Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Suasana lengang selubungi hari kelima kes liwat II
  • Keadaan semasa di pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya lengang. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanti di luar bangunan mahkamah. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMAD SHAMSUL GHANI 
  •  Keadaan semasa di pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya lengang. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanti di luar bangunan mahkamah. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMAD SHAMSUL GHANI
1 / 1
PUTRAJAYA - Suasana lengang  menyelubungi pekarangan kompleks Istana Kehakiman yang masuk hari kelima rayuan terakhir kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Tinjuan Sinar Harian Online seawal jam 8.30 pagi tadi menyaksikan hanya kelihatan beberapa orang sahaja penyokong yang hadir bagi memberi sokongan.

Seperti kelaziman penyokong Anwar hadir dengan berpakaian hitam sementara penyokong Saiful berpakaian serba merah hari ini.

Isnin, 3 November 2014

UNDANG2 MALAYSIA MEMANG BEST lagi ADIL !!!!




Anwar Tidak Setuju Fatwa Haramkan SIS.
 

Sokongan bukan atas dasar keterbukaan. Dalam PR tiada keterbukaan. Dalam BN pun tiada keterbukaan. Apa yang ada ialah sokongan bermotifkan sentimen politik. SIS adalah penyokong kuat BERSIH. BERSIH adalah penyokong kuat aka TEGAR kepada PKR itu sendiri.

Boleh diperhatikan. 

Apabila berlaku acara baling kerusi, ketidakadilan dalam sistem pengundian dan ketidaktelusan pemilihan PKR, BERSIH buat donno.

Tapi. Bila ia babitkan hal2 yang berkaitan KERAJAAN, laju2 aje BERSIH kondem.

Geng2 BERSIH akan bagi alasan. Pemilihan PKR is something yang nothing to do with us. Kita punya focus ialah SPR.

SPR ale uto kaw.

Kau baru aje memekak isu mahasiswa. Dan hari tue kau memekak isu TSKI. Manusia yang akalnya waras, mindanya sihat, tidak dipengaruhi oleh sentimen politik, mengkaji dan menganalisa keadaan berpandukan fakta kes dan kronologi kejadian akan nampak betapa POLITICIOUSnya NGO BERSIH berbanding waktu dahulu. Dalam erti kata lain, BERSIH sudah tercemar. Lari dari matlamat asal dan dijadikan kuda politiking oleh pihak2 tertentu.

Jadi. Tiada yang pelik bila Zairil dari DAP mengkritik fatwa pengharaman SIS. Dan bukan pelik bila Azmin play-safe menghormati fatwa yang telah dikeluarkan MAIS. Dan bertambah2 langsung tak pelik bila ANWAR sendiri sokong kewujudan SIS.

Dalam SIS. Banyak geng2 BN dan PR yang memperjuangkan agenda kebebasan bersuara bagi wanita, aurat dan poligami. Ini bukan cakap kosong.

Rujuk sini ==> penglibatan langsung Shahrizat kesayangan wanita BN dengan SIS.

Penglibatan langsung Marina dan Maria Chin dengan BERSIH yang ada kaitan dengan SIS pun rasanya semua tahu kan. 

Antara perkara yang diperjuangkan SIS ialah berkaitan aurat. Mereka tidak mempertikaikan keterangan Allah secara langsung (kalau secara tertutup/forum itu lain kisahnya).

Pada mereka. Hak wanita untuk menutup aurat atau tidak menutup aurat adalah sama rata. Mana2 pihak tidak boleh discriminate mana2 wanita atas alasan aurat. Majikan tak boleh paksa pekerja pakai tudung, atau paksa pekerja jangan pakai tudung. Pada SIS, hak berhijab atau tidak berhijab adalah milik individu tersebut. Tiada mana2 undang2 patut paksa fahaman mereka ke atas mana2 pihak sekalipun meskipun wanita tersebut adalah seorang penganut muslim. Seperti menghukum wanita yang tidak menutup aurat di Kelantan.

Oke. Point aku kat sini ialah pendirian SIS neh dah sangat berbeza dari pendirian PAS.

SIS = BN = BERSIH = PKR satu geng.

Dalam SIS ada geng BN. Ada geng PR. 

Dan PAS bekerjasama pula dengan geng2 SIS dalam BERSIH. Nampak tak hubungkait kat situ?

Mereka neh sokong satu sama lain bukan sebab nak sokong sangat. Sokong atas sentimen politik, kuasa, propaganda dan kepentingan aje sebenarnya.

Point aku ialah aku nak korang faham bahawa sokongan berbentuk kerana ikhlas nak sokong, faham kenapa SIS tak patut diharamkan, raikan keterbukaan, penerimaan terhadap kepelbagaian pendapat tak wujud pun kat negara neh sebenarnya. Mereka sokong satu sama lain atas nama kepentingan aje semata2. Tak kira la sapa2 pun.

Kalau kita guna konsep tue NGO pro GAY pun tak boleh diharamkan. NGO lawan MONARKI pun tak boleh la orang kritik, kewujudan PERKASA, ISMA dan lain2 lagi. Jika atas nama keterbukaan. Semua yang wujud haruslah dilayan sama rata sama adil.

Tapi. Perihal SIS neh aku sejujurnya taknak sokong aktiviti mereka. Kenapa ek? Aku bukan la muslim yang baik. Pada aku. Kalau aku nak buat kerja bangang pun aku buat sorang2 sudah.

Tapi kalau aku hasut orang untuk buat kerja bangang aku nampak benda tue salah. Pada aku, SIS jika berpendirian mahu membahaskan perkara2 berkaitan ISLAM dengan tujuan pencerahan, kepelbagaian dan ilmu, tiada masalah. Tapi jika tujuannya untuk membidas tuhan, mempertikaikan dan mengubah ketetapan fitrah aku taknak sokong.

Yang aku nampak. SIS buat yang no dua. Mereka mencabar agama itu sendiri. So malas la aku nak sokong dorang. Lain2 hal kalau mereka betul2 nak tolong rakyat tertindas aku sokong la dari segi cause. Tapi dari segi perjuangan SIS secara peribadi, aku takde minat nak sokong. 

Dan tentang fatwa haramkan SIS. Aku rasa fatwa tue wajar dipertikaikan. Sebab peranan agensi penguatkuasa agama sangat longgar bila babitkan isu2 yang lebih berat dan penting dari kewujudan SIS.

Contoh.

A pembunuh.
B pencuri.

PDRM tak hukum A. Tapi hukum B. Bila B kena hukum dia berhak pertikaikan hukuman ke atas dia sebab PDRM bersikap double standard.

Jika benar keadilan yang kita cari, PDRM patut hukum dua2.
Jika benar ISLAM yang agensi2 penguatkuasa agama, MAIS, JAKIM, JAIS, MUFTI, cari, maka jangan double standard. Bila kau double standard dalam meletakkan hukum, kau yang salah. Pihak yang pertikaikan hukuman tue hanya mengambil kesempatan di atas kesalahan yang kau sendiri buat.

Kbai.

CER LEPEHKAN HANTU ITU SEKOR-SEKOR

Pelakon Hantu Kak Limah marah penyokong Saiful

  • Pelakon Hantu Kak Limah marah penyokong Saiful
1 / 1
PUTRAJAYA - Kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi rupa-rupanya menimbulkan kemarahan kepada pelakon filem Hantu Kak Limah yang memegang watak Pak Jabit.

Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir ketika ditemui Sinar Harian Online berkata, penyokong Saiful tidak sewajarnya datang ke kawasan tersebut dan sengaja mencetuskan kontroversi kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia datang kawasan kita, dia buat provokasi. Dia datang tidak beradab.

"Kita (penyokong Anwar) tidak mahu publisiti, dia (penyokong Saiful) datang hendak lagakan kita.

"Dia selalu di sana (merujuk kepada kawasan bersebelahan yang dikhaskan untuk penyokong Saiful), tetapi hari ini dia datang ke kawasan kita buat kecoh, ini tidak baiklah," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.

