Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAHATNYA MACAM PAKATAN HARAPAN

NANTI BILA BICARA MENANG BESAR LAGI !!!!

DAPAT PULUHAN JUTA LAGI !!!

HANCUR HARAPAN !

PATAH HATI TUMBANG HARAPAN !!!

HU, HU, HU ! 

-Pak Karamu-

1/05/18



Sarawak Report: Hancur Musnah Cereka Fitnah Jahat





1. Pada tengah hari ini, PAS secara rasminya mengeluarkan kenyataan media yang melaporkan perkembangan terkini kes saman Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik web Sarawak Report. 
Sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 30 April 2018. 

2. Antara intipati kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Samsuri, Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah seperti berikut;

a) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan "truth defence" Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan.  

b) Mahkamah memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 ( RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

c) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare(dengan erti kata lain, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).

d) Clare juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan "kebenaran" beliau bagi  menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan "kebenaran" nya.

e) Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh Defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.

f) Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.
Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

h) Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM 227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

i) Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan  pada awal April 2019.

3) Berpandukan kenyataan rasmi PAS ini, maka secara terang lagi nyata cereka fitnah jahat Sarawak Report telah hancur musnah. 
Hampir keseluruhan hujjah pembelaan yang dikemukakan oleh Clare telah ditolak oleh Mahkamah semalam. 

Manakan tidak, sesiapa sahaja pasti geli hati apabila membaca hujjah pembelaan "truth defence" yang dikemukakan oleh Clare itu hanyalah cerita omongan tahyul.

Apa kaitan sejarah penubuhan 1 MDB dengan Tuan Guru Presiden PAS.? 
Apa kaitan kes liwat Anwar dengan Tuan Guru Presiden PAS.? 
Apa kaitan kes pembunuhan Altantuya dengan Tuan Guru Presiden PAS.? 
Apa kaitan kes pembelian kapal selam Scorpene dengan Tuan Guru Presiden PAS.?
Daripada 55 mukasurat hujjah defence Clare, 50 mukasurat telah ditolak oleh Mahkamah. 

4) Selain itu, hujjah pembelaan Clare yang menyenaraikan kononnya bukti kemewahan pemimpin PAS turut ditolak oleh Mahkamah. 
Ustaz Khalil Abdul Hadi bergambar dengan motosikal besar BMW milik orang lain pun dijadikan bukti oleh Clare. 
Lawak betul kan.?
Clare turut menuduh Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Mohd Amar, Ustaz Nasrudin, Ustaz Dato' Dr Khairuddin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Nik Abduh, Dr Samsuri, Dato' Takiyuddin memiliki kemewahan luar biasa.
Malang sungguh si Clare ini, kesemua tuduhan jahat ini turut ditolak oleh Mahkamah. 

5) Khusus kepada peminat FB Page Ana Tahu pula, Clare sendiri secara sukarela telah menarik kembali permohonan untuk mengemukakan audio palsu suara Ustaz Nik Abduh sebagai bahan bukti pembelaan Clare. 
Oh, baru ini galak sungguh kononnya audio itu sedang dianalisis di makmal forensik untuk dijadikan bukti. Rupa-rupanya kecundang di tengah jalan. Sungguh memalukan.

6) Selain itu, permohonan "counter-claim" Sarawak Report terhadap Tuan Guru Presiden PAS pula ditolak oleh Makamah.
Clare menuduh PAS telah membuat gangguan terhadap Ambiga yang merupakan sumber info kepada Clare. 
Permohonan Clare ini dtolak oleh Mahkamah.
Ambiga sepatutnya malu muka kerana dia lah antara individu yang menyalurkan informasi palsu dan fitnah terhadap PAS. 
Ambiga ini sedang giat berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

7) Perbicaraan penuh kes saman ini akan diadakan pada awal April tahun 2019. Percubaan Clare untuk membatalkan saman ini sudah ditolak oleh Mahkamah. 
Dia juga cuba untuk melengahkan perbicaraan ini dengan memohon perbicaraan berasingan bagi menentukan "reference" iaitu apakah maksud "top echelon" yang ditulis di dalam artikel asal yang diterbitkan dalam web Sarawak Report pada tahun 2015 dahulu.?
Dia mahu menafikan tuduhan fitnah itu ditujukan khusus kepada Tuan Guru Presiden PAS tetapi bermaksud kepada seluruh kepimpinan PAS daripada PAS Pusat sehinggalah ke PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan. 
Clare ini menyangka kita orang Melayu tak faham kot maksud perkataan "top".?

8) Kepada sekalian pendokong dan penyokong PH, berapa lama lagi kamu mahu berpaut kepada modal fitnah jahat sebegini.?
Dahulu, PH juga yang cabar PAS kemukakan saman.
Kini, PAS sudah pun kemukakan saman.
Demi mempertahan maruah dan imej parti, PAS sanggup ke London bagi menyaman si Claire yang pengecut ini.
PH dan Sarawak Report memfitnah lagi, katanya saman ini konspirasi dengan Najib dan ditaja dananya oleh UMNO.

9) Sungguh jahat. Menipu dan terus menipu. Memfitnah dan terus memfitnah. PAS bukannya parti kaya yang ditaja oleh tauke besar di belakang tabir.
Duit PAS ini datangnya daripada sekalian ahli dan penyokong PAS yang sukarela menderma bagi sama-sama menampung kos guaman.
Firma guaman Carter Ruck, peguam yang mewakili PAS di London itu bukannya calang-calang. 
Bahkan, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas turut menganggotai panel guaman PAS di Malaysia ini. 

