Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA YANG GATAI MULUT, MASA NAK JADI CALON SEMUA OK


Ingat perasaan keluarga Dr Hatta pesan Mahfuz
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Semua pihak termasuk pimpinan Pas diingatkan agar bertimbang rasa dengan perasaan keluarga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam membincangkan isu baiah secara terbuka di media.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, wujud kebimbangan apabila isu itu dibahas secara meluas dengan pelbagai pandangan, bakal wujud persepsi bahawa Pas sebuah parti yang hipokrit serta mengguna agama juga mencagar wanita (isteri) untuk kepentingan politik.

“Seharusnya semua pihak menghormati dan menjaga hati dan perasaan orang yang dilibatkan. Kalau pun anda tidak dapat menjaga hati dan perasaan Dr Hatta tetapi ingatlah isteri dan anak menantu serta keluarganya punya hati dan perasaan.

“Membincangkan isu baiah cerai talak tiga secara terbuka tidak pun membantu menambah kekuatan Pas, tetapi sebaliknya mencalarkan imej Pas. Dengan perbincangan yang berlaku hari ini telah akhirnya membentuk pelbagai persepsi masyarakat terhadap Pas. Paling dibimbangkan saya, masyarakat akan punya persepsi Pas ini hipokrit dan mengguna agama serta mencagarkan wanita (isteri) untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Harapan Baru dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mendedahkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat Pas di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Namun, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu baiah itu kini dikritik NGO dan tokoh wanita yang boleh menghakis keyakinan masyarakat wanita terhadap Pas serta tidak baik untuk masa depan politik Pas yang memerlukan sokongan pengundi wanita.

“Saya mengharapkan saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipertimbang sebaiknya oleh pimpinan dan ahli Pas. Uruslah isu ini dengan hikmah bukannya dengan perasaan bebal.

“Kepada sahabat karib saya YB Dr Hatta banyaklah bersabar menghadapi ujian dan cabaran perjuangan. Saya yakin dengan saudara akan terus istiqamah dengan Islam. Kepada isteri dan anak menantu Dr Hatta tabahlah menghadapi cabaran kehidupan. Janji Allah tetap benar, selepas kesedihan akan ada kegembiraan dan selepas kepayahan akan ada kemudahan,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim menggesa semua pihak khususnya ahli Pas yang menyertai PPM supaya berhenti daripada mempolemikkan isu baiah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.

BERDIAM UBI


Derma: 'Najib diam, negara dan ringgit jadi mangsa
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berdiam diri meskipun teruk dikritik dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) baru-baru ini berhubung isu derma RM2.6 bilion hanya akan terus menjejaskan negara dan nilai mata wang.
 
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat perlu bersedia untuk berdepan kemelesetan ekonomi sekiranya situasi itu berterusan.
 
“Tanpa jawapan yang memuaskan, lebih banyak spekulasi mengenai RM2.6 bilion di akaun Najib akan timbul dan hangat diperkatakan. Bukan sahaja Najib yang kena pukul, Malaysia dan nilai ringgit turut dilanyak bersama kerana hilangnya integriti daripada pemimpin tertinggi dan kabinetnya.
 
“Jika ringgit terus turun, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi secara mendadak di suku ke keempat 2015 kerana semua barangan import telah menjadi mahal.
 
“Situasi ini dijangka akan diburukkan melalui risiko yang perlu diambil untuk mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) untuk tidak membebankan rakyat Malaysia yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi (melebihi 80 peratus daripada KDNK) dan tekanan daripada GST apabila barang-barangan yang dikecualikan turut dikenakan GST bermula 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Selain itu katanya, wujud lima teori yang berlegar susulan keengganan Najib berterus terang dan menjelaskan misteri di sebalik wang RM 2.6 bilion itu.
 
Antaranya, kemungkinan wang derma yang diberitahu Najib sebenarnya bukan wang derma sebaliknya wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Teori pertama, apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno? Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihanraya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.
 
