INGATKAN PANDAI BUAT ISU, TAPI BANGANG !
Bukan udang tapi ada yang menyorok disebalik batu ?
ATAU
A Kadir menjadi peluru ?
SEBELUM BERITA INI:
Jangan calar institusi Raja-raja Melayu: Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Apa sahaja pertikaian politik, Pas tetap meminta semua
pihak agar menghormati institusi Raja-raja Melayu yang sekian lama
menjadi naungan rakyat Malaysia.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekian lama
institusi Raja-raja menjadi payung negara menaungi rakyat melangkaui
agama, bahasa dan fahaman politik yang bebas daripada sentimen dan
pengaruh tertentu.
-Pak Karamu-
Kenyataan A Kadir berbaur hasutan?
Annuar Musa
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat
Kerajaan (CEP), Datuk A Kadir Jasin yang membangkitkan isu kontrak
sosial antara raja dan rakyat disifatkan berbaur ugutan serta hasutan.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, A Kadir tidak
seharusnya berkata sedemikian kerana beliau adalah Ketua Media dan
Komunikasi CEP, satu badan sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah
kerajaan baharu, malah dilihat lebih berpengaruh dan tinggi dari
Kabinet.
“Kenyataan A Kadir dilihat sebagai isyarat dan amaran kepada Raja-Raja
Melayu apabila beliau secara terang-terangan membangkitkan isu kontrak
sosial antara raja dan rakyat, lebih tepat lagi ianya berbaur hasutan.
“A Kadir sepatutnya menghormati penjelasan dibuat Penyimpan Mohor Besar
Majlis Raja-raja Melayu yang mengeluarkan kenyataan isu yang
dibangkitkan pihak tertentu, yang disentuh beliau di awal para
tulisannya,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.
Soal Annuar, apakah ini satu isyarat bahawa pentadbiran baharu sedang
bergerak ke arah reformasi institusi raja dan cuba meminda Perlembagaan
seperti pernah dilakukan pada awal 90-an yang telah menyeret kita dalam
pertembungan raja dan rakyat?
“Namun perlu kita peringatkan A Kadir, bahawa rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan membiarkan peristiwa 90-an berulang.
“Kita juga harap kerajaan jangan cuba bertindak keterlaluan terutama
dalam percubaan yang boleh disifatkan menggugat kedudukan Raja-Raja
Melayu, agama Islam dan paling penting Perlembagaan itu sendiri,”
katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebarang usaha meminda
Perlembagaan seperti yang cuba dibayangkan oleh A Kadir akan ditentang
habis-habisan.
Annuar mendakwa, tulisan A Kadir yang mengungkit kemewahan pihak
Istana, pembiayaan oleh rakyat dan sebagainya jelas untuk menyemarakkan
kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja.
“Malah sebutan oleh A Kadir bahawa raja tidak kekal boleh disifatkan
sebagai percubaan mengugut dan menggugat kedudukan dan kemuliaan
Institusi Raja-Raja Melayu.
“Apakah ini suara A Kadir atau suara CEP atau suara orang berkuasa
lain? Apakah A Kadir merasakan beliau kebal dan dilindungi untuk
mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya.
Beliau berkata, sepatutnya Kadir dan CEP menumpukan usaha menunaikan
segala janji 100 hari pertama Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.
“Rakyat sedang menunggu dengan sabar penghapusan cukai GST (bukan sifar
GST), penghapusan tol, penstabilan harga minyak pada RM1.50/liter,
pendidikan percuma, penurunan harga dan lain-lain harapan rakyat dan
bukannya ugutan terhadap institusi raja atau percubaan meminda
perlembagaan,” katanya.