10) Jelas, bagaikan "crystal clear" ini bukti keseriusan PAS dalam menentang fitnah dan menjaga namabaik parti yang memperjuangkan Islam. 
Pada akhirnya, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar berhentilah mengamalkan politik fitnah dan jahat sebegini. Kita tidak tahu betapa peritnya menjadi mangsa fitnah yang tidak henti-henti sepertimana yang sedang ditanggung oleh Tuan Guru Presiden PAS. 
Kepada Pakatan Harapan sekiranya masih tidak serik dan berdegil mahu terus menjaja modal ini, sebaiknya ditukarlah nama itu kepada Pakatan Fitnah. 

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli 
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 
01 Mei 2018

29 orang berkata:

Anonymous said...

Ha3 pas rasa terancam! Kalah dg SR bungkus terus dari persada politik Malaysia - yang tinggal saki baki takut jadi militan lepas tu.

Anonymous said...

PAS PARTI LEBAI LEBONG.

Sehingga kini Hadi telah membayar RM1.6 juta untuk kesnya terhadap Sarawak Report.

Mahkamah Tinggi London semalam menetapkan 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh saman Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report.

Mahkamah semalam menolak permohonan dalam permohonan (Interlokutori) dari Sarawak Report (SR) untuk mengenepikan saman itu dengan menetapkan perbicaraan penuh.

(Permohonan interlokutori dibuat untuk meringkaskan perbicaraan apabila sesuatu pihak yakin dengan kes itu. Namun hakim jarang membenarkannya untuk mempastikan keadilan terjamin dengan perbicaraan penuh)

Ekoran itu, mahkamah memerintahkan Sarawak Report membayar kos sebanyak RM156,000 (£28,900) selepas menolak permohonan itu.

Dengan arahan ini, sehingga kini SR telah membayar kos sebanyak RM1.078 juta (£200,000).

Peguam Carter Rock pula memberitahu mahkamah, sehingga kini Abdul Hadi telah membayar RM1.646 juta (£305,250) sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Dingemans berkata, terlalu banyak isu yang berkaitan dan bertindih dalam kes ini yang memerlukan perbicaraan penuh.

Antaranya isu kepentingan awam berkaitan dengan laporan SR, hak untuk melaporkan isu politik yang menentukan samada Abdul Hadi berhak atau tidak menyaman SR.

Di England, sebuah parti politik tidak boleh menyaman.

Ekoran itu SR telah membuat petisyen bagi momohon satu perbicaraan awal untuk menentukan apakah Abdul Hadi atau Pas sebagai sebuah parti politik yang cuba menutup mulut SR dari melaporkan pengaliran wang dari Umno kepada parti politik lain.

Ia bertujuan untuk menjimatkan kos perbicaraan yang akan melibatkan beberapa juta ringgit kerana kos saman sivil di England sangat mahal.

Namun Hadi membantahnya dan hakim pula bersetuju bahawa tuntutan balas SR atas gangguan yang dibuat oleh Pas juga rumit untuk dibicarakan dengan cepat.

Antaranya termasuklah permohonan SR untuk menyekat pihak yang berkaitan dengan Hadi dari mengugut saksi di Malaysia.

Ekoran itu, mahkamah telah menetapkan perbicaraan penuh untuk kes ini April tahun 2019, iaitu setahun dari sekarang dan memerintah SR membayar kos permohonan interlokotori itu.

Peguam SR telah memaklumkan, antara bahan bukti yang akan dikemukakan ke mahkamah adalah audio yang dikatakan suara Nik Mohamad Abduh yang mengaku pemimpin Pas termasuk beliau dan Hadi telah menerima duit dari Umno.

Audio itu kini sedang dalam proses akhir untuk ditentukan kesahihannya.

Pas telah mengambil Carter Ruck’s, antara syarikat guaman yang termahal di London untuk mewakili Hadi dalam tindakan saman ini.

Anonymous said...

Dlm Quran dinyatakan anak nabi Nuh bernama Kan'an sebagai seorang yang kufur dan tidak beriman.

Apakah maksud hj hadi menyamakan seorang anak tgna spt anak nabi Nuh? Adakah hj hadi ingin mengatakan anak tgna yg menjadi calon ph itu seperti maksud di atas?? Saya mohon hj hadi berterus terang dan tidak beralas madah.

Saya perlu kepastian yang jelas sebab ia memberi kesan yang amat berat dan berupa fitnah yang sangat berat. Jika anak hj hadi tidak seperti yang dikatakan, maka tuduhan itu akan jatuh kepada penuduhnya sendiri seperti yang dinyatakan dalam nas.

Saya minta jawapan drp hj hadi dan bukan dari tuan blog ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kenapa ada perbezaan laporan antara laporan pak karam dgn anon 6.48? Mana satu yang betul ni? Banyak jugak tghh kena bayar yer?? Banyak pitih boh....simpan sejak zaman kanak2 ke?

Anonymous said...

Kalau pas kalah dlm pru14 dan kalah dlm saman sr, cam mna nak bayar yuran guaman? Berat tu

Anonymous said...

Mungkin khidmat husam dan rafizi amat diperlukan bagi mengesahkan dakwaan ini. Makin menarik kes berprofil tinggi ni.

Anyway, tabik sbb hadi berani saman SR di luar negara. Ada orang yang cuma cakap besar nak saman tapi habuk pun tarakkkk.

Anonymous said...

Macam pancing ikan. Mula2 lepas tali bagi ikan rasa seronok main umpan. Bila umpan sudah telan, sentap tali dengan kