Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KUASA MENCELAH PENTING


Gerakan akan terus cabar enakmen hudud Kelantan
Hudud

PUTRAJAYA - Gerakan akan terus mencabar Enakmen Hudud Kelantan dengan memberi fokus terhadap permohonannya bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahan undang-udang itu dari segi perlembagaan.
 
Pengerusi Biro undang-undang Pemuda Gerakan Kebangsaan dan penyelaras Pasukan Undang-undang Gerakan Chai Ko Thing berkata, parti itu tidak akan berundur daripada mencabar enakmen hudud Pas, yang menurutnya mengandungi kekeliruan.
 
"Gerakan komited untuk mempertahankan integriti serta kesucian Perlembagaan Persekutuan dan kami tidak akan teragak-agak atau mengubah haluan kami," katanya sambil menjelaskan bahawa parti itu akan menggunakan pelbagai opsyen perundangan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia.
 
"Berpandukan nasihat daripada para perunding undang-undang, kami mengambil keputusan untuk tidak akan menarik balik rayuan kami terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 7 Mei tahun ini dan akan menumpukan tenaga kami terhadap permohonan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Mei tahun ini," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
 
 
Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Kerajaan Kelantan dan menolak cabaran Gerakan terhadap Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, yang digubal Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac tahun ini.
 
"Bagaimanapun, kami mempunyai kebebasan untuk memfailkan saman baharu di Mahkamah Tinggi pada bila-bila masa," kata Chai.
 
Mahkamah Persekutuan menetapkan 17 September sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara untuk mencelah dalam notis usul Gerakan bagi mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan.  - Bernam
a

JKA KENYATAAN HANYA BERPOLITIK IA TAK BAWA APA-APA FAEDAH


PKR tidak derhaka kepada Pas Kelantan
PKR

GUA MUSANG - PKR Kelantan tidak akan derhaka kepada Pas negeri itu yang mentadbir kerajaan negeri Kelantan kerana kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah kemenangan bersama.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pemimpin Negeri (MPN) PKR Kelantan, Roslan Puteh, PKR Kelantan tetap berpendirian memberi sokongan sama kepada parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, ini kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah gabungan parti pembangkang di negara ini walaupun senario politik DAP dan Pas ada masalah di peringkat pusat.

"Kita tetap bersama Pas di Kelantan kerana banyak ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu atas dasar politik, tetapi di luarkan Kelantan kita menyerahkan segala-galanya kepada pucuk pimpinan.

"Segala ceramah anjuran parti Amanah di Kelantan juga kita tidak akan membantunya kerana hormat kepada Pas, sebaliknya jika di luar Kelantan kita boleh naik pentas untuk berceramah,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gua Musang kali ke 10/2015 di Pejabat Keadilan Cabang Gua Musang, di sini, pagi semalam.

Roslan juga Adun Guchil menyifatkan pertelingkahan antara DAP dengan Pas hanya sementara sahaja dan tetap bersatu balik dibawah parti pembangkang apabila sampai pilihan raya umum nanti.

Katanya, gabungan semua parti pembangkang termasuk parti Amanah akan mampu menumbangkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan sekali perampas Pusat Pentadbiran Putrajaya.

"Walaupun sebelum ini kita tewas kepada BN, tetapi PRU14 nanti kemungkinan besar pembangkang menang kerana banyak isu kerajaan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat diselesaikan,"katanya

.

KITA DENGAR APA SELEPAS INI


PR 2.0 : ‘Kita bincanglah’, kata Azmin
Azmin Ali
Azmin Ali

PETALING JAYA - Semua parti pembangkang bakal diajak berbincang dalam misi membentuk gabungan baharu, PR 2.0 kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
 
Menurutnya, parti itu sedia menerima mana-mana parti yang komited dengan perubahan. 
 
"Tak apa lah, PKR telah menjadi parti yang sangat inklusif dari dulu lagi. Kita terbuka kepada semua parti, semua individu yang mahu perubahan, yang komited untuk 'reform agenda'. 
 
"Mesti bincang. Kita kena bincang sebab itu Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata dalam kenyataan sebelum ini, setelah dia bertemu dengan Amanah, dia akan bertemu dengan Pas dan DAP. Kita kena teruskan perbincangan. Ini adalah proses," katanya kepada pemberita setelah sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal keengganan DAP dan Pas berdamai untuk membentuk PR 2.0.
 
Mengulas lanjut, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, kerja menguruskan sesuatu gabungan politik itu bukan mudah.
 