Suasana pagi tadi di pekarangan kompleks Istana Kehakiman yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Anwar itu mula mencetuskan provokasi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Saiful mula 'panaskan' pekarangan Istana Kehakiman]

Hari ini merupakan hari kelima hujahan balas kes rayuan liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful.
Kes liwat II disambung esok
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada  hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau dalam kes liwat II ditangguhkan esok.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, G Manivannam, perbicaraan hari ini telah ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari tadi.

"Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini masih meneruskan hujahannya.

"Dua isu utama yang dibangkitkannya ialah mengenai isu DNA dan  ‘lelaki Y’ yang akan disambung oleh Muhammad Shafee pagi esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Hari ini merupakan hari kelima perbicaraan kes Liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Monday, November 3, 2014

Utusan Ucap Tahniah Kepada Pas Kerana Lari Dari Anwar

 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak seperti sokongan yang pernah ditunjukkan sebelum ini.

Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili pengarang akhbar edisi Ahad itu berkata, pendirian PAS jelas tidak bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang selama ini mendokong Anwar dalam mempertahankan hak asasi manusia.

“Satu lagi isyarat yang kuat daripada kepimpinan PAS bahawa parti itu bukan pak turut dan menjadi alat Anwar.

“Awang ucap tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada terpalit menyokong Anwar sebagaimana yang menjadi kekuatan dalam banyak demonstrasi sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi, PAS dilihat tidak mahu bersekongkol dan sealiran dengan badan LGBT yang bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam kes tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan seks," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Awang Selamat berkata, bukan sahaja PAS yang bersikap dingin terhadap Anwar, malah penyokongnya sendiri yang semakin berkurangan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya di mana perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, ia mesej jelas kepada Anwar yang menunjukkan masyarakat, terutamanya generasi muda, tidak lagi ghairah memberi sokongan kepadanya.

“Bukan sahaja PAS, DAP juga seperti tidak peduli, mengukuhkan lagi teori yang Anwar makin menjadi liabiliti sama ada menang atau kalah dalam kes mahkamah itu nanti.

“Lebih mengejutkan, dalam kalangan PKR sendiri, reaksi sokongan amat hambar seolah-olah dalam diam mengetahui hakikat siapa sebenarnya Anwar.

“Kalau sekadar 100 orang yang hadir, apa maknanya? Mana ahli dan penyokong PKR yang selama ini taksub kepada beliau?" katanya.

Awang Selamat berkata harapan Anwar untuk menghimpunkan ratusan ribu penyokongnya sebagaimana demonstrasi ala Hong Kong juga tidak kesampaian.

“Orang ramai lebih teruja dengan demam perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berbanding isu peribadi yang menyentuh akhlak dan moral pemimpin PKR itu.

“Di sebalik pelbagai usaha dan gerakan membakar sentimen rakyat agar menyertai demostrasi di perkarangan mahkamah, jumlah yang hadir tidak ramai, malah makin berkurangan hari demi hari," katanya.

- tmi



Sunday, November 2, 2014


MH370: MAS Dilanda Ribut Lagi!

MH370: Cuaca kelam buat MAS ketika tindakan undang-undang mula dilakukan
Hazlan Zakaria08:30PM Nov 02 2014


SEKILAS PANDANG: Selepas ditimpa dua nahas udara ke atas pesawatnya dalam tempoh beberapa bulan, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kini berdepan masalah berbeza. Tindakan undang-undang ke atasnya bakal diambil waris penumpang MH370 yang hilang Mac lalu.

Syarikat penerbangan itu masih dibelenggu masalah walaupun Khazanah Berhad cuba menyelamatkannya dengan langkah penswastaan. Penstrukturan semula juga bakal dilakukan agar MAS bernafas kembali.

Kemungkinan impak terbaru ke atas MAS itu hanya bersifat jangka pendek. Namun ia akan menyaksikan MAS diheret ke mahkamah atau mungkin terpaksa menyelesaikannya melalui rundingan dengan jumlah wang yang dikeluarkan masih tidak dapat dipastikan.

Firma guaman Tetuan Rusmah Arunan & rakan-rakan telah memfailkan kes bagi pihak waris seorang penumpang MH370 dengan menamakan MAS serta pihak berkuasa sebagai defendan.

