Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAI'AH LETAK JAWATAN

Gesa jelas terlibat Parti Pekerja atau tidak
Mohd Hushaimi
Mohd Hushaimi
 
TUMPAT - Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar diminta tampil membuat penjelasan sama ada terlibat dengan Parti Pekerja Malaysia atau masih setia dengan Pas.

Desakan itu dibuat Pemuda Pas Kawasan Tumpat berikutan sikap beliau yang  berdiam diri sehingga mencetuskan tanda tanya di semua peringkat kepimpinan Pas dan rakyat.

Pemangku ketuanya, Mohd Hushaimi Hussian berkata, penjelasan daripada Ahli Parlimen Tumpat itu perlu kerana namanya dikaitkan menyertai Parti Pekerja Malaysia seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan bertarikh  8 September 2015.

“Saya sendiri pun telah bertanya padanya tentang kesahihan perkara tersebut namun beliau membisu, tiada jawapan darinya.

“Tindakan beliau membisu dengan seribu bahasa tanpa sebarang penegasan bakal mencetuskan andaian yang tidak berkesudahan, khususnya buat pengundi beliau dalam kawasan Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jika Kamaruddin memilih Parti Pekerja Malaysia sebagai parti perjuangannya, Mohd Hushaimi melahirkan rasa kesal dan ini satu pengkhianatan kepada amanah dan kepercayaan diberikan parti dan rakyat.

“Beliau telah dipilih oleh rakyat Tumpat dalam pilihan raya lalu adalah kerana beliau bertanding di atas tiket dan lambang Pas.

“Jika benar beliau ingin menyertai Parti Pekerja Malaysia, beliau perlu melepaskan jawatan ahli parlimen demi mengelak daripada makan gaji serta elaun wakil rakyat secara haram,” katanya.

Mohd Hushaimi turut mengingatkan soal baiah yang dilafazkan oleh Kamarudin untuk taat setia dan tidak akan melompat parti.


Sehubungan itu, katanya, pilihan untuk terus beristiqamah dengan Pas dengan memperjuangkan cita-cita dan aspirasi adalah jalan yang paling tepat.

“Kamaruddin sendiri telah berbaiah untuk taat setia dan tidak akan melompat parti selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam, perlu ditegaskan baiah beliau adalah perjanjian dengan ALLAH, tepuk dada tanyalah iman,” katanya.


Nikah Hatta tetap terbubar talak tiga-Mufti Perak

Perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli tetap terbubar dengan talak tiga kerana melanggar bai’ah yang pernah dilafazkan walaupun bernikah di luar Kelantan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana bai’ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak akan terbatal walau di mana sekali pun pernikahan dilakukan.

“Walau di mana sekalipun (pernikahan) termasuk di luar negara, bai’ah tetap tidak akan batal kerana bai’ah ini merupakan perjanjian dan sumpah dengan Allah.

“Tidak kira berapa lama sesuatu ikatan pernikahan itu, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun, bai’ah tidak akan terbatal kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas Kelantan semalam yang mempertahankan Mohd. Hatta dalam isu bai’ah.

Pemimpin Pas Kelantan, Datuk Dr. Nik Mazlan Nik Mohammad meminta status perkahwinan Mohd. Hatta dirujuk kepada Mufti Perak kerana Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkahwin di Perak.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad menganggap perkahwinan Mohd. Hatta dan isterinya terbubar dengan cerai talak tiga setelah melanggar taklik yang pernah dilafazkan kerana menyertai Parti Amanah Negara.
Harussani menegaskan, bai’ah tidak boleh terbatal dengan cara membayar kafarah kerana merupakan satu perjanjian dan sumpah dengan Allah.
Beliau berkata, ini berlainan hukumnya dengan bersumpah kerana bersumpah boleh dibatalkan.

Kata beliau, apabila sudah melafazkan bai’ah, perlu dipatuhi dan ditanggung oleh orang yang melafazkannya.

“Mereka yang berkata bai’ah sudah terbatal dengan sendirinya kerana telah membayar kafarah seperti memberi makan 10 orang anak yatim sebenarnya tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah membuat hukum sendiri,” katanya.
Utusan

Muhyiddin: Saya Ahli Umno Totok


MUHYIDDIN BERI JAMINAN ....

