Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ROS TERTEKAN KERANA DITEKAN ?


 BEKAS EXCO BERSATU PULA BERI TEMPOH KEPADA ROS KERANA DIKATAKAN GAGAL MENJALANKAN TUGAS.

KALI INI KELEMAHAN ROS PULA DIDEDAHKAN OLEH BEKAS EXCO BERSATU.

RASANYA JIKA ROS BERTEGAS TIDAK TIMBUL APA-APA MASALAH

SEKARANG RAKYAT SEDANG MENGIKUTI KELEMAHAN ROS, BERMULA DARI PUCUK PIMPINAN BERSATU SEHINGGALAH BEKAS EXCO PARTI ITU MELANYAK ROS

NAMUN !

ROS NAMPAK TERKIAL-KIAL UNTUK BUAT KEPUTUSAN.

 -Pak Karamu-

 

Beri ROS tempoh dua minggu

AddThis Sharing Buttons

Beri ROS tempoh dua minggu
 
Dari kiri, barisan bekas Exco Pemuda Bersatu, Muhd Syazwan, Mohamad Taufik, Muhammad Hafiz, Abd Wahazir Abd Wahabi, dan Bekas Ketua Penyelaras Pemuda Bersatu Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar menunjukkan bukti serta laporan yang dibuat kepada ROS berhubung perlanggaran perlembagaan Bersatu yang perlu diberi perhatian.
 
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Sekumpulan bekas pemimpin Pemuda Bersatu, memberi tempoh dua minggu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengambil tindakan terhadap parti itu berdasarkan ratusan laporan dan aduan berhubung perlanggaran perlembagaan parti itu yang telah dibuat sejak tahun lalu.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada empat bekas Exco Pemuda Bersatu Pusat dan seorang bekas Ketua Penyelaras Pemuda Bersatu Pahang.

Bekas Exco Pemuda, Muhammad Hafiz Azhar, berkata, sikap ROS yang disifatkan masih sengaja menangguhkan tindakan dan siasatan tidak boleh dibiarkan.

Menurutnya, alasan ROS kononnya diugut dan sebagainya tidak boleh diterima pakai sedangkan ramai ahli Bersatu terus teraniaya.

“Perkara ini sudah lama disuarakan. Kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan ada unsur sabotaj bagi menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan dengan aduan-aduan yang dikemukakan adalah tidak berasas.

“Kami masih ahli Bersatu, kami tahu semua ini tidak betul. Banyak bukti disertakan dalam laporan namun ROS masih gagal ambil tindakan. Jika dalam tempoh dua minggu tiada sebarang tindakan, kami akan berkumpul di depan pejabat ROS untuk himpunan aman mendesak ROS,”katanya dalam sidang media, di sini, petang tadi.

Seorang lagi bekas Exco Pemuda Bersatu Pusat, Muhd Syazwan Ahmad Zainal, turut mempertikaikan kredibiliti ROS kerana mendakwa bukti-bukti yang dihantar ke ROS dari awal aduan dibuat telah dihilangkan.

“Aduan berserta bukti dihantar kepada ROS sejak Oktober tahun lalu dan setiap minggu mereka panggil kami untuk disoal siasat dan minta bukti-bukti. Bila ditanya mana bukti yang telah dihantar, mereka kata hilang. Hari ini pun saya ada hantar bukti terbaru,”katanya.

Dalam masa sama, Mohamad Taufik Abas, sangsi dengan kenyataan Mahathir yang mempersoalkan aduan dibuat oleh 400 ahli Bersatu kepada ROS.

“Apa dimaksudkan dengan aduan yang sama? Jika cerita tentang perlanggaran perlembagaan, sudah tentu ia adalah sama. Jika yang dimaksudkan ‘copy paste’ bagaimana Tun boleh dapat laporan berkenaan. Ada perkara tidak betul yang berlaku jika beliau boleh tahu laporan yang sedang dalam siasatan,”katanya.