 
 
“Teori kedua, apakah duit itu sebenarnya bukan derma? Persoalan ini timbul kerana sehingga hari ini penderma yang berbesar hati ini masih misteri kepada rakyat Malaysia. Spekulasi ini lebih hangat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berani menjawab cabaran Tun Mahathir untuk mendedahkan nama penderma tersebut setelah Zahid mengaku telah berjumpa dengan wakil keluarga dari Asia Barat yang mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib.
 
“Jika penderma itu sanggup menderma RM2.6 bilion kepada Najib, mengapa beliau tidak sanggup tampil membersihkan nama Najib? Tidakkah penderma itu takut duit derma itu akan dibazirkan jika Najib jatuh nanti sedangkan derma itu untuk Umno bukan untuk Najib? Apakah betul dakwaan Tun Mahathir bahawa duit itu sebenarnya duit 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam teori berikutnya, beliau turut menyentuh soal tindakan saman Najib terhadap Wall Street Journal (WSJ) yang dilihat masih belum menjadi kenyataan.
 
“Teori ketiga, apakah ia satu kesilapan taktikal untuk menggelar RM2.6 bilion itu sebagai derma? Dana di akaun Najib didedahkan oleh WSJ pada 3 Julai 2015 yang disyaki duit 1MDB. Sebulan kemudian, barulah SPRM berkata duit itu ialah duit derma. Sehingga kini, tidak kedengaran Najib menyaman WSJ meskipun cerita derma ini sudah menjadi perbualan dan lawak antarabangsa.
 
“Apakah ini satu kesilapan taktikal yang teruk? Oleh kerana itu, sehingga Najib tidak berani menjawab isu RM2.6 bilion ini secara berdepan meskipun menerima kritikan hebat di IACC di negara sendiri,” katanya.
 
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mendakwa kemungkinan memang ada bukti salahlaku ketika siasatan Pasukan Petugas Khas sehingga pasukan itu akhirnya dibubarkan.
 
“Teori keempat, apakah memang ada bukti salahlaku yang dijumpai mengenai RM2.6 bilion? Spekulasi ini juga antara terhangat diperkatakan ekoran terbubarnya pasukan siasatan khas isu 1MDB, pemecatan Muhyiddin dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara mengejut, terbantutnya persidangan PAC, pemindahan pegawai Peguam Negara dan SPRM yang dilakukan secara mendadak, penahanan pegawai SPRM seperti penjenayah untuk disoalsiasat dan kebisuan Bank Negara dalam isu dana RM2.6 bilion.
 
“Jika derma itu bersih dari segi tatatertib kewangan, mengapa Najib tidak menggalakkan siasatan diteruskan? Malah, menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.
 
“Teori kelima, apakah antara orang yang dapat menikmati dana RM2.6 bilion itu ialah pemilik akaun atau warisnya? Persoalan ini juga hangat diperkatakan berdasarkan gaya hidup pasangan ini, yang digelar mewah oleh Tun Mahathir. Apakah disebabkan ini, Najib memilih untuk membisu kerana beliau tahu rakyat dan Umno akan lebih marah?,” katanya.

SATU LAGI PERHIMPUNAN BAKAL DIADAKAN ?



MCA tolak perhimpunan anti Low Yat
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR - MCA hari ini sekeras-kerasnya menolak Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bersifat 'anti Low Yat', dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perhimpunan itu yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

"Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin," katanya.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata, "Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh".

"Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan," kata Tiong Lai selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini. 

Media melaporkan Himpunan Rakyat Bersatu itu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota. - Bernam

a

ORANG BAWAH BERANI, ORANG ATAS,TENGAH TOBAT LA BERANI


Ahli Umno lapor polis gesa siasat PM, menteri
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Seorang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang hari ini dilapor membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan polis itu di Balai Polis Pasir Gudang semalam.

Dalam laporannya, Abdul Rashed meminta pihak polis menyiasat Najib, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau juga meminta siasatan dijalankan terhadap menteri yang memberi komen berhubung isu derma berkenaan antaranya Datuk Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman.

