Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES NI AKAN TIMBUL KEMBALI


Al Jazeera siar dokumentari Altantuya
Shaariibuu Setev
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev turut ditemu bual dalam dokumentari berkenaan.
SHAH ALAM – Kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menggemparkan negara pada 2006 kini kembali hangat diperkatakan.

Ia susulan penyiaran sebuah dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya oleh stesen televisyen Al Jazeera dalam program mingguannya, 101 East.

Laporan berdurasi 26 minit itu dihasilkan oleh wartawan, Mary Ann Jolley yang turut turun ke lokasi pembunuhan Altantuya di Shah Alam.

Meskipun Mahkamah Persekutuan pada Januari lalu telah mengekalkan hukuman gantung terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, namun penerbitan dokumentari tersebut cuba menimbulkan persoalan sama ada mereka berdua menjadi ‘kambing hitam’ atas kesalahan individu lain.

Dokumentari tersebut dimulakan dengan lakonan semula kisah latar belakang Altantuya sehinggalah wanita itu tiba di Malaysia dan dibunuh.

Ia turut memasukkan klip-klip sepanjang kes itu dibicarakan serta pengakuan penafian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek utama ketika itu, Razak Baginda.

Selain itu, Mary Ann turut menemu bual sendiri bapa Altantuya, Shaariibuu Setev di Hong Kong serta peguamnya, Ram Karpal Singh.

Dalam video tersebut, wartawan itu turut menceritakan pengalamannya diusir keluar dari Malaysia ketika cuba masuk ke negara ini buat kali kedua selepas pulang dari Hong Kong.

Menurut Mary Ann, dia ditahan selama lima jam di pusat kawalan pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) sebelum diiringi oleh lima pegawai Kastam dan seorang lelaki berpakaian tentera untuk berlepas ke Sydney, Australia.

Di Sydney, kata Mary Ann, dia tetap meneruskan siasatannya dan berjaya menemui saudara jauh Sirul yang enggan namanya didedahkan.

Menerusi temu bual itu, saudara Sirul yang dinamakan sebagai ‘Frank’ itu berkata, Sirul yang kini bersembunyi di Australia pernah tinggal bersamanya.

Frank turut menceritakan mengenai pengakuan Sirul bahawa terdapat individu ketiga dalam pembunuhan tersebut yang ‘menjadi dalang’.

Selain itu, Frank juga mendedahkan bahawa Sirul pernah meminta bantuan beberapa individu di Malaysia, termasuk seseorang yang bernama Salam, memberinya sejumlah wang supaya dia menutup mulut.

Mary Ann juga turut menjelaskan cubaannya untuk mendapatkan jawapan Razak Baginda dan Salam, namun gagal.

Dokumentari berkenaan diakhiri dengan luahan Setev dan keluarganya yang berharap keadilan untuk anaknya akan muncul juga.

SE ELOKNYA PAS JANGAN MASUK CAMPUR,BIAR TUHAN TENTUKAN MEREKA

Isu bai’ah: Urusan individu dengan ALLAH
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Pas tidak akan membawa isu langgar baiah ke mahkamah walaupun parti itu boleh berbuat demikian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak mahu panjangkan isu itu lagi dan serahkan urusan individu itu dengan ALLAH.

"Ahli Parlimen (Pas) perlu fikir mereka berjanji dengan ALLAH,  dengan rakyat dan pengundi mereka.

"Kita yakin (sumpah baiah) itu terikat. Tetapi kita tidak akan bawa sampai ke mahkamah walaupun kita boleh buat," katanya kepada  ketika ditemui di Kongres Rakyat hari  ini.

Kelmarin, seorang lagi Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaffar mengumumkan keluar Pas dan menyertai PKR bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib

PERISTIWA MAKKAH

Terkii!!! Senarai Penuh Nama Jemaah Haji Malaysia Yang Cedera Di Masjidil Haram


Berikutan kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram ada keluarga dan waris jemaah haji Malaysia ditanah air menyuarakan rasa risau dengan nasib ahli keluarga mereka di sana.

Bagaimanapun menurut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim memberitahu semua ahli keluarga 10 jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan berhubung nasib saudara mereka di Makkah.

Pihak Lembaga tabung haji sebentar tadi telah mengeluarkan secara rasmi nama-nama jemaah yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram.

Berikut adalah senarai penuh nama jemaah haji terlibat.

