Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASUK SAHAJA UMNO AGAMA JADI MUFLIS

Sunday, November 3, 2013

Kantoi! Kerana Terdesak Menteri Agama 'Berani Hijrah' Dari Agamawan kepada Munafik!!


Kerana terdesak untuk memenangkan Calon mereka dalam PRK Sungai Limau ini, Seorang pemimpin UMNO yang menerajui Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuktikan beliau 'Berani Hijrah' menjadi munafik dengan menipu orang ramai..

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..
YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.

Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.


Wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai Umno kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan Pas sejak pilihan raya umum 1995.


Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata Umno merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat. Beliau yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh Pas sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.


"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada Pas tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak. Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam Umno itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.


Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama ~ Bernama

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..

Menurutnya.. beliau telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100 
JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.


Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.


"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.


"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.


Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.


"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.


"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily

Apahal pulak terdesak sangat hingga menipu ni.. kan culaan pihak BN mengatakan BN akan menang dengan majoriti 300 hingga 600.. tak yakin ke dengan hasil culaan tu?

Sunday, November 3, 2013

Maklumat Penting PRK N20 Sungai Limau: Semua pengundi Islam mesti baca

Peringatan ikhlas Kerajaan Rakyat
buat pengundi N20. Sungai Limau
Pada November 1985, Umno dan Barisan Nasional yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad telah dengan sedar dan sengaja melakukan pembunuhan rambang dan kejam terhadap umat Islam di Mamali.

Hari ini, orang yang menjadi menteri besar Kedah adalah anak kepada Mahathir Mohamad.

Kepada para pengundi di N20 Sungai Limau, Kerajaan Rakyat ingatkan agar tidak tersilap pilih dihari mengundi dalam pilihan raya kecil N20. Sungai Limau esok.

Selamat Mengundi 
N20 Sungai Limau

ORANG YAN BERNILAI RM 100 ? LEBIH MURAH DARI KUCING KURAP

03 November, 2013

Drama Ahli PAS Masuk Umno Terbongkar

Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.
Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.
Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.
"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.
"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.
Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.
"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. 
Depa baru ingat kot."Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.
Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS. ~hrkh

DIA MENGHADAPI TEKANAN JIWA YANG BERAT


Saturday, November 2, 2013

PRK N20 Sungai Limau - Budaya Jahililiyyah di salorkan kepada pengundi..

Umno semakin terdesak untuk menarik perhatian pendundi-pengundi dengan nak merosakan budaya orang melayu islam di Sungai Limau...





Rasanya hangpa kenai sapa mamat ni,,, ajak orang main judi,, satu ringgit,,, dua ringgit,,, sekarang mamat duk pi ajak orang Sungai Limau sokong umno... budak-budak ajalah yang duk tengok..tu pun yang perempuan aja,,, budak lelaki pun geli geleman nak tengok mamat ni tua ni..





ADUN ANGKAT ? TAK TAU LA JIKA ORANG YAN BANGANG !

Adun angkat: Mengapa baru sekarang?

  • Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar
1 / 1
YAN - [Video] Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan hasrat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadikan Dun Sungai Limau sebagai kawasan angkatnya sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Katanya, perkara itu sepatutnya boleh dilakukan ketika penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak masih uzur.

Mahfuz mendakwa kenyataan itu dibuat setelah Mukhriz hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim untuk merampas kerusi yang menjadi kubu kuat Pas sejak lima penggal lalu.

"Kenapa tidak jadi Dun angkat ketika Allahyarham terlantar di hospital selama lebih enam bulan?

"Kenapa baru sekarang timbul kalau BN menang baru hendak jadikan Dun angkat?

"Kita lihat dia (Mukhriz) macam tidak yakin lagi kepada calon mereka dan persekitaran politik Dun ini, dia sendiri terpaksa tampil ke depan untuk meyakinkan masyarakat dan rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sungai Limau, semalam.

Jumaat lalu, Mukhriz berkata, beliau akan menjadi Adun angkat Sungai Limau sekiranya BN menang PRK Dun itu pada 4 November.

Mukhriz menambah, sekiranya BN diberi mandat, penduduk setempat bukan sahaja akan mendapat calon BN, Dr Ahmad yang mempunyai ijazah kedoktoran sebagai Adun, tetapi juga menteri besar sebagai Adun angkat yang akan memberi perhatian istimewa kepada mereka.