Muhyiddin jamin tidak akan jejaskan Umno

Muhyiddin jamin tidak akan jejaskan Umno
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan ceria ketika dikerumuni para penyokongnya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti itu sekaligus menguatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
 
Perkara tersebut diakui sendiri oleh ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sambil berkata mesyuarat parti itu hari ini sebulat suara untuk mengukuhkan parti dan merapatkan hubungan antara pimpinan Umno.
 
"Timbalan Presiden kata dia menyokong parti dan kepimpinan untuk kita hadapi pilihan raya.
 
"Dia tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan parti, itu jaminan dia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di lobi Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.
 
Beliau mengulas khabar angin mengatakan mesyuarat MT Umno hari ini akan memecat beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 
Selain Muhyiddin dan Mohd Shafie, turut tersenarai dalam khabar angin pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.
 
Dalam pada itu, Tajuddin juga berkata mesyuarat parti itu hari ini memberi peluang kepada semua ahli MT Umno untuk memberikan pandangan untuk mengukuhkan parti.
 
"Mana boleh (penyingkiran), kita sekarang sudah bersatu teguh, bercerai roboh. Kita memang sudah berbaik (dengan Muhyiddin) dari dulu lagi, dulu kini dan selamanya.
 
"Presiden kata kita nak merapatkan hubungan sesama kita, sebab kita ada perkara penting bagi hadapi pilihan raya akan datang, semuanya (mesyuarat) ok, tiada masalah (suasana) kami terbuka," ujarnya.
 
Sementara itu, seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tiada perbalahan yang berlaku khususnya dari "kem" Muhyiddin sendiri sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.
 
"Mesyuarat sangat bagus, perpaduan dan solidariti. Tiada perbalahan, tiada kem, hanya ada Umno saja, dan Umno sekarang kuat," katanya.
 
Seorang lagi ahli MT Umno dari Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tiada sesuatu yang luar biasa sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.
 
"Buat pertama kali mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Presiden yang tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
 
"Kita boleh duduk sama, satu nada, satu suara membincangkan strategi parti untuk kemenangan Umno pada PRU14, walaupun kita punyai berbeza berpendirian," jelasnya.
 
Ditanya tentang kedudukan Muhyiddin dalam parti, beliau menegaskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan kekal sebagai Timbalan Presiden Umno serta berperanan membantu memperkukuhkan parti.
 
"Amanat presiden saya lihat kita semua senang hati, mesyuarat terlampau baik, tiada yang tarik muka, mood sangat bagus," katanya lagi.

DALAM HATI LAIN HAL, SEBAB TU KELUAR ISTILAH UMNO TOTOK

'Terima kasih Muhyiddin kerana setia pada Umno'

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak (kanan) merangkap Presiden Umno bersalaman dengan Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Bangunan Dato Onn hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana masih setia kepada Umno dan sedia untuk membantu mengukuhkan parti.

Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal sangat dialu-alukan sebagai tanda solidariti kepada parti.

Menurut Najib, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang diadakan berlangsung dalam keadaan sangat baik dan menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi

"Kita bincang banyak perkara. Saya alukan penglibatan Tan Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden Umno, diatas kesetiaan beliau kepada Umno dan kesanggupan beliau untuk berjuang bagi memastikan kekuatan Umno dan kejayaan parti dalam PRU akan datang.

"Atas komitmen beliau itu saya ucapkan terima kasih. Saya juga mahu ucap terima kasih pada Shafie Apdal kerana nyatakan komitmen sama untuk bekerja demi kepentingan parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT Umno di Menara Dato' Onn, hari ini.

Kehadiran Muhyiddin dalam sidang media itu turut mematikan khabar angin sebelum ini bahawa beliau dan Shafie akan dipecat bersama beberapa pemimpin lain.

Najib ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau berkata, pihaknya masih memberi masa kepada semua pemimpin untuk menunjukkan komitmen kepada parti.

"Bagi masa kepada kepimpinan, kita sudah bagi komitmen dalam mesyuarat.

"Jadi , kita akan perlihatkan dari segi tindakan kita termasuk ucapan-ucapan yang menjurus kepada solidariti dan memainkan peranan masing-masing dalam parti," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan, bahawa isu pemecatan tidak terkandung dalam agenda mesyuarat pada hari itu.

“Itu semua spekulasi pihak luar," katanya lagi.

APA HAL PULAK MHYIDDIN NIH !

