INGATAN UNTUK PAS
*PENGUMUMAN SPR*
Penamaan Calon : 28 April 2018 - Hari Sabtu
Undi Awal : 5 Mei 2018 - Hari Sabtu
Undi : 9 Mei 2018 - Hari Rabu
Tempoh berkempen 11 Hari
Tarikh pengundian PRU 14
Penamaan Calon : 28 April 2018 - Hari Sabtu
Undi Awal : 5 Mei 2018 - Hari Sabtu
Undi : 9 Mei 2018 - Hari Rabu
Tempoh berkempen 11 Hari
PAS PARTI TERBAIK UNTUK DUNIA AKHIRAT.
RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM WAJIB MENGUNDI PAS, DEMIKIAN MENURUT PANDANGAN AGAMA,
RAKYAT YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM JUGA PERLU MENGUNDI PAS KERANA UNTUK MENGUKUHKAN KEROHANIAN MEREKA.
TERNYATA PAS MAMPU MENGEKALKAN KELAKUAN WAKIL RAKYATNYA TERJERUMUS RASUAH.
KELEMAHAN PAS MUNGKIN KERANA KURANG MEMBERIKAN TARBIAYAH ATAU SEMANGAT JUANG KEPADA AHLINYA&RAKYAT TERUTAMA KEPADA WAKIL RAKYATNYA.
KESAN RAKYAT LARI DARI MENGUNDI PAS SEHINGGA 12% ADALAH KERANA SIKAP WAKIL RAKYATNYA ATAU PIMPINAN YANG LARI MENINGGALKAN PARTI ITU. SEKALIPUN YANG LARI ITU MEMBURU HABUAN DUNIA.
PAS MUNGKIN BERNASIB BAIK SEHINGGA 15% KERANA RAMAI DARI KALANGAN RAKYAT YANG MENILAI PARTI LAWANNYA YANG BANYAK MELAKUKAN RASUAH DAN MEMPERKAYAKAN KRONI.
-Pak Karamu-
Pas yakin tiada lagi Adun lompat parti
Iskandar.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas Selangor yakin tiada lagi Adun daripada parti Islam itu akan keluar parti menyertai PKR dan parti-parti lain.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, dakwaan
mengatakan terdapat Adun Pas di negeri ini akan keluar parti adalah
tidak benar.
"Saya yakin tidak ada lagi Adun Pas Selangor yang akan menyeberangi ke PKR atau parti-parti lain.
"Oleh itu, dakwaan bahawa terdapat Adun Pas yang akan keluar parti
adalah tidak benar sama sekali,"katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau Adun Pas Selangor kini bersemangat untuk menghadapi PRU14.
Dalam pada itu beliau berkata, kesan perpindahan Adun Paya Jaras, Mohd
Khairuddin Othman adalah terhad kepada kawasan tersebut sahaja.
Katanya, ia tidak akan memberi kesan yang besar kepada Pas di kawasan-kawasan lain di negeri ini.
"Jentera Pas di kawasan bergerak seperti biasa. Saya yakin Pas akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras.
"Bagaimanapun sebagai Naib Presiden yang ditugaskan untuk memantau
Negeri Selangor saya akan meminta Pas Selangor mengemukakan satu laporan
lengkap mengenai kemasukan Adun Paya Jaras ke dalam PKR,"katanya.
Beliau berkata, penyertaan Adun Paya Jaras ke dalam Pakatan Harapan (Harapan) akan menimbulkan konflik dalaman kepada Harapan.
Jika bekas Adun Paya Jaras itu dicalonkan semula maka katanya, Amanah akan kehilangan kerusi di kawasan tersebut.
"Ini bermakna calon Amanah yang bercita-cita untuk bertanding di situ
akan kecewa. Krisis akan tercetus dan boleh merebak ke tempat-tempat
lain,"katanya.




