Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 2, 2013

Tuntut Sabah: Filipina Nak Mencari Damai Atau Mencari Gaduh?

Tokoh Islam bantu Manila untuk tuntut Sabah
APRIL 02, 2013
The Philippine Star' melaporkan hari ini Presiden Benigno Aquino III telah mendapatkan nasihat profesor dari institusi pendidikan terkemuka republik itu. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 2 April — Manila dilaporkan mendapatkan nasihat daripada tokoh Islam terkenal mereka untuk mengkaji tuntutan tidak aktif negara mereka terhadap Sabah walaupun negeri utara Borneo berada di bawah tadbir urus Malaysia sepanjang 50 tahun yang lalu.
Tanpa menamakan sumber, The Philippine Star melaporkan hari ini Presiden Benigno Aquino III telah mendapatkan nasihat profesor dari institusi pendidikan terkemuka republik itu, termasuk University of the Philippines, untuk mendapatkan kefahaman dan konteks sejarah bagi isu sensitif wilayah berkenaan berikutan dengan tuntutan diperbaharui oleh puak Islam Filipina ke atas Sabah yang pernah menjadi milik mereka pada abad ke 17.
“Kami telah mendapatkan nasihat dari tokoh Islam, sebahagian daripada mereka adalah orang tua,” kata sumber dalaman pejabat presiden dilaporkan berkata.
Sabah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia semenjak 1963, selepas referendum Suruhanjaya Cobbold pada 1962 di negeri tersebut dan jirannya Sarawak dimana dua pertiga daripada rakyat mengundi untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Tuntutan Filipina terhadap Sabah menjadi tidak aktif semenjak itu, sehingga ia dihidupkan semula dua bulan lalu oleh kumpulan dari selatan Filipina di bawah pimpinan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III, dimana pasukannya mendarat di pantai berhampiran Lahad Datu pada 9 Febuari dan telah melancarkan perang gerilla terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Putrajaya telah membayar elaun tahunan sebanyak RM5,300 kepada Manila oleh kerana Kesultanan Sulu menyerahkan negeri utara Borneo itu - Sumber

MUTASABBIHAT POLITIK

APAKAH POKOK MASALAH INI ? YANG PAK KARAMU NAMPAK IALAH SEGALA KOMEN ADALAH POLITIK, SEDANGKAN SEBELUM INIPUN ADA KENYATAAN YANG TERANG-TERANG MENGHINA NABI AKAN TETAPI TIDAK DIPERBESARKAN
OLEH KERANA KENYATAAN MEREKA DATANG DARI SUARA PEMIMPIN PARTAI PEMERINTAH MAKA YANG SELALU NUAT KOMEN MENGUNCI MULUT SERAPAT MUNGKIN, MEREKA DIANGGAP TALIBARUT TOGHOUT ZAMAN MORDEN, KENYATAAN KHAIRUL FAHMI PAK KARAMU NAMPAK ADALAH KENYATAAN LEPAS GERAM TERHADAP PUTAR BELIT KENYATAAN MEDIA PEMERINTAH DAN PERANGAI RAKUS MEREKA YANG BERTERUSAN YANG MENJADI HALAL, APA YANG PENTING SEBAIK MUNGKIN JANGANLAH KAITKAN NABI SEPERTI APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TUN MAHADHIR YANG MEMBISUKAN SEMUA PEHAK  - Pak Karamu
 
'Saya tidak menghina Nabi'
Wartawan Sinar Harian
2 April 2013
Kenyataan Khairul Fahmi Matsom
Kenyataan Khairul Fahmi yang mengundang kontroversi.
Khairul Fahmi Mat Som
Khairul Fahmi Mat Som
 
SHAH ALAM - Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menegaskan, kenyataannya menerusi laman Twitternya minggu lalu tidak bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh beberapa akhbar.

Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi.

"Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri walaupun terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik kotor adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik," katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Katanya, tidak ada beza perangai munafik dahulu dan kini di mana senjata mereka sama iaitu fitnah melampau.