1. ZAINUL ARIFIN BIN ZULKIFLI (36 thn)
BATU CAVES, SELANGOR

2. MAT DERIS BIN MOHD NOOR (62 thn)
BACHOK, KELANTAN

3. FARIDAH BINTI MAT YACOB (46 thn)
BACHOK, KELANTAN

4. RUSIAH BINTI BABA (50 thn)
CHERAS, KUALA LUMPUR

5. NOORDIN BIN WAHAB (59thn)
KUALA TERENGGANU

6. AHMAD MUZAFAR BIN MAMAT@ ADAM (39 thn)
BANGI, SELANGOR

7. MOHD NOR AZMAN BIN HASSAN (44 thn)
CHERAS, SELANGOR

8. FARIDAH BINTI MANSOR (63 thn)
DUNGUN, TERENGGANU

9. MOHD SHARIF BIN MEON (64 thn)
KLANG, SELANGOR

10. ABDUL RAZAK MAHMOOD (61 thn)
TANAH MERAH, KELANTAN

Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Illahi akan keselamatan semua Jemaah, khususnya Jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Melayu diperkenalkan acuan islam

Jika melayu kenal islam maka tak mungkin berlaku cakar mencakar, ramai melayu yang
kenal budaya owang putuh dan cina, tu yang suka mencakar tak tentu pasal, lain yang di
maksud maka lain pula yang di ulas, tu semua pasal tak faham, jika melayu faham islam
maka islam itu bukan islam sebenar, tapi islam sekular (islam turki) Adalah lebih baik jika
mereka jadi mualaf - Pak Karamu


Kita banyak bercakaran, kata Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur sikap rakyat di negara ini yang sering bercakaran sesama sendiri.


Menurut beliau, sikap berkenaan merupakan punca kepada masalah yang dihadapi negara ketika ini.

"Sumber manusia dan bumi kita banyak, tetapi kenapa kita hadapi masalah ekonomi, mata wang jatuh, inflasi, membebankan rakyat. Orang kata kita tak pandai mengurus, mentadbir dan memanfaatkan sumber-sumber ini. Mengapa?

"Sebab kita sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku Pas, Umno dan semua parti-parti bercakar...bercakar dalaman, antara kaum. Kita tidak gunakan sikap kemanusiaan yang sebenar," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Kongres Rakyat yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan acuan Islam yang sebenar.

"Kongres hari ini (semalam) mendidik kita bertukar-tukar fikiran. Walaupun kita golongan yg lemah, orang kata kita umpama anjing menyalak bukit.

"Tapi anjing tak salak bukit, anjing salak babi di bukit itu. Ini yang sebenarnya, kita 'menyalak'  kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua," katanya.

Menurut beliau, segala masalah juga boleh diselesaikan dengan kembali kepada ALLAH.

"Marilah kita selesaikan masalah ini dengan sebaiknya. Wawasan kita kembali kepada ALLAH, bukan sekadar Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, pemimpin yang baik tidak akan menonjolkan dirinya sendiri, sebaliknya penilaian dibuat oleh rakyat.

"(Pemimpin) tidak membersihkan dirinya sendiri. Islam menjunjung demokrasi yang berakhlak, bukan demokrasi politik wang dan demokrasi yang menipu rakyat," katanya.

Katanya lagi, orang Melayu di negara ini juga perlu memainkan peranan menyelamatkan negara atas nama Islam.

"Islam yang mendidik Melayu menjadi pemimpin. Kaum yang lain itu memilih Islam.

"Maka Melayu yang mempunyai pengaruh besar kena selamatkan negara dengan Islam, bukan fanatik Melayu. Orang Melayu kena sedar kedudukan mereka sendiri," katanya.

MULA PR DIUJUDKAN SOAL CURI MENCURI AHLI MEMANG DIRANCANG

KESAN PERGOLAKAN DI DLAM PR, PAS YANG BANYAK MENANGGUNG RESIKO,RAMAI AHLINYA TINGGALKAN PARTI TUBUH PARTI BARU, PKR ADA RUGI SIKITT KERANA AZIZ BARI LARI DARI PKR DAN JOIN DAP, SEMENTARA PKR PULA ADA SIKIT UNTUNG DAN RUGI, KERANA DUA ORANG AHLI PAS LOMPAT PERGI PKR, KERANA ITU PAS RUGI, DAP UNTUNG - Pak Karamu


