Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khairol Fathmi tolong jawab


Jakim: Berpolitik dengan penuh adab mengikut tuntutan Islam

1 April 2013
Datuk Othman Mustapha
Datuk Othman Mustapha
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha hari ini menasihati semua  pihak supaya berpolitik dengan penuh adab dan sopan mengikut tuntutan Islam.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta semua pihak sentiasa sensitif dengan kenyataan yang diberikan apatah lagi isu yang boleh  dikaitkan dengan agama.

"Saya menasihati semua pihak khususnya (pemimpin) parti-parti politik walaupun tengah ghairah dengan pelbagai emosi, jadilah  orang politik yang tahu beradab dan sopan.

"Mengaitkan baginda Rasulullah dengan rakaman video seks adalah menyalahi adab seorang Muslim. Perbuatan secara lisan atau  ertulis amat tidak wajar kerana ini boleh dikategorikan semacam menghina, merendahkan dan mengaibkan Baginda," katanya.

Othman mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan tindakan Penolong Setiausaha Satu Dewan Pemuda Pas Pusat Khairul Fahmi Mat Som yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. melalui twitter beliau baru-baru ini.

Pada 11.58 pagi 27 Mac 2013 Khairul Fahmi yang menggunakan akaun twitter @fahmipkg mengeluarkan kenyataan: "Kalau Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO."

Kenyataan tersebut disifatkan sebagai menghina Rasulullah dan dikecam banyak pihak. Mengulas tindakan Khairul Fahmi,  thman berkata dalam urusan politik, semua pihak diminta tidak menimbulkan kontroversi semata-mata kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.

"Tindakan mengaitkan baginda Nabi Muhammad S.A.W. dengan perkara-perkara negatif adalah (perbuatan) tidak  bertanggungjawab dan tentulah satu fitnah dan penghinaan yang boleh menimbulkan kegelisahan dan kemarahan.

"Janganlah kerana marahkan orang lain sehingga sanggup mengaitkan Rasulullah dengan terminologi yang negatif," katanya.

Ini penting bagi mengelakkan masyarakat memandang sinis kepada Baginda dan mencerminkan kejahilan seseorang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian, kata Othman.

Katanya umat Islam mesti menjauhi penggunaan terminologi seperti ini kerana ia boleh menjejaskan akidah dan membatalkan pahala.

"Semua orang (Islam) mengakui Rasulullah adalah junjungan, qudwah dan ikutan sehingga menjadi contoh kepada sejarawan dan intelektual di segenap lapisan tamadun.

"Sebagai ummah yang mencintai Rasul sepatutnya kita sentiasa menisbahkan selawat, salam dan doa kepada Baginda serta meminta syafaat," kata beliau. - Bernama
Ceroboh Lahad Datu: Tujuh warga Filipina dan seorang anggota polis didakwa

1 April 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan  pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121  Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang  sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa  hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.      mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di  tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat  sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara  dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama

SABO JE LA !

01 April, 2013

Panas!! Samseng Umno Roboh Khemah Petugas Pilihanraya KEADILAN

PANTAI DALAM 1 APRIL: Satu lagi siri keganasan politik berlaku di Lembah Pantai apabila petugas pilihan raya KEADILAN Parlimen itu diugut sekumpulan samseng dan khemah mereka diceroboh serta dimusnahkan.Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Lembah Pantai, Siti Mariam Mohd Aly berkata, pada 26 Mac lalu, beliau bersama tiga petugas di khemah Taman Sri Sentosa Utara didatangi dua lelaki berbangsa India dan mengancam mereka.“Mereka ugut supaya jangan aktif di kawasan tersebut dan cepat cabut khemah,” kata Mariam kepada Keadilan Daily.

APE KE HE NYEW NI NYAH OIIII !



Monday, April 1, 2013


Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah


Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad
Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, dan lima anaknya adalah antara 84 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan di Makkah pada Rabu lalu.

