Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENDAM SAMPAI MATI SEBAB HASRAT TIDAK TERCAPAI

Agenda burukkan Hadi tidak pernah habis
Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU - Agenda memburukkan kepimpinan Pas tidak pernah putus sehingga gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disunting dalam bentuk yang mendatangkan fitnah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan tidak bermoral itu dilakukan individu tertentu dengan memijak gambar Abdul Hadi.

Malah, katanya, gambar dipijak itu juga satu bentuk penghinaan terhadap pemimpin tertinggi Pas yang disunting dalam keadaan berpelukan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia seolah-olah menggambarkan tindakan pihak tertentu cuba memfitnah pemimpin parti itu bersekongkol dengan musuh politik.

“Ada dua perkara yang boleh dilihat dalam insiden pijak gambar itu iaitu gambar fitnah dan gambar peluk. Ia adalah fitnah yang cuba digambarkan bahawa Pas dan Umno mahu bergabung,” katanya, di sini.

Beliau turut terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab masih memainkan isu Pas mahu bersatu dengan Umno, walaupun perkara itu sudah ditegaskan beberapa kali oleh Abdul Hadi.

Sehubungan itu, pihaknya turut mendesak penganjur Bersih 4.0 meminta maaf kepada parti itu kerana mengundang fitnah kepada Pas.

Dalam masa sama, penganjur terbabit disifatkan gagal mengawal tindakan segelintir peserta yang melampaui batas.

Beliau juga kesal kerana penganjur tidak dapat menangani insiden seumpama itu dengan baik.

“Dalam suasana masyarakat bertamadun, sepatutnya pihak terlibat peka dan memastikan perkara ini tidak berlaku.

“Kita harap penganjur Bersih dapat mohon maaf dan tindakan sewajarnya dapat diambil selepas ini. Sama juga dengan isu bakar bendera, tingkah laku ini tidak wajar dan dalam bahasa agak kasar, tindakan ini biadab,” katanya.

NAK TENGOK SIAPA YANG KANTOI

Bai'ah Pas: Majlis Fatwa kena bersidangBai'ah Pas: Majlis Fatwa kena bersidang
Dr Siti Mariah Mahmud

KOTA BHARU - Ketua Wanita, Parti Pekerja Malaysia, Dr Siti Mariah Mahmud mencadangkan satu perbincangan dilakukan Majlis Fatwa berkenaan tindakan Pas Kelantan yang memasukkan ungkapan taklik talak tiga dalam lafaz bai'ah parti itu.

Menurutnya, perkara tersebut perlu dilakukan bagi menjaga hak-hak keistimewaan agama Islam daripada dipermainkan dan pelaksanaan sebelum ini juga didakwa tidak pernah dipersetujui di peringkat pusat.

"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.

"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama Pas sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Dialog dan Penerangan Wanita Harapan Baru, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah]

[ARTIKEL BERKAITAN:  Bai’ah: Jangan berpegang satu pandangan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bai'ah: Perkahwinan Dr Hatta terbubar?]

Menurutnya, beliau mengakui terpaksa ‘mungkir janji’ dan langgar bai’ah yang pernah dilafazkan sebelum ini kerana yakin parti baru itu menjanjikan perjuangan yang lebih baik berbanding Pas.

Walaupun berat untuk berhijrah, namun berlandaskan hadis dalam Kitab Sahih Muslim yang menyebut, “barang siapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah”, beliau nekad membuat keputusan meninggalkan Pas.

"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan ALLAH SWT. Kita istighfar, bertaubat. ALLAH sahaja yang tahu hati kita," katanya lagi.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mendedahkan Pas kini didakwa bagaikan merancang misi Ops Pagar bagi menghalang muslimatnya menghadiri mana-mana majlis anjuran parti terbabit.

Beliau berkata, Pas didakwa bertindak demikian kemungkinan disebabkan melihat kepada sambutan yang diterima parti yang bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara itu, namun tindakan tersebut menyerupai Umno.

"Saya tidak jangkakan sambutan baik daripada golongan wanita di sini termasuk juga muslimat Pas. Apa yang hendak dikatakan, kami yakin dengan perjuangan dan hujah yang dibawa boleh mengegarkan Pas.

"Hasil  maklumat, kita dapat tahu sesiapa yang hadir sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan boleh dipecat. Ini adalah sama dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini,”katanya
.

