Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARUSSANI DI SARAN BERDEBAT DGN NIK AZIZ

Salam,

Mufti Negeri Perak Dato' Harussani di saran berdebat dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelesaikan masalah hukum di dalam islam, kedua-dua tokoh ini mampu menyelesaikan masalah hukum yang saban hari memeningkan kepala rakyat

Rakyat di negara ini semakin keliru tentang hukum agama islam kerana kenyataan-kenyataan yang di keluarkan menjurus kepada suasana politik semasa akan tetapi di kaitkan dengan hukum agama halal dan haramnya apabila berlaku kenyataan begitu dan begini

Pak Karamu sarankan Nil Aziz akan mewakili PAS dan Mufti Perak mewakili UMNO sebab di waktu kebelakangan ini Mufti Perak itu banyak bercakap tentang hukum yang agak sumbang kerana mempertahankan kebangsaan daripada perjuangan islam sekalipun dia memegang amanah agama untuk umat islam di negara ini

Mulut celupar kerana mempertahankan politik sebelah pehak menunjukkan ada kepentingan berlaku di sana tanpa memikirkan akibat dari kenyataan yang berasaskan agama, apa yang Pak Karamu nampak ialah Mufti Perak sudah tidak berkecuali lagi tentang membuat kenyataan apabila dia membenarkan dirinya di tunggangi oleh UMNO

Kenyataan Nik Aziz waktu kebelakangan ini Pak Karamu nampak tiada salahnya kerana dialah orang agama dan dialah orang politik yang di ketahui umum dan dia berhak bercakap tentang politik semasa akan tetapi bagi Harussani sepatutnya dia kena tutup mulut sebab dia tidak melibatkan dirinya dalam politik demikianlah kenyataannya pada masa yang lepas akan tetapi kebanyakkan kenyataannya adalah mengulas soal politik semasa bagi pehak UMNO dengan bersandarkan kepada kebangsaan

Apa yang Pak Karamu muskilkan ialah sepatutnya Harussani mestilah menetapkan dirinya dalam sesuatu kumpulan siasah di dalam negara ini sebelum ia bercakap soal hukum halal dan haramnya sesuatu kenyataan itu mengikut fahaman beragama sedangkan dia belum lagi menetapkan dirinya berada di dalam kumpulan yang mana bagi di wakilinya walaupun kelihatannya dia berpehak kepada UMNO

Politik dan agama memang tidak boleh di pisahkan demikian pandangan agama islam akan tetapi dalam UMNO ianya berpisah kerana demikianlah fahaman sekular akan tetapi jika sungguh demikian mengapa Harussani dan ulama yang lain masih tidak membuat pengistiharan demikian kepada rakyat dan kerajaan secara terbuka


1 orang berkata:

abukhuzaifah said...

toksah dilayan harussani tu.mana layak nak bercakap pasal islam.moga2 Allah melaknat harussani tu dan diazab dalam kubur kerna menjual akhirat utk dunia.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.