Sementara itu, Mahfuz menambah, keputusan BN menyertai PRK kali ini juga sebagai satu tindakan membuang masa dan membazirkan wang semata-mata.

"Sepatutnya kalau mereka sedar dari awal bahawa mereka tiada kekuatan di sini.

"Sepatutnya mereka menghabiskan masa dan wang ringgit melalui satu perancangan bagaimana hendak membangunkan masyarakat setempat, bukannya memberikan pelbagai insentif  one-off," katanya lagi.

Sabtu, 2 November 2013

Wang Kerajaan Macam DUIT Mak Bapak Kau di tabur PRK Sg Limau

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 2-11-2013




















Sg Limau: Bahang pilihan raya kian terasa

YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.

Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.

Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali.

Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.

Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.

Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus.

Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam.

03 November, 2013

Kempen Paling Biadap Oleh BN Di Sg. Limau.. Saksikanlah

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.
Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab. 
"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini. 
Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi. 
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya. Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.
Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan. ~sh





ISU KAKI SIAPA YANG MULAKAN ISU INI ?

Patung kaki: BN buat laporan polis
  • Patung kaki: BN buat laporan polis
1 / 1
YAN - BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
  
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
  
Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.
  
Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Jamil Khir berkata, BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.
  
Beliau dalam pada itu merayu masyarakat Dun Sungai Limau termasuk anggota jentera BN berwaspada akan sebarang strategi berbentuk serangan atau provokasi menjelang waktu-waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil kawasan itu yang akan diadakan Isnin ini.
  
Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mencabar calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat untuk kerusi Dun Sungai Limau yang kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Azizan meninggal dunia pada 26 September lepas. - Bernama

 
PKR yakin ada lonjakan sokongan kepada Pas
  • Johari Abdul Johari Abdul
1 / 1
SHAH ALAM - Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yakin dengan perancangan serta gerak kerja yang dilakukan membabitkan lima daerah mengundi di kawasan kubu kuat Umno akan ada lonjakan sokongan kepada Pas.

Lima daerah mengundi itu termasuklah Unit Peti Undi (UPU) Selengkoh, Sungai Daun, Sungai Kering, Dulang Kechil dan Dulang Besar di mana pada PRU13 lalu, Pas mengalami kekalahan.

Memetik laporan HarakahDaily, Johari menjelaskan gerak kerja yang dilaksanakan PKR berjalan seperti yang telah dirancang.

"Strategi kita berjalan dengan lancar seperti ceramah dan juga pertemuan dengan pengundi-pengundi di semua peringkat lapisan.

"Dalam pada itu kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan di kelima-lima UPU tersebut dan sambutan yang kita perolehi amat memberangsangkan.

"Saya pasti dan berkeyakinan dengan apa yang kita perolehi sepanjang kempen yang hanya tinggal dua hari lagi akan ada satu lonjakan sokongan pengundi dari UPU yang dikatakan kubu kuat Umno itu," katanya pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, PKR akan mempertingkatkan lagi gerak kerja bagi memastikan pada PRK kali ini Pakatan Rakyat terutamanya PAS berjaya menembusi kelima-lima UPU tersebut.

Dalam pada itu, Johari turut meminta pengundi berwaspada dan bersikap matang dalam membuat pemilihan pada hari pengundian nanti apabila Umno akan menggunakan pelbagai helah termasuk memberi bantuan dan duit kepada pengundi di saat-saat akhir tempoh berkempen.
 

Saturday, November 2, 2013

Malaysia Bakal Hancur......


Photo: Malaysia Bakal Hancur.

BAYANGKAN tahun 2023 – mungkin sedekad sahaja lagi tapi
kalau tidak dikawal dengan hati-hati, mampu memperlihatkan
harga secawan teh tarik bernilai RM6.25; iaitu 5 kali ganda harga sekarang. Malangnya, gaji purata tetap malar pada kadar RM2,900 sebulan.

Ramalan Bank Amerika Merrill Lynch, rakyat Malaysia akan
dikategorikan sebagai ‘Muda dan Miskin’ pada tahun 2030 kelak. Senario sebegini – di mana harga barangan yang tinggi diganding gaji yang tetap rendah bakal menjadi realiti anak-anak kita – hakikat barang naik bakal menghantui kehidupan kita seharian.