"Fokus utama kenyataan itu adalah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perkara tidak baik demi kelangsungan politik mereka," katanya.

Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, Umno dan BN mula takut dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

"Umno dan BN bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran rakyat. Video seks dan cerita skandal pimpinan Pakatan Rakyat (PR) merupakan modal terkini yang mereka usahakan.

"Ini satu tindakan hina dan jijik. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan moral yang murni. Mereka juga telah banyak menghina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan," katanya.

Katanya, Umno dan BN yang menghina Nabi dan bukannya dirinya.  
"Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan supaya rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah yang menjadi senjata Umno dan BN membunuh musuh politik mereka," katanya.

MUTASABBIHAT POLITIK

Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi
Wartawan Sinar Harian 2 April 2013
Mahfuz Omar   Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk  Mahfuz Omar mempertahankan Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som yang dikecam oleh pelbagai pihak kerana dianggap menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan Twitternya.

Menurut Mahfuz, apa yang cuba dinyatakan Khairul Fahmi dalam Twitternya itu hanya perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno, bukan bertujuan menghina Rasulullah SAW.
"Umno saja perbesar isu. Dia (Khairul Fahmi) nak beritahu macam mana jahatnya Umno sampai tahap itu, bukan dia nak kata Nabi Muhammad buat benda tak elok. Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno, Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno.

"Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ditanya tidakkah dengan menggunakan nama Rasulullah SAW boleh dianggap keterlaluan kerana kedudukan Baginda yang begitu dimuliakan dalam Islam, Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairul Fahmi.

“Apa yang keterlaluannya? Dia bukan kata kat Nabi Muhammad, dia kata kat Umno. Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam... kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat)  mengenai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja.
"Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang,” katanya.

Isnin, 1 April 2013

BN Rancang 13 Mei?


KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang merangka satu percaturan untuk menimbulkan huru-hara ala ‘Peristiwa 13 Mei’ sekiranya gagal mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan menggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.
“Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.
“Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).
“Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012),” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan konspirasi tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghalang perkara itu terjadi.
“Saya sedia bekerjasama untuk menyelamatkan negara kita daripada terjebak dalam suasana yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat dan rakyat.
“Sekarang ni rakyat pelbagai kaum kena lebih berhati-hati dengan tindakan Umno-BN dan tidak terperangkap dengan adu domba politik yang akan merosakkan negara kita,”
katanya.
sumber : link

PARLIMEN BUBAR ESOK



02 April, 2013

Punca Parlimen Di Bubarkan Esok Di Dedahkan..


KUALA LUMPUR - Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.
Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.



Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi. ~berita harian

Nuffnang Ads

Tuesday, April 2

TERHOT: Apa sebenarnya yang riuh rendah sangat neh... [Saksikan...]

ABU, jangan lupa. Tengok ja muka mangkok nih... ingat lubang usus Umno. Itu pengakhirannya busuk mereka dan itu saja selayaknya tempat bagi mereka...

NAH, inilah watak utama yang buat tengah buat ramai sekarang ini. Inilah watak sebenar sebagai sumber rujukan rasmi media-media haprak Umno dan macai-macai Umno di alam maya...

Masyaallah...!! Bekas penjenayah rupanya mangkok neh... itu belum dikira jenayah-jenayah yang terselamat kerana dicover oleh ehem-ehem... Jenayah dalam polis, jenayah di alam cyber... jenayah dalam keluarga sendiri (pukul bekas isteri/rampas anak) dan 'jenayah' dengan agama (Err... tak perlu sebut lar)

Kalau dalam Islam, orang fasik tak boleh jadi saksi, tak boleh jadi wali, tak boleh jadi imam etc... Tapi bagi macai-macai yang agamanya telah berkecai, PG adalah sumber TEPAT untuk dirujuk dalam usaha mereka menjatuhkan seteru politik mereka secara jijik demi mempertahankan kuasa Putrajaya...

WOWW BLOGGER JADI CALON WEEH !