Mereka disyaki menyebar ajaran sesat dan melanggar Akta Imigresen Arab Saudi.

Menurut sumber, kumpulan itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di bawah kawalan Jabatan Imigresen Arab Saudi.

Mereka dilaporkan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat, lapor Berita Minggu Malaysia (BMM), semalam.

Kumpulan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan kegiatan nasyid berunsur syirik.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Media tempatan Arab Saudi, SABQ, melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia pada Disember 2006.



Hatijah, 52 tahun, serta anakanaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat'am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial yang sudah tamat tempoh.

Bagaimanapun, pasport Hatijah masih sah sehingga Oktober 2014.

Difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu adalah hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah.

Wanita itu dipercayai mempengaruhi jemaah umrah dan haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Hatijah didakwa memiliki aset ratusan juta ringgit.

Kumpulan Hatijah didakwa memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan sepenuhnya kepada Wisma Putra untuk meneliti kes berkenaan.

Jakim juga akan menjalin kerjasama dengan kedutaan Arab Saudi di Malaysia serta kerajaan negeri itu dalam usaha memastikan kes berkenaan diselesaikan sebaik mungkin.
Kerajaan Rakyat

PULAAAK ! MACAM ADA MISSION INPORSIBLE ?

Bekas Jenderal Dakwa Ada Penglibatan Politik ‘Luar Biasa’ Di Lahad Datu

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”

“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.


Polis: Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Sosma

1 April 2013
Muhammad Ridzwan Sulaiman
Muhammad Ridzwan Sulaiman
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

"Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama di sini.

Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.

Hamza berkata, Muhammad Ridhwan yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.- Bernama

JOHOR TUMBANG !

MAHADHIR TAK MAHU RAKYAT JOHOR BAGI MENANG PADA PR ! TAPI RAKYAT JOHOR MAHUUUUUUU !
 
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA KATA BN AKAN MEMPERTAHANKAN JOHOR HABIS-HABISAN, HARI NI MAHADHIR PULA KATA JANGAN BAGI PEMBANGKANG MENANG DIJOHOR ! 
 RAKYAT MALAYSIA TAHU TAK APA MAKSUD MEREKA ? ITULAH TANDA MASYARAKAT JOHOR MAHU MEMBUAT PERUBAHAN DENGAN MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT ! JIKA TIDAK MENGAPA MEREKA MENGELUARKAN KENYATAAN DEMIKIAN ?
BILA KITA JUMPA ORANG JOHOR, MEREKA KATA SHHHHHH ! DAH LAMA DAH ! INI KALILAH ! Pak Karamu
 
Mahathir: Jangan bagi pembangkang menang di Johor
MOHD FIRDAUS YON
1 April 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
JOHOR BAHRU - Rakyat Johor disaran tidak membenarkan sama sekali calon Pakatan Rakyat (PR) menang sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod dan prestasi Johor sebagai 'deposit tetap' Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan.

"Melalui apa yang media laporkan, mereka (pembangkang) mahu bertanding di Johor. Jadi saya mahu tidak ada calon dari parti lawan dibenarkan menang di Johor.

"Kekalkan rekod Johor, prestasi Johor sebagai 'fixed deposit' BN," katanya semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama
Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

Pada kali ini, dua pemimpin kanan PR iaitu Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub masing-masing Penasihat DAP dan Naib Presiden Pas akan bertanding di Johor.

Sambil menyifatkan Johor sebagai contoh negara, Dr Mahathir berbangga dengan rakyat Johor dan pencapaian pada pilihan raya umum terdahulu kerana terus menyokong serta memilih BN.

"Harap Johor akan menang tiap-tiap pilihan raya umum dan kemenangan diraih adalah 100 peratus.

"Inilah Johor iaitu sebuah negeri yang mencerminkan Malaysia. Negeri berbilang bangsa dan agama sentiasa memberi kerjasama serta sokongan kepada pemimpin-pemimpin BN yang bertanding seterusnya membawa kemenangan," katanya.

