Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TIDAK DIHUBUNGI


Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan


SHAH ALAM - Pas hari ini mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan berlangsung pada 16 September depan.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pihaknya tidak dihubungi atau menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.


“Kami tidak mengetahui, tidak dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur himpunan yang dimaksudkan.


“Kami tidak mengetahui tujuan himpunan, penyertaan, aturcara dan agendanya untuk membolehkan kami menilai atau memberi komitmen terhadap himpunan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tak benar 'Perhimpunan Rakyat Bersatu']
Katanya lagi, faktor Kongres Rakyat yang pada masa itu baharu sahaja diadakan merupakan salah satu faktor bagi keengganan pihaknya menyertai himpunan terbabit.


“Kami (pada ketika itu) baharu sahaja selesai menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam yang melibatkan kehadiran ahli dan seluruh penyokong dari seluruh negara.


“Bagi kami, adalah keterlaluan serta menjadi bebanan buat ahli Pas sekiranya mereka sekali lagi diminta turun ke ibu kota untuk tujuan menghampiri himpunan lain pada tarikh yang begitu hampir,” ujarnya lagi.


Takiyuddin bagaimanapun berkata, pihaknya tetap memberikan sokongan teguh terhadap penganjuran himpunan terbabit.


Menurutnya, himpunan tersebut bebas diadakan selagi ia dibuat dengan aman dan selamat.

“Kami melihat penganjuran himpunan tersebut dari sudut yang sama. Himpunan tersebut diadakan sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman.


“Ia sewajarnya diterima dan dirai semua pihak, termasuk pihak berkuasa,” katanya.
 

Tidak Halang Ahli Umno Sertai Demo Baju Merah


TIDAK TERFIKIR MELAYU JADI BARUA

Selasa, 8 September 2015

Ulasan : Kesian PAS

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا (١٣٩)

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139)
(Surah An-Nisa ayat 138-139)

Lama betul laman gua yang satu nih bersawan selepas artikel terakhir menjelang Muktamar Pemilihan PAS kerana gua lebih menumpu kepada laman-laman gua yang lain. Gua cukup tertarik dengan perkembangan politik negara bila 'Golongan Haru Biru' mula timbul pada parti Umno, PAS, PKR, BN, PR yang mencipta puak-puak. Umno dengan puak TSMY vs DSNR, PAS dengan puak Pro Ulama vs PasMa/GHB (puak barua Dap), PKR pula dengan puak yang masih ingin bersama PAS vs puak menolak PAS vs puak berebut kawalan ke atas parti.

PAS yang paling teruk krisisnya, kerana G18 yang menggelar diri mereka golongan profesional terulung dunia telah membawa keluar 80 peratus ahli PAS, bukan setakat ahli malah semua ilmu PAS pun mereka angkut. Golongan ini cukup hebat selepas keluar dari PAS kerana mereka telah memiliki satu lagi taraf iaitu ProMa (gabungan profesional + ulama). Dari taraf Ustaz diangkat menjadi Tuan Guru dan dari Tuan/Puan kepada Ustaz/Ustazah. Memang benar kata-kata Dr Dzul yang GHB memiliki ulama-ulama luar biasa di mana presiden mereka sudah dipanggil Ustaz Mat Sabu. Mula-mula gua sikit terkejut bila ada satu laman menamakan Abg Mat kepada Ustaz.

Semua pemimpin tertinggi boleh mengeluarkan fatwa sendiri tanpa merujuk dulu kepada Tuan Guru Ahmad Awang. Sejak puak ProMa ini menjadi barua Dap dan ditambah perisa dengan adegan makan setalam dengan Abang Besar (Dap) semakin hari semakin haru biru. Semakin hari semakin sial dengan kenyataan bodoh disebabkan lidah sama lidah sudah berkulum dengan Abang Besar. Islam dan hukum hakam telah dibangkul sampahkan demi menjaga hati dan mengikut arahan Dap.

Gua rasa puak ProMa sudah makan nasi kangkang Dap kerana apa-apa yang berkaitan dengan Islam mestilah dipersembahkan dulu kepada Dap kerana Dap segalanya atau mungkin juga itulah ulama luar biasa yang dimaksudkan oleh Ust Dr Dzul. Jika tidak, takkan LKS berani mengatakan 10-20% Melayu yang menyertai Bersih 4.0. bukan mewakili umat Islam. Bagi gua yang bukan prof, jika bukan mewakili Islam atau mana-mana agama bermakna mereka sama dengan komunis yang selama ini menjadi pegangan kuat Dap. Bukankah komunis mengatakan agama itu candu, kerana candu itu jugalah Ustaz Mat Sabu mengatakan yang PAN tidak akan menyokong Hudud melalui MP-MP laknat mereka. (gua sebut laknat pasal mereka masih terikat dengan sumpah bai'ah)

