Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CISSSS CILAKAK BADAN, SENDIRI BUKA TAK BERANI TUTUP, PENGECUUUUUT !

UMNO BOLEH NILAI MUFTI KO RANG NI ! PENGRCUUUUT ! SO APA LAGI HARAPAN UMNO, DAH TERBURAI AMBIK KOOOO !

 Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria secara tegas tidak mahu terbabit dengan agenda politik Hadi dan tidak akan hadir walaupun dijemput.
Beliau sebaliknya mengulangi pendirian bahawa Hadi perlu menarik balik amanat yang dikeluarkan pada 1981 dan bertaubat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Benda sudah salah tidak perlu ada forum. Saya cuma nak nasihatkan beliau bertaubat dan menarik balik amanat itu. Tak ada faedah pun forum itu diadakan.

“Saya tidak akan hadir... buat apa hendak menegakkan benang basah. Saya bukan mencari siapa salah, siapa betul. Saya kata perbuatan itu salah, habis cerita... kalau dia kata tak salah, dia punya pasal,” katanya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada kelmarin berkata, kerajaan akan menjemput tokoh agama dan mufti hadir dalam forum berkenaan.

Ia susulan hasrat Hadi yang mahu muncul di televisyen selama sejam untuk menerangkan isu perpecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanat yang mengkafirkan Umno di Terengganu 32 tahun dahulu.

Forum dianjurkan secara tertutup
Dalam pada itu Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad pula mahu acara tersebut diadakan secara tertutup kerana tidak mahu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi agama dan memburukkan lagi keadaan apabila disiarkan secara langsung di televisyen.

BUSUK-BUSUKPUN TERTUTUP TAK PA AKHIRNYA TERBARAI GAK ! OK JANGAN TAK JADI !

JIKA MUFTI TAK NAK DATANG NANTI K.PENERANGAN UMNO MARAH !

FORUM WAJIB KASI JADIK, TIDAK KALO ISU AMANAT INI AKAN MAKAN DALAM DAN BOLEH JADI KANSER, JANGAN TAK JADIK !

Wednesday, January 2, 2013


Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani - Siapa ?

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...



Baca sepenuhnya Di Sini
Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh Islam ?

Namun ada lagi mufti yang berani dan ada juga yang cerdik ambik jalan selamat... 



Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman pula membayangkan tidak akan hadir forum berkenaan.

“Kita dahulukan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Wan Zahidi Wan Teh). Mereka ada bukti dan lebih awal mengemukakan isu berkenaan, mereka yang patut hadir,” katanya tetapi enggan mengulas panjang

Tahniah buat Mufti Perlis... 

Mufti Juanda setuju siar secara langsung
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bersedia untuk hadir dan bersetuju jika ia disiarkan secara langsung.
 
“Saya amat bersetuju kalau siaran secara langsung dan telus. Amat besar harapan umat Islam supaya isu ini dileraikan dan semua pihak perlu jujur untuk Islam,” katanya.

Teringat balik kisah kerja haji Najib 2 tahun lalu, mufti mana yang berani buat teguran ?


Jom Turun beramai-ramai,,

Uganda siasat unit Petronas kerana mengelak cukai RM11.3j

January 02, 2013Oleh Boo Su-Lyn
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Penguatkuasa cukai Uganda sedang menyiasat subsidiari Petronas Engen Uganda kerana didakwa mengelak cukai berjumlah lebih daripada 10 bilion Uganda Shillings (RM11.3 juta), lapor media negara Afrika Timur itu minggu ini.

Syarikat petroleum Afrika Timur itu dituduh menipu tanggungjawab cukainya sejak tahun 2004, setahun selepas ia ditubuhkan oleh Engen Petroleum Ltd (Afrika Selatan) yang merupakan sebahagian daripada syarikat minyak kebangsaan tersenarai dalam Fortune 500.

“Engen Uganda Ltd telah membayar yuran pengurusan kepada Engen Petroleum Ltd (Afrika Selatan) pada setiap suku tahun dan kadang-kadang pada asas bulanan, tetapi tidak membayar cukai pegangan ke atas pembayaran,” kata pemberi maklumat dalam petisyen yang dihantar kepada Lembaga Hasil Uganda (URA), seperti yang dilaporkan oleh portal berita Uganda, Chimpreports.

