca Yasin kalau DAP perintah. 

"Saya cadang Datuk Ali pi Pulau Pinang dan buat program Tahlil dan Yasin tujuh hari tujuh malam tanpa henti!" ujar Adly.


Ternyata kenyataan Ali sama sahaja dengan kenyataan guru kemas dan JKKK kampung...memalukan negeri Melak a sahaja. Samalah juga dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Katil, Mat Sirat di Surau Taman Pengkalan Jaya tidak lama dahulu yang mendakwa azan tidak boleh dikumandangkan di Pulau Pinang.


Mereka ingat rakyat begitu bodoh mempercayai penipuan mereka bulat-bulat. Kenyataan mereka membuktikan betapa rendahnya minda pimpinan Umno/BN khususnya di Melaka. Rakyat bukannya tidak tahu bahawa peruntukan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang dinaikkan dari RM12 juta zaman BN perintah kepada RM64 juta sekarang. Guru-guru KAFA dapat elaun tambahan dan para Hafiz juga mendapat elaun sumbangan kerajaan Pulau Pinang.

KDN segera tangani isu Jalur Gemilang, pijak gambar PM

2 September 2012
Gambar Najib kena pijak
Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.
Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin.
Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin.
SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana Menteri serta memaki hamun pemimpin negara pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
  
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mahu dalang dan 'desperado' atau golongan terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
   
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya.
  
Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.
  
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata polis sedang giat menjalankan siasatan dan pihak Peguam Negara pula akan mendakwa jika terdapat bukti kukuh mereka yang terlibat.

Katanya pihak pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan.

  
" Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihak berkuasa Malaysia bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi memantau aktiviti pihak pemisah di sana yang dikatakan memacak Jalur Gemilang pada lokasi-lakosi selepas pengeboman dilakukan di Selatan Thailand baru-baru ini.
  
Beliau berkata Kementerian Luar juga turut memainkan peranannya dalam menangani isu sama. - Bernama

PKR: Kami tidak reka kes bas diserang
RISWANDI RAZAK
2 September 2012
Azmin: Serang bas cubaan gagalkan kempen PKR
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat diletakkan di pekarangan ibu pejabat polis daerah Kota Bharu.
 
SHAH ALAM - PKR menegaskan insiden bas parti itu, yang digunakan dalam kempen Jelajah Merdeka Rakyat, disimbah cat merah dan dipecahkan cermin depan di Kota Bharu awal pagi semalam, bukan satu rekaan untuk mengalih fokus isu kontroversi semasa.

Pengarah Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusuf berkata, pihaknya menafikan dakwaan bahawa insiden tersebut rekaan untuk menutup isu Himpunan Janji Demokrasi malam Khamis lalu, dicemari dengan tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang.


Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengeluarkan komen atau kenyataan tidak berasas kerana insiden itu melibatkan isu keselamatan.


“Insiden bas PKR (diserang), yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu serius, namun PKR sudah lali dengan provokasi dan sabotaj sebegini.


“Ketika kejadian, saya sendiri melihat keadaan bas berkenaan semasa konvoi ini tiba dari Pulau Pinang sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Menurutnya, insiden terbaru ini tidak akan mematahkan semangat konvoi Jelajah Merdeka Rakyat untuk menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia menemui rakyat.


Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai serangan bas parti itu yang diserang.


Menurutnya, insiden ini tidak wajar dikaitkan dengan program Himpunan Janji Demokrasi kerana Pakatan Rakyat (PR) bukan pihak penganjur.

“Mereka seharusnya mengkritik kami jika ada isu dan bukannya menggunakan politik sebagai serangan murahan," katanya.

INI YANG PAK KARAMU KATAKAN DULU

02 September, 2012

Poster Penentangan Umno Johor Terhadap Kepimpinan Najib Tersebar


Poster ni di katakan di perolehi oleh PR supporters fb kat shoping mall. Di area mana Addin tak pasti, tetapi yang pasti di Johor ler.

Ini mungkin bukti jelas najib hadapi penentangan kuat dari Johor....apa macam? Sesiapa ada maklumat lanjut berkenaan boleh e-mel ke Addin..

Inilah kenyataan Nurul Syuhada yang menyebabkan rakyat Sarawak mengamok.

Sunday, September 2, 2012
Semua ke?

Aku tatau. Tapi korang baca dulu kenyataan tersebut kat bawah neh ;

Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia. 

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....

Disebabkan menyebut perkataan DAIF,  cik kak nurul syuhada telah dihentam oleh pelbagai pihak. Yang menjadikan tapak kaki aku ketawa2 sampai tak hengat donia ialah PAS pun turut menyemak dalam isu neh.

kah kah kah

Kemon. 

Kalau dia cakap bintulu daif kita nak marah kenapa?

Bintulu = sarawak = bn = daif?

So yang

PAS NAK MENYEMAK kenapa?

Kalau dia mai perak dia cakap perak daif takan nak marah kot? Aku dah berjuta kali cakap perak daif.  Aku bandingkan kehidupan aku kat kl dengan perak. So aku cakap apa yang aku pernah alami. Tang mana salahnya pengalaman aku? 

Tak suka?


Bagi la maju macam kl. Macam johor. Sampai bila nak macam neh jek. Kelantan tak nampak maju tapi rumah besar. Ko ada? Kawasan sini sudah la takde kemajuan, pembangunan terpilih,  projek kroni, daif, miskin sana sini sampai selalu masuk bersamamu tv3, negeri ketiga termiskin, gaji kecik, hapa pun takde then nak marah aku? Cakap benda betul merupakan satu kesalahan ke?


Dan sejujurnya aku pelik banyak kali atas isu neh. Kalau korang baca betul2 apa yang cik kak nurul tue cakap kan..


kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....


1. Kawasan bintulu daif.

2. Melalui pelan transformasi

3. Tadaaaa tak daif lagi dah..

Macam neh pun nak marah ka? Biar betikk?

Hold.

Mari kita bertukar2 fikiran. Berlapang dada. Kita hidup dengan pengalaman yang berbeza2. Jadi jangan heran kenapa pandangan kita akan berbeza2 juga. Dan aku fikir, nurul syuhada tak mengatakan apa2 yang salah. Takde point sama sekali nak marah dia melulu. Kesian kat dia. Sampai kena minta dan sudah pun minta maaf.

Dan paling takde point sekali ialah PAS. Memang kelakar. Jangan sebut PAS la. Random sangat. Sebut Pemuda PAS Sarawak. Kali terakhir yang aku ingat ialah PAS = PEMBANGKANG di sarawak. Aku tatau pula yang PAS dah tukar jadi PEMBANGANG di sarawak. 


Jika ada orang luar bintulu mengatakan bintulu itu daif tembak lah bn. Mereka tak buat pembangunan. Yang ko tembak orang yang cakap jujur buat apa? Tugas ko tahun melawat sarawak ke or cari jalan untuk memerintah sarawak?


kah kah kah


Opss.. tak habis lagi.

Bukti bintulu tak daif ada kat bawah neh hah ;



Oppa Najib nak mai. Lagi beberapa minggu piem nak mai mula sibuk repair jalan. Macam piem sorang jek guna jalan tue.. jalanraya di malaysia dibuat untuk menteri bukan untuk penduduk awam..

Dan dengan neh boleh la si taib tue berbangga.. tadaaaaaa kan i dah habaq kat u.. bintulu tak daifff, i km yang baikkk dan iiii akan pastikan mereka voteee biennnn okeee opppa?

kah kah kah 

Sumber gambar dan rakaman percakapan nurul syuhada disini. 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.