"Saya merayu kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terperinci keatas kenyataan menteri-menteri ini kerana takut jika terdapat beberapa pembohongan, sama ada di Dewan Rakyat atau melalui kenyataan yang dibuat kepada media," Abdul Rashed dipetik sebagai berkata.

Sehingga kini, kontroversi berkaitan derma RM2.6 bilion dan 1MDB masih belum terjawab.

Timbalan Pendakwa Raya JPN Hilang


BIASA LA, SIKAP TU DAH LAMA ADA DLM UMNO


Ahli Umno kena hapus sikap hasad dengki
Ahmad Zahid Hamidi
Foto Bernama

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Sifat hasad dengki menebal merupakan kelemahan orang Melayu yang perlu dihapuskan bagi memastikan perpaduan sentiasa kukuh terutamanya dalam kalangan ahli Umno, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu berkata, musuh politik Umno melihat hasad dengki sebagai suatu kelemahan yang perlu diambil kesempatan dan mahu sifat itu berterusan malah lebih menebal.
"Sejarah memperlihatkan empayar dan tamadun Islam jatuh disebabkan berlakunya khianat, hasrat dengki dan benci-membenci malah ada yang sanggup berkompromi dengan musuh.
"Khianat, hasrat dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli Umno," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron juga Pengerusi Umno Melaka; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno; dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh merangkap Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah.
Ahmad Zahid berkata, ketentuan untuk meletakkan kedudukan seseorang itu adalah urusan Allah dan hamba-Nya tidak sepatutnya mempersoal ketentuan itu dengan mempunyai sifat hasad dengki.
"Kedudukan seseorang itu sangat jelas, kita boleh berusaha dan tawakal kepada Allah sebab qada dan qadar itu boleh ditukar dengan doa.
"Tetapi hakikatnya apabila seseorang diletakkan di tempatnya, sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pusat, maka sokongan dan dokongan perlu diberi secara padu," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan perpecahan di kalangan anggota UMNO kerana menyokong pemimpin tertentu perlu ditamatkan serta-merta dan anggota UMNO di setiap peringkat perlu bersatu di bawah satu sokongan dengan menyokong satu kepimpinan.
Katanya, sifat itu perlu dihapuskan segera kerana anggota Umno sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berbalah sesama sendiri memandangkan pilihan raya umum ke-14 sudah semakin dekat bagi memastikan Umno kekal memerintah bagi membela nasib rakyat. - Bernama - Bernama
 

JANGAN OVER ACTING, JANGAN CARI PASAL

BILA ADA ORANG PIJAK GAMBAR HADI DAN NAJIB, RAMAI YANG MARAH, YANG DIA ORANG MARAH HANYA TAKUT BERLAKU KETEGNGAN KAUM, SIAPA YANG MULA BAGI KETEGANGAN KAUM DI NEGARA INI ?  YOU SENDIRI BOLEH TENGOK SIAPA YANG PIJAK GAMBAR ITU ? YOU TENTU BOLEH KENAL DIA DARI SPESIS APA. YOU JUGA TAHU ITU SPESIS MEMANG SUKA KASI MULA KETEGANGAN KAUM - Pak Karamu


Pijak gambar: MCA kutuk peserta Bersih
Liow Tiong Lai
Datuk Seri Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR - MCA mengutuk tindakan segelintir peserta yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa polis mengambil tindakan segera ke atas individu yang melakukan perbuatan itu.

"Tindakan ini (memijak gambar pemimpin negara) adalah satu provokasi dan bukan budaya rakyat Malaysia, jadi tindakan harus diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA (CC) di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa individu memijak gambar Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4 yang tersebar luas di laman sosial.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, ramai yang melihat perhimpunan Bersih 4 mengundang ketegangan kaum dan menggugat keharmonian rakyat negara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Barisan Nasional mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara itu.

Perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad diisytiharkan polis sebagai haram, anjuran kumpulan yang mendakwa perhimpunan itu antara lain bertujuan memperjuangkan pilihan raya yang adil serta kerajaan yang bersih.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, penglibatan majoriti masyarakat Cina dalam perhimpunan Bersih tidak boleh dijadikan indikator bahawa kepercayaan komuniti itu terhadap kerajaan merosot.