Pas tak curi ahli parti lain, kata Hadi
ABDUL HADI AWANG

PASIR PUTEH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pas Kelantan berhubung tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengumumkan menyertai PKR hari ini.
"Kita akan mendapatkan makulmat daripada Pas Kelantan terlebih dahulu mengenai perkara itu, yang pasti perjuangan Pas dalam menegakkan Islam tidak terjejas," katanya.
Menurutnya, wakil rakyat Pas yang yakin dengan bai'ah yang dibuat tidak akan bertindak sedemikian.
Pas katanya, tetap berpendirian untuk tidak 'mencuri' ahli parti lain melainkan ahli itu bertindak keluar dari partinya.
"Kita tak akan curi ahli, calon atau wakil rakyat dari parti lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada program Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah mengenai kemungkinan beberapa wakil rakyat Pas menyertai parti itu, Abdul Hadi berkata, itu hanya dakwaan.
Sementara itu dalam amanatnya, Abdul Hadi menegaskan satu pemimpin 'dicuri' akan digantikan dengan banyak tunas baharu.
"Satu ranting patah, banyak tunas baharu akan tumbuh, Pas tidak mati dan cahaya perjuangan Islam tidak mudah untuk dipadamkan.
"Walaupun dihalang menegakkan Islam oleh lawan dan kawan, Pas tetap dengan pendirian tersebut, Pas mahu ke Putrajaya dengan membawa Islam," katanya
.
.

ALLAH MURKA, PEMIMPIN ARAB CELAKA


Kren jatuh: Jemaah maut cecah 107 orang
Kren tumbang: Sekurang-kurangnya 107 maut
Salah sebuah kren di Masjidil Haram tumbang dipercayai akibat kejadian angin kuat dan hujan.
‎RIYADH - ARAB SAUDI. [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya 107 jemaah haji maut apabila salah satu kren yang terlibat dengan pembangunan Masjidil Haram jatuh dipercayai kerana angin kuat dan hujan kira-kira jam 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.
‎
Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Keselamatan Arab Saudi, Jeneral Suleiman al-Amr berkata, seramai 238 orang dilaporkan cedera.

"Kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut," katanya menerusi stesen televisyen al-Ikhbariya awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut kenyataan jurucakap pengurusan Masjidil Haram berkata, kejadian berlaku ketika jemaah sedang melakukan ibadat di dalam masjid itu.

Selepas kejadian berlaku, beberapa gambar yang menjadi viral menunjukkan kren jatuh terkena bahagian siling pada salah satu sudut Masjidil Haram sebelum menghempap jemaah.

MELAYU KENA AMBIL SINGAPURA BALIK


Sabtu, September 12, 2015


PAP menang besar di Singapura

Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi Pilihanraya Umum ke 12 Singapura dengan mandat yang lebih besar iaitu 69.86% undi popular dalam pilihanraya yang diadakan semalam.

Ini merupakan peningkatan semula yang cukup tinggi dari hanya 60.14% pada tahun 2011 dengan pembangkang dari Parti Pekerja sahaja yang mampu menghantar 6 orang wakil ke Parlimen, dengan kemenangan tipis di Aljuneid yang menyaksikan jika pembangkang kalah dalam kawasan parlimen berkumpulan yang mempunyai 5 orang calon tersebut, parlimen Singapura nyaris mempunyai hanya 1 wakil pembangkang di mana pada penggal yang lalu mereka berjaya menghantar 7 orang wakil rakyat.

PAP dengan itu memenangi 83 dari 89 kerusi yang ditandingi manakala daripada 8 parti pembangkang yang tidak bersatu membentuk pakatan, hanya Parti Pekerja yang berjaya memenangi bakinya.

Keputusan tersebut mengejutkan dan mengecewakan pembangkang di negara tersebut yang menjangkakan akan berlaku satu tsunami politik di Kota Singa itu melihat kepada kekuatan mereka dalam sambutan yang diterima semasa kempen pilihanraya diadakan.

Beberapa Laman Facebook pembangkang memuatnaik gambar profil berwarna hitam lambang berkabung.

Faktor seperti ramainya warganegara baharu kebanyakannya dari India dan China yang menyertai majoriti senyap didakwa sebagai punca kemenangan PAP yang dikatakan memainkan sentimen yang memberi kelebihan kepada mereka seperti rekod kejayaan Singapura di bidang ekonomi, kemajuan, dasar-dasar yang jelas serta kekukuhan matawang berbanding negara-negara jiran, perayaan 50 tahun Singapura dan sentimen nostalgik ke atas mendiang bapa kemerdekaan mereka, Lee Kuan Yew,  yang meninggal dunia Mac lalu.