Bagaimana pula harga rumah? Garis panduan Bank Dunia
meletakkan harga rumah sepatutnya berada kira-kira 5 kali
ganda berbanding pendapatan purata tahunan. Pada ketika ini, harga rumah di Malaysia berada kira-kira 8 kali ganda berbanding pendapatan purata tahunan. Sekiranya perkara ini dibiarkan terus meningkat, anak-anak kita mungkin tidak akan mampu memiliki rumah mereka sendiri masa akan datang.

Harga kereta mencecah 40 kali gaji purata berbanding 20 kali hari ini. Ditambah dengan harga petrol, tol dan parkir, memiliki sebuah kereta hanya impian. Nampaknya anak-anak terpaksa meminjam kereta kita untuk ke sana sini.

Harga makanan, bil elektrik dan harga barangan harian
melambung memerlukan anak kita menggunakan kad kredit dengan kadar faedah bulanan tinggi, itu pun kalau layak memohon. Ketika ini hutang isi rumah antara tertinggi di Asia pada RM770 bilion iaitu 83% KDNK.

Realiti ini bakal dialami majoriti anak-anak kita terutamanya anak-anak Melayu. Tetapi ada segelintir kecil anak-anak Melayu atasan selesa hidup mewah hasil usaha ibu bapa elit yang ahli atau penyokong kuat sebuah parti politik. Golongan ini hanya 0.1% orang Melayu dan selebihnya 99.9% tetap bergantung kepada BR1M dan subsidi; itu pun jika kewangan negara 10 tahun mendatang masih mampu. 

Bagaimana ini berlaku? Situasi ‘Jurang Kemiskinan’ atau lebih tepat ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ diukur dengan indeks kemiskinan GINI 0.43 antara yang tertinggi di dunia. Statistik menunjukkan golongan berpendapatan paling rendah dikalangan 40 peratus isi rumah terbawah adalah Melayu walaupun 56 tahun merdeka.

Namun negara kaya dengan sumber asli seperti balak dan
minyak. Petronas menyumbang RM732 bilion kepada kerajaan semenjak 1974. Dari 1999, bajet kerajaan sentiasa defisit sehingga hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan mencecah lebih 65 peratus KDNK pada RM630 bilion; ke mana dan siapa mendapat manfaat daripada semua ini?

Jika dilihat siapa memandu kereta-kereta mewah berharga 20 kali harga rumah teres atau membeli banglo mewah berharga RM7 juta bersamaan 200 buah rumah projek perumahan rakyat; memakai cincin, beg tangan, perhiasan atau fesyen berjenama; barulah kita faham ke mana perginya RM1,300 bilion atau RM1.3 trilion.

Melihat proses pilihan raya yang nyata memenangkan pihak
tertentu dan laporan Ketua Audit Negara maka punca ‘Jurang
Kemiskinan Melayu’ sudah terang lagi bersuluh adalah mereka yang bertopengkan fahaman kebangsaan yang dipesongkan.

Oleh demikian bagaimana masa depan anak kita dapat diselamatkan? Jawapannya jelas; kita mesti bangkit menuntut perubahan melalui reformasi. Ini adalah tuntutan ‘haq’ dan mesti dijadikan jihad demi masa depan anak kita.

Kita wajib menuntut reformasi demokrasi bermula dengan proses pilihan raya telus dan adil; reformasi sistem Parlimen melalui penubuhan jawatankuasa tetap memantau semua kementerian termasuk penggubalan dasar dan akta-akta, hak meratifikasikan perjanjian antarabangsa agar kedaulatan negara tidak tergadai serta peluang mengusulkan perundangan oleh pembangkang agar prinsip pemisahan kuasauntuk fungsi timbang-tara pentadbiran berjalan lancar.

Kita wajib menuntut reformasi ekonomi dengan memberhentikan ketirisan akibat rasuah dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi saksama di mana persaingan sihat menurunkan harga rumah, kenderaan dan barangan sara hidup.

Kita wajib menuntut reformasi pendidikan bermula dengan tidak mempolitikkan pendidikan dan meningkatkan mutu pembelajaran secara serius dan radikal.

Tumpuan kepada kaedah berfikir dengan kreativiti dalam sukatan, peningkatan kualiti kemahiran guru-guru serta peningkatan suasana pembelajaran di sekolah-sekolah melalui prasarana taraf dunia dengan penggunaan teknologi terkini mesti disegerakan.

