Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SO, LA NI LAGU MANA ? DAH TERBOGEL SEMUA CERITA !

BENAR ADALAH AMANAH, BOHONG ADALAH KHIANAT !

NI RAKYAT SEDANG NILAI SIAPA YANG BETUL DAN SIAPA YANG SALAH,

ADAKAH ROS SEDANG TERSEPIT DI TENGAH-TENGAH ? 

ATAU ADAKAH KESALAHAN BERSATU ITU SENGAJA DIBUAT KERANA NAK BOGELKAN UMNO ?

ATAU

HENDAH BOGELKAN STATUS ROS YANG BERAT SEBELAH ?

DEPA SAMA-SAMA ADA MODAI, SEKARANG RAKYAT JADI HAKIM !

-Pak Karamu-

 

Mukhriz bidas Ketua Pengarah RoS

AddThis Sharing Buttons

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas sikap pilih kasih Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim yang didakwa sengaja melengahkan pendaftaran parti itu.

Katanya, RoS berterusan memberi tekanan berhubung pembatalan pendaftaran walaupun Bersatu mematuhi perlembagaan parti dan akta pertubuhan, sebaliknya tindakan tidak dikenakan terhadap Umno yang jelas melanggar perlembagaan parti itu.

“Kami hanya terima surat daripada RoS awal Mac. Sebelum ini, sudah berkali-kali kami tulis surat secara rasmi, inilah kali pertama RoS jawab, dalam tempoh lebih setahun. Itu pun, mereka minta lagi dokumen tertentu yang sebelum ini telah pun diserahkan,” katanya.

Berdasarkan kenyataan Surayati, Sabtu lalu, notis pembubaran akan dikeluarkan jika Bersatu gagal menyerahkan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan Pusat termasuk penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Mukhriz sebaliknya menempelak sikap RoS yang tidak telus, kerana surat berkenaan hanya diserahkan kepada pejabat Bersatu pada 7 Mac lalu.

“Surat itu bertarikh 28 Februari, tetapi kami terima pada 7 Mac. Kenapa serah lewat seminggu dan dinyatakan pula jika dalam tempoh itu tidak berjawab, Bersatu berisiko dibubar. Ini satu ugutan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh Ketua Pengarah RoS,” katanya.

Menurutnya, parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan seperti melanggar akta pertubuhan, malah mendaftar secara rasmi.

“Ia turut diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maksudnya kami berhak terlibat dalam PRU14 dengan menggunakan nama parti dan lambang. Mengikut perundangan RoS tiada hak lakukan apa-apa selagi kami patuh perlembagaan parti dan akta pertubuhan,” katanya.

Mukhriz turut kesal kerana Umno tidak dikenakan sebarang tindakan apabila terbukti melanggar perlembagaan parti itu.

“Presiden kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pegang jawatan Naib Presiden Umno, beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Umno. Ketika itu, beiau terlibat dalam pindaan perlembagaan Umno, di mana pemilihan Umno mesti berlaku sekali dalam 2/3 tahun (fasal 10.16), Majlis Tertinggi Umno boleh tangguhkan pemilihan dengan alasan munasabah tidak lebih dari 18 bulan,” katanya.

Bagaimana pun, sehingga kini Umno gagal mengadakan pemilihan parti seperti dikehendaki perlembagaan parti itu.

“Tiada fasal dalam perlembagaan Umno yang benarkan menunda pemilihan selepas 18 bulan ditunda. Jika hanya tangguh 18 bulan, tarikh terakhir Umno mesti buat pemilihan adalah bulan April 2018,” katanya.

Mukhriz berkata, sehingga hari ini, pemilihan peringkat cawangan mahupun bahagian tidak dilakukan.

“Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dakwa ada hantar surat penangguhan hingga 2019, kononnya dipersetujui RoS. Kami juga bekas Umno, pernah terlibat dalam perlembagaan Umno, kami nak tanya klausa mana yang membenarkan tangguh sehingga 30 bulan,” katanya.