Dalam kenyataannya, firma tersebut berkata peguam Dato’ Arunan Selvaraj dan Gary Edward Chong akan mewakili anak guam mereka.

MAS dikatakan melanggar kontrak dan cuai, manakala kerajaan Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Imigresen dan Tentera Udara DiRaja Malaysia turut dinamakan sebagai defendan.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa MH370 “berakhir di Lautan Hindi” dijadikan asas bagi tuntutan tersebut, dengan waris mangsa didakwa membuat kesimpulan perdana menteri tahu apa yang berlaku.

Mereka berkata, waris mangsa mahu mengetahui perkara sebenar kerana terlalu banyak maklumat yang seakan disorok. Pada masa yang sama, mereka punyai pelbagai persoalan tentang kehilangan pesawat itu.

Setakat ini, masih belum ada tindakan undang-undang yang diambil bagi misteri kehilangan MH370.

Besar kemungkinan, selepas tindakan ini, lebih banyak tuntutan akan dibuat melibatkan MAS dan pihak-pihak tertentu.

MH370 hilang selepas berada di udara dalam perjalanan ke Beijing sehingga masyarakat dunia tertanya-tanya apa yang berlaku. Pencarian meluas kemudian dilakukan di beberapa koridor dunia.

Buat masa ini, kesimpulan yang dibuat ialah ia menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi dengan 239 penumpang dan anak kapal walaupun bangkai pesawat tersebut masih belum ditemui.

Tragedi itu bagaimanapun masih menjadi tanda-tanya kerana rekod data pesawat Boeing 777 itu belum diperolehi. 

Pelbagai teori dilempar namun ia hanya menambah kekeliruan di kalangan waris mangsa yang berterusan merasakan kesedihan. Pihak berkuasa juga masih meneruskan pencariannya di Selatan Lautan Hindi.

BAGUUUUUS, HIDUP MELAYUUUUU !

Sunday, November 2, 2014

Ahmad Maslan akui biarpun harga minyak dunia turun, harga di Malaysia tak akan turun..


Ahmad Maslan semalam mengatakan kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga RON95 sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke RM1.72 mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun menjejaskan pendapatan negara untuk pembangunan.

Maksudnya jelas.. biarpun harga minyak dunia terus merudum rakyat Malaysia tidak akan membayar harga yang lebih rendah untuk petrol biarpun ada dicanangkan oleh BN harga minyak RON 97 akan diapungkan menurut harga pasaran dunia.

Apa kata Ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, Putrajaya perlu menyatakan pendirian memandangkan tindakan mereka bercanggah dengan trend harga minyak mentah di peringkat global.
"Bajet 2014 menjangkakan harga minyak mentah berada pada paras AS$110 setong sementara Bajet 2015 menjangkakan AS$105 setong. Namun harga semasa berada pada paras AS$80 hingga AS$85 setong.

"Kejatuhan harga minyak dan pengurangan subsidi menyebabkan pendapatan kerajaan jatuh sekurang-kurangnya 30%, yang datangnya dari keuntungan berkaitan petroleum Petronas.

"Putrajaya tidak harus mengenakan cukai jualan petroleum bagi mendapatkan keuntungan disebabkan keuntungan kecil dari Petronas," katanya dalam satu kenyataan.

Liew berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menolak cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk mengenakan cukai jualan petroleum jika harga minyak global terus turun.

Katanya, tidak adil kepada rakyat jika cukai jualan dikenakan apabila harga minyak mentah jatuh di bawah harga jualan semasa.

"Najib mesti menolak pilihan itu," katanya.

Liew yang juga merupakan pengerusi DAP Johor berkata, walaupun tanpa cukai, harga RON95 tetap RM2.30 seliter.

"Ahmad berkata masalah sekarang adalah untuk mendapatkan kembali RM23.5 bilion tahun lalu dan RM21 bilion tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak bagi membolehkan mereka mengurangkan harga minyak.