Lu ada nampak parang kat leher atau pistol kat dahi mereka yang berbai'ah di depan TGAA

Demi menghalal perkhianatan mereka, TGAA sanggup buat U-Turn dengan sumpah yang di lafazkan di hadapannya sebagai PJ Pas Perak dengan kata-kata pada PRU12, 'TGAA telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz 'bai'ah' yang perlu dilakukan oleh semua calon yang lafaz bai'ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan ; di mana tiada seorang pun yang berani 'melompat' walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan'.

Sekarang beliau mendakwa bahawa taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, bai'ah taklik dengan sumpah paksa dianggap sebagai 'lagho' maka boleh ler buat kafarah untuk membatalkannya. Yang teruk bila beliau mengangkat hujah peguam Ustaz Hanipa Maidin sebagai bahan rujukan tertingginya kerana peguam itu menang banyak kes. Gua rasa TGAA dah terlebih dos hasil air tangan Dap dengan membaruakan diri sendiri. 

Cerdik atau bodoh bila seorang yang bertaraf ulama dunia merujuk hukum hakam dengan seorang peguam sekular yang tiada kelayakan untuk menghukum dan berhukum tentang al-Quran dan as-Sunnah. Gua tak kata dia jahil tetapi beliau tiada kelayakan untuk menjadi pakar rujuk. Gua dah kata dari dulu lagi jangan terlalu rapat sangat dengan Dap, nanti kena nasi kangkang. Lihat apa dah jadi dengan bekas YDP Persatuan Ulama Dunia (Malaysia).

Ini pula kehebatan sorang lagi ProMa,Ustazah Dr Mariah yang gua petik berkata...

"Ya kita mungkir janji, tetapi kita terpaksa beralih kepada sesuatu yang lebih baik. Hadis dalam kitab Sahih Muslim ada menyebut, barangsiapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah.

Gua nak tahu apa yang dikatakan beralih kepada sesuatu yang lebih baik tu dan gua andaikan jemaah yang bermaksud PAN. Gua tidak nafikan yang PAS bukannya sempurna tetapi adakah PAN/AMANAH lebih sempurna sedangkan para pemimpinnya sendiri tidak beramanah semasa berada didalam PAS. Belum lagi memimpin sudah menunjukkan sifat-sifat yang memalu dengan membuka pintu fitnah.

"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan Allah SWT.. kita istighfar.. bertaubat. Allah sahaja yang tahu hati kita," katanya.

Dia nih baru memeluk Islam atau baru sedar yang selama ini beliau jahil tentang Islam. Gua hairan bagaimana seorang bekas ketua muslimah tidak mengetahui bahawa Islam itu 'Mudah dan Tidak Membebankan'. Sebagai seorang bekas pemimpin muslimah PAS pusat, beliau tidak perlu mengingatkan tentang dosa pahala. Itu lu dengan Allah s.w.t., bagaimana pula dengan ahli PAS yang bekerja siang malam demi kemenangan lu tidak memaafkan lu tetapi lu mengkhianati mereka tanpa melepaskan jawatan. Ramai nak kena cari tu dan usah ler dengan hujah menang atas PR tetapi lu bai'ah guna nama PR atau PAS.

"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.
 
"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama PAS sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya. 

Ini adalah keegoan beliau untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau dalam bab berhukum dengan penuh sombong menghalalkan yang haram. Inilah contoh berlagaknya seorang yang mengaku beliaulah profesional terulung dunia. Hebat ler lu bro.... ini olang kita mahu angkat lagi tinggi pasal semua dia langgar loo, mungkin itu kata-kata dari dinasti Lim dan Dap melihat kebodohan seorang Hatta. 

Ada yang kata kenapa presiden PAS tidak boleh menyelamatkan sebuah rumah tangga dari runtuh sedang semua ahli PAS tahu yang TGHH pun terikat kepada PAS. Jangan salahkan PAS bila berlaku masaalah ini kerana beliau tidak di paksa dan beliau boleh menolak dari menjadi calon. Jalan mudah bila tiada jalan keluar maka mula cari kesalahan orang lain sebagaimana 'Langkah Kajang'.