"Tapi anda mesti ada keberanian dan keyakinan. Kita kena bincang. Dalam keadaan sekarang ini kita sedang berdepan dengan krisis besar di mana kita mesti ketepikan perbezaan, maju ke depan, selamatkan negara dan ekonomi.
 
"Kita mesti duduk berbincang dan bertindak berdasarkan konsensus. Itu kekuatan PR sejak berbelas tahun lagi. Daripada Barisan Alternatif sampailah sekarang. Ada perbezaan tapi kami mampu menguruskannya melalui konsensus. Kita perlu teruskan proses itu.
 
"Lama lagi pilihanraya. Malah presiden dah jumpa Amanah, dah jumpa pimpinan yang masuk PKR. Pas dan DAP, Presiden akan atur pertemuan," katanya.

Kalo kasi jatuhkan lagi elok, kan ? Tak pe nanti kuat baru kasi jatuh !!!


Tiada usaha jatuhkan kerajaan Kelantan
Tiada usaha jatuhkan kerajaan Kelantan
Datuk Wan Rahim Abdullah (tengah) bercakap pada sidang media, hari ini.

KOTA BHARU - Parti Pekerja Malaysia tidak akan melakukan sebarang usaha untuk untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan.
Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah berkata, pihaknya juga tidak akan menggunakan pendekatan menyerang Pas dan kerajaan negeri dalam memperkembangkan pengaruh parti itu di negeri ini.
Dalam masa yang sama katanya sekiranya 10 wakil rakyat yang akan menyertai parti itu berlaku dalam masa terdekat, ia tidak juga tidak menyebabkan kerajaan negeri tumbang.
"Kerajaan ini akan kekal sehingga pembubaran Dun dan parlimen yang dijangka pada 2018 nanti," katanya.
Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia Kelantan di sini, hari ini.

pas tidak serta


'Kalau Pas tak nak 'join', Pas punya pasal lah'
Kalau Pas tak nak 'join', Pas punya pasal lah
Jamal (dua dari depan) ketika hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung himpunan pada 16 September depan. - Foto Sinar Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

KUALA LUMPUR - ‎"(Sama ada) Pas nak join (ikut serta), Pas tak nak join, itu Pas punya pasal lah!," demikian tegas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus.

Jamal berkata sedemikian ketika ditanya mengenai penolakan penyertaan Pas terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang bakal diadakan di sekitar ibu kota pada 16 September depan.

‎Pas pada Selasa menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang akan berlangsung pada 16 September depan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu ]

Menurut Takiyuddin, pihaknya tidak dihubungi atau tidak menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari sama berkata, Pas akan menilai matlamat dan penganjuran perhimpunan tersebut sebelum memutuskan untuk turut serta atau sebaliknya.

Sementara itu menurut Jamal, pihaknya tidak pernah menghalang atau memaksa mana-mana pihak untuk menyertai himpunan terbabit.

[ ARTIKEL BERKAITAN:  Baju merah: 'Kami bukan nak merusuh' ]

"Terpulang kepada semua orang untuk menyertai himpunan atau tidak. Kami alu-alukan semua orang tidak kira agama kaum dan bangsa untuk menyertai himpunan nanti.

"... Asalkan semua mempunyai matlamat yang sama," katanya lagi sebelum memasuk pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan berkenaan penganjuran himpunan terbabit.

Kamaruddin Jaffar, bekas MB tinggalkan PAS, sertai PKR, TAHNIAH !



DERMA RAHSIA PARTI POLITIK



Friday, September 11, 2015


Terkini: Najib beri jawapan tentang Derma 2.6 Billion...Baca jawapan Najib suarakami




Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mendedahkan mengenai sumbangan politik yang diterima Umno, walaupun terpalit dengan skandal derma RM2.6 bilion, kerana katanya, parti pembangkang juga tidak mendedahkan dana yang diterima mereka.
Presiden Umno itu berkata, beliau sudah menjelaskan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini yang tidak ada keperluan mendedahkan sumbangan politik itu.

Ini kerana, kata perdana menteri, tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan mengenai keperluan mendedahkan dana yang diterima sesebuah parti politik.

“MT ambil maklum tidak ada undang-undang guna pakai berhubung dengan sumbangan politik dan tidak ada keperluan untuk buat pendedahan dari segi undang-undang.

“MT juga ambil maklum semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan derma, termasuk pembangkang,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato’ Onn, Pusat Perdagangan Antarabangsa Putra di Kuala Lumpur petang ini.

