Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA JUGA KO YEK ?

Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000 Kepada Bekas Pemandunya Kerana Memfitnah


Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet.

Menurut Norr Azman dalam dakwaannya sebelum ini beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan telah diburu pihak polis, hingga direman empat hari.

Noor Azman pernah membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.

Zahida dalam laporan itu juga menjelaskan, Noor Azman diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.

Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.

Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.


Tanda Tanya!!! UMNO Tak Bertanding PRK Di DUN Chempaka Disahkan Sendiri PM Haji Najib.. Jom Terjah!!!



Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Umno tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, keputusan yang dibuat selepas pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beberapa faktor sudah dipertimbangkan yang menyebabkan mereka tidak bertanding dalam PRK tersebut.

"Majlis Tertinggi (Umno) mengambil keputusan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil N06 Chempaka," kata Najib pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mempengerusikan mesyuarat Umno malam ini.
Najib menegaskan banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini juga sebagai faktor mereka tidak akan meletak calon di Chempaka.

"Kita ada beberapa sebab pokok mengapa kita ambil keputusan sedemikian, kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir dan pembaikan di mana kerja tersebut masih sedang berjalan.
"Selain itu, masih banyak pihak yang perlu terima bantuan dan ini kita letak sebagai keutamaan," katanya.
Selain isu banjir, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletak calon di Chempaka.
"Kedua, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya.
Menurut Najib, keputusan Umno tidak bertanding tidak perlu dipertikaikan, malah semasa pilihan raya Bukit Gelugor lalu, Barisan Nasional (BN) juga membuat keputusan untuk tidak bertanding.
Keputusan yang dibuat hari ini juga sudah mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.
Kerusi DUN Chempaka kosong selepas penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Ura-ura Umno tidak akan bertanding di Chempaka sebelum ini bertiup kencang, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga sendiri memberikan pandangan peribadi supaya tidak bertanding di kerusi tersebut.
Bagaimanapun, keputusan ini bakal mengundang kritikan daripada banyak pihak, bahkan kumpulan pendesak Melayu Perkasa sebelum ini juga bertindak mengecam Umno yang enggan bertanding di Chempaka.
Pengumuman ini juga menimbulkan satu lagi spekulasi mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS.
- TMI
Tidak perlu layan Gobind
  • Abu Bakar Abdullah Abu Bakar Abdullah
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Pemimpin ulama Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mendakwa Pas terkeluar dari PR jika membentangkan undang-undang hudud tidak perlu dilayan.
Timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, kenyataan Gobind itu dilihat seolah-olah mirip kenyataan mendiang bapanya yang juga bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh ketika hidupnya yang terus menentang hudud diperjuangkan Pas sehingga ke akhir hayatnya.

Menurutnya, mana-mana pihak tiada hak mengeluarkan kenyataan sebagaimana dibuat Gobind kerana desakan pelaksanaan hudud sudah lama diperjuangkan parti itu.

"Dia tiada hak. DAP dan PKR ditubuhkan lebih lewat berbanding Pas. Sedangkan Pas sejak ‘lahir’ sudah lama perjuangkan hudud. Takkan dia (Gobind) tidak tahu. Tidak usah layan kenyataan dia,” katanya.

Dalam laporan Sinar Harian Isnin lalu, Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas membenangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.

Demikian kata Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, yang mendakwa rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan PR yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.

Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang membolehkan undang-undang hudud dan qisas dilaksanakan di negara ini.

Mengulas lanjut, Abu Bakar tetap optimis bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menguatkan PR dan juga sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

Menurutnya, hukum sedia ada ciptaan manusia gagal mengatasi masalah sosial dan jenayah yang semakin hari membimbangkan di negara ini.

Beliau memberitahu, pelaksanaan hukum hudud ini akan mewujudkan keharmonian dan kemakmuran dalam memastikan pelaksanaan syariat yang perlu difikirkan bersama.

“Kita sebagai orang Islam kena yakin kerana kita bertanggungjawab untuk pelaksanaan hudud dalam usaha melaksanakan syariat di negara ini,” katanya.

HABIS LE PM KITE YOB OIIII !

Wednesday, February 25, 2015


Najib diberi kata dua berundur atau berdepan dengan masalah?

Semalam saya jumpa dengan veteran Umno dia memberi tahu kedudukan Najib Razak sebagai PM kini terancam. Menurut veteran itu Najib diberi kata dua, sama ada berhenti sebelum Mac ini atau berdepan dengan masalah.

Beliau tidak menyebut apakah masalah itu. Nama orang memberi kata dua itu juga disebut tetapi saya tidak mahu nyatakan disini.


