HANG PA TAK PATUT TUDUH SEORANG MENTERI
YANG DILANTIK OLEH P.M BIADAB.
WALAUPUN RAMAI YANG TEGUR GUAN ENG, TAPI YANG TEGUR TU BUKAN MENTERI, MENTERI NI KIRA ORANG BESAR LAAA !
ALA, JANGAN TAKUT LA, SOK GUAN ENG MINTA MA'AF LA !
YANG PENTING DIA DAH TUNJUK KEBERANIAN DIA !!!
MANA HILANGNYA PAK BRAHIM ?
KECUTTTT !!!
SEMENTARA ITU:
Terjemah bahasa Mandarin bila perlu saja
Lim Guan Eng
GUAN ENG MASIH BELUM MINTA MAAF, HANGPA NAK KATA APA ?
Bagaimanapun, Guan Eng berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan beliau akan mengambil kritikan serta teguran mereka terhadap perkara ini.
“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya.
Guan Eng cuma buat kesilapan kecil , alah Guan Eng tak sengaja ! kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata demikian ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
ye tak ye gak, tak sengaja !!!
-Pak Karamu-
Guang Eng digesa minta maaf dalam Bahasa Melayu
Mohamed Khaled Nordin
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa mengemukakan
permohonan maaf secara terbuka dan menghormati kedudukan bahasa rasmi
negara.
Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, kenyataan permohonan maaf tersebut mestilah dalam Bahasa
Melayu.
“Saya terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng yang
mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian di dalam Bahasa Mandarin dan
bukannya dalam Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.
“Tindakan tersebut sangat biadab, menghina dan merendah-rendahkan
kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi perkara asas bukan sahaja dalam
Perlembagaan Persekutuan, tetapi dalam setiap amalan dan urusan negara,”
katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sebagai negara yang mengangkat kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, tindakan sedemikian dengan jelas tidak menghormati
Perlembagaan Persekutuan dan amalan pentadbiran negara ini.
Mohamed Khaled berkata, Guan Eng seolah-olah lupa dengan pendirian
sebagai ‘I am not Chinese, I am Malaysian' yang dinyatakan semasa di
awal pelantikannya.