Najib dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion, yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai derma politik, susulan pendedahan mengenai wang itu dibuat The Wall Street Journal (WSJ) awal Julai lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno sendiri dilaporkan tidak mengetahui kewujudan wang tersebut dan timbul perbalahan pendapat di kalangan ahli parti sendiri sama ada ia sewajarnya dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Najib hari ini turut mempersoalkan desakan pembangkang yang mahu sumbangan politik itu didedahkan walhal katanya, penganjur perhimpunan Bersih 4 juga tidak mendedahkan sumbangan yang mereka perolehi.

“Mereka enggan dedahkan sumber dana. Bila sampai kepada mereka, mereka tuntut ditunaikan, tetapi bila kepada kita, macam-macam dipersoalkan.

“Kita tidak boleh ‘double standard’,” kata Najib mengulas mengenai sumbangan untuk perhimpunan pada hujung Ogos anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 itu, berjumlah kira-kira RM2.5 juta.

Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) selepas pendedahan derma RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi.

Pengumuman itu dibuat ketika perdebatan sedang hangat diperkatakan mengenai amalan pembiayaan politik di Malaysia, di mana tidak ada undang-undang untuk mengawal derma kepada parti politik, atau mendedahkan identiti penderma.

Buletin Sinar Khamis 10 September 2015


PRESIDE, TIM PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN TETAP MAHU BERSAMA PAS

PKR tetap mahukan Pas dalam PR 2.0

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
SHAH ALAM - PKR tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan menyokong penyertaan Pas dalam gabungan parti pembangkang yang baharu, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
    
Beliau berkata, ia adalah pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.
     
"Perkara ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua hari ini bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan Pas. PKR juga mahu Pas turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN: PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja]
      
"Malah ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama Pas bagi membentuk pakatan berkenaan," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita di sini, hari ini.
     
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin DAP, antaranya setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama ada memilih untuk bersama Pas atau DAP.
 
DAP berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP tidak akan berbaik dengan Pas]
      
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
      
Berikutan itu, Pas dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sambil terus kekal dalam gabungan pembangkang, keputusan yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. - Bernama

PAS SELANGOR LARANG

Baju merah: Pas Selangor larang ahli terlibat

Mohd Khairuddin Othman
 
KUALA LUMPUR - Pas Selangor hari ini mengeluarkan larangan kepada mana-mana ahlinya di negeri itu daripada menyertai himpunan baju merah, Rabu depan.
 
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, partinya menentang sebarang himpunan berbaur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
 
"Ahli kita di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.
 
"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan Pas bukan perkauman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah  dikatakan akan diadakan pada 16 September ini sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
 
 
 
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu.
 
Dalam pada itu, Mohd Khairuddin menyeru agar pihak berkuasa memantau himpunan baju merah ini sama seperti Bersih 4.0.
 
Pas Selangor minta agar pasukan "keselamatan memantau himpunan baju merah, sebagaimana mereka memantau himpunan Bersih dahulu.
 
"Sebarang bentuk perhimpunan perkauman harus di benteras dengan segera," katanya.

TAK LAMA LAGI ADA LA YANG KENA TUDUH PENGKHIANAT !

 
PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
 
PUTRAJAYA – PR akan sentiasa membuka pintu terhadap mana-mana parti yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pintu PR bukan hanya terhad kepada Parti Pekerja Malaysia sahaja, malah ia turut dibuka kepada Pas sekiranya parti tersebut masih mengekalkan objektif perjuangan yang sama.

“Penting untuk kita benar-benar faham bahawa perjuangan kita adalah untuk menundukkan rejim lawan.

“Perjuangan ini perlu bersifat lebih inklusif dan menampilkan wadah perjuangan baharu seperti Parti Pekerja  menangani rejim tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nurul Izzah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ibu dan adiknya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Nuha Anwar.

Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut dihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata, Pas tidak pernah ‘dipinggirkan’ dari pembentukan PR baharu itu.

“Pakatan Rakyat terdahulu berjaya kerana gabungan tersebut telah mendapat 52 peratus sokongan rakyat. Jika kita mahu mengambil kira kemarahan dan ketidakpuasan hati, pasti sukar untuk kita mendepani dan menguruskan cabaran berbeza.

“Selagi mereka komited kepada agenda pembaharuan, dan mengutamakan perubahan sistem sebagai salah satu agenda perjuangan, kita akan mengalu-alukan pihak tersebut,” katanya lagi.

Ribut Pasir Dahsyat Landa Asia Barat


PANDANGAN INI MUNGKIN BERLAKU TAPI HARAPAN BARU RASANYA TAK MUNGKIN

Hasrat PKR mahu Pas hanya mainan politik

PR
 
ALOR SETAR – Hasrat PKR mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas dilihat sebagai mainan politik atas konsep ‘siapa makan siapa’.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ia kerana PKR perlu bergantung kepada Pas untuk kekal berkuasa di Selangor.

