AIR MATA BUKAN CARA YANG BAIK UNTUK MERAIH SIMPATI, ITU SIKAP PONDAN.
ANAK-ANAK BEKAS PEMIMPIN PAS MEMBUATKAN AYAH MEREKA TIDAK TENTERAM DI DALAM KUBUR.
BIARKAN, BIARKAN !
ANAK AL MARHUM FADHIL NOR, YUSUF RAWA DAN NIK AZIZ MENGHADIAHKAN KEGELISAHAN KEPADA ROH-ROH AYAH MEREKA DI ALAMNYA
TAHNIAH WAHAI ANAK !!!
JIKA BENAR KATA NIK AZIZ SEBAGAIMANA YANG DISEBUT NIK OMAR, MAKA NIK AZIZ MUNGKIN BERFAHAMAN SEKULAR ?
ATAU
ISLAM LIBERAL ???
ATAU NIK AZIZ LEMAH MAKRIFATNYA TERHADAP DASAR PERJUANGAN !!!
DASAR PERJUANGAN PAS ADA PADA DASARNYA BUKAN ADA PADA MANUSIA, DISINILAH KELEMAHAN MANUSIA MENTAFSIR ? DEMIKIAN JUGA NIK AZIZ ?
SEMENTARA ITU:
Ibu berkempen untuk Pas di Chempaka: Nik Abduh
NIK ABDUH:
(Ubah saiz teks)
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa ibunya, Datin
Tuan Sabariah Tuan Ishak akan berkempen untuk Pas di Dun Chempaka dan
Parlimen Pengkalan Chepa.
Perkara tersebut dimaklumkan Nik Mohamad Abduh menerusi catatannya di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata, pada asalnya ibu beliau hanya akan menumpukan
kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatan yang sedikit membataskan
pergerakannya.
"Akan tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga
kami terhadap Pas di Dun Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk
turut bersama jentera muslimat parti ini di sana.
"Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh
rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan
kepada jentera Pas di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia
amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang
amat sukar," katanya.
-Pak Karamu-
Surat terbuka Hadi
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM- "Sepatutnya anak-anak pemimpin Pas tidak bersama bahtera
Pakatan Harapan (Harapan)," demikian kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Menerusi satu analogi, Hadi berkata, Harapan yang kini nakhodanya
iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN
sehingga menjadi bocor, dimasuki air dan juga sangat membahayakan.
"Maka Pas tidak bersama BN dan tidak juga Harapan.
Apa yang menarik bahtera Harapan mengumpulkan kumpulan DAP anti Islam
secara terbuka," katanya menerusi satu catatan yang berjudul 'Surat
terbuka kepada anak-anak pemimpin meninggalkan perjuangan ayah'.
Tanpa merujuk mana-mana pihak, Hadi bagaimanapun dilihat merujuk kepada
tindakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar yang baru-baru
ini mengejutkan ramai pihak untuk memilih Amanah sekaligus menjadi
calon Harapan di Dun Chempaka.
Selain Nik Omar, anak Allahyarham Yusuf Rawa, Presiden Pas yang kelima
iaitu Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf,turut memilh Harapan untuk menjadi
calon di Parlimen Parit Buntar.
Tindakan memilih Harapan juga turut dilakukan oleh anak Allahyarham
Presiden Pas yang keenam Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Faiz
Fadzil.
Mengulas lanjut perkara ini, Hadi berkata, pemimpin utamanya (Harapan)
pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih
memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepadak
kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta
tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
"Bersama Harapan juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat
politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu
melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke
Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya," katanya.
Jelasnya lagi, kajian politik Harapan mengira di atas kertas dan
memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas
lapangan rakyat secara terperinci.
"Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa al-Quran
tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia
dan berpijak di buminya.
"Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti
Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang
dipijak dan masyarakat yang berbeza," kata Hadi lagi.
Hadi yang akan bertanding di Parlimen Marang seterusnya berkata,
mereka jelas tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan
mengubah baiah di tempat dan masa berbeza.
"Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid
terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan
masyarakatnya juga berlainan.
'Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing
yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta
ini.
"Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya,"
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam
tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak
bermaya, kalau kalah ditelan gelombang," katanya.
44 orang berkata:
..... Harapan yang kini nakhodanya iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN sehingga menjadi bocor, dimasuki air dan juga sangat membahayakan.
apa maksud ayat ni??? salahke bagi BNjatuh??? apa yg bahaya klau BN takde ujud lagi kat muka bumi ni???
think out of the box..... tengok dari ruang ingkup yg lagi luas...
bukan dari mata tempurung... islam bukan milik PAS...
ambil pengajaran PAS dibawah TGNA... lebih menenangkan & menyamankan
tidak seperti sekarang... PAS mengerikan
ini semua karut tapi buat bunyi mcm ye2 hehe.. politik je pun hihihi.pas itu bukan akidah orang islam pun hehe,pas itu cuma parti politik je.. tu yg aku cakap karut tu,sedang dalam pas pun ada orang pegang akidah senget, Tuhan duk atas langit, ada muka ada tangan(wahabi), bukan orang biase, tokoh besar tu hehe.. korang tengok dia buat bunyi mcm pas itu ialah mcm akidah umat islam, pas itu parti politik je la wei, bangun la dari tidur, wat malu je la.. hihihihi
Cukup2lah lebai2 malang PAS ni mengumpat dan mengaibkan insan2 yg telah tiada. Dok reka cerita dongeng mcm pondan. Sebab org2 yg diumpat tak boleh mempertahankan diri menjawap.
NASIHAT UTK CHIEF LEBAI LEBONG DAN PAK KARAM:
BERDOALAH UTK PENGAKHIRAN HIDUP YG BAIK NANTI.
belum ada lagi sebuah negara islam wujud di atas muka bumi ini disebabkan demokrasi.demokrasi lah yg menbunoh islam
selagi pas berjuang atas demokrasi selagi tu lah tak akan wujud sebuah negara islam
SAYA MENYOKONG KATA2 TUAN GURU HJ HADI. MUDAH2AN PAS AKAN KALAH TERUK DAN KEHILANGAN KELANTAN DALAM PRU14 YANG AKAN DATANG. AMINN YA ROBBAL ALAMINN. TAKBIRRR
Mimpi hj hadi tentang tgna berkaki satu pada takrifan saya ialah pas sudah goyah apabila berdiri dengan satu kaki tanpa bantuan kaki kedua iaitu pakatan rakyat. Sebab itu mimpi tersebut dialami oleh hj hadi selaku presiden pas.
SALAM,
PUAN SABARIYAH AKAN MEMBANTU KEMPEN PAS DI DUN CEMPAKA SETELAH JANTUNG IBU ITU DITEMBAK OLEH ANAKNYA SENDIRI, SIAPA TEMBAK ?
NIK OMAR !!!
“Terima kasih Ustaz Nik Omar atas keputusan yang tidak mudah ini… moga menjadi contoh bagaimana politik Malaysia seharusnya berdiri.
“Pernah tak tanya insan-insan hebat ni… ada sebab kenapa mereka memilih PH. Mereka bukan bodoh, mereka bukan tidak ada agama… Fikirkan ya? Ada sesuatu di sana. Ada Harapan semestinya,”
Itu keluar dr mulut nik abduh atau mulut ibunya??
Rasanya tak mungkin seorang ibu yang baik akan membezakan kasih sayang antara dua orang anaknya. Percayalah....
Jangan derhaka kpd ayah dan jangan pula derhaka kpd ibu.
Perintah ibu yang baik wajib diikuti, tetapi jika kita ingin berbuat baik, mencegah kemungkaran, membela nasib rakyat yg tertindas, sebaiknya seorang ibu harus merelakan anak mereka berbuat demikian. Niat anak yang baik sepatutnya disokong dan direstui. Kalau niat anak tak baik, menyokong kemungkaran, menyokong rasuah, menyokong pencuri, maka janganlah diberi restu kepada anak mereka itu.
Setuju.