Tetapi dipercayai ia ada kena mengena dengan satu perkara yang boleh memalu dan menyusahkan Najib. Bagaimana pun ia tidak akan didedahkan kalau Najib sedia berundur dengan baik.


Kita tunggulah sehingga akhir bulan ini. Tidak mahu ulas panjang-panjang di sini. 
[wm.kl.9:57 pm 25/03/15]

Petisyen pengampunan bukti akui kesalahan
  • Prof Dr Azmi Hassan Prof Dr Azmi Hassan - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sekali pun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan petisyen pengampunan diraja mendakwa berlaku ketidakadilan, namun penganalisis politik melihat tindakan itu sebagai satu perakuan terhadap kesalahannya.
 
Mereka berpendapat meskipun petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong dilakukan ahli keluarga ketua pembangkang berkenaan, besar kemungkinan ia dibuat atas kemahuan dan restu Anwar sendiri.
    
"Secara tersiratnya, ia adalah pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan," kata Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan kepada Bernama di sini, hari ini.    
    
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam mengesahkan telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan yang difailkan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong.
 
Petisyen pengampunan itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
  
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas menolak rayuannya.
    
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed pula berkata walaupun petisyen itu dibuat oleh anggota keluarga Anwar, ia memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa Anwar mengakui kesalahannya.  
    
Beliau berkata, keluarga Anwar sebelum ini ada membuat justifikasi bahawa sekiranya mereka mengemukakan petisyen itu, ia seolah-olah mengakui kesalahan itu.
    
"(Tapi) akhirnya mereka (keluarga Anwar pada saat-saat akhir) menghantar juga petisyen berkenaan," katanya.
    
Selain itu, Dr Ahmad Marthada berpendapat, walaupun berdepan tanggapan mengakui kesalahan meliwat, ia dilihat sebagai usaha terakhir untuk  menyelamatkan perjuangan politik bekas timbalan perdana menteri itu.
    
Beliau berkata, petisyen itu dijangka mengambil masa yang lama dan secara tidak langsung akan terus mengekalkan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selagi Yang di-Pertuan Agong tidak membuat keputusan. 
    
"Proses Lembaga Pengampunan cukup lama, ada sehingga mencecah lima tahun kerana ia bukan proses yang mudah, laporan pelbagai pihak diperlukan seperti laporan mahkamah, nasihat daripada Peguam Negara sebelum Seri Paduka Baginda membuat keputusan.
    
"Ada keadaan di mana hukuman telah selesai, namun proses pengampunan belum lagi selesai," katanya.
    
Dr Ahmad Marthada berkata, sebagai seorang ahli parlimen, Anwar akan terus membuat kenyataan bagi meraih simpati khususnya masyarakat antarabangsa dalam sesuatu isu.    
 
"Anwar merupakan seorang individu yang sentiasa mencari perhatian untuk terus kekal dalam politik arus perdana. Beliau tahu sebagai seorang ahli parlimen, suaranya ada pemberat dan boleh terus membuat kenyataan berbanding sebagai seorang rakyat biasa," katanya.
   
Malah katanya 'suara' Anwar akan terus kedengaran di Dewan Rakyat walaupun berada di dalam penjara melalui soalan-soalan lisan yang boleh dikemukakannya selaku ahli parlimen.
    
Pandangan itu dikongsi Dr Azmi yang menyifatkan petisyen pengampunan yang dikemukan oleh keluarga Anwar bukan sahaja bertujuan untuk memanjangkan tempoh karier politik beliau, malah peluang itu dilihat pembangkang untuk menguasai Putrajaya.
    
"Motif keluarga Anwar mengemukakan petisyen pengampunan tersebut adalah untuk memanjangkan karier politiknya dengan wujudnya senario kerusi Permatang Pauh akan tergantung.
    
"Secara tersiratnya, jika keputusan pengampunan mengambil masa yang lama, maka ia lebih baik kepada Anwar kerana pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dapat dilaksanakan," katanya. - Bernama 
Kes liwat: Menteri tak tahu qazaf terpakai
  • Kes liwat: Menteri tak tahu qazaf terpakai Fariz Musa pada sidang media di Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
1 / 1
PETALING JAYA - NGO Jingga 13 menegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung soal perundangan syariah di negara ini.
 
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa mendakwa kenyataan Jamil Khir yang menyatakan bahawa qazaf itu hanya untuk menuduh orang melakukan zina dan tidak terpakai kes liwat itu seolah-olah cuba memperkecilkan skop serta peranan Mahkamah Syariah.
 
"Kenyataan tersebut jelas menunjukkan beliau tidak pernah mengetahui bahawa telah wujud satu resolusi yang telah dicapai oleh Klinik Hukum Syarie dan Guaman Syarie, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung perkara itu bertarikh 18 Ogos 2008.
 
"Sepatutnya perkara ini disiasat terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Agama di mana aduan itu dibuat dan seterusnya dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan," katanya pada sidang media di Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Jamil Khir semalam yang mengatakan undang-undang Islam berkaitan qazaf hanya terpakai untuk perlakuan zina.
 
Katanya, mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, dan Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, qazaf adalah berkaitan tuduhan orang melakukan zina.
 
Mengikut resolusi tersebut, walaupun Seksyen 41 tidak menyebutkan liwat namun ia termasuk dalam kategori zina.
 
"Menurut Hukum Syarak berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 130(2) yang menyebut bahawa jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.
 
"Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan liwat sama ada secara paksa atau kerelaan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh adalah dikira sebagai tuduhan qazaf sebagaimana dalam Seksyen 41, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," kata resolusi tersebut.

Wednesday, February 25, 2015

HIMPUNAN KITALAWAN 7 MAC DESAK NAJIB UNDUR

Sekretariat #KitaLawan memutuskan bahawa himpunan di hadapan Sogo pada setiap hari Sabtu jam 4.00 petang akan diteruskan walaupun terdapat penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap peserta himpunan pada minggu lepas. Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi.
Maka, himpunan besar akan diadakan pada 7 Mac 2015 dengan tumpuan khusus supaya Dato’ Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera dan seterusnya membebaskan saudara Anwar Ibrahim. Gesaan kami dibuat bersandarkan fakta-fakta yang menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara seperti berikut:-
1.      Memusnahkan kewibawaan Institusi Kehakiman dengan memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.

Himpunan #KitaLawan Tak Jejas Pengampunan Anwar



Wednesday, February 25, 2015

Anwar Mohon Pengampuan Diraja: Apa Kata Peguam Kanan Dato Zahid Ibrahim?

KEWIBAWAAN MAHKAMAH TERCALAR

Mohon pengampunan kerana Anwar tidak bersalah
  • Nurul Nuha Anwar Nurul Nuha Anwar
1 / 1
SHAH ALAM – Tindakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar permohonan pengampunan Diraja hari ini adalah kerana mereka yakin Anwar tidak bersalah atas sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut anak kedua Anwar, Nurul Nuha Anwar, petisyen tersebut membuktikan bahawa pihaknya masih yakin kepada proses perlembagaan dan prinsip keadilan di negara ini.

Katanya, petisyen tersebut telah diserahkan pada pihak Istana tepat jam 3.30 petang ini.

“Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi kami sekeluarga yakin bahawa ayahanda kami tidak bersalah.

“Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Anwar mohon pengampunan Diraja ]

Katanya, tindakan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong ini adalah atas keputusan keluarga.

“Kami memutuskan untuk menghantar petisyen berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas ayah kami.

“Ia bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata petisyen itu dibuat atas faktor bahawa keluarga Anwar percaya ada penyelewengan dalam sistem pengadilan ketika Anwar disabitkan dengan kesalahan.

"Dengan ini petisyen berkenaan meminta pihak istana campur tangan bagi memberi pengampunan kepada Anwar," katanya.

Tian Chua berkata, satu salinan petisyen telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, petang ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa petisyen itu dikemukakan bukan atas dasar kerana mahu kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dipertahankan.

"Kedudukannya sebagai ahli Parlimen bukan lagi isu, terpulang kepada Speaker Dewan mahu membatalkannya, ini soal keadilan kepadanya," katanya.
DAP macam anak kecil, kata Nik Abduh
  • Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
1 / 1
SHAH ALAM - Sikap DAP yang 'marah-marah' terhadap Pas sama seperti sikap anak kecil yang tidak dapat apa dimahukan mereka.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang menyindir rakan komponennya dalam PR itu berkata, ketidakpuasan hati DAP terhadap Pas juga tidak bermakna Pas menzalimi atau tidak berlaku adil kepada rakyat Malaysia atau DAP.

"(Kemarahan dan ketidakpuasan hati itu) hanyalah kerana Pas gagal memenuhi kehendak DAP.

"Samalah macam anak-anak yang menghentak-hentak kaki tak puas hati di depan ibunya. Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ni bukan anak-anak lagi," katanya dalam status terbaharu di Facebook beliau, semalam.

Nik Mohamad dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo pada Ahad lalu bahawa Pas bukan lagi sebahagian daripada PR jika tetap bertegas membentangkan rang undang-undang pindaan hudud  pada persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.

Kenyataan Gobind itu diselar pemimpin Pas yang menegaskan akan tetap meneruskan perancangan mereka bagi melaksanakan hukum hudud yang sudah lama tertangguh. 

Senada dengan Nik Mohamad Abduh, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu tidak perlu melayan provokasi sedemikian dan Kerajaan Kelantan harus mara ke arah memastikan undang-undang hudud dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.
Menurutnya, walaupun ditentang ahli komponen PR dalam isu berkenaan, kerajaan negeri tidak harus berundur.
“Saya amat optimis pimpinan dalam PR akan menangani isu ini dengan matang dan bijaksana. Saya ulangi pendirian Pemuda Pas Kelantan bahawa hudud adalah antara agenda teras perjuangan Pas khususnya di Kelantan,” katanya, semalam.
Mengenai kenyataan Gobind, Ahmad Fadhli berkata, undang-undang hudud Enakmen Kanun Jenayah Syariah II telah diluluskan Dun Kelantan sejak 1993 lagi iaitu 15 tahun sebelum wujudnya PR pada 2008.
 

AGAK-AGAK KOME LE, MAHUKAH NAJIB NASIHATKAN AGONG ?


Wednesday, February 25, 2015

Najib boleh nasihat Agong untuk ampunkan Anwar

Jika salam ini sampai ke hati tentu ada ada setitik rasa.

Hari ini agak kalut sedikit keluarga Anwar Ibrahim apabila tempoh dua minggu yang dibenarkan untuk Ketua Pembangkang yang disabitkan kesalahan liwat dan dihatuhi penjara lima tahun bagi membuat petisyan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 14 hari genap hari ini.

Lanjutan itu sekiranya Anwar tidak mengemukakan petisyen menyebabkan kedudukannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh akan terlucut secara automatik seperti mana kehendak perlembagaan negara. Jadi penyerahan pestisyen hari ini oleh keluarganya bagi mengelakkan status Anwar sebagai ahli parlimen terlucut.

Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan keduanya, Nurul Nuha ke Istana Negara lewat petang tadi untuk menyerah petisyan berkenaan. Manakala anak sulungnya Nurul Izzah ke parlimen untuk memberitahu Speaker parlimen mengenai petsiysen berkenaan.

Usaha keluarga Anwar itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat itu.

Sebelum ini Anwar dilaporkan tidak akan membuat permohonan kepada Yang di-Petuan Agong untuk memohon pengampunan atas alasan dia tidak mahu dikatakan bersalah dengan tuduhan itu. Ada tafsiran dibuat dan pemahaman, sekiranya memohon pengampunan bermakna dia mengaku bersalah dan menerima hukuman lima tahun penjara yang dikenakan ke atasnya itu. Kononnya tindakan itu menggambarkan pengakuan bersalah olehnya.

Kepada saya kesa
lahan yang disabitkan oleh mahkamah menjatuhkan lima tahun penjara sebagai mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berbeza dengan hak dan kuasa yang ada kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada mana-mana rakyat negara ini yang memohon pengampunan. Dan ruang yang diberikan kepada Anwar atau sesiapa juga merayu pengampunan itu juga dibenarkan oleh perlembagaan. Jadi tidak timbul permohonan pengampunan itu menjatuhkan maruah seseorang.

Bukankah berada di luar penjar
a itu lebih baik daripada berada dalam penjara walaupun dilihat sebagai wira dan bermaruah? Perjuangan untuk rakyat menerusi Pakatan Rakyat lebih memerlukan penglibatan Anwar daripada hanya mendoakan Anwar dilayan adil dalam penjara. Banyak perkara dapat dibuat di luar penjara dengan berada dalam penjara.

Saya mengaku, saya bukan pakar dalam perundangan, tetapi tafsiran yang dibuat itu pada hemat saya nampak kurang tepat dan kurang bijak. Tanpa membuat pengampunan Anwar juga seakan menolak iktiar dan ruang yang ada.

Justeru saya awal-awal lagi merasakan Anwar tidak patut untuk tidak membuat permohonan untuk pengampunannya. Permohonan itu juga sebahagian daripada ikhtiar, dan fahaman ahli sunnah wal jemaah tidak menolak usaha iktiar dilakukan. Saya yakin Anwar seorang penganutan aliran ahli sunnah wal jemaah.

Alhamdulilah hari ini petisyen itu dibuat oleh isteri dan anak-anaknya. Ertinya ruang terbuka kepada Anwar untuk terus berdoa dan berharap dia dibebaskan sebelum tamat tempoh menjalani hukuman. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Anwar akan dibebas sebelum matang tempoh pemenjaraanya.

Mereka yang sayang kepada Anwar dan diharap terus memimpin Pakatan Rakyat berdoa dan bermunajaklah meminta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terbuka hati untuk memberi perkenan.

Mengenangkan usaha Wan Azizah bersama anak-anaknya itu sedikit menyebabkkan kita. Betapa berat mata memandang dan bertimbun simpati kita kepada Anwar, tetapi apa dilamai oleh keluraganya tidak ada tolak banding. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Kita hanya mengaduh tetapi mereka yang menanggung dan menggsok kesakitan.

Mungkin bagi pengikut dan pendokong Anwar mereka sedih, tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila hero mereka digiring ke Sungai Buloh. Keadaan itu mungkin untuk beberapa jam dan beberapa hari sahaja, Tetapi bagi Dr Wan Azizah, anak-anak dan cucu-cucunya merasai kesedihan itu sehingga ke hari ini.

Pendokong boleh membakar lilin di luar penjara untuk beberapa hari sahaja, tetapi hati Wan Azizah dan anak-anak terus terbakar dan sakit dengan apa dialami oleh Anwar.

Selagi Anwar tidak dibebaskan dan berada dalam dakapan mereka, selagi itu mereka akan berusaha untuk membebaskan Anwar. Tetakdir kalau penyokong Anwar sudah tiada seorang pun, Azizah sebagai isteri yang setia bersama anak-anaknya tetap akan memperjuangkan nasib Anwar. Mereka tetap akan membela dan berdoa untuk Anwar. Kesetiaan isteri kepada suami dan kasih anak-anak kepada ayah dan ibu lebih tinggi dari kesetiaan dan kasih rakan politik.

Adalah diharap dengan ruang masih terbuka untuk Anwar terus kekal sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, selagi petisyennya tidak ditolak. Dalam hal ini juga diharap semoga ada kesedaran di hati Perdana Menteri Mohd Najib Razak untuk membantu Anwar.

Iya, Najib tidak ada kuasa seperti presiden Indonesia yang memiliki kuasa itu untuk memberi pengampunan kepada Anwar, tetapi beliau boleh menggunakan kedudukan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri untuk membebaskan Anwar. Saya yakin kalau Najib menulis secebis surat memohon perkenaan agar Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pengampunan, akan ada sinar cerah untuk Anwar.

Keperluan Najib berbuat begitu, bukan bertujuan sebagai menzahirkan simpatinya kepada orang yang pernah memberi ruang dan tempat kepadanya dalam politik sehingga berada ditakah hari ini, tetapi pembebasan Anwar juga akan dapat menjadi penampan kepada arus dan badai yang sedang bergerak ke arahnya kini.

Apakah Najib tidak merasa gerun dengan petanda dan isyarat yang sudah dibunyikan itu? Saya yakin sekiranya Najib memberi budi kepada Anwar, ianya akan dibalas dengan bakti dan terima kasih tinggi oleh Anwar. Soal keputusan itu adalah hak mutlak mahkamah dan hakim, Najib tidak perlu beralasan kerana kita tahu sebesar mana kuasa yang ada kepada perdana menteri.

Kata bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi apabila memegang jawatan Perdana Menteri, baru dia tahu segala-galanya, bahawa kuasa seorang PM adalah sangat besar dan luas. Nah inilah masa dan ketikanya untuk Najib meninggalkan seuatu legasi bermakna buat dirinya. [wm.kl.8:39 pm 24/02/15] - mso

"MEMOHON PENGAMPUNAN BUKAN BERMAKNA ANWAR BERSALAH - KITA MEMANDANG KEPADA USIANYA YANG SUDAH MENJANGKAU 68 TAHUN DAN SEMEMANGNYA BELIAU LAYAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN NEGARA INI."
Najib akan tentukan BN bertanding Dun Chempaka
  • Najib Tun Razak
1 / 1
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka 22 Mac depan.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Najib selaku pengerusi BN akan membuat keputusan tersebut selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat sebelum 10 Mac, hari penamaan calon kerusi tersebut.

"Saya belum lagi berbincang dengan Umno bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan Umno Kelantan...MT kena bincang dan akhirnya Pengerusi BN (Najib) akan buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, mengulangi secara peribadi beliau berpandangan mungkin BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK Dun Chempaka dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul AM Pas menang di kerusi Dun Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi, manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. - Bernama
MH370 dibawa ke Antartika?
  • MH370 dibawa ke Antartika
1 / 1
BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.