Demi anak-anak kita, marilah kita bersatu menuntut reformasi
segera dibincangkan. Hakikatnya kita semua satu Malaysia yang inklusif bukan eksklusif untuk golongan 0.1% sahaja. Ingatlah 10 tahun bukan masa yang panjang. (Malaysia Bakal Hancur dan Najib Razak Akan Bertahan Sebagai Perdana Menteri Sehingga Tahun Ini Sahaja)

Berubahlah sebelum parah. Kebodohan dan kesilapan Penganut 47% dan Para Macai Sekeliannya mengundang muflis. Kembalilah kepada Islam, Keadilan  dan Ketelusan agar negara ini dapat diselamatkan. Janganlah terjadi disuatu masa nanti anak-anak kita akan kencing berdiri di atas kuburan orangtuanya kerana kesilapan kita hari ini.


BAYANGKAN tahun 2023 – mungkin sedekad sahaja lagi tapi
kalau tidak dikawal dengan hati-hati, mampu memperlihatkan harga secawan teh tarik bernilai RM6.25; iaitu 5 kali ganda harga sekarang. 
Malangnya, gaji purata tetap malar pada kadar RM2,900 sebulan.

Ramalan Bank Amerika Merrill Lynch, rakyat Malaysia akan
dikategorikan sebagai ‘Muda dan Miskin’ pada tahun 2030 kelak. Senario sebegini – di mana harga barangan yang tinggi diganding gaji yang tetap rendah bakal menjadi realiti anak-anak kita – hakikat barang naik bakal menghantui kehidupan kita seharian.

Bagaimana pula harga rumah? Garis panduan Bank Dunia
meletakkan harga rumah sepatutnya berada kira-kira 5 kali
ganda berbanding pendapatan purata tahunan. 
Pada ketika ini, harga rumah di Malaysia berada kira-kira 8 kali ganda berbanding pendapatan purata tahunan. 
Sekiranya perkara ini dibiarkan terus meningkat, anak-anak kita mungkin tidak akan mampu memiliki rumah mereka sendiri masa akan datang.

Harga kereta mencecah 40 kali gaji purata berbanding 20 kali hari ini. Ditambah dengan harga petrol, tol dan parkir, memiliki sebuah kereta hanya impian. 
Nampaknya anak-anak terpaksa meminjam kereta kita untuk ke sana sini.

Harga makanan, bil elektrik dan harga barangan harian
melambung memerlukan anak kita menggunakan kad kredit dengan kadar faedah bulanan tinggi, itu pun kalau layak memohon. Ketika ini hutang isi rumah antara tertinggi di Asia pada RM770 bilion iaitu 83% KDNK.

Realiti ini bakal dialami majoriti anak-anak kita terutamanya anak-anak Melayu. Tetapi ada segelintir kecil anak-anak Melayu atasan selesa hidup mewah hasil usaha ibu bapa elit yang ahli atau penyokong kuat sebuah parti politik. 
Golongan ini hanya 0.1% orang Melayu dan selebihnya 99.9% tetap bergantung kepada BR1M dan subsidi; itu pun jika kewangan negara 10 tahun mendatang masih mampu.

Bagaimana ini berlaku? Situasi ‘Jurang Kemiskinan’ atau lebih tepat ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ diukur dengan indeks kemiskinan GINI 0.43 antara yang tertinggi di dunia. 
Statistik menunjukkan golongan berpendapatan paling rendah dikalangan 40 peratus isi rumah terbawah adalah Melayu walaupun 56 tahun merdeka.

Namun negara kaya dengan sumber asli seperti balak dan
minyak. Petronas menyumbang RM732 bilion kepada kerajaan semenjak 1974. 
Dari 1999, bajet kerajaan sentiasa defisit sehingga hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan mencecah lebih 65 peratus KDNK pada RM630 bilion; ke mana dan siapa mendapat manfaat daripada semua ini?

Jika dilihat siapa memandu kereta-kereta mewah berharga 20 kali harga rumah teres atau membeli banglo mewah berharga RM7 juta bersamaan 200 buah rumah projek perumahan rakyat; memakai cincin, beg tangan, perhiasan atau fesyen berjenama; barulah kita faham ke mana perginya RM1,300 bilion atau RM1.3 trilion.

Melihat proses pilihan raya yang nyata memenangkan pihak
tertentu dan laporan Ketua Audit Negara maka punca ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ sudah terang lagi bersuluh adalah mereka yang bertopengkan fahaman kebangsaan yang dipesongkan.