Katanya, perhimpunan itu hanya platform yang digunakan pembangkang untuk menentang kerajaan. - Bernam
a

TAK PERLU KESIAN, ELOK LA KESIAN PADA DIRI SENDIRI

TU LA, AKIBAT BERSUAMIKAN ORANG BODOH TENTANG HUKUM, MACAM LEMBU, MASA NAK JADI CALON SEMUA AKUR, SUDAH JADI CAM NI TAK PERLULAH MENYESAL, ORANG RAMAI TAK PERLU PERTIKAIKAN, TAKKAN LA MAHKAMAH SYARI'AH KELANTAN TU BODOH SANGAT NAK NILAI TENTANG HUKUM, KALO HANGPA PANDAI HUKUM APA PASAL TAK SAMAN MAHKAMAH SYARI'AH ATAU SAMAN PAS KELANTAN, TU PASAL LAIN KALI JANGAN JADI MONYET, NAK DUK DALAM ISLAM KENA BELAJAR AGAMA, JANGAN DENGAR CAKAP GOLONGAN MUNAFIK YANG GEMUK DIBELAKANG MUSUH ISLAM - Pak Karamu


Bai'ah: Saya kasihan isteri wakil rakyat Pas


Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam
Ramlah


SHAH ALAM - Pemerhati politik, Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan tindakan Pas menjadikan ‘talak’ sebagai sebahagian daripada kandungan bai'ah untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi umpama senjata makan tuan.


Bercakap kepada portal Malaysiakini, Ramlah juga berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin Pas ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.


“Saya sedih bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat Pas). Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik.


“Saya kasihan pada isteri wakil rakyat Pas. Mereka ini jadi barang permainan, menjadi tukar ganti. Seolah-olah tidak ada harga diri, tidak ada perasaan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri serta perkara ini paling merendahkan martabat wanita,” beliau dipetik sebagai berkata.


Isu bai'ah kembali hangat diperkatakan apabila sekumpulan bekas pemimpin kanan Pas mengumumkan menyertai Parti Pekerja Malaysia (yang sebelum ini dipanggil Gerakan Harapan Baru).


Bagi negeri Kelantan, bai'ah yang dilafazkan calon pilihan raya negeri itu didakwa mengandungi cerai talak tiga seperti kes melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Dr Hatta Ramli.






Mengulas lanjut, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia di Universiti Malaysia Perlis itu berkata, keadaan menjadi lebih malang apabila si isteri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suami mereka daripada berbai'ah.


“Saya percaya mereka tidak terlibat dalam bai'ah itu, tetapi bai'ah ditandatangani dan menjadi dokumen rasmi. Kalau dibawa ke mahkamah pun ia akan diterima.


“Isteri tidak tahu apa-apa dan kalau mereka tahu sekali pun mereka tidak ada kuasa sebab yang buat keputusan adalah parti dan juga suami dia,” katanya lagi.


Bagaimanapun, menurut Ramlah, isteri wakil rakyat Pas boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian berhubung status mereka.


“Kalau mereka akur dan percaya ia betul, kita tidak boleh berbuat apa. Terpulanglah," katanya.


Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan IBrahim Tuan Man hari ini menggesa semua pihak khususnya ahli mereka yang menyertai Parti Pekerja Malaysia supaya berhenti daripada mempolemikkan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.
Ujarnya, mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai’ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.

KUMPULAN BACUL





FB Pembaling Mercun Tersebar.


Siap berselfie lagi selepas ditangkap kerana melakukan provokasi terhadap pendemo2 BERSIH4.

Oke. Sekarang pengguna media sosial dok giat sebarkan fb individu di atas. Nama fb tok ketua.

Link -->  https://www.facebook.com/suhaimi.tokketua?fref=ts

Saja aku godek2 FB dia, aku dapati dia neh memang tak suka dengan orang cina.