Selasa, 2 April 2013

Karabat Diraja Antara Calon Yang Diumumkan DAP Bertanding Di Pahang

 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab

RAUB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz telah diletakkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan kepada ahli parti dan penyokong mereka di Sungai Liu dekat sini pada Isnin.

Sementara Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab.

Mohd Ariff, 57, merupakan Adun selama satu penggal dari 2004 hingga 2008, juga merupakan seorang penulis blog yang menggunakan nama "Sakmongkol AK47."

Dia menyertai DAP pada Januari tahun lalu, bersama-sama seorang veteran Umno, Aspan Alias.Mohd Ariff akan berhadapan dengan Exco senior Pahang yang juga Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang dijangka akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bagi kerusi berkenaan.

Tengku Zulpuri,47, merupakan kerabat diraja Pahang.Beliau bertanding dan menang jawatan timbalan pengerusi dalam pemilihan parti pada 2010.

Tengku Zulpuri akan berhadapan dengan penyandang kerusi Datuk Chuah Boon Seong, yang juga Ketua MCA Bahagian Temerloh.

Selain daripada dua personaliti yang berpengaruh itu, Lim turut mengumumkan bahawa Adun Tras, Choong Siew Onn akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.Tras merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Raub.

Dua lagi kerusi DUN ialah Batu Talam dan Dong.Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman.

01 April 2013

GAMBAR INI CUKUP MENGERIKAN UMNO/BN PAHANG



 














RIBUAN PENDUDUK TEMPATAN HADIR CERAMAH JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN DIBANDAR JERANTUT, PAHANG !!!!!!!....KINI PAHANG PULA SUDAH GOYANG HAMPIR TUMBANG!!!!! 

01 April, 2013

Penyanyi Yasin Di Soal Siasat SKMM

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Penyanyi Yasin Sulaiman dipanggil Suruhanjaya Komunikasi & Mulitimedia Malaysia (SKMM) jam 3 petang ini di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah ketika dihubungi memaklumkan pihak SKMM mahu merakam percakapan Yasin.



01 April, 2013

Punca Penyokong PKR Belasah Pemuda Umno Bandar Tun Razak Di Dedahkan..

Di Bandar Tun Razak, Jumaat lalu hanya disebabkan bendera satu pergaduhan telah dilaporkan berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga seorang macai UMNO.

Laporan dari kebanyakkan media Pro UMNO mendakwa bahawa pergaduhan telah dimulakan oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat.

Kononnya menurut macai-macai UMNO pergaduhan tercetus hanya kerana penyokong PR tidak berpuashati bila menyaksikan bendera-bendera BN dipasang jauh lebih banyak dari bendera PKR..

Itu menurut macai UMNO.. Adakah ianya benar atau satu lagi fitnah mereka? Berikut adalah penjelasan mengenai insiden tersebut oleh seorang sahabat kepada Mohammad Saiful Bin Mansur..

Salam.. hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun,... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR.

Kejadian pada Malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termask pemuda UMNO mewah.

Semasa perbincangan beliau ( MAMAT yang kena pukul tu ) menunjukkan lagak dan gaya yang sangat kurang ajar bila bercakap dengan Saiful yang lebih tua berpuluh tahun dari beliau. Mamat mengatakan persatuan Ayahnda PEKIDA bising dan minta beliau turunkan bendera 3 jalur yang kami pasang tersebut.

Aku mengatakan kami boleh membuka bendera tersebut jika pihak BN juga membuka satu signboard di Desa Tun Razak yang bercantum logo PEKIDA dan BN serta dipasang lagi bendera BN. Beliau berdolak dalih kononya tiada kuasa nak buka sedangkan beliau sendiri nak mengacau bendera kami. Kalau takde kuasa nak buka sendiri punya apahal pulak ada kuasa nak buka orang lain punya.

Semasa perbincangan tersebut Mamat ni cakap main lepas saja dan tangan beliau angkat tinggi-tinggi seolah-olah menunjukkan kepoyoan beliau terhadap saiful yang bukan kecik anak Ayahndanya.