Warganegara baharu Singapura kebanyakannya terdiri dari golongan profesional dan jutawan yang didakwa berjumlah 40% dari penduduk Singapura.


Peta kemenangan PAP (merah) dan WP (biru) dari Straits Times.

Rabu, September 09, 2015


Ahli Parlimen Singapura 'hina' Malaysia dikritik hebat warga Singapura


​Ekoran kenyataan Ahli Parlimen Singapura Lim Swee Say bahawa dirinya beruntung kerana tidak menjadi rakyat Malaysia, kemarahan warga Singapura ke atasnya menebar di media sosial.

Lim yang berkempen untuk partinya PAP, menyebut bahawa dia cukup beruntung kerana jika bapanya tidak meninggalkan China dengan menaiki bot dahulu, dia pastinya sekarang berwarganegara China dan jika Singapura tidak keluar dari Malaysia dahulu dia pastinya sekarang berwarganegara Malaysia." Berikut kenyataanya :

"So this year we celebrate SG50, (Singapore's 50th anniversary) and I am thinking, if my father didn't get on the boat to Singapore, I might be a China citizen,Then in 1965, Singapore and Malaysia separated, because Mr Lee Kuan Yew wanted a nation regardless of language, regardless of race – one that is equal. So we can't stay in Malaysia, as the tenet of Malaysia is: Malaysia belongs to the Malays. So we had no choice, we could only separate. So I am thinking, if we didn't separate in 1965, today you and I would be Malaysians, 'heng' (lucky) ah.
Kenyataan tersebut menimbulkan rasa tidak senang pemimpin di Malaysia dan China yang menyelar sikap memburukkan negara lain demi meraih undi. Akibatnya juga ramai rakyat Singapura bangkit menyelar tindakan Lim dan bangkit membela Malaysia.

Pada sudut lain, ini memberi gambaran jelas bahawa jika parti-parti politik di negara kita hendak berkempen, tidak usahlah memburuk-burukkan negara lain. Namun adakah kita tidak pernah berbuat demikian?

Warna-warni politik Singapura menjadi sorotan antarabangsa minggu ini menjelang Pilihanraya Umum Singapura pada 11 September ini yang menyaksikan PAP buat kali pertama menerima tentangan sengit dari parti pembangkang.

SEKARANG MELINGKUPKAN HARTA, GADAI HARTA


Anak muda sekarang kurang tahu sejarah
 Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama


DILAHIRKAN dalam sebuah negara yang telah merdeka dan maju membuatkan generasi hari ini kurang mengetahui serta kurang menyelami erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Malah mereka mungkin juga tidak dapat merasai kesusahan dilalui generasi dahulu yang bermandi peluh dan darah demi memerdekakan negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat negara iini perlu mengingati perjuangan pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu dalam memastikan negara mencapai kemerdekaan.   

"Saya berpendapat rakyat sekarang, generasi muda kurang mengetahui berkenaan dengan sejarah. Mereka tiba-tiba dilahirkan dalam negara yang sudah pun maju.

"Mereka fikir negara ini memang sudah maju sejak dulu. Kita harus ingat tentang perjuangan Tunku (Abdul Rahman), Tun Abdul Razak...mereka berjuang dengan semangat yang mendorong mereka bekerja untuk negara.

"Semangat seperti ini sudah berkurang kerana biasalah…apabila dilahirkan dalam keadaan senang, kita tidak faham yang susah," katanya pada sidang media selepas Tayangan Perdana Filem Kapsul.‎

Kapsul merupakan filem cereka yang diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Tun Mahathir suatu ketika dahulu di mana isi kandungannya masih menjadi rahsia sehingga 1 Januari 2020 kelak.

Ia mengisahkan perjalanan Zohri Ibrahim lakonan Faizal Hussien yang secara tidak sengaja dibawa mengembara ke zaman silam di mana dia dapat menyelami sendiri perubahan zaman daripada sebelum merdeka lagi.

Menurut Tun Mahathir, negara kita memerlukan lebih banyak filem yang mengetengahkan perjuangan orang zaman dulu demi sebuah kemerdekaan.

"Ada pengajaran yang boleh didapati daripada filem ini kerana ia menceritakan tentang perjuangan orang Melayu dahulu dan daripada satu zaman ke zaman yang lain, kita melihat perubahan yang berlaku serta penekanan dalam lakonan terhadap masa depan anak cucu mereka.