Menurutnya, status Umno itu sudah dibangkitkan Bersatu secara rasmi kepada RoS, dan berharap diberikan penjelasan sewajarnya.

“Rupanya ahli Umno pun keliru, ketika Bersatu serahkan surat berkenaan, wakil Umno juga hadir untuk serah surat dari ketua umno cawangan, mereka pun tertanya-tanya kesahihan status parti itu,” katanya.

31 orang berkata:

Anonymous said...

Terbaiklah Bersatu
Bersama Membina Semula Malaysia

Anonymous said...

Bersama Membina Semula Malaysia dengan Air Lior...

~PakKaramu~ said...

Ni dua-dua satu lubuk, bila berpisah kerana nak rebut harta dan kuasa, maka ia membuahkan hikmah dari suasana yang berlaku iktibar kepada yang lain.

Anonymous said...

Rakyat pun sedang menilai lebai2 yg baham duit umno. Di mulut seru utk dasar islam, tapi diam2 besarkan tembolok.

Anonymous said...

Pak karamu, duit utk biayai kes mahkamah di london tu dah cukup ke belum? Masa muktamar di kedah haritu saya cuma sempat derma 3 ringgit jer. Kalau saya nak tambah derma tu utk saham akhirat mcmana ya? Nak bagi kat sapa?

~PakKaramu~ said...

Oh, derma kes mahkamah kat London ? Laaaa, setahu saya dah cukup, dah lebih pun, saya sempat gak derma RM 20,000, ate dia orang minta, bagi je laaa. Ikhlas saya setakat tu je, tak pe duit boleh cari rezeki Allah bagi, tak de hal la, terima kasih je la kalo nak bagim bagi la pada Bendahari tak pe lima kupangpun duit gak, kan ?

Anonymous said...

Dulu masa dalam umno..hangpa tibai ,fitnah pas..sekarang Allah balas hangpa bergaduh sesama hangpa...padan muka

Surwanto said...

Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

Anonymous said...

Pakaramu, sape ahli yg tak sior nak bagi kasi sumpah aje bior jadi abu.

Anonymous said...

Kesian pas. Dah makin teruk sekarang dah

Anonymous said...

Ahli pas ada lebih dari sejuta irg. Kalau sorang ahli derma rm10, dah lebih 10juta pas dapat. Cukup laa buat lawan claire dan sarawak report. Duit lebihan tu boleh la naikkan gaji pekerja harakah. Bayar hutang harakah pun boleh lepas. Tak gitu?

Tapi pelik jugak apasal masih ambik duit umno? Bukan saya cakap.. nik abduh yg cakap.

Anonymous said...

Dasar parti Pas ok takde masalah, pimpinan pas jer yg bermasalah selepas ketiadaan arwah tgna. Semua pimpinan sibuk besarkan tembolok sendiri, duit umno jugak yg dibahamnya... nik abduh yg cakap mcm tu. Ntah laa.

~PakKaramu~ said...

Nik Abduh dah nafikan, tapi hangpa masih lagi sebut, sayapun hairan juga,kalau kita bersifat profesional kan ke bagus ? tu baru anak jantan, dah habis modal ?

Besarkan tembolok ? macam ayam pulak kan, kan ? Masa nik Aziz adapun saya pernah bagi derma hampir jumlah yang sama, namun derma ahli lain yang sedamitpun kita ambil kerana itu wajib pahala untuknya

Anonymous said...

Nik Bodoh minta saman kalau berita tu tidak benar.
Mcm kes wisma tok guru - saman menyaman

Anonymous said...

Mana pergi Baldi Bawang aku?

Hidup UMNO said...


BANYAK SYAITAN DALAM PAS. BAPAK SYITAN EDDY BAWANG


Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah'.

Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala' kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.

"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.

"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

"Sebab itu wala' kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.

Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.

Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodo

Anonymous said...

Pasaraya paih yg harga dekat2 20 juta kat dungung tengganung tu da siap ko bolum? '

Anonymous said...

Anon 10.02, sabar la sikit. Pasaraya Wakaf tu dijangka siap tahun 2050. Teganu pun ikut dasar islam mcm pas kelantan; saja buat2 lambat takut pembangunan fizikal dan rohani tak seimbang... TMB kelantan yg kata lagu tuu. lagipun kalau nak siapkan tahun 2080 pun ok... dasar islam mmg suka lambat2...kot!

Sedangkan ruu355 pun saja buat2 lambat (hadi sendiri mintak tangguh 2-3 kali), apalah sangat pasaraya wakaf tuu.

Anonymous said...

Ooo macam tu ye? Baru ana faham duduk perkara sebenarnya. Adik beradik kohilal ke ni?

Anonymous said...

Rm30 nok carik 20 juta? Tak mungkin. Kecuali kalu wakafkan q7, porsche, welfire, bmw, alphard, rover dan wolk lebai2 tu. Klu nak lagi senang, guna simpanan dedak masing2

Anonymous said...

Pak karamu, nak tanya sikit boleh ke? RTI tu apa? Napa dlm audio tu suara mcm nik abdoh tu marah sangat kat RTI? Bukan ke RTI dah tolong lobaii singkirkan jibon dlm parti......

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4111] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 682 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Soalan cepumas. Tahniah bro

Anonymous said...

Dah terbogel dah. Kihkihkih

Anonymous said...

Oiii RTI. Balik la tempat masing2 buat kerja! Yang ente duduk kat situ apa hal?

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9992] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 555 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Pakkaramu.....

Saya berasa amat kesal dan terkesima kpd rakan dari ph apabila parti pas yang saya junjung lebih 20 tahun TIDAK menyatakan dasar pembentukan NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUDUD dalam menifesto pru14 akan datang. Saya kesal kerana selama ini sejak parti kita Pas ditubuhkan, inilah dua dasar asas yang kita perjuangkan. Adakah kerana parti kita bergabung dengan gagasan bersatu dan cinta malaysia, maka kita memperjudikan dua dasar utama kita sejak dulu. Saya kesal kerana tidak seorang pun pemimpin kita yang mempersoalkannya. Adakah kerana politik kita sanggup melenyapkan dua dasar penting yang saya kira amat perlu kita tegaskan sebagai umat muslimin.

Saya terkesima bila mana rakan parti lain mula mempersoalkan ke manakah sebenarnya arah tuju parti kita. Suara sumbang mula kedengaran bila pihak lawan mula mempersendakan parti kita. Bila ph tidak menyatakan pemerintahan islam smdan hudud dalam menifesto mereka, pemimpin kita bersuara lantang mengaitkan mereka sebagai liberal, munafik dan sebagainya. Bila kena batang hidung kita sendiri, kita senyap seribu bahasa. Apakah kita juga sudah berubah arah seperti mereka.

Saya sebagai ahli parti akar umbi yang masih setia memohon agar dua dasar iaitu negara islam dan hudud dimasukkan semula sebagai dasar perjuangan dalam nenifesto kita. Apa gunanya menang jika dua dasar utama itu hanyut bersama kemenangan kita.

Allahuakbar.

Anonymous said...

maka berkerumunlah puak PH mengulas psl audio yg kononnya suara nik Abduh, walaupun dah dinafikan tp masih lagi diulang2 fitnah berkenaan...

Anonymous said...

Suara sapa yang sama sebijik tu? Kena buktikan la. Unta pun boleh geleng kepala utk nafikan. Ker guane?

Anonymous said...

Kalu suara mcm lim guan eng, pencegah rasuah dah masuk turr

raybanoutlet001 said...

christian louboutin outlet
tory burch outlet
converse trainers
nike tn
nike air huarache
chargers jerseys
san francisco 49ers jerseys
nike air jordan
cheap ray bans
los angeles lakers

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.