Mungkin kerana terlalu profesional teulung maka sudah tiada apa didalam pemikiran mereka yang sedang berangan-angan mencapai puncak. Sedangkan mereka boleh meletakkan jawatan sebagai MP dengan bertanding Dun dan Adun pula boleh bertanding parlimen. Gua sudah memberi cadangan tersebut memandangkan mereka mengatakan mempunyai 7 MP 7 Adun bersama mereka. Letak jawatan, tukar kerusi dan bertanding tanpa melanggar apa-apa bai'ah. Sekurang-kurangnya mereka boleh test market, apa nak takut mesti menang dengan majoriti yang amat luar biasa pasal semua cawangan PAS kosong sekosongnya dibawa lari oleh Pasma/GHB.

Dalam masalah berhukum Islam tidak melihat suara majoriti macam ideologi anutan para pemimpin GHB/PAN tetapi ia berpandukan kepada kekuatan Nas atau Dalil walau pun 1 berbanding 10. Sejak para barua Dap yang menjadi anai-anai dalam PAS keluar beramai-ramai semakin banyak terserlah kebodohan dalam bercakap atau berhujah.

Gua tidak hairan dengan selera besar dan kebodohan puak ProMak yang lebih mencintai Putrajaya dari mencintai agamanya sendiri dengan alasan bodoh dari Ustaz Mat Sabu. 'Dap minta Hudud ditangguh dulu, biaq dapat pegang Putrajaya lepas dapat... buat ler apa yang PAS nak buat'. Dinasti Lim dah bagi warning yang mereka tidak akan membenarkan Hukum Syariah/Hudud di laksanakan walau pun PR merampas Putrajaya. Dah nak buat macam mana, dah lama sangat makan nasi kangkang dinasti Lim jual agama pun tak apa janji aku jadi barua. Sekurang-kurangnya dinasti Lim boleh tolong dari dihumban ke laut.

Kesian PAS sudah tiada penyokong dan kehilangan Kelantan, malah parti itu juga akan hilang semua kerusi pada PRU14 nanti kerana semua profesional telah keluar beramai sehingga tiada lagi pemimpin-pemimpin maha hebat untuk memenangkan PAS. Ustaz Mat Sabu akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. 

Percayalah bahawa Dap sudah tidak memandang kepada DSAI kerana bagi Dap, DSAI sudah tidak berguna kerana zamannya sudah berlalu sebab itulah mereka menamakan Ustaz Mat Sabu sebagai pengganti. Gua cukup bangga dengan dengan parti PAN yang akan mengganti PAS sebagai parti Islam yang paling hebat pernah wujud. Belum dilancarkan lagi sudah ada 14 kerusi, tidakkah itu hebatnyanya./GANR

JAWAPAN HADI SETELAH PAS DIPERLEKEH SELAMA NI


Hadi: Pas cukup kuat, tak perlu parti lain

Abdul Hadi Awang
Hadi Awang


KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN) atau kini dikenali dengan Parti Pekerja Malaysia (PPM).
  
Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar Pas supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.


"Sehingga ini Pas dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan  konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: PPM sedia bekerjasama dengan Pas ]
  
Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas setelah menyertai PPM, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.
  
Ketika ditanya kemungkinan ahli Pas akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden Pas itu berkata, beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.


"Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan," katanya. - Bernama

HU HU HU

Pas Terengganu sedia bergerak sendirian

Tidak tolak tanding semua kerusi
Satiful Bahri (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai.
 
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.
 
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan Pas.
 
PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.
 
“Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.
 
“Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi kepercayaan memerintah. Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.
 
Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.
 
Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal itu.
 
Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.
 
Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.
 
“Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang,” katanya.

JUMLAH KORBAN


Satu lagi mayat mangsa bot karam ditemui

Satu lagi mayat mangsa bot karam ditemui
 
PELABUHAN KLANG - Satu lagi mayat lelaki mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui hari ini, menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam tragedi itu adalah 63 orang yang semuanya dipercayai warga Indonesia. 
 
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan berkata, mayat lelaki itu ditemui anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) kira-kira 2.30 petang.

"Kita menerima maklumat melalui KM Danga bahawa satu mayat ditemui kira-kira dua batu nautika dari lokasi kejadian.

"Mayat berkenaan dijangka tiba dalam tempoh dua jam dari lokasi penemuan hingga jeti di Pelabuhan Klang dan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya pada sidang media di Pejabat APMM Daerah Klang, hari ini.

Mohd Aliyas berkata, operasi mencari dan menyelamat masuk hari keenam dan pencarian akan disambung semula esok pagi.

Tidak termasuk penemuan terbaru, 62 mayat ditemui, 38 lelaki dan 24 wanita termasuk seorang kanak-kanak telah ditemui selepas bot itu karam di perairan Selangor pada Khamis lalu.