Monday, April 1, 2013

TGNA JAWAB TUDUHAN LIAR TV3 DAN NSTP TERHADAP KELANTAN

Isnin, 1 April 2013

Terbaik !! Foto Yang Tak Mungkin Tersiar Di Utusan Dan TV3

UMNO dan Najib bertambah pening kepala...Hebohkan kepada dunia kononnya anak-anak muda bersama dan pilih UMNO/BN tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Lihat rakaman gambar diatas....Mahasiswi bangkit dan mau melakukan perubahan dengan berdemo depan kediaman rasmi Najib Razak di Sri Perdana Putrajaya semalam.

Dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera tulis ayat ' TOLAK UMNO/BN" sudah pasti UMNO kini berasa cuak gementar, panik dan gelabah untuk menghadapi PRU 13 yang sudah mata dekat tarikhnya kini.

Bila mahasiswi dengan berani bangkit tolak UMNO memberi erti UMNO akan sakit dan rebah.

Para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Amnya Mahathir dan Najib Razak tanya pada diri sendiri mengapa mahasiswi  yang dikategorikan sebagai anak muda yang cerdik pandai, berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN secara total dan mutlak.PRU 13 ialah PRU anak-anak muda ~ Omakkau

Jangan salahkan saya jika saman, Nurul beritahu SPR
Wartawan Sinar Harian
1 April 2013
Nurul Izzah Anwar
Nurul (tengah) menunjukkan beberapa salinan laporan polis berhubung serangan musuh politik di Lembah Klang.
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menyalahkan beliau sekiranya mengambil tindakan mahkamah.

Katanya, surat bantahan dan permohonan membatalkan senarai pengundi yang meragukan dalam bahagian Parlimen Lembah Pantai telah dihantar dan dicap terima oleh Nur Izdiyani, seorang pegawai kanan SPR pada 5 Mac lalu.

Demikian dakwa Nurul sambil menyifatkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak ada kredibiliti kerana menuduhnya mengambil tindakan mahkamah terburu-buru tanpa memaklumkan terlebih dahulu kerumitan itu kepada suruhanjaya itu.

Malah kata Nurul, surat itu juga telah difakskan oleh peguamnya iaitu Chooi & Company yang dihantar pada hari yang sama.

"Semua nama pengundi yang saya bantah bantah itu telah dikemukakan kepada SPR.
"... beliau tidak sepatutnya menyalahkan saya kerana menyaman SPR dalam hal ini walhal dalam surat itu saya turut menyatakan sekiranya SPR tidak beri jawapan bertulis dalam tujuh hari, tindakan mahkamah akan diambil," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat
Masyarakat Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Aziz pada Khamis lalu yang menafikan SPR tidak menerima surat daripada ahli parlimen itu yang mendakwa lebih 4,500 pengundi mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenal pasti manakala tiga pengundi pula telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Nurul Izzah mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan tegas ke atas Umno-Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai berhubung dakwaan menimbulkan keganasan politik sejak tahun lalu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR mendakwa biarpun pihaknya banyak kali membuat laporan polis beserta bukti pelakunya namun hingga kini tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka terbabit.

"Gangguan yang ditimbulkan Umno Lembah Pantai terhadap saya bukan saja keganasan berbentuk 'criminal intimidation', malah memperlihatkan tiada ada tertib berpolitik.

"... saya juga mendesak supaya menteri terbabit supaya lakukan sedaya mungkin dalam bidang kuasanya untuk pastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

Jelas beliau, lebih malang lagi apabila petugas dari pejabat pusat khidmat wakil rakyat kendaliannya menerima ugutan daripada sekumpulan samseng ketika mereka sedang bertugas di khemah PKR di Taman Sri Sentosa Utara, Khamis lalu.

Menurut Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Sentosa Utara, Siti Mariam Mohd Aly, sekumpulan samseng terbabit yang menaiki kereta waja itu yang dipercayai didalangi Umno Lembah Pantai.

"Saya dah buat kawat cam muka dan polis kata mereka ini geng tetak dan jual dadah.
"... pihak berkuasa kata mereka itu dikehendaki polis tapi banyak kalai polis cari namun tak temui, padahal mereka ada di situ," dakwanya.

Sehubungan itu, Nurul Izzah mendesak supaya semua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan politik matang dan baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

APA DAH JADI NGAN SPR ?

Nuffnang Ads

Isnin, 1 April 2013

SATU LAGI BUKTI SPR PENIPUI



SILA DATANG 
UNTUK MENDENGAR DASAR BERSIH
UNTUK MENDENGAR KES PENIPUAN
UNTUK MENDEGAR JALAN TERBUKA
UNTUK DEMOKRASI
 KOMENTAR TUKAR TIUB
wahai rakyat seluruh negara
wahai pembaca tukar tiub
sila jangan ada ilusi
sila jangan ada angan angan
sila jagan buat tak faham
sila jangan  buat deek
sila jangan buiat tak sedar
bahawa spr ialah jentera daulah

suruhanjaya pilihan raya
adalah jentera united malays national organisation
tugasnya ialah memastikan parti ketuanan melayu ini terus berkuasa

spr telah
spr sedang 
spr akan
melakukan penipuan

penipuan dilakuklan untuk memastikan
united malays national organisation menang

semua penipuan dirancang dengan
kerjasama mata mata
kerjasama jabatan pendaftaran negara
kerjasama jabatan kerajaan

justeru
yakinlah 
pakatan rakyat tidak akan berjaya
bukan kerana TIDAK ADA SOKONGAN
tetapi kerana ditipu

 

 MP tunjuk bukti 
makluman pada SPR
 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

NONESurat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau seterusnyamemfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.

"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.



SEBUAH  BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
 

------
Nuffnang Ads

01 April, 2013

Lagi Kebobrokan Kerajaan Umno BN Di Dedahkan

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akibat campur tangan politik BN yang keterlaluan, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.Menurutnya, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal kemasukan penceroboh dari negara luar, insiden di Lahad Datu dapat dielakkan serta tiada nyawa terkorban.“Perisik yang sepatutnya berfungsi untuk negara diperalatkan untuk politik sempit Umno BN. Saya tegaskan insiden ini bukan salah tentera dan polis tetapi penyalahgunaan aset perisikan untuk politik Umno BN.“Perisik digunakan mencari maklumat untuk penerbitan risalah menghina seteru politik. Saya yakin, ramai blogger anti Pakatan Rakyat terdiri daripada perisik,” katanya.

SYAYATINUL INS

Monday, April 1, 2013

Mohd Mukhzani Abdul Manaf HINA TG Nik Aziz ?

Aroma Adil

 
Dungun Fan Club's photo.
Minta maaf kat siapa dia ini, kat wall sendiri. Yang dia maki TGNA hahaha
Isu lelaki maki tok guru semalam, permohonan maaf dari beliau:
Permohonan maaf daripada Mohd Mukhzani Abdul Manaf di atas kesilapan beliau yang lepas maki hamun tok guru, Alhamdulillah;

Video - Sidang Media UMNO Parti HARAM??

Datuk Seri Ridwan Serah Diri, Gambarnya Bersama Mukhriz Masih Jadi Tandatanya


Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.....BERNAMA



Lelaki paling dikehendaki rapat dengan anak Mahathir


Mohon anak Mursyidul Am Umno/BN Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir bantu pihak polis untuk jejak dan tangkap individu yang paling dikhendaki kerana dipercayai menyalur bantuan dana kepada teroris Sulu yang menyerang dan menceroboh Lahad Datu.

Kerjasama anda amatlah rakyat alu-alukan...

Sebelum ini, media melaporkan, polis sedang mencari seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' untuk membantu siasatan dalam Ops Daulat.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.