'Saya masih ahli Umno totok', kata Muhyiddin
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin sempat melambaikan tangan ke arah penyokongnya sebelum beredar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di pekarangan Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN. 

KUALA LUMPUR - "Saya ahli Umno totok, semuanya (mesyuarat Majlis Tertinggi Umno) berjalan dengan lancar," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bersih 4 0 : Tun M Sudah Bersedia Disiasat


TERGESA-GESA TU KERJA SYAITAN

PR 2.0: Pas tak perlu tergesa-gesa

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM - Pas menyifatkan parti itu tidak perlu tergesa-gesa dalam hal hubungan kerjasama politik parti pembangkang yang didakwa untuk membentuk PR siri kedua.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan mengkaji semula keperluan hubungan kerjasama tersebut.

"Dalam konteks hubungan  atau pembentukan PR 2.0, Pas akan mengkaji  semula.  Pengalaman lalu banyak mengajar kita.

"Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat parti dan kita tidak perlu tergesa gesa," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas soal kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menegaskan tetap mahukan Pas dalam PR 2.0.

Semalam, Azmin berkata, Menurut Tuan Ibrahim, pendirian PKR itu selaras dengan keputusan parti dan keputusan Muktamar Pas yang lalu.

"Pendirian PKR selaras dengan keputusan muktamar dan pendirian parti di Selangor.  Hubungan Pas dengan  PKR berjalan biasa.

"Pas tetap dengan keputusan memutuskan hubungan dengan  DAP," katanya.

Tuan Ibrahim turut menyatakan kini Pas sedang bekerja keras memperkukuhkan jentera parti dan memperkemaskan tarbiah  di kalangan ahli serta memberi fokus kepada isu rakyat.

Kelmarin, DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah bertemu dengan pemimpin Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam satu mesyuarat tertutup bagi membincangkan pembentukan pakatan baharu.

PKR juga bakal bertemu Pas dan DAP untuk membincangkan perkara sama.

PAKATAN RAKYAT MASIH UJUD


DAP DAN HARAPAN BARU TAK NAK KOMPLAIN KE ???  Pak Karamu

Pas Selangor tetap akan bersama PR

Iskandar Abdul Samad


KAJANG – “Pas Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) dan kerjasama masih terus berjalan...yang putus hanya hubungan politik,” demikian ulas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad.

Tegasnya, Pas Pusat yang mengeluarkan arahan supaya Pas Selangor meneruskan hubungan dalam kerajaan negeri.


Hubungan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam semua peringkat termasuk  Exco, Adun, ahli majlis dan ketua kampung semuanya masih berjalan seperti biasa.


[ ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap kerjasama dengan Pas ]

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas.


Menurutnya, apa disuarakannya itu bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti seperti diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa DAP tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini.

PAS PARTI KHURAFAT ?

FOCUS HANYA PADA KUMPULAN POLITIK

PAS FAHAM APA ITU KHURAFAT, HANYA PUAK PENGKHIANAT SAHAJA TIDAK TAHU APA ITU KHURAFAT, TUDUHAN KHURAFAT APABILA KELUAR KENYATAAN APABILA AYAT "HANYA PAS PERJUANGKAN ISLAM, KHURAFAT YANG WAJAR DIHAPUSKAN" . PAK KARAMU HANYA FOCUS KEPADA KUMPULAN POLITIK DIDALAM NEGARA, DI LUAR NEGARA ADA  ORANG LAIN YANG MEMEGANG AMANAHNYA.

APA YANG BERLAKU IALAH APABILA ADA TUDUHAN KHURAFAT DARIPADA ORANG YANG TIDAK FAHAM HUKUM AGAMA TETAPI BERCAKAP TENTANG AGAMA, APA YANG PAK KARAMU NAMPAK IALAH PAS BERHAK BERCAKAP DEMIKIAN (JIKA KENYATAAN ITU BENAR), KERANA HANYA MANA-MANA KUMPULAN YANG MENGAMBIL DASAR AGAMA SAHAJA YANG BERHAK MELAKSANAKAN PERJUANGAN ISLAM SEPERTI PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PAS