"Hakikatnya ialah, kerajaan berada dalam dunia mereka sendiri ekoran pengurusan ekonomi menjadi kebimbangan kini."~ The Malaysian Insider

RANG YAHUDI KATA ORANG ISLAM SESAT,

Hendak tahu sesuatu pertubuhan itu sesat maka lihatlah pada dasar sesebuah parti itu jika ia tidak berdasarkan al quran dan sunnah nabi maka pertubuhan itu sah sesatnya, sebab itu kita kena faham ilmu monyet, apabila tentera masuk hutan maka monyet akan kata "Ramainya monyet ! Sedang monyet sendiri lebih monyet dari monyet - Pak Karamu


Setiausaha Agung UMNO pulak kata PAS Parti Ajaran Sesat...!!



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.



Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.



"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.



"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.




"Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya.



Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.



Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.



Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda.



"Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.



"Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya.



Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu.



Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS.



"Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit.



"Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya.



Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda.



"Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran.



"Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya. – 2 November, 2014.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-parti-ajaran-sesat-pesongkan-akidah-umat-islam-kata-ku-nan#sthash.X0an8PSP.dpuf

Pahang cuti Isnin sempena juara Piala Malaysia


02/11/2014 12:28am

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan cuti peristiwa sehari pada Isnin, 3 November sebagai menghargai kemenangan pasukan bola sepak negeri itu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.

Bagaimanapun katanya, para guru-guru dan pegawai yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hendaklah meneruskan tugasan seperti biasa.

Para pelajar juga perlu menduduki peperiksaan itu seperti yang dijadualkan pada tarikh tersebut.
Pengumuman itu dibuat oleh Adnan menerusi khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada media sebentar tadi. - KOSMO!

ALAAAMAAAAAK ! UMNO NAK RAMPAS SELANGORRR !

Umno Selangor perlu berani mengatur strategi

  • Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri dan Presiden Umno itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu Umno Selangor terima, iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.
  
Najib berkata Umno Selangor tidak boleh lagi terus menggunakan strategi dan langkah yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil berlainan.
  
"Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.
  
"Apakah kita memerlukan pemikiran yang luar biasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Selangor di PWTC, di sini, hari ini.
  
Beliau berkata Umno Selangor juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor kini untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada Umno dan BN. - Bernama
Majlis Fatwa putus jihad di Malaysia

  •  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
1 / 1
KUALA LUMPUR - Di Malaysia, tindakan untuk berjihad hendaklah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Beliau berkata ini kerana kriteria yang penting dalam jihad ialah, jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, maka jihad perlu diisytiharkan oleh pemerintah tertinggi Islam.

"Berdasarkan bukti daripada al-Quran dan Hadis, jelaslah bahawa ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam," katanya dalam ucapan perasmian seminar Jihad Vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok kecil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah (khalifah) tidak dinamakan sebagai jihad.

Katanya, sebaliknya ia dinamakan sebagai perang saudara, perbalahan puak atau etnik tertentu.

"Berdasarkan pandangan ulama muktabar, rakyat Malaysia yang berjuang di Syria tidak boleh diistilahkan sebagai jihad kerana ia tidak memenuhi kriteria jihad yang sebenar menurut Ahli Sunnah wal Jamaah," kata Ahmad Zahid.

Tambahan pula, krisis di Iraq, Syria dan Lubnan melibatkan perang sesama Islam dan tidak melalui arahan pemerintah Islam negara ini.
 
Pada 23 Oktober lalu, Bernama melaporkan Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan 40 orang, yang disyaki merancang menyertai kumpulan militan di Syria termasuk merekrut rakyat tempatan untuk kononnya berjihad di Syria, sejak Februari tahun lepas.

Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat Selasa lalu, seramai 167 rakyat negara ini terlibat dengan kegiatan militan di luar negara sejak Disember 2001 sehingga kini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid turut kesal dengan segelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menggangap tindakan militan sebagai jihad.

"Justeru, apabila dikatakan jihad, perkara yang dibayangkan mereka ialah perbuatan menyerang dan melakukan pembunuhan maka ia sebenarnya membawa maksud keganasan.
"Secara asasnya jihad dalam Islam adalah memerangi golongan Kafir Harbi. Sama ada ia bersifat ofensif ataupun defensif ia bergantung pada situasi," katanya.