“Jika Pas Selangor diketepikan buat masa ini, maka ia akan menyebabkan rombakan Exco. PKR perlu berhadapan bukan sahaja dengan BN dan bekas menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi Pas.

“Ini adalah satu sikap kepimpinan PKR yang tidak konsisten. Dari satu sudut mereka dilihat bersahabat baik dengan DAP dan menyokong kumpulan anti Pas, tetapi sudut lain pula, cuba meneruskan hubungan dengan parti itu,” katanya.

Menurutnya, situasi itu mungkin pada pandangan orang ramai Pas digula-gulakan dengan kuasa dan juga peruntukan yang boleh disalurkan Kerajaan Selangor kepada wakil rakyat Pas.

“Jadi buat masa ini walaupun PR dikatakan hancur, roh Pas sama macam Harapan Baru yang mahukan gula-gula politik ekonomi,” katanya.

Md Shukri yakin permusuhan Pas dan Harapan Baru reda menjelang PRU14 yang dijadualkan pada 2018.

“Saya percaya Pas akan bersama kelompok Harapan Baru bergandingan dengan DAP dan PKR sebagai landasan mendapatkan kepuasan untuk menumbangkan BN,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa Pas tidak akan selesa jika bersama Umno dan BN dengan sikap serta nilai politik parti itu sendiri.

“Senario politik semasa menjelang PRU14 tidak akan menjadikan Pas bersendirian, sekurang-kurangnya Pas akan kembali bersama sekutu mereka dalam PR 2.0.

“Jika ini berlaku, DAP adalah sebenarnya ketua pembangkang dan Pas parti penambah perisa sahaja,” katanya.

Jelasnya, kesemua langkah tersebut dibuat bagi menjamin survival politik PKR terutamanya di Selangor.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas dan menerima mana-mana pihak yang terikat dengan pendirian sama untuk melakukan perubahan serta reformasi secara total.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai pandangan terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini.

RAJA BAHARIN PILIH BAGI 10 ORANG MISKIN MAKAN DAN PUASA

KITA BELUM DITERANGKAN APAKAH KAEDAHNYA, NAMPAKNYA MUDAH, NAMUN KAEDAHNYA KITA TIDAK TAHU -Pak Karamu

Tebus sumpah beri makan orang miskin




Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad


KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memilih untuk memberi makan kepada 10 orang miskin sebagai menebus sumpah baiah yang dilafazkan sebelum ini berhubung ketaatan terhadap perjuangan Pas.

Tindakan itu, katanya, diambil berdasarkan kepada surah Al-Maidah ayat 89 berhubung Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus sumpah baiah jika berlaku pelanggaran sumpah.


“Hukumnya adalah memerdekakan seorang hamba, beri makan 10 orang miskin daripada apa kita makan dan berpuasa tiga hari.


“Saya memilih yang kedua, akan beri makan 10 orang miskin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.


Tindakan tebus sumpah itu diambil selepas beliau melanggar lafaz baiah yang diikrarkannya secara sukarela di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua tahun lalu apabila mengambil keputusan menyertai Parti Pekerja Malaysia.


Walaupun sebahagian besar pemimpin Pas menganggap sumpah baiah tersebut masih sah sehingga kini, beliau sebaliknya menganggap Pas sudah lari daripada perjuangan asal terutama berhubung tahalluf siyasi atau kerjasama politik dengan rakan pakatan.


Katanya, beberapa perkara diabaikan Pas adalah meninggalkan konsep Pas untuk semua dan memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi pada Jun lalu yang disifatkan perubahan besar konsep asal sebelum PRU13.


"Selain itu, keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh Pas dalam PR, manakala golongan profesional disingkir daripada Jawatankuasa Pas Pusat yang dilihat memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama,” katanya.


Beliau menjelaskan, kesedaran perubahan konsep perjuangan Pas menyebabkan beliau ‘berhijrah’ kepada Harapan Baru seterusnya Parti Pekerja Malaysia melalui parti Islam mengikut legasi bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau turut memetik hadis Mengulas desakan Pas Terengganu supaya beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin menuntut supaya Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membentangkan prestasi dan kehadiran kesemua ahli Parlimen Terengganu melalui beberapa fakta dengan menuntut ia diperjelaskan selama 14 hari bermula kelmarin.


“Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat, pengundi boleh buat penilaian siapakah sebenarnya yang patut letak jawatan sebagai ahli parlimen,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.