Pengarah Am Jabatan Komunikasi Strategik Petronas, Mohd Suhaimy Kamaruddin, tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

Chimpreports juga melaporkan bahawa Engen Uganda gagal membuat caruman keselamatan sosial daripada pekerja kepada Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Negara Uganda.

Pegawai URA tidak boleh menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut seperti dilaporkan oleh akhbar Uganda, Daily Monitor, Isnin lalu.

Engen Uganda juga didakwa mengisytiharkan kerugian sejak pembukaan pada tahun 2003, walaupun sebenarnya membuat keuntungan.

“Syarikat terus menghantar pulang semua keuntungan dalam bentuk pembayaran antara syarikat (dari Engen Uganda Engen Petroleum Ltd (Afrika Selatan),” kata pemberi maklumat, dipetik dari Chimpreports.

“Keuntungan tersebut telah dipindahkan kembali ke Afrika Selatan tetapi menyamar sebagai perbelanjaan dan/atau kerugian.”

Engen Uganda, yang ditutup operasi pada Jun lepas, dilaporkan dijual kepada syarikat minyak Kenya, Addax.

Engen Petroleum Ltd (Engen) dimiliki secara 80 peratus oleh syarikat pengeluar mintak Malaysia Petronas.

Pekerja Eleven Engen Uganda telah menyaman Engen Uganda diatas pemberhentian yang menyalahi undang-undang, lapor Daily Monitor pada Jun lepas.

Mereka dilaporkan menuduh syarikat minyak tersebut melakukan perhambaan, pelanggaran kontrak, pelanggaran berkanun dan menyalahi undang-undang, termasuk layanan diskriminasi dan pelanggaran privasi serta maruah.

Selain dari Afrika Selatan, Petronas juga mempunyai operasi bermasalah di Selatan Sudan di benua Afrika.

JAHAT PUNYA CINA PANDAI JOLOK A A A

Soi Lek sedia letak jawatan jika DAP jadi MB Johor
SITI NOOR SEPEE
2 Januari 2013
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
 
JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP berjaya menjadi Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun, beliau yakin situasi berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Soi Lek berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi kenyataan.

“Saya yakin sokongan semua rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin kuat, termasuk masyarakat Cina. Mereka mula sedar jika undi DAP pada pilihan raya, mereka turut undi Pas.

“Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Konsert Sambutan Tahun Baru dan Pameran Pelancongan Taiwan Mini Travel Fair di tempat letak kereta Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Soi Lek berkata, negeri ini juga semakin maju hasil pemerintahan kerajaan BN sejak sekian lama, malah dengan adanya pelbagai projek mega khususnya limpahan daripada Iskandar Malaysia turut memberi manfaat kepada rakyat.

“Dalam masa lima tahun sahaja, saya percaya negeri ini mampu mengatasi Selangor hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Abdul Ghani mengakui kira-kira 90 peratus orang Melayu di negeri ini menolak Pas dan beliau yakin BN mampu menang dalam PRU akan datang.

“Saya juga ingin mempersoalkan kenapa Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas) tidak bertanding sahaja di Pontian, sedangkan dia berasal dari daerah itu,” katanya.

JATUHNYA UMNO KERANANYA ?


Panas Berapi: Deepak Bayar Bagi Pihak Hjh Rosmah Mansor, Isteri PM Haji Najib Untuk Pembelian Barang Kemas Mewah.. Ini Bukti2nya, Jom Terjah!!!

TERKINI!

Belum pun sempat perdana menteri, Najib Altantuya menghembus nafas 'lega', hari ini satu lagi 'bom berangkai' diletupkan!

KEADILAN sebentar tadi mendedahkan 19 invois pembelian barangan kemas termasuk cincin bernilai USD3.9 juta (RM11.7 juta) dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sekali lagi Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli membongkarkan perkara itu yang mengatakan bahawa dokumen tersebut diperolehi menerusi sumber ketiga yang tidak didedahkan.

Pembelian barang kemas tersebut dilakukan di Hong Kong dan dipercayai digunakan melalui syarikat perniagaan yang dikendalikan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan untuk isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Rosmah yang dibayar oleh beliau.

Deepak semalam menepati janjinya apabila mendedahkan siri pertama pendedahan di sebalik penarikan akuan bersumpah (SD) pertama dan penerbitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dikaitkan dengan Najib Altantuya.

Rafizi menambah, urusniaga itu dipercayai sebagai satu cara untuk 'menutup mulut' Deepak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat perkara itu.

