SEBELUM MENANG, PUNG,PANG.PUNG PANG, MACAM MACAN JANJI.
BILA DAH MENANG INILAH JADINYA ! CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
TIADA BEZA ANTARA PAKATAN HARAPAN DAN BN. TAKKAN LA TAK ADA PAKAR EKONOMI MENILAI EKONOMI SEMASA NEGARA DALAM PAKATAN HARAPAN SEHINGGA JANJI MANIFESTO DI BUAT.
JIKA MANIFESTO PAKATAN HARAPAN BERJANJI BERDASARKA KENYATAAN BN, NI APA BENDANYA ???? BANGANG !!!!
PAKATAN HARAPAN JANGAN SALAHKAN BN. HANYA PAKATAN HARAPAN YANG SENGAJA PANCING RAKYAT, SECARA KEBETULAN RAKYAT TERUTAMA ORANG UMNO TAK SUKA KEPADA NAJIB, LALU PAKATAN HARAPAN MENANG
TAHNIAH LA KAT RAKYAT MALAYSIA YANG BIJAK BISTARI !!!!
APAPUN KITA LEGA KERANA NAJIB ROSMAH DAH TAK ADA,
RAKYAT YANG TERDIRI DARI UMNO/BN DAN PAKATAN HARAPAN
DENGAN KENYATAAN INI UMNO BOLEH SENYUM UNTUK SUSUN SEMULA PARTI MEREKA
UNTUK PARTI PAS KEMASKINIKAN JENTERA DAN SENTIASA BERSIKAP TERBUKA TAPI JANGAN GADAI AGAMA
Terpaksa tangguh janji kerana beban hutang
Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
10 Jun 2018
Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Rakyat diharap dapat memahami keadaan ekonomi negara
dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan baharu di
bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sepenuhnya mengembalikan
negara kepada landasan.
“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu
beberapa projek (menifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,”
katanya.
Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) membuat janji berdasarkan angka yang diberikan BN.
“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.
“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” katanya.
Beliau berkata, Harapan bersyukur dipilih menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang.
“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya
dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan
berbilion ringgit,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjasama yang diberikan terhadap Mahathir yang
didakwa memenjarakannya, Anwar berkata, beliau seorang yang mudan
memaafkan.
“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan.
“Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang masalah melainkan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.
“Mereka sangat beremosi apabila kami banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.
Ditanya adakah beliau akan kembali ke Parlimen lebih awal, Anwar berkata, perkara itu tidak akan berlaku.
“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.