Dalam tragedi itu, bot pancung dinaiki kira-kira 70 pendatang asing tanpa izin (Pati) Indonesia karam kira-kira 16.2 kilometer dari perairan Selangor, Tanjung Sauh.

Difahamkan, kesemua mangsa berlepas menaiki bot itu dari Kuala Sungai Bernam kira-kira pukul 12 tengah malam menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

Mohd berkata, daripada jumlah mayat itu, 21 telah dituntut oleh waris melalui Kedutaan Indonesia manakala baki 41 masih belum dituntut.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat akan diberhentikan sekiranya pihaknya telah berpuas hati dan mendapat kesahihan jumlah sebenar mangsa yang terlibat."Kita akan teruskan pencarian. Kalau tiada lagi mayat ditemui, kita akan dapatkan kebenaran untuk menghentikan operasi.
Pas tak kacau daun, 'gentleman'lah DAP
Mohammad Fauzi Yusoff
Mohammad Fauzi Yusoff
 
GEORGETOWN - DAP perlu bersikap ‘gentleman’ dan menghormati hasrat Pas untuk meletakkan calon pada kerusi yang ditandingi DAP pada PRU14.

Pesuruhajaya Pas Pulau Pinang, Mohammad Fauzi Yusoff berkata, ia sentiasa dalam keadaan bersedia dan kajian akan dibuat untuk meletakkan calon yang sesuai termasuk di kawasan DAP.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu riuh sebaliknya bersikap profesional dan gentleman dengan strategi Pas kali ini.

"Tidak ada isu kacau daun dalam cadangan ini kerana kami perlu bangkit dengan strategi baharu setelah memutuskan hubungan dengan DAP.

"Pas kini mempunyai strategi sendiri. Tidak ada isu kacau daun kerana selama ini pun DAP melakukan perkara sama. Guan Eng seringkali melancarkan provokasi terhadap Pas dengan mempromosikan parti untuk Harapan Baru," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Guan Eng menempelak Pas dengan menyifatkan hasrat itu seolah-olah menjadikan DAP musuh utama dan bukannya BN atau Umno.

Ia juga disifatkan sebagai kacau daun dan mahu memberi kelebihan kepada BN kerana menjadikan DAP sebagai musuh.

Mohammad Fauzi berkata, jika selama ini Guan Eng boleh memecahbelahkan kekuatan Pas, maka beliau juga kena bersedia dengan strategi Pas.

"Jangan ingat dia saja boleh buat, kita pun boleh. Gentleman lah, mana boleh dia saja buat serangan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Pas lawan DAP dalam PRU14 sudah dijangka]

Mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan tindakan Pas ingin bertanding di kawasan milik DAP sebagai memberi kelebihan kepada BN dan Umno, beliau berkata, Guan Eng juga melakukan perkara sama apabila tidak putus-putus menyerang Pas.

“Dia tidak sedar, dengan kritikan dan provokasinya terhadap Pas, ia juga memberi kelebihan kepada BN dan Umno. Jadi apa bezanya dengan Pas? Bezanya cara sahaja. Dia kena sedar diri, jangan hanya pandai nampak salah orang lain.

“Dia buat rundingan dengan BN dalam beberapa projek di negeri ini antaranya Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, kenapa tidak kecoh? Strategi Pas tidak ada kena mengena dengan parti lain termasuk BN dan Umno,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu sedang meneliti cadangan meletakkan calon di kawasan DAP.

‎Pas bercadang untuk meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas untuk kerusi berkenaan.

PPM TU ISLAM SEBENAR LA !


PPM sedia bekerjasama dengan Pas




Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub


SHAH ALAM - Parti Pekerja Malaysia (PPM) tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas untuk menyelamatkan negara daripada kelemahan pentadbiran sedia ada sekaligus menumbangkan kerajaan BN pada PRU14 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan kerjasama itu dengan semua parti pembangkang, NGO dan individu melalui muafakat politik baharu jika wujud keperluan.


“Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya PPM terbuka untuk berunding termasuk dengan Pas, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.


“Jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada 31 Ogos lalu, gerakan Harapan Baru mengumumkan akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).


Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.


Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas itu menegaskan pihaknya tidak akan berganjak daripada perancangan asal untuk melancarkan parti baharu itu pada 16 September ini.


“Kami komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan BN.


“Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini,” katanya lagi.

TAK PAYAH LA, 3 PARTI SUDAH CUKUP KUAT DAP,PKR DAN PPM

PR 2.0: Wan Azizah sudah jumpa Mat Sabu

 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


SHAH ALAM – PKR hari ini memulakan langkah proaktifnya ke arah pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  apabila pertemuan tertutup dengan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia (PPM), Mohamad Sabu mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan itu berhasil sambil beliau menyambut baik penyertaan PPM untuk menguatkan parti-parti pembangkang sedia ada untuk mencabar BN dalam isu semasa dan PRU14 akan datang.