Saiful sudah memberi amaran agar Mamat jangan tinggi suara dan jangan naikkan tangan dengan tunjuk-tunjuk jari ke arah saiful,sebab dia seperti tak hormat Saiful yang lebih tua umur dan pangkat. Tapi amaran tidak di endahkan.

Dengan nada bongkak si Mamat ini tadi berkata beliau tidak peduli apa yang akan jadi dan akan tetap mencabut bendera kami pada malam itu juga.

Saiful yang sudah tak boleh sabar melayan kerenah Poyo dan ala samseng si Mamat ni mula menolak beliau kerana tangan mamat yang menunding jari hampir kena ke muka Saiful seolah-olah mahu mencucuk muka beliau. Maka berlaku lah tolak menolak dan tumbuk menumbuk yang mana Si Mamat tadi ni teruk kena tumbuk.

Pergelutan yang berlaku dalam masa 10 ke 15 minit itu menyaksikan Saiful mendapat kuasa dalam pertarungan itu. Geng-geng UMNO/BN cuba masuk campur tetapi diberikan amaran oleh seorang lagi sahabat aku.


Kami sendiri pun tak masuk campur kenapa mereka pulak nak melebih-lebih. Kerana aku tak sampai hati membiarkan mereka terus-terusan bergelut aku telah mengambil satu tindakan drastik meleraikan kedua-duanya.

Mamat aku tarik dulu sebab aku tengok mulut dan muka beliau berdarah. Aku suruh dia dan Saiful Istighfar. Ingat Allah. Sabar . Jangan kerana bendera kita sesama kita berbunuhan berlawan. Kita ni sekampung dan aku kenal Mamat ni sejak kecil. dia budak baik dulu selalu berserban dan berjubah serta rajin ke kelas agama. Cuma lepas sekolah dia berubah gila-gila seolah-olah kena kejutan budaya.

Aku katakan benda kecik macam ni boleh di bawa bincang. Mamat pun aku salahkan kerana cakap ngan orang tua agak kasar. Pertarungan terhenti sampai disitu dengan masing-masing tak berpuashati.

Aku mengatakan kepada Mamat dan geng UMNOnya. Jika bendera itu tidak disenangi oleh Ayahnda Pekida beliau, masing-masing ada majlis pimpinan. Biar pimpinan yang mengambil tindakan jika kami salah menggantung bendera dan kena bersikap adil dalam melaksanakan hukum kerana dipihak UMNO/BN juga ada signboard Pekida terang-terangan menyokong BN dan memasang bendera serta logonya sekali.

Sedangkan bendera kami hanya memasang bendera tiga jalur sahaja dan tiada logo PEKIDA. Boleh saja kami katakan itu bendera Jamaica atau penyokong Bob Marley. Ingat tiga jalur je semua PEKIDA ke.??

Malah jika alasan Mamat kononya PEKIDA itu NGO dan tak terlibat dengan politik, bagaimana pula dengan saignboard PEKIDA menyokong BN tersebut itu belum lagi dikira dengan Markaz belia 4B yang di buka di Perumahan Sri Pulau Pinang bukankah belia 4B itu hak kerajaan dan tak boleh berpolitik juga.

Tetapi apa yang kami tengok mereka juga pasang bendera BN. So jangan marah jika nanti ada belia 4B yang lain pasang bendera parti-parti PR pula.

Akhirnya masing-masing kembali ketempat masing-masing setelah aku serta sahabat dan geng UMNO/BN sepakat bahawa bendera tersebut tidak perlu dikacau sehingga majlis pimpinan masing-masing mengambil ketetapan.

Biar mereka yang buat keputusan.Jika kena buka bendera tersebut kami akan akur tetapi signboard itu juga mesti dibuka. Masing-masing bersetuju dan pulang ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan balik aku bertanya pada Saiful apa yang beliau rasa.

Dia cakap dia memang geram bila ada budak-budak bawah dia cakap dengan cara kurang ajar dan angkat tangan ke muka dia.