Mereka sebaliknya memuji sikap DAP yang disifatkan lebih matang dalam mengakui kesilapan dengan melaksanakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berbanding sikap ‘putar’ yang dinaungi dua bekas pemimpin utama negara.

Turut dinyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan keluar dari Bersatu, namun menolak kemungkinan penubuhan parti baharu dalam masa terdekat.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan yang mendakwa terdapat unsur sabotaj dari pihak yang cuba menggagalkan pendaftaran Harapan dengan ROS menerusi ratusan aduan yang dibuat berhubung perlembagaan Bersatu.

Calon perdana menteri Harapan itu juga menyifatkan ROS akan berpendapat Mesyuarat Agung Bersatu (AGM) tidak sah dengan aduan-aduan sama yang dilaporkan.

Sebanyak 47 daripada 249 aduan diterima ROS mengenai Bersatu adalah berkaitan perlanggaran perlembagaan parti itu.

23 orang berkata:

IrWrWs said...

Buatlah mesyuarat agung cawangan dan bahagian dulu.. lainlah kalau bakal pm sama taraf dgn pm sebenar..

Anonymous said...

Petua hilangkan parut pada kulit anda. Ambil buah betik muda dan sapu getah pada parut kulit anda. InsyaAllah hasilnya amat memuaskan.

Anonymous said...

Anda juga boleh melekatkan kulit timun pada parut kulit anda. Buat sebelah malam berulang kali. Kesannya amat memberangsangkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Siapa tahu petua untuk menghilangkan sakit pinggang?

Anonymous said...

Hancurkan halia dan sapu bahagian yang sakit. Ulangi hingga lega.

Anonymous said...

Ambil seulas halia dan tumbuk. Masak dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas sahaja. Campurkan sedikit gula atau madu. Tapis campuran tersebut dan sejukkan. Amalkan minum 2 kali sehari selama 3 hari. InsyaAllah sakit tulang belakang anda akan lega.

Anonymous said...

Ada tak petua nak bagi kurus badan tanpa mengambil ubat atau kaedah moden yang membahayakan?

Anonymous said...

Kurangkan makanan berkabohidrat dan tinggi lemak. Contohnya nasi. Ciba kunyah makanan hingga lembut sebelum menelannya dan berhenti sebelum kenyang. Amalkan makan buah-buahan sebelum makan nasi dan jangan makan buah2an selepas makan nasi. Makan pada lewat petang dan elakkan makan pada malam hari. Buat senaman bangkit tubi dan melunjur dalam masa 30 minit, 3 kali seminggu dan lebihkan minum air kosong. Ambil sayuran iaitu kobis cina, sadreri dan cili banggla yang direbus. Amalkan dan lihat perubahan badan anda dalam 3 bulan. Menakjubkan!

Anonymous said...

Amalkan minum teh hijau atau kopi hijau (green tea). Minuman ini boleh mengurangkan lemak dalam badan kita. Elakkan makanan segera dan makanan ringan.

Anonymous said...

Amalan yang dijauhi oleh orang2 tua kerana didakwa memberi kesan negatif.

1. Jangan makan durian dan minum kopi atau mengambil panadol. Ia akan menjadikan suhu badan anda semakin meningkat. Pesakit darah tinggi juga tidak patut memakan durian dalam jumlah yang banyak.

2. Jangan makan nanas bersama dengan air kelapa. Ini dipercayai boleh menyebabkan sakit perut dan membahayakan.

3. Jangan makan timun dengan gula pasir. Ia boleh menyebabkan sakit perut yang serius.

4. Jangan makan tembikai bersama dengan susu pekat. Ia dipercayai boleh menyebabkan sakit perut yang serius.

Percaya atau tidak terpulang kepada anda. Sesiapa yang berani cubalah tetapi kita tidak bertanggungjawab jika anda benar2 mengalami kesan yang dinyatakan.