PAS TIDAK JADI KABUR JIKA PILIH SEKULAR DAN HALALKAN YANG HARAM

Penganalisis: Hala tuju politik Pas kian kabur
Pas






SHAH ALAM - ‎ Penganalisis politik berpandangan   berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana  hala tuju politik parti itu  dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani ‎berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak  jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan 
konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin ‎berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.
"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.
‎"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

KERJA MENCARI DITERUSKAN

Tujuh lagi mayat mangsa ditemui petang ini

Tujuh lagi mayat mangsa ditemui petang ini
Anggota pasukan penyelamat memindahkan tujuh lagi mayat tragedi bot karam perairan Sabak Bernam yang baru dijumpai ke markas utama operasi Mencari dan Menyelamat di Perhentian Feri Ladang Sungei Bernam hari ini.
 - Foto Bernama

HUTAN MELINTANG - Tujuh lagi mayat mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui petang ini, menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam tragedi itu sebanyak 24 orang yang kesemuanya dipercayai warga Indonesia.


Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan berkata, mayat enam wanita dan seorang lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira dua jam selepas penemuan tiga mayat tengah hari tadi.


Beliau berkata, kesemua mayat tiba di Jeti Hutan Melintang kira-kira 5.15 petang.


"Kesemua mayat ditemui di sekitar kawasan operasi mencari dan menyelamat. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Mohd Aliyas berkata, pihaknya memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat kepada 550 kilometer persegi, melibatkan sebanyak tujuh kapal termasuk tiga buah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


"Bot-bot kecil daripada agensi penguatkuasa yang terlibat antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta bomba membantu kita untuk mencari dan menyelamat mangsa di kawasan pesisir pantai," katanya.


Setakat ini, mayat 19 wanita dan lima lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat, selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dihentikan pada 7 malam ini, dan disambung semula pagi esok.


Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.


Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. - Bernama

HARAPAN BARU MEMANG KONFIDEN MENANG BERGAYA

Harapan Baru sedia bertanding jika esok PRU14
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Gerakan Harapan Baru sedia mempertaruhkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia pada PRU14 akan datang sekalipun parti itu gagal dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Harapan Baru tidak lagi ragu-ragu kerana NGO itu sudah mempunyai platform politik yang kukuh dan sah, bagi membolehkan ia turut serta menyaingi parti politik lain dalam pilihan raya akan datang.

“Itu tiada masalah, bila-bila masa kita boleh bertanding kerana kita sudah ada kapal dan rumah, tetapi yang lebih penting kita bukan baru dalam politik.

“Tengoklah wajah-wajah itu, kami ini ahli politik yang berpengalaman, sudah lalui keadaan baik dan sukar, kita telah lalui semuanya, kami bersedia dengan apa juga cabaran dan rintangan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Nur Jazlan berkata, Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi Perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan ROS.

Dalam pada itu, Dzulkefly juga berkata, kekangan untuk menukar nama lama kepada baharu bukan satu halangan untuk pihaknya meneruskan agenda yang lebih penting, iaitu untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

“Ya, asalkan Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh, usaha itu perlu didahului dengan penubuhan satu wadah politik baharu,

“Apa pun namanya, dalam Islam, sesuatu itu dinilai dari sudut isinya, bukan pada namanya, kalau dapat dua-dua lagi cantik, dalam Islam bukan nama tapi apa kandungannya,” ujarnya.

Ditanya tentang Harapan Baru terdesak hingga terpaksa menggunakan parti yang berasaskan pekerja, beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut sambil menegaskan pemilihan parti itu kerana mempunyai matlamat sama untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Bukan soal terdesak, kami pilih parti ini kerana mereka ini pekerja, mereka ini datang membawa satu agenda yang akhirnya mengangkat kepentingan pekerja sebagai satu segmen rakyat yang hari ini mereka fikir terpinggir,” katanya lagi.
Ada campur tangan kerajaan
Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Tunku Abdul Aziz Ibrahim
PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui terdapat campur tangan kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) turut menyifatkan campur tangan itu berlaku pada masa yang tidak sesuai.

"Kes ini dikaitkan dengan kebocoran maklumat. Di mana penjawat awam tidak boleh membocorkan sebarang maklumat kerajaan atau mereka akan ditangkap.

"Tapi kita tidak boleh menghalang mereka untuk mendesak kerajaan supaya tidak campur tangan. Saya kata kepada kerajaan, tiada lagi campur tangan," katanya ketika menjadi ahli panel dalam forum sempena Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang turut hadir dalam forum tersebut.

Sementara itu, Aziz dalam ucapannya sebelum itu memuji pentadbiran Najib yang disifatkannya lebih baik daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Najib memberi lebih banyak ruang kebebasan berbanding Dr Mahathir yang menggunakan pendekatan menekan rakyat dan mengharamkan demonstrasi.

"Ketika anda (peserta IACC) tiba (di Malaysia), anda melihat rakyat berdemonstrasi di jalanan. Ia tidak akan berlaku pada pemerintahan Mahathir.

"Ketika zaman Mahathir, akan ada meriam air dan polis ketika rusuhan. Bagi saya ia pencapaian besar bagi Najib," katanya.