"Dah le mereka datang nak cabut bendera kita ( maruah tu beb ) lepas tu cakap macam samseng macam seolah-olah kita ni kena ikut telunjuk dia pulak. Aku bukan adik-adik dia nak cakap kurang ajar macam tu Siapa dia nak turunkan bendera kita. Kalau Ayahnda dia bising mari jumpa aku dan aku boleh je berunding cara baik.

Malah aku memang lemah bila berunding dengan orang baik dan kadang-kadang orang baik sendiri boleh kalahkan aku dengan cara baik tapi ini perangai serupa Yahudi datang serang dan nak runtuhkan bendera orang lepas tu cakap mulut takde insuran. Baru jadi AJK Pemuda UMNO caw dah berlagak macam ni. Kalau jadi Menteri ke MP ke macam mana nanti lagak dia ". Kata beliau.

Esoknya aku dapat tau kes ini sudah kecoh dan laporan polis kononnya telah dibuat oleh Mamat.

Menurut cakap sahabat aku laporan polis yang dia buat adalah sebagai melindungi diri beliau kononya jika berlaku sesuatu kepada Saiful atau bahasa mudahnya jika Saiful kena pukul bukanlah berpunca dari beliau dan beliau tidak bertanggungjawab.

Alahai takkanlah kita ni tak guna akal yang waras. Jika Saiful kena pukul ke apa ke dah tentu dia juga kena sebab dia dah ada motif. Korang reportlah beratus report tapi Polis bila ada sesuatu kes mereka akan utamakan motif dulu dari report korang lah.

Kalau Saiful kena pukul dah tentulah si Mamat ni akan disoal dulu sebab beliau mempunya konflik diawalnya. Kena pula kalau memang terbukti dia yang buat atau upah orang dah tentulah dia kena dulu silap-silap double charge sebab mengelirukan polis.

Sebab sebelum ni kami dapat kantoi UMNO/BN upah kepada samseng untuk pukul orang-orang PR termasuk Saiful. Budak yang diupah sendiri buka mulut dia dibayar untuk pukul dan senarai orang yang dipukul pun beliau berikan.

Bodoh puak-puak ni pakai kaki pukul tapi bodoh tak tau kaki pukul tu kawan kami jugak hahahah.. Lawak2..

Sehingga hari ini kes ini sudah dimainkan dihalaman-halaman dan page UMNO terutama page Isu Politik Semasa.

Banyak yang menggugut nak mencederakan Saiful. sedangkan mereka itu semua tolol sebab tak tahu apa yang berlaku main hentam keromo saja. Dah le takde bukti bergambar lepas tu tunjuk gambar saiful dan tuduh beliau macam-macam seolah-olah mereka lebih tau apa yang berlaku.

Kecoh je memanjang sehingga Artikel ini ditulis pun isu itu masih hangat dikatakan mereka. Padahal bodohnya mereka terima berita bulat-bulat dari orang yang main hentam je buat fitnah.

Semakin aku menyampah dengan UMNO bila kejadian ini berlaku dan semakin aku nampak kelemahan UMNO. UMNO suka jaja cerita fitnah, Berlagak Poyo, Suka memerintah orang yang tak sebulu dengannya,

Suka tunjuk kuasa dan pengecut bila kes kecik macam ni sampai nak berpolis-polis buat laporan Alahai UMNO Layu Melayunya. ~selatanonline-
PRU13: SPRM jalin kerjasama PDRM-SPR tangani aduan rasuah

1 April 2013
PRU13
PRU13
KOTA KINABALU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed mahu masyarakat, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bersama-sama mengembleng tenaga dengan SPRM bagi membanteras rasuah, sekali gus mewujudkan masyarakat menolak rasuah di negara ini.

Beliau berkata mahasiswa perlu sedar tentang tanggungjawab mereka dalam membantu usaha memerangi jenayah rasuah.

"SPRM berusaha mengukuhkan amalan nilai murni dan integriti dalam pelaksanaan tugas  bagi mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah dan IPT merupakan pendekatan yang amat berkesan serta medium yang boleh mewakili SPRM dalam menyampaikan mesej-mesej anti rasuah kepada masyarakat di dalam dan luar kampus," katanya.