Anonymous said...

Minuman memabukkan dan mesti dijauhi.

Sebotol pepsi cola atau coca cola yang dicampur dengan 10 biji panadol. Cuba minum. Anda mungkin tak dapat bangun tiga hari tiga malam. Kalau nasib tak baik anda mungkin padam terus. Jadi, jauhilah dan jangan berani mencuba!

Anonymous said...

Gabungan makanan yang dipercayai amat membahayakan atau memabukkan menurut petua orang tua2:

1. Cendol campur budu
2. Madu campur tembikai
3. Betik campur ubat (pil)
4. Buah perah campur kopi
5. Buah perah campur jambu batu
6. Buah perah campur manggis
7. Sanquick campur tapai
8. Manggis campur kopi

Percaya atau tidak? Terpulang pada anda.

Anonymous said...

Kebaikan lemon jika diminum panas:

1. Mengaktifkan sistem penghadaman
2. Melegakan sakit tekak
3. Mengurangkan berat badan
4. Mencegah batu karang
5. Mengatasi penyakit gatal
6. Anti kanser
7. Menghilangkan bau mulut
8. Melegakan demam panas
9. Melegakan gaut
10.mengurangkan tekanan darah tinggi

Anonymous said...

Tumbuhan yang boleh membantu pesakit darah tinggi:

a. Daun misai kucing, rebus dan minum.
b. Timun dijadikan jus.
c. Bakawali dikunyah makan.
d. Pucuk gelugur direbus dan minum.
e. Epal hijau jadikan jus.
f. Daun kucai ditumbuk campur air dan minum.
g. Daun cerita direbus dan minum.
H. Daun sambung nyawa jadikan ulam.
i. Daun kayu putih direbus dan minum.
j. Pandan wangi direbus dan minum.
k. Saderi direbus dan minum.
l. Belimbing jadikan jus.
m. Daun belimbing besi direbus dan minum.
n. Daun pala direbus dan minum.
o. Daun mengkudu dibuat ulam.
p. Buah mengkudu tus buang biji dan makan.
q. Daun avocado direbus dan minum.
r. Daun selada tumbuk, perah dan minum.
S. Daun buah letup2 direbus dan minum.

Amalkan. InsyaAllah.

Anonymous said...

Boleh kongsikan petua untuk mengurangkan migrain selain daripada panadol?

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7202] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 780 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Hilangkan migrain.
Ambil satu sudu cuka epal dan satu sudu madu asli. Masukkan dalam air suam, kacau, baca selawat 3 kali dan minum. Lepas itu tidur. InsyaAllah migrain akan hilang selepas anda bangun tidur.

Anonymous said...

Ambil jus 2 biji lemon dan campur beberapa kulitnya. Masukkan 2 sudu garam. Blend. Campur segelas air. Minum dengan cepat. Jika ada darah tinggi, kurangkan garam. InsyaAllah dalam 3 minit migrain akan hilang.

Anonymous said...

Ada dak petua nak hilangkan penyakit "PAN"khianat?..kih2

Anonymous said...

Mcmana nak hilangkan penyakit suka mkn taik tokong LGE dan LKS?

raybanoutlet001 said...

nike huarache
new orleans saints jerseys
nike huarache
nike soccer shoes
polo ralph lauren
ralph lauren outlet
49ers jersey
ralph lauren polo
nike tn pas cher
nhl jerseys

raybanoutlet001 said...

chicago bulls jersey
ralph lauren outlet
packers jerseys
jordan 4
49ers jersey
lacoste polo
christian louboutin outlet
nfl jerseys wholesale
cleveland cavaliers
fitflops

Unknown said...

zzzzz2018.7.7
converse trainers
ferragamo shoes
nike presto femme
canada goose jackets
saics running shoes
ray ban sunglasses
canada goose outlet
hermes belts
air jordan 4
off white jordan 1

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.