BERITA BELUM SAHEH

Mukhriz anggap spekulasi dipecat tidak sahih
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar Kedah akan digantikan kembali diperkatakan, apabila sekali lagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik secara terbuka oleh Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, kelmarin.


Kenyataan Ahmad melalui sebuah video meminta Mukhriz meletakkan jawatan, selain mendakwa Mukhriz gagal mentadbir kerajaan negeri, kini viral di laman sosial sekali gus mengundang pelbagai tanggapan konon kedudukan Mukhriz kini goyah.

Kini ditambah pula dakwaan Mukhriz dan beberapa pemimpin Umno lain tersenarai dalam rombakan pemecatan jawatan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Mukhriz ketika ditanya berhubung perkara itu menyifatkan ia sebagai berita yang belum sahih.

“Macam-macam senarai ada, selagi tidak menjadi kenyataan, saya tak boleh respons. Saya sendiri ada lihat macam-macam yang disebarkan melalui laman sosial,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah di Dewan Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, setakat ini, beliau belum menerima makluman pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah atau digantikan menjelang akhir bulan ini.

“Pucuk pimpinan parti tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini. Saya tidak boleh terima komen-komen dari Facebook atau maklumat dan berita yang tidak disahkan,” katanya
.
Kes saman: SPR serah kepada Jabatan Peguam Negara
Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung arahan pembelaan terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen PRU13.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata oleh itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan yang sewajarnya. 

‎"Jadi Jabatan Peguam Negara akan buat proses perundangan dan akan respons pada arahan mahkamah untuk failkan pembelaan dan sebagainya. 

"Untuk perkembangan lanjut pada 9 Oktober ini akan tahulah, di mana mahkamah akan putuskan untuk bagi arahan lanjut, selepas semua dokumen siap, pembelaan dimasukkan oleh semua pihak, mahkamah akan tetapkan perbicaraan," katanya kepada media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, Mahkamah Tinggi mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tiga lagi individu termasuk SPR memfailkan pembelaan  mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang itu.

SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka. 



‎Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta ahli Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bertambah gawat

Brunei: Tolak ke tepi isu kehadiran Najib
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
PUTRAJAYA - Semua pihak tidak harus mempersoalkan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke 16 (IACC).

Menurut Pengarah Biro Anti Rasuah Brunei, Datuk Paduka Muhammad Juanda A Rashid , kehadiran Najib bukanlah menjadi matlamat utama bagi persidangan ini, sebaliknya apa yang penting semua pihak dapat menumpukan fokus dan mencapai sasaran sebenar yang digariskan menerusi persidangan ini.

“Dalam memerangi rasuah,kita tidak boleh campur adukkan hal atau isu yang remeh termasuk politik.

“Apa yang penting,SPRM dan dengan kerjasama kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang serius dalam memerangi jenayah rasuah,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia juga telah banyak berusaha untuk menganjurkan serta menjayakan persidangan ini.

“Persidangan ini amat berguna bagi kita. Ia memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan agensi anti rasuah di seluruh dunia untuk datang dan bertukar maklumat dengan agensi lain. Ia merupakan landasan bagi kita semua untuk meningkatkan ilmu masing-masing.

“Kita dapat belajar daripada agensi dan orang lain tentang cara baharu berdepan dengan jenayah rasuah. Ia juga memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki dan meningkatkan kemampuan kita dalam mendepani masalah rasuah. Itulah matlamat kita yang sebenar dan itu yang patut kita fokuskan,” katanya lagi.

IKUT SELERALAH


CELARU!!! Apa Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Berhubung Taklik Cerai MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.. Jom Terjah!!!






Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.
Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.

"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Baharu, Khamis.
Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.
"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.
"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.
"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.
Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."
PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
- Bernama

Sebenarnya tiada nilai tambah

Adakah Pas masih anggotai pakatan pembangkang?

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Pas masih menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.    

Beliau berkata adalah mustahil bagi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang belum didaftarkan penubuhanya untuk sama-sama menganggotai pakatan itu.
  
Salleh berkata Pakatan Rakyat perlu memilih satu daripada dua parti itu untuk menjadi rakannya.
  
"Bagaimana kah kita hendak memahami kenyataan Anwar itu? DAP telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mati dan sudah tidak wujud lagi.
  
"Jadi, bagaimana Ps masih boleh menjadi sebahagian daripada pakatan yang tidak wujud itu?," tanya Salleh dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini.
  
Dalam kenyataan dikeluarkan peguamnya semalam, Anwar berkata Amanah akan memperkukuhkan lagi kedudukan pembangkang, bersama-sama PKR, Pas dan DAP serta akan meluaskan kerjasamanya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi dan komited terhadap objektif bersama mereka.

"Mereka tidak boleh mempunyai kedua-duanya secara serentak. Sama ada Anwar yang tidak faham atau beliau menyangka bahawa kita yang tidak faham perkara ini," kata Salleh. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.