Oleh demikian bagaimana masa depan anak kita dapat diselamatkan? Jawapannya jelas; kita mesti bangkit menuntut perubahan melalui reformasi. Ini adalah tuntutan ‘haq’ dan mesti dijadikan jihad demi masa depan anak kita.

Kita wajib menuntut reformasi demokrasi bermula dengan proses pilihan raya telus dan adil; reformasi sistem Parlimen melalui penubuhan jawatankuasa tetap memantau semua kementerian termasuk penggubalan dasar dan akta-akta, hak meratifikasikan perjanjian antarabangsa agar kedaulatan negara tidak tergadai serta peluang mengusulkan perundangan oleh pembangkang agar prinsip pemisahan kuasauntuk fungsi timbang-tara pentadbiran berjalan lancar.

Kita wajib menuntut reformasi ekonomi dengan memberhentikan ketirisan akibat rasuah dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi saksama di mana persaingan sihat menurunkan harga rumah, kenderaan dan barangan sara hidup.

Kita wajib menuntut reformasi pendidikan bermula dengan tidak mempolitikkan pendidikan dan meningkatkan mutu pembelajaran secara serius dan radikal.

Tumpuan kepada kaedah berfikir dengan kreativiti dalam sukatan, peningkatan kualiti kemahiran guru-guru serta peningkatan suasana pembelajaran di sekolah-sekolah melalui prasarana taraf dunia dengan penggunaan teknologi terkini mesti disegerakan.

Demi anak-anak kita, marilah kita bersatu menuntut reformasi segera dibincangkan. Hakikatnya kita semua satu Malaysia yang inklusif bukan eksklusif untuk golongan 0.1% sahaja. Ingatlah 10 tahun bukan masa yang panjang. 
(Malaysia Bakal Hancur dan Najib Razak Akan Bertahan Sebagai Perdana Menteri Sehingga Tahun Ini Sahaja)

Berubahlah sebelum parah. Kebodohan dan kesilapan Penganut 47% dan Para Macai Sekeliannya mengundang muflis. Kembalilah kepada Islam, Keadilan dan Ketelusan agar negara ini dapat diselamatkan. 
Janganlah terjadi disuatu masa nanti anak-anak kita akan kencing berdiri di atas kuburan orangtuanya kerana kesilapan kita hari ini.

Para Menteri BariIsan Yang Tinggi IQ Nyer... Kalau Tak..tak kan boleh Jadi Menteri...he..he..


 

02 November, 2013

Gambar Tazkirah Anwar Yang Tidak Sampai 50 Orang..


Nampaknya apa jua program yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim di PRK DUN N20 Sg Limau tidak mendapat sebarang sambutan.

Jelas sudah pada mata dan hati juak-juak UMNO bahawa DSAI adalah pemimpin rejek yang di benci rakyat Sg Limau.

Ceramahnya yang hadir tidak sampai 50 orang ... tazkirah di masjid pula langsung seorang pun tak nampak batang hidung.

Kalau Najib Razak sampaikan tazkirah agak-agaknya melimpah ruah orang datang nak dengar mengenai tajuk " NAJIS MUGHALLAZAH"

Lokasi : Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak - Alor Setar, Sg Limau, Yan, Kedah

Acara : Solat Maghrib dan Tazkirah oleh Dato' Seri Anwar IbrahimTarikh : 1/11/2013

Berita mengenai tazkirah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun ketahui sejak seminggu yang lalu dan kedengaran macam-macam cerita mengenai cubaan menghalang beliau dari meneruskan majlis tersebut oleh PERKASA dan NGO-NGO yang sewaktu, sejiwa dan seperangai dengannya.

Namun rakyat tetap juga turun beramai-ramai tanpa menghiraukan ugutan dan gangguan yang bakal dicetuskan oleh puak-puak ini.

Akhirnya tazkirah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan.






Hu hu hu Pahang kalah !

Tiket final Piala Malaysia RM120 sekeping?
2 November 2013

 
Clever Kick

  • Piala Malaysia
1 / 1
DI sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada 'ulat tiket' yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.

Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.

Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.

Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.


Goalkeeper catches the ball but then some evil spectator with super powers swooshes the ball right from the goalkeeper's hands straight into the net. Goal!Fair ball?  Well the refs didn't call it so apparently it was  
main bomoh ke ?

Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.

"Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.

"Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungiberkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini," katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.

Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan.  - Bernama

ayam kat sungai limau

Bila ada warna merah dan biru tu tanda wanita umeno

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.