POKOKNYA ADALAH DASAR, DAN PAS MEMENUHI DASAR TERSEBUT, DAN BERHAKLAH DIA MEMPERJUANGKAN ISLAM, ANDAINYA ADA KUMPULAN YANG MAHU MEMPERJUANGKAN ISLAM AKAN TETAPI DASARNYA LARI DARI DASAR AGAMA MAKA PERJUANGAN ITU ADALAH PALSU DAN TERTOLAK DAN SESAT, SEKALIPUN MEREKA MENAMAKAN KUMPULANNYA SEBAGAI ISLAM, INGAT !!! ISLAM TIDAK TERTEGAK JIKA TIDAK BERDASARKAN AGAMA IAITU AL QURAN, HADIS, IJMA ULAMA DAN QIAS, SELAIN ITU ADALAH SESAT - Pak Karamu

 

PAS KINI DIANGGAP "PARTI KHURAFAT"!!!

Heh! Kalau ayat itu keluar dari mulut pemimpin atau pun orang UMNO, sudah pasti akan ada yang melabelkannya sebagai SESAT. Tapi macam mana pulak kalau ianya keluar dari mulut ahli PAS sendiri?

"Hanya PAS Perjuangkan Islam, Khurafat Yang Wajar Dihapuskan" merupakan tajuk yang disiarkan oleh blog Pro PAS sendiri sebelum berubah menjadi platform Parti Mat Sabu.

Hakikatnya, baru hari ini bekas ahli - ahli PAS tu menyedari bahawa parti yang mereka sertai sebelum ini hanya sekadar mempergunakan Islam sebagai alat untuk mereka meraih sokongan.

Walhal, perkara tu dah lama dah orang berikan peringatan. Tapi pada ketika itu, pemikiran puak - puak PAS ni semuanya JUMUD belaka. Wala' diorang kepada pemimpin tak kena pada tempat.

Sekarang, dek kerana kerakusan diorang yang Gila Jawatan membuatkan puak - puak Pengkhianat tu mula sedar bahawa parti yang mereka sertai dulu dah lama menyimpang dari ajaran Islam.

Baru hari ini la diorang berani nak tampil dan memburuk - burukkan parti yang dulunya mereka sanjungi. Sebab apa? Sebab ada dikalangan pemimpin diorang tersingkir dari saf kepimpinan.

Adakah kesedaran itu hasil dari mereka menyedari dosa yang telah mereka lakukan selama hari ini? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Sebaliknya, dosa mereka sebelum ini takkan terhapus begitu sahaja.

Segala penyelewengan yang dilakukan selama hari ini perlu mereka tanggung. Ditambah pulak dengan dosa mereka mengkhianati perjuangan yang mereka dokongi sehingga hari ini.

Apa yang jelas, waima mereka melabelkan PAS dengan pelbagai dakwaan sekali pun, dosa Pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin dari parti Si Mat Sabu tu tidak akan terlepas begitu sahaja.

Kesimpulan mudahnya, puak - puak yang menyertai parti Si Mat Sabu tu takkan terhapus dosanya dengan hanya sekadar menukar nama parti atau pun melompat menyertai parti lain sekali pun.

Sebaliknya, dosa tu perlu mereka tanggung melainkan mereka mengakui kesilapan serta kesalahan yang telah mereka lakukan selama hari ini. Bukannya dengan memaki hamun dan menunding jari menyalahkan PAS sebagai sebuah parti Khurafat!!!

Apabila politik dianggap peluang - Presiden PAS


TANGKAK: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara mutakhir ini.

Ujar beliau, terjadinya isu kewangan RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Mikka Holdings yang merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.

Dalam ucapannya, Tuan Guru membandingkan isu-isu tersebut dengan mengemukakan kisah keraguan dan pertikaian penduduk Madinah terhadap Khalifah Umar al-Khattab yang memakai jubah dari kain baharu diperolehinya.

Tegas beliau, PAS telah menunjukkan contoh pemerintahan Islam sebagaimana dilaksanakan di Terengganu dan juga di Kelantan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kedah.

“Tidak ada seorang pun pemimpin kami yang berlagak. Kita dah memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, DAP baru sepenggal di Pulau Pinang. Baru sepenggal memerintah nak lawan hudud, nak tunjuk berlagak. Memerintah Pulau Pinang sekangkang kera nak tunjuk berlagak, nak lawan hudud. Belum lagi Putrajaya, kalau menang Putrajaya, kita tak tahu apa dia nak buat pada Islam?