"Saya tidak tahu sejauh mana (filem ini mampu memberi kesedaran kepada generasi muda) tapi ada kesannya. Kita perlu membuat lebih banyak filem yang memberi semangat terhadap masa depan anak-anak mereka," katanya.

Tambahnya,"walaupun mereka sudah senang lenang di zaman ini, belum tentu anak mereka hidup sempurna seperti yang dijangka oleh mereka (pada masa depan)."

Sementara itu, pelakon utama Kapsul, Faizal Hussien akui tidak pernah terfikir akan dapat berlakon dengan bekas pemimpin negara itu.

"Memang sangat-sangat bersyukur dengan peluang ini. Perasaan saya bercampur baur dan rasa bersyukur sangat," katanya.‎

Kapsul bakal mula ditayangkan 17 September ini di semua pawagam seluruh Malaysia

.

MASING-MASING BACA KITAB POLITIK SENDIRI LA !

Azmin Sound MP DAP Di Twitter Isu Hadi - Teo Nie Ching Luah Perasan Kecewa Di FB.


Mesti Azmin dah bengang sangat melayan karenah Teo Nie Ching. Aku tak yakin yang Azmin akan slumber nak menyound MP DAP kat laman twitter melainkan sebelum-sebelum itu mereka memang dah mempunyai krisis yang menyebabkan emosi Azmin tergangu.


Mungkin salah satunya isu DEIG kot. DAP sebelum2 neh memang dah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai DEIG dan mempersoalkan ketelusan DEIG bukan hanya di dalam persidangan DUN bahkan membawanya ke hadapan pihak media. Disebabkan isu berkenaan, BN telah menyerang kepimpinan Azmin pada ketika isu 2.6B hangat diperkatakan umum. Kiranya BN ciplak modal DAP dan PAS untuk serang Azmin la. Kalau tak, BN pun takde modal. Nak harap depa cari modal memang tak la kan. Pemalas punya pembangkang Selangor.



KAH KAH KAH



Pada awalnya Teo tweet satu berita berkenaan Hadi yang kekononnya menyebut tidak tolak kemungkinan menyertai perhimpunan 'MERAH'.




Dan dia sebenarnya tak tag Azmin pun. Tetapi Azmin nampak la kot tweet tersebut lalu reply tweet Teo dengan membalas meminta YB Teo berhenti bersikap kebudak-budakan. 



Untuk rekod, PAS menafikan akan menyertai perhimpunan MERAH.



Rujuk ;




Harakah juga telah melaporkan bahawa PAS menolak perhimpunan MERAH. Laporan TMI korang kena ahti2 sikit. Tengok sikit siapa yang melaporkan berita tersebut. Terutamanya jika yang lapor atau kritik PAS itu ialah mereka2 yang memang anti-PAS maka laporannya akan menjadi BIAS dan tidak telus.



Aku tak sokong PAS tapi tak perlu la dok mengambarkan yang PAS akan sertai perhimpunan MERAH padahal yang di sebut mereka tue sebenarnya lain.



Adeh.



Lepas kena sound dengan Azmin. YB Teo meluahkan perasaan di laman fb.




Dan macam biasa, geng2 DAP akan bekap DAP.
Geng2 Azmin akan bekap Azmin.
Dan sindir menyindir gaduh mengaduh la mereka di laman sosial.
Kali neh tentang Hadi dan PAS.



HAHAHAHAHA. 



Aku lama perhatikan Azmin sejak dia jadi MB neh. Pergerakan2 dia, tindakan2 dia, kalau ditanya tentang PAS, DAP dia seboleh2nya nak nampak macam PLAYSAFE dan tak memihak.



Tapi ketika mesyuarat KEADILAN yang memutuskan samada PR masih wujud lagi atau tidak selepas DAP kata PR dah terbubar, Azmin boleh plak ada kat Kelantan. Kenapa, yek?



So, kat situ aku agak, Azmin mungkin merasa lebih selesa berkerjasama dengan PAS berbanding DAP. Kenapa DAP sukar? Adakah DAP terlalu annoying macam Ngeh dan Nga? Atau terlalu suka memaksa PAS & PKR macam LGE? Tatau nak cakap sebab aku tengok ada beberapa MP DAP yang friendly dan nampak relax je buat kerja. Tatau disebalik tabir melainkan kita sendiri yang bekerja dengan mereka.



Lue fikirlah sendiri.



Kbai.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.