“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan PPM sebagai parti pembangkang baharu.


“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa PR 2.0 akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan sama dengan pimpinan Pas dan DAP dalam masa terdekat bagi tujuan sama.


"Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baharu, dan saya akan bertemu dengan pimpinan Pas dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama,” katanya lagi.


[ ARTIKEL BERKAITAN: DAP tidak akan berbaik dengan Pas ]

DAP semalam menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.


Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14.

Buletin Sinar Selasa 8 September 2015


Akar umbi Umno Johor bersuara

Akar umbi Umno Johor bersuara
Hashim (tengah) dan Shaharuddin (dua, kiri) bersama sebahagian ahli akar umbi Umno yang menggerakkan program Solat Hajat Perdana sejak seminggu lalu.
 
SKUDAI - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.
 
Ahli Umno Cawangan Presint Bakti (Mutiara Rini), Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif akar umbi Umno Johor dan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid serta surau seluruh negeri Johor.
 
Menurutnya, rata-rata akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kanan Umno kerana bimbang menyebabkan berlaku perpecahan lebih teruk dalam parti itu.
 
“Solat hajat ini mula digerakkan sejak seminggu lalu selepas kami menerima maklumat akan berlaku pemecatan terhadap beberapa pemimpin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti.
 
“Kami tidak mahu ia berlaku terhadap Muyiddin dan pemimpin lain termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya.
 
Selain itu, Hashim berkata, akar umbi amat berharap agar ahli Majlis Tertinggi membuat keputusan rasional dengan mengutamakan perpaduan dan penyatuan parti dalam sebarang keputusan diambil.
 
“Penganjuran solat hajat ini bukan mahu menentang arus tetapi mahu mewujudkan penyatuan dalam Umno kerana ahli mula kucar-kacir sejak Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 
“Kami bimbang pemecatan dalam parti akan menyebabkan perpecahan lebih teruk dan menggugat kepercayaan akar umbi terhadap Umno menghadapi PRU14,” katanya.
 
Sementara itu, Ahli Umno Taman Sri Skudai, Mohd Saharuddin Mohd Jamal berharap pemilihan Umno diteruskan pada tahun depan dan tidak ditangguhkan sehingga 18 bulan lagi.
 
“Kami berharap Tan Sri (Muhyiddin) dikekalkan sehingga pemilihan Umno berlangsung dan tidak mahu pemilihan ditangguhkan seperti dimaklumkan,” katanya.
 
Bagi Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Omar Ponijian, akar umbi Johor berharap Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak akan membuat tindakan yang boleh melemahkan parti termasuk memecat orang kanan dalam Umno.
 
Katanya, dalam suasana politik semasa yang dilihat kurang memihak kepada Umno dan BN, sepatutnya pucuk pimpinan melakukan pelan pemulihan mengembalikan keyakinan rakyat memilih Umno sebagai tunjang kerajaan.

AKHIRNYA SERAH DIRI

Pijak gambar: Dua individu serah diri
Polis: Kes pijak gambar Najib, Hadi disiasat
Foto yang viral di laman sosial hari ini. (Gambar kecil) Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.
 
KUALA LUMPUR - Dua daripada empat individu yang dikenal pasti terbabit dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.0 lalu, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua individu itu tampil kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan tampil bagi membantu siasatan berhubung insiden itu,” katanya.

Sebanyak 267 laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.
 

Buletin Sinar Isnin 7 September 2015


BUKAN MUDAH NAK JADI SEORANG ISLAM YANG ISTIQAMAH

ALLAH Maha Bijaksana Memandu Istiqamah

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)."
(Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara. Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :
[a] Thawabit

(Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)
- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat
(menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)
- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Makkah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.

Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para Sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga. Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi disebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada Istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :

Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Makkah) Insyallah dalam keadaan aman."
(Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafiq terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya. Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Makkah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya. Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan :

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis  dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah  
[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke-Makkah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Makkah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Makkah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Makkah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi. Menolak sangkaan golongan munafiq dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah :

"Berilah berita galakkan kepada orang-orang munafiq, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah."(Surah An-Nisa', ayat 138 - 139) 

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat. Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

 Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan diatas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir. Parti semangat 46 sudah mati semangatnya. Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat.

 Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang manjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu Hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan UMNO sendiri. Tidak lagi suara menghina dan mengejek saperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah. Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas. Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam. Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)."
(Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :

"Demi Allah ! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.