“PAS ada maruah, ada harga diri. Kita bukan macam Umno tak berani nak lawan MCA dan MIC, kita lawan semua, kita pertahan, kita ada Istiqamah dengan Islam ini, ini beza PAS dengan parti-parti lain, mesti paham, kita sanggup tak menang 50 tahun lebih, kerana menang adalah satu amanah, bukan satu peluang,” katanya pada di Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 11), di sini, 5 September.

Beliau menegur segelintir ahli PAS yang merasa kemenangan menjadi lambat kerana PAS meninggalkan DAP sedangkan sudah hampir dengan Putrajaya.

Tegas Tuan Guru, PAS mahu menang dengan membawa Islam, sedangkan DAP menentang agenda Islam di bawa PAS.

Katanya, PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan penyokong PAS dari kalangan masyarakat India dan Cina bukan Islam.

“Kita boleh bertanding bukan sahaja kawasan Umno, kawasan DAP pun kita akan letakcalon bertanding. Kita ada kekuatan sekarang, yang penting ialah, kita kerja kuat dan ikhlas.
Kita mahu kemenangan yang diisi dengan menunaikan amanah,” tegas beliau.

Kongres Rakyat: Undur Jika Tak Mampu Perintah


Zahid: Tiada Siapa Yang Akan Dipecat


PAS BERGERAK SENDIRI, TAPI DALAM POLITIK APAPUN BOLEH BERLAKU

Tidak mustahil Pas bergerak sendiri
Tidak mustahil Pas bergerak sendiri
Abdul Hadi diserbu wartawan ketika Sidang Dun berhenti rehat, semalam.
 
KUALA TERENGGANU – Pas tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergerak sendiri berdasarkan senario dalaman parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebelum ini Pas pernah beberapa kali bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana parti komponen dan ia adalah pengalaman yang mematangkan parti itu sendiri.

“Pas pernah berdikari, Pas juga pernah bersama dengan parti komunis sebelum merdeka. Kita pernah dengan sosialis, Pas pernah bersama kerajaan campuran pada 1970 dengan Umno-Perikatan dan menyertai koalisi pemerintah BN pada 1974.

“Pas juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua ahli parlimen Pas dalam Kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dun ke-13, di sini, semalam.

Ditanya sama ada tidak mustahil Pas akan bersendirian lagi selepas ini, Abdul Hadi berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku. “Dalam politik tiada yang mustahil,” katanya.

Mengenai pendirian Pas setelah ahli politik parti itu sendiri menyertai Parti Pekerja Malaysia, katanya, perkara sama pernah berlaku sebelum ini dan ia bukan satu fenomena baharu dalam pasti Islam itu.

“Mengenai ahli politik Pas sendiri yang masuk Parti Pekerja Malaysia, kita akan tunggu laporan penuh daripada badan perhubungan Pas negeri.

"Pas masih teruskan dengan apa yang kita perjuangkan pada hari ini dan kita ada kekuatan kita sendiri.

“Mengenai DAP dan PKR yang terima Parti Pekerja Malaysia, Pas akan lihat dulu bagaimana penerimaan mereka,” katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya masih kurang jelas mengenai dakwaan bahawa Parti Pekerja Malaysia akan ganti Pas dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Sehingga hari ini tidak jelas sama ada mereka terima parti baharu atau tidak. Pas tak terima parti baharu dan Pas mempunyai sikap yang tegas. Kita jelas, kita ada syarat kerjasama dengan pihak lain.

“Mengenai ahli Pas yang mahu sertai Parti Pekerja Malaysia, setakat ini kita masih tiada maklumat perkara itu,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam adalah sumber penyatuan bagi kaum Melayu bukan semangat kebangsaan.

“Apabila berpecah semua lemah, Cina dan India pun lemah. Yang pentingnya, bagi menyatukan Melayu adalah Islam, bukan semangat kemerdekaan. Orang Melayu juga perlu ambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.

“Kita perlu sedar Perang Dunia Pertama dan Kedua, barangkali lebih 60 peratus hamba jajahan menjadi mangsa perang dunia. Penjajah selamat. Yang matinya kita.

"Tak kira kaum apa, oleh sebab itu, memang tidak dinafikan majoriti rakyat adalah Melayu Islam. Pada masa sama, kaum lain sahabat kita yang perlu kita hargai. Itu adalah pendekatan yang perlu diambil,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.