Tu dia. Semangat nak belasah cina tak kesampaian siap buat cerita sedih dalam fb lagi. Macam orang gila. Tak pun dia memang orang gila. Bila dah kantoi mana ada UMNO ke apa ke nak tolong. Merana la kau seseorang kena dakwa. Itula sapa suruh buat kerja bodoh.

KAH KAH KAH



Memang sah puak2 neh penyokong UMNO. Diresapi semangat racist oleh pimpinan itu yang sampai berjihad baling mercun kemudian mengucap bila dah kantoi. Geng songkok tinggi.

Tengok fb dia ada anak, ada bini. Mesti anak2 dia malu dapat bapak macam neh.

KAH KAH KAH

HA,HA,HA BELUM TENTU LULUS

Diharapkan parti baru cepat lulus, walaupun macam-macam nama diberikan, selain nama gah-gah diberikan pemimpinnya banyak buat kenyataan yang sangat konfiden kepada rakyat , berita yang kabur kita perolehi parti baru tak akan sampai kemana, sebab dia orang kata ia dipacu oleh golongan yang mabuk kuasa - Pak Karamu


‘Jangan kacau rumah kami’


‘Jangan kacau rumah kami’
Ahmad Fakhruddin (tiga, kiri) pada sidang media, Jumaat lalu.

ALOR SETAR - Pas Kedah yakin kembali mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum melalui tagline, ‘Pas untuk semua’ (Pas for all).
 
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong Pas, lebih bersifat propaganda politik untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu.
 
“Kewujudan parti baharu itu konon menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang,” katanya, pada sidang media, di Kompleks Pas Kedah, kelmarin.
 
Menurutnya, Pas Kedah akan terus istiqamah bersama Pas pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, terutama dalam usaha pembentukan kerajaan.
 
“Komitmen kita menolak Umno/BN telah dibuktikan menerusi Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, yang berjaya menghimpunkan lebih 30,000 ahli dan penyokong Pas,” katanya.
 
“Sesiapa yang dakwa Pas kini bukan lagi untuk semua, uruslah rumah (parti) baharu yang mereka sertai itu, jangan kacau rumah kami (Pas). Nak korek kolam guna cangkul atau Kubota, itu tanah dia terpulang, hak kami jangan kacau,” katanya, sinis.
 
Mengulas mengenai kehadiran Parti Pekerja Malaysia pada saat PR dan BN berdepan pergolakan, Ahmad Fakhruddin menyifatkan ia belum menjadi kenyataan selagi belum didaftar secara sah bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
“Sukar nak cakap, parti itu dah lama ditinggalkan, entah ROS luluskan atau tidak. Masih belum jelas lagi struktur, pentadbiran dan keahliannya. Jika dakwa mereka mendokong gerakan Islam, sama seperti Pas, tidak pula nampak perkataan Islam pada parti itu, macam mana kata ia gerakan Islam,” katanya.
 
Ditanya jumlah ahli Pas Kedah yang disahkan menyertai parti baharu itu, Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat daripada Pas kawasan mengenai keahlian yang gugur secara automatik.

SERAH KEPADA PEHAK BERKUASA

Bai'ah: Henti polemik, serah kepada pihak berkuasa
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Pas menggesa semua pihak khususnya ahli mereka yang menyertai Parti Pekerja Malaysia supaya berhenti daripada mempolemikkan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai’ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.

“Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat.

“Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai banyak implikasi, maka wajar bagi mereka menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana ahli parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu.

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga mengingatkan mereka yang terlibat agar melihat kembali ikrar yang pernah dilafazkan sebelum ini dan ia perlu dipatuhi.

“Pas tidak membeli ketaatan dengan duit. Pas memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan ALLAH.

“Pas meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai'ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Hatta perlu beri penjelasan kepada mahkamah]

Tuan Ibrahim berkata lagi, walaupun mereka yang melanggari sumpah tersebut boleh membayar kifarat, namun bekas ahli Pas itu tidak terlepas dari janji dan ikrar yang pernah dilafazkannya.

“Saya berdoa semoga semua kita terlepas dari kemurkaan dan laknat ALLAH, para malaikat dan seluruh orang yang beriman,” katanya lagi
.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.