jika orang bukan islam boleh terima konsep ta'wun, tiada sebab orang melayu tak boleh terima.
PAS hanya memperkenalkan konsep tersebut demi keamanan,namun jika orang yang mengaku islam sendiripun tak boleh terima maka berhadapanlah mereka dihadapan Tuhan di akhirat nanti.
Kebanyakan orang melayu beragama islam, mereka tiada pilihan dengan berbagai alasan, MEREKA WAJIB TERIMA.
PAS merasakan konsep TA'AWUN adalah yang terbaik, jika ada yang memberikan berbagai alasan untuk menolaknya maka mereka perlu bertanyakan kepada diri sendiri
Menolak konsep Ta'awun bersama orang-orang kafir bermakna mereka adalah sebahagian daripada kaum tersebut, sekalipun masih melaksanakan ibadat secara islam.
-Pak Karamu-
sementara itu:
Hadi sindir Amanah: Pas amanah bukan sekadar nama
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis
menegaskan parti itu dibarisi pemimpin yang amanah, bukan sekadar nama
‘amanah’.
Ucapannya itu disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 ahli dan penyokong
pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah dan manifesto PRU14
Gagasan Sejahtera Kedah, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, malam
semalam.
Abdul Hadi berkata, wakil rakyat Pas bukan mengimpikan kerusi empuk kerajaan tanpa menunaikan amanah dengan betul.
“Kita bukan nak perintah, duduk atas kerusi dengan tidak tunaikan
amanah dengan betul. Kita mahu rakyat sertai PRU14 dan tunai amanah
dengan memilih pemimpin yang benar-benar amanah.
Bukan namanya saja ‘amanah’,” katanya, yang dipercayai merujuk kepada parti serpihan Pas, Amanah.
Menurutnya, Pas memiliki ramai tokoh yang bijak memerintah negara sekiranya diberikan amanah sebagai kerajaan.
“Kita boleh tunjuk macam mana nak perintah negara dengan cara yang
benar. ALLAH SWT kurniakan kita hasil mencukupi, sumber bumi, tanah
subur. Bagaimana dengan adanya sumber begini pun, ada yang tak mampu
perintah dengan betul. Di mana silapnya, ia mesti diperbetulkan,”
katanya.
Abdul Hadi turut mengajak rakyat melakukan perubahan pada PRU14 dengan
memilih parti yang benar-benar amanah menunaikan tanggungjawabnya.
“Tak mustahil negara boleh berubah, yang penting kita mesti berubah kepada Islam yang diredai ALLAH SWT,” katanya.
Pas akan amalkan konsep ta’awun
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas akan mengamalkan konsep ta’awun yang lebih terbuka dan
tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf
dalam menangani politik semasa.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta’awun
mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah
silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.
"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai)
dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan
dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama
Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam
tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap
semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela
berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf
hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.
"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya
yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha
mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan
Islam melalui pilihan raya," katanya.
Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak
mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh
diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta’awun lebih luas
lapangannya daripada tahaluf.
Beliau berkata ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan
diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan ta’awun (bertolong menolong
dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).
"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi
pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau
negara," katanya.
21 orang berkata:
Amanah, pkr, ppbm pun bertawaun dengan dap. Tak ada masalah pun dan ia direrima baik oleh semua ahli.
Saya sangat setuju dengan pakaramu. Cuma saya kesal sangat apabila ada parti yang mencontohi IS, DAESH dan syiah yang memperalatkan Islam untuk memecahbelahkan rakyat hanya untuk kepentingan poket sendiri, banglo, jawatan, balak, kereta mewah dan dedak.
Kalu pas boleh ta'wun dgn kapir. Kalau ph tak boleh ta'wun dgn kapir.
Dulu panggil kerjasama politik. Lepas tu bila masuk PR tukar ke bahasa arab jadi tahaluf siasi. Bila keluar PR tukar pulak dengan perkataan seerti bahasa arab jadi ta'wun.....
Guna bahasa arab supaya nampak lebih islamik walaupun ramai yg tak faham. Harapannya org yg tak faham akan undi dia
Kalau nak menang kena guna bai'ahwun tala'un tiga kepada semua ahli dan penyokong.
Pas tidak memerlukan orang bukan islam untuk menang dan memerintah negara. Pas sudah ramai ahli dan penyokong. Pasukan gerak kerja Pas amat hebat mengalahkan parti lain terutamanya PH. PH gerenti terduduk punya.
Pas buleh menang ke? Byk org kata Pas tak buleh menang
Atas kertas memang tak boleh menang. Tapi yang sebenar boleh menang. Kalau tak percaya cuba tanya TG Haji Hadi.
Kikiki amanah mende hadi tu, ponteng memanjang. Kikiki lagi mau sindir2. Dakwah pada diri sendiri dulu lepas tu baru dakwah pada org lain.
Nak bagi cadangan kpd wanrosli. Moga dipertimbangkan.
Gini. Pasal baiah ni la. Kalu wakil lelaki keluar parti, isteri jatuh talak tiga kan. Kalu wakil perempuan keluar parti, suami kena kahwin tiga. Ok kan? Mintak dibawa perkara ini ke majlis ulamak untuk dipertimbangkan. Untuk kebaikan parti jugak ni supaya wakil rakyat perempuan tak lompat parti.
Terima kasih.
Kepada wanrosli dan pakkaramu. Mintak pertimbangan yg sewajarnya.
Tolong bagitahu kat tmb awak, kalu orang asli tak bagi masuk hutan nak sahkan hutan sudah kena sapu, bagitahu dia sewa helikopter tengok hutan dari atas. Naik heli dari atas semua boleh nampak. Klu gondol tu maknanya hutan dah kena sapu. Klu air sungai mcm nescafe tarik pulak maknanya sungai sudah tercemar.
Ni budak darjah 4 bagitahu kat aku cara nak kesan hutan dah kena sapu.
Anon 4.02..psl baiah tu ko dah tanya Khalid samad, Husam, Hatta, Kamaruddin Japar? Puak2 ni saja jer langgar baiah tu supaya dpt kawen lain...kih2
dah report SPRM lum psl curi balak tu? Ni la peluang ko nak kenakan PAS kelantan kan...tak guna menyalak dlm ni jer...
Syarat baiah talak bini dah nak dibuang, lepas ni lebai boleh la ramai2 lompat jadi ahli umno sambil2 tambah bini kikiki. Buat syarat baiah ikut hawa nafsu sendiri, hebat lebai. Kikiki
Cantik jugak tu. Kalau perempuan lompat parti, laki dia kena kawin 3. Misti byk lobai suruh bini lompat parti.
Ko suruh bapak ko report la.
Parti paling karut
tolong la report pihak berkuasa psl kebas balak tu...ni lah satu2nya senjata ampuh utk musnahkan PAS di kelantan..kih2
Husam..oi husam..mana ko nyorok nih...tolong lah report SPRM
Parti paling karut dan kena laknat mcm PAN ka?
Ataupun mcm PKR...parti cap ayam, ada presiden tp mcm tak ujud jer..presiden PKR ni masih idup lg ker?
Post a Comment