Abu Kassim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Tinggi 2013 di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Menurut beliau, konvensyen bertemakan "Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari" bertepatan dengan matlamat SPRM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melakukan perubahan dan menanamkan dalam diri warga IPT untuk menolak rasuah.

Terdahulu, Dr Mohd Harun berkata institusi pengajian tinggi adalah wadah pelaburan membangunkan modal insan untuk kekal relevan, mandiri, berbudi dan berakhlak tinggi.

Beliau berkata penganjuran konvesyen SPRM IPT adalah wajar dan tepat pada masanya memandangkan situasi pelajar yang masih hijau, boleh dibentuk dan diasuh.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Abu Kassim berkata integriti adalah amat penting dalam meningkatkan sesuatu perkhidmatan termasuklah dalam proses pewujudan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Penubuhan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas meliputi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Mengenai persiapan SPRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abu Kassim berkata, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menghadapi sebarang aduan sepanjang tempoh proses pilihan raya umum itu nanti. - Bernama
Nuffnang Ads

Isnin, 1 April 2013

WASPADA DENGAN BERITA PELIK INI



KOMENTAR TUKAR TIUB
ini berita ganjil
ini berita pelik

apakah berita ini bertujuan untuk mengolah persetujuan
agar penggunaan dakwat kekal dilihat adil
walhal dakwat kekal ini adalah rancangan tersusun
untuk memastikan 240,000 pengundi awal pekerja spr
dapat mengundi berulang ulang

dengan berita ini seolah-olah dakwat kekal ini baik

pengunaan dakwat kekal memang tuntutan bersih
tapi perlu jari di calit sesudah mengundi

apa yang dilakuan ileh spr sekarang
ialah calit dulu
kemudian beri kertas undi

ini maknanya ada tanda hitam boleh dapat kertas
walhal dlam dunia ini ada calit hitam
tidak akan dpat kertas

kerana itu disyaki 240,000 pekerja spr
yang mengundi awal
akan datang mengundi berulang ulang

SELAGI SPR BARUA GEROMBOLAN
MUSTAHIL PAKATAN
AKAN DAPAT PUTRA JAYA

Rais ingatkan penduduk luar bandar jangan terlibat eksperimen dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 1 April — Rakyat, khususnya di kawasan luar Bandar diminta berwaspada dan menolak sekiranya ada pihak mendakwa ingin mengajar bagaimana menggunakan dakwat kekal menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan  Rais Yatim (gambar) ketika memberikan ingatan itu berkata langkah eksperimen atau percubaan dakwat kekal bukan aktiviti sahih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dibenarkan di sisi undang-undang pilihan raya.
Katanya sekiranya dakwat yang digunakan dalam eksperimen itu adalah sama dengan dakwat kekal yang akan digunakan SPR dan telah dicalitkan atau diletakkan pada mana-mana jari seseorang itu, maka individu berkenaan tidak lagi akan dibenarkan mengundi pada PRU-13.
“Justeru, kita menggunakan peluang keemasan ini (memberikan ingatan), jangan gadaikan, jangan biarkan mana-mana pihak untuk menggunakan peluang itu bagi kepentingan politik mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan dakwaan ada percubaan pihak tertentu mengambil kesempatan menjelang pilihan raya untuk mengadakan eksperimen menggunakan sejenis dakwat yang dikatakan kononnya sama seperti dakwat yang dikeluarkan SPR semasa pilihan raya nanti.
BUKU WAJIB 
UNTUK SEMUA ANAK MUDA


---------
Nuffnang Ads

CISSSS ! PANTANG MAMAK UMNO DICABAR



Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 01, 2013
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah. — Gambar failJOHOR BAHRU, 1 April — Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.

“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ ... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.

Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

“Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan ‘menggantung diri’.

“Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar,” kata Kit Siang.
“Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah.”

Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.
“Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.

Monday, April 1

BONGKAR: Rambut Rosmah takkan kembang lagi, KENAPA [Saksikan ulasan pejuang muda ini...]

0 org komen
70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.

Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.