Ahmad Zahid menyifatkan pergolakan di Iraq dan Syria sebagai krisis peperangan puak antara sesama Islam, dan bukan melibatkan bukan Islam. - Bernama

ALTANTUYA

SIAPA BUNUH ALTANTUYA ?  TAK TAUU !

SIAPA UPAH BUNUH ?  TAK TAUU !

DENGAN APA DIA DI BUNUH ?  TAK TAUU !

DI MANA DIA DI BUNUH ? TAK TAUU !

APA PASAL KAMU TAK TAU ?  TAK TAUU !

KAMU KENAL SI ANU DAN SI ANU ?  TAK TAUU

PERNAH BERHUBUNG DENGAN SI ANU DAN SI ANU ?  TAK TAUUU !

KAMU DI DAPATI BERSALAH KERANA TAK TAUU !  EH APA PULAKKKK !

SEBENARNYA YANG UPAH  ......... .... DALAM SUMPAH JANGAN BAGI TAUUU !

SEHINGGA SEMUA PEHAK TIDAK AKAN TAHUUUUU !

ALLAH AKAN HUKUM MEREKA YANG BERSALAH

Keterangan Saiful konsisten

  • Anwar berjalan menuju ke kafe bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika waktu rehat di Istana Kehakiman, semalam.  
  • Anwar berjalan menuju ke kafe bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika waktu rehat di Istana Kehakiman, semalam.
1 / 1
PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan seorang saksi yang jujur dan berwibawa kerana konsisten dalam setiap keterangannya.

Muhammad Shafee ketika membuat hujahan balas di hadapan panel lima hakim berkata, kejadian liwat benar-benar berlaku tanpa kerelaan seperti yang dikatakan Mohd Saiful apabila diperiksa oleh peguam, mendiang Karpal Singh.
Menurutnya perkataan ‘tanpa kerelaan’ membawa tafsiran tertentu yang perlu diperjelas iaitu perlakuan gangguan seksual di tempat kerja, yang berlaku kerana didominasi tanpa jiwa dan raga.

Muhammad Shafee turut membacakan kenyataan Mohd Saiful yang menceritakan satu persatu bagaimana dia diliwat ketika berhujah di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Menurutnya Mohd Saiful berada dalam keadaan ‘grey area’ (kawasan kelabu) apabila tidak berupaya menolak permintaan majikannya untuk mengadakan hubungan seksual walaupun dia sebenarnya tidak rela.

Hujahnya, Mohd Saiful menyatakan dengan jelas bagaimana mereka melakukan hubungan itu di atas permaidani di tepi katil, dan Anwar memancutkan air maninya ke dubur Mohd Saiful ‘seperti biasa’.

“Mohd Saiful memberi keterangan, bahawa mereka berbual sambil minum kopi segera dan makan karipap selepas selesai melakukan hubungan tersebut yang mana Anwar ada bercerita mengenai pahala dan dosa serta menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat,” katanya.

Katanya, Mohd Saiful juga menunjukkan aksi bagaimana dia diliwat semasa hakim melawat tempat kejadian, yang konsisten dengan keterangan yang diberikan.

“Dalam setiap keterangan Mohd Saiful, terdapat rantaian kejadian yang jelas, terperinci, dan berturutan, dia tidak direka-reka keterangannya di mahkamah,” katanya.

Korum yang bersidang hari keempat untuk mendengar rayuan Ketua Umum PKR mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan,  Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan,  Tan Sri Abdul Hamid Embong,Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut membalas hujahan pihak pembelaan yang secara keseluruhannya menyatakan bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu konspirasi tertinggi dari peringkat tertinggi  untuk menjatuhkan politiknya.

Muhammad Shafee berkata, Anwar turut mengaitkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, malah  Tun Dr Mahathir Mohamad,  turut sama terlibat.

“Perayu (Anwar) turut mengheret Umno dan media arus perdana sebagai sebahagian daripada konspirasi namun semuanya tidak dibuktikan.

“Seseorang perlu jelaskan dan buktikan mengenai konspirasi politik yang dikatakan itu,” tegasnya.

Perbicaraan disambung Isnin.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.