Untuk keseluruhan maklumat, ikuti pendedahan Rafizi di bawah.

Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah


Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd;

dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.


Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

UMNO AKAN TUNAI JANJINYA, MEREKA TAK TAKUT SEMUA TU

Himpunan 12 Jan: Pakatan harap PM tunai janji
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
2 Januari 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
PETALING JAYA - Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung 12 Januari ini di Stadium Merdeka tetap akan berlangsung di lokasi yang sudah diuar-uarkan meskipun belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab.

Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak bercadang menukar lokasi himpunan yang diharapkan berjaya mengumpul kira-kira sejuta rakyat Malaysia.

"Buat masa ini, hanya Stadium Merdeka. Saya yakin PM akan tunai janji," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu  ditanya sama ada terdapat lokasi alternatif lain yang difikirkan jawatankuasa itu sekiranya mendapat halangan dari pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan di stadium terbabit.

Sebelum ini sudah berlangsung dua siri Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu di Negeri Sembilan pada 3 November dan 17 Disember lalu di Perlis.

Menurut Mohamad, kedua-dua perhimpunan itu berjalan dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari pihak polis.

"Kami jamin himpunan ini (Stadium Merdeka) akan berlangsung aman," tegasnya lagi.

Himpunan yang bakal berlangsung dua minggu dari sekarang ini akan bermula pada jam 2 hingga 5 petang.

Berkonsepkan santai, acara kemuncak pada petang itu adalah bacaan deklarasi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pimpinan utama Pakatan Rakyat akan bertemu Ketua Polis Negara bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh segera.

Sementara peringkat kedua diikuti oleh jawatankuasa induk himpunan tersebut akan bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur.

Kedua-dua surat berhubung perkara itu akan dihantar hari ini.

Himpunan ini akan diadakan serentak dengan beberapa negara lain seperti Austalia, Sydney, London dan Dubai.

Di ibu negara, himpunan akan disertai oleh pemimpin dan penyokong parti politik termasuk NGO-NGO yang menyokong dasar-dasar pembangkang.

PANDANGAN MUNGKIN UNTUK BERDEBAT

JIKA PANGGIL TOKOH AGAMA ITU ADALAH BAIK, CUMA NANTI JIKA HADI BERSEORANGAN  MEWAKILI PAS JANGAN MACAM MAHKAMAH PULAK YANG MANA KEPUTUSANNYA 3-1 ATAU SEBALIKNYA, YANG KITA TAHU HADI HANYA KATA BAGI DIA 1 JAM UNTUK TERANGKAN ISU AMANATNYA, JIKA PANGGIL TOKOH AGAMA LEBIH BAIK BERDEBAT BARU LA TAHU NASIB TIMBUL ATAU TENGGELAMNYA UMNO - Pak Karamu
 
Amanat Hadi: Rais patut jemput PM sekali, kata Pas
JAMILAH HAMZAH
2 Januari 2013
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub 
 
SHAH ALAM - Pas menyindir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata mufti dan tokoh agama akan menyertai Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di televisyen dalam sesi penjelasan berkaitan polemik Amanat Haji Hadi.

Sehubungan itu, Pas berkata adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di televisyen bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, jemputan dibuat itu adalah perkara kedua, yang penting bagi Pas penjelasan amanat presiden perlu dibuat secara langsung di televisyen.

Beliau berkata, peluang dan ruang yang adil perlu diberi kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik di media.

"Bagi saya yang penting perkara itu dapat dijelaskan dan disegerakan.

"Namun perkara yang berkaitan jemputan ini nombor dua, yang penting penjelasan yang akan disampaikan Presiden nanti adalah secara langsung," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam laporan media kelmarin, Rais berkata, tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Hadi bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita."

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerajaan perlu adil dan tidak membezakan hak untuk rakyat menggunkan saluran media sedia ada.


Wednesday, January 2, 2013

Ini bahayanya Umno jika kembali berkuasa [Gambar]

Sedarlah wahai bani Melayu, inilah bahananya jika Umno diberi lagi kuasa memerintah selepas Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang... FB

Shalehudin

DEBAT NGAN JAKIM PULAK !

Jakim jangan jadi alat politik
Wartawan Sinar Harian 2 Januari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Pas mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak menjadi alat permainan politik mana-mana pihak tertentu dalam isu Amanat Haji Hadi.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak.

"Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu.

"Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu.

"Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu.

"Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya.

Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas.

APA DAH JADI AKIDAH ORANG JOHOR ?


Wanita bersuami dua
KAMARUL HALIM M KAMAL
2 Januari 2013
Wanita dua suami
Wanita berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan pegawai penguat kuasa Jaij
 
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.


“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

HABIS, JAHANAM !

Wednesday, January 2, 2013

PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib?


Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.

Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja kata Yang Dipertua PSIP sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Bagaimanpun artis Rock terkenal tanahair, Awie mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan telah membuka sebuah Kelab Malam, Malai Rock Station Bistro (MRSB) di Ipoh yang dikatakan turut menjual arak - baca di ( SINI )

Dan hari ini sebuah laman Blog ( MiLo SuaM ) mendedahkan satu video yang menyerlahkan ketika menyampaikan sebuah lagu dalam satu konsert, Awie kelihatan memakai rantai yang berloket 'SALIB'..

Kebetulan ketika gua menjelajah video beliau di YouTube sebentar tadi, gua terkejut apabila melihat rakaman Awie sedang menyanyikan salah sebuah lagu rock beliau bertajuk "Ranggi Metropolis" dengan memakai rantai berbentuk salib.



Berulang kali gua pause, forward dan reverse video rakaman ini, memang sah dia pakai rantai salib. Cuba korang pulak check adakah mata gua yang kelabu atau memang betul Awie pakai rantai dengan loket salib?



Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat pada durasi seperti yang gua dah "highlight" dalam printscreen video di atas.
 

Peringatan Penting! 
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). 

BN DALAM KEADAAN TERTEKAN

Rabu, 2 Januari 2013

BN Makin Terdesak : Iklan 'Sayangi BN' dikesan dalam koc komuter

NONESelepas kontroversi pemasangan bendera BN dan iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak KTM Komuter, kini muncul pula iklan "Sayangi BN" di dalam sistem pengangkutan awam tersebut.

Tinjauan Malaysiakini pada hari Isnin lalu mendapati, paparan video iklan sepanjang kira-kira tiga minit itu menonjolkan visual pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama kelompok masyarakat.

Iklan berkenaan turut menonjolkan logo BN dan slogan "Dikau menjamin harapan", "Yakini BN - Sayangi Selangor" dan "Sekian lama aman sejahtera".

NONESatu sumber di KTMB menyebut, iklan tersebut hanya dipasang di dalam unit set komuter yang baru dari jenis SCS (Six-Car-Set) di sekitar Lembah Klang.

Sumber di KTMB yang tidak ingin namanya dinyatakan itu berkata, iklan tersebut mula dipasang di dalam koc berkenaan pada 29 Disember lalu.

Tarikh berkenaan merupakan hari pertama Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri, yang berakhir pada hari Isnin lalu.

NONESumber berkenaan bagaimanapun tidak dapat menjelaskan tempoh tayangan iklan dalam koc komuter berkenaan, dan sama ada ia merupakan iklan berbayar.

April tahun lalu, KTMB menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN di beberapa stesen komuter di Selangor.

Beberapa bulan selepas itu, iklan "Sayangi Selangor" pula muncul di badan gerabak dan di stesen KTM Komuter, tanpa memaparkan logo BN.

NONEKempen berkenaan antaranya lainnya menonjolkan Najib dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" dan "Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan".

Pengerusi KTMB, yang juga penyelaras BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed ketika diminta menjelaskan isu berkenaan pada Julai tahun lalu sekadar berkata ia merupakan iklan berbayar.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas presiden KTMB Datuk Elias Kadir, yang bertegas supaya soalan dikemukakan kepadanya melalui emel, untuk memberi penjelasan mengenai kempen terbaru BN di dalam koc komuter tersebut.

02 Januari, 2013

Minggu Ni.. Najib,Rosmah Bakal Panas Punggung!!

KUALA LUMPUR 2 Januari: Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.Deepak“Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
“Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu,” katanya dipetik Malaysiakini.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. ~kd

PENGGERANG BELUM SELESAI !


Wednesday, January 2, 2013

Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?


Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.

Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.

Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

Berikut adalah kenyataan media beliau..
Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.
Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah. Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.

Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.

Chua Peng Sin
Bendahari Gabungan NGO Pengerang
1hb Januari 2013
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.