Harap pemimpin atas muhasabah diri mencari kelemahan diri dan kelemahan kepimpinan mereka sehingga mereka ditinggalkan pergi. Jika kepimpinan mereka baik, sudah tentu perkara seperti tidak akan berlaku. Jangan salahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan kita memimpin jemaah kita. Jika tidak pandai menari jangan dikata papan jongkang jongkit.
Berkaitan dgn mimpi, ada mimpi yg menjadi petunjuk dan ada mimpi mainan syaitan. Mimpi mainan syaitan hadir jika tidur tanpa air sembahyang, hati kotor, menyimpan dendam, riak, takabur, mengamalkan fitnah, mengadu domba, hati tidak bersih, berjuang tidak ikhlas, menyokong kemungkaran, tidur dgn membawa rasa marah, memaki hamun, kafir mengkafir dll yang bersifat dilarang Allah.
Adalah agak mustahil seorang kafir bermimpi berjumpa nabi biarpun dia menyokong parti islam. Sekiranya benar dia bermimpi berjumpa nabi, mungkin kini dia sudah beriman kpd Allah dan nabi.
Wallahu A'lam
Pak karam dan walaun2 sekalian..
Tak malu ke korang dgn parti kafir spt DAP, MCA, MIC dll. Pemimpin dan ahli2 mrk yg keluar parti takde pun haru biru mcm parti lebai malang ni. Malah diucapkan good luck pd yg nak pergi.
Parti lebai ni sungguh memalukan Islam. Psl politik diangkutnya satu keluarga bergaduh dan bermusuhan antara satu lain.
Lps PRU14, harapnya PAS terus hilang dari lanskap politik Msia. Parti jual agama ni menyesatkan akidah org melayu. Pemecahbelah ummah.
Mungkin sekali mimpi tersebut ditujukan kepada orang yang bermimpi itu sendiri. Mimpi tersebut mungkin sekali mengingatkan orang yang bermimpi supaya berubah dan mengikut apa yang diamalkannya semasa arwah masih hidup iaitu bermesyuarah dan bermasyarakat supaya parti menjadi kuat dan teguh. Jika bersendirian dan riak seorang diri, maka parti akan jadi lemah, senget dan mudah digempur, ditolak dan disepak hingga terjatuh. Justeru, renunglah mimpi tersebut dalam jurus yang betul agar dapat mengambil manfaat daripadanya.
arwah2 pimpinan pas dulu semua tak tenteram sebab hadi baham duit umno dan bekerjasama dgn umno/bn.
Pas dan pemimpinnya hanya akan sedar akan kelemahan mereka setelah parti mereka kalah dan dilupakan oleh semua rakyat. Waktu itu sudah tiada jalan untuk patah balik ke belakang. Kepercayaan pas akan memenangi pru14 hanyalah angan2 yang tidak mungkin akan tercapai dalam senario masyarakat hari ini. Pemimpin Pas hanya menipu diri sendiri dan dalam masa yang sama menipu perasaan penyokong sendiri.
Bukankah facebook, tweeter, google dan microsoft itu hasil tangan yahudi? Sanggupkah pemimpin pas menggunakan produk yahudi tersebut sedangkan merekalah yang menyembelih saudara mara kita di palestin? Bukankah kereta mewah yang pemimpin pas pakai itu hasil keluaran yahudi, dan sanggupkah kamu mengayakan kaum yahudi yang memerangi islam? Fikirkanlah
Tak mungkin boleh menang kalau dah jadi kawan cia. Cia tu bukan ke kafir harbi?
Siapa yang mengaku derhaka pada ayahanda? Ayam atau lembu?
Kat iran pun tak ada parti bernama pas. Syiah ada la
Saya sokong pak karamu. Pakatan harapan memang tak baik. Saya doakan parti pak karamu kalah teruk dalam pru14 akan datang. Syabas pak karamu!!
Q7 yang buat ialah kafir harbi tak sokong hudud. Kalau kita beli maknanya kita sokong syarikat kafir harbi. Sendiri mau ingat la
Orang yahudi buat mers, bmw dan porsche. Mereka kafir harbi. Kita beli kereta mereka dan kita kayakan kafir harbi.
Tapi naik kereta keluaran kafir harbi boleh bawak laju 220km/h sebab enjin dia bagus dan kuat. Boleh sampai tempat ceramah dengan cepat.
lim guan eng jadi kafir harbi pasal dia x pujuk2 hadi sampai kesudah la badigol2 semua.. adoi ape bongok sangat korang.. kalo dia pujuk hadi, negara islam pun rupa2nya xda dalam quran la...hehehe.. jgn jadi bongok boleh x korang semua
bukan takat tu je kalo lim guan eng pujuk pas, nama Allah pun dorang berkobar2 boleh bagi kristian@kafir pakai,walau pun dah tentu2 kafir@kristian akan menyebut2 Allah dengan makrifat yg salah,sesat lagi menyesatkan hehe..dia sebut2 Allah tapi itu bukan Allah,ye la Allah mana ada anak.. maknanya Allah yg dia sebut2 tu bukan Allah..tapi demi kasih sayang kat lim guan eng, apa ada hal hehehehe.. last2 tokoh ahlusunnah dari pas iaitu arwah harun din kata x boleh bagi kafir pakai, khuatir membawa kesyirikan terutama kepada orang awam.. berterabur semua tokoh2 pas buat u turn.. hehehehe.. itu la penangan pujuk rayu lim guan eng.. dia jadi kafir harbi la ni pasal dia x pujuk pas je hehehe.. kalo dia pujuk, agama pun dorang gadai nak habaq mai hihihi.. bodo punya manusia.. korang pun ikut jadi bodoh waktu tu pasal mendiamkan pas main2kan@gadai agama..ye la bagi korang yg penting korang menang pru cukup la..agama sapu bawah karpet xpe, tol x? hehehehehe..
Tanpa PAS, Islam akan berkembang dgn harmoni dan dihormati masyarakat berbilang kaum.
Parti lebai pengadu domba.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6658] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 507 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
Bhai, mmg la karamu nak BN menang, towkey dia kan dpt dedak umno.
شركة مكافحة حشرات بالطائف بيت العز
شركة مكافحة حشرات بالطائف قادره على القيام باعمال المكافحة والقضاء على اى نوع من الحشرات بالاعتماد على احدث الالات والماكينات التى تقوم بالوصول الى اصعب الاماكن التى من الممكن ان يتواجد بيها الحشرات
شركة رش مبيدات بالطائف
شركة مكافحة النمل الابيض بالطائف
شركة مكافحة الفئران بالطائف
مكافحة الفئران بالطائف
http://beit-alezz.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D9%85%D9%83%D8%A7%D9%81%D8%AD%D8%A9-%D8%AD%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%AA-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A7%D8%A6%D9%81/
Elok laa...drp pakai kopiah kunun2 orang ugama..last2 joint parti tentang Islam....iman bukan untuk diwarisi..
Syukurlah nik onar dah sedar..Pas tu cuma parti politik sistem demokrasi bukannya agama.
*Nik Omar
Anon 4.55
Maaf cakaplah. Saya percaya nik omar anak kedua tgna itu berjuta2 kali lebih baik drp saudara.
Gerakan pengundi sedar.
Kita sokong nik omar
Gerakan pengundi sedar.
Buang calon yang makan dedak dan duduk semeja dengan klaptokrasi.
Gerakan pengundi sedar.
Tinggalkan calon yang kuat memfitnah, mencaci maki, mengadu domba dan anti perpaduan pelbagai kaum.
Gerakan pengundi sedar.
Jauhi calon yang memaki hamun, kafir mengkafir dan menyerang peribadi calon lain ketika berkempen.
Gerakan pengundi sedar.
Tinggalkan parti yang sombong, riak, bongkak dan tidak mampu membangunkan negeri setelah berkuasa
Pak karam, semlm saya mimpi jumpa arwah tgna, lengkap semua anggota tubuh badan, dia senyum jer kat saya. Tapi pelik jugak sebab saya dah tak sokong pas lagi. Dulu masa pas dlm PR saya undi pas tapi sekarang tak lagi. Mungkin itu restu dari arwah kot, alhamdulillah syukur.
Hadi mimpi jumpa arwah tgna tempang itu petanda hadi songsang.
Post a Comment