Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ummati ! Ummati

Salam

Umatku ! Ummatku ! Apa pasal kamu bertelengkah dan bermusuh ! Tiada siapa yang dapat menjawabnya melainkan umat yang satu, di mana umat yang satu itu ? Umat yang satu itu adalah umat yang di sebut oleh Baginda Rasullullah s.a.w dari sejumlah 73 puak kesemuanya masuk neraka kecuali satu puak, ertinya 72 pual masuk neraka dan hanya satu puak yang masuk syurga, di antara mereka ada yang masuk neraka secara kekal ataupun sementara

Yang 72 puak itu bukan saja masuk neraka akan tetapi semasa mereka di dunia inipun mereka sudah bermusuhan sesama sendiri, manusia di jadikan Tuhan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti yang sangat luas dan batas sempadannya, hari ini manusia yang mengakui diri mereka sebagai hamba Allah dan sebagai umat Muhammad ternyata banyak membuat penyelewengan akidah lalu mereka kekal di dalam neraka Allah s.w.t

Zaman sekarang khususnya di Malaysia ini kaum melayu bermusuhan sesama mereka kerana orang berbangsa melayu tidak bertamadun kerana mereka sering bertelagah sesama sendiri kerana sesuatu hambatan hidup, siapa yang pandai pijak tengkok bangsanya mereka akan menjadi senang dan kaya, demikian juga mereka yang beragama islam, mereka bercakaran kerana ada islam ori dan ada islam palsu dan berbagai mazhab

Mazhab berlainan adalah punca perpecahan yang paling besar, dalam quran Allah ingat manusia yang mengaku islam supaya berpegang teguh kepada tali Allah supaya kamu tidak bercerai berai namun apa yang kita lihat ialah perpecahan adalah berpunca dari tiga sebab besar iaitu tidak berpegang dengan tali Allah, kerana taksub bermazhab dan ketiga kerana umat yang telah terbatal menjadi umat Muhammad kerana fahaman kebangsaan

Di dalam quran yang Allah tuntut dan nabi tuntut ialah berjama'ah jika tidak berjama'ah mereka akan berselisih faham dan bercerai berai, asas berjama'ah itu ialah quran,hadis ijmak ulama dan juga qias selain dari empat panduan itu walau islamnya hebat bagaimana sekalipun mereka tetap hancur dan lebur, hari ini kita lihat dengan jelas islam dan islam bercakaran sesama sendiri, kerana apa ? Jawapannya mudah kerana kafir, fasik dan zalim yang berpunca dari membelakangkan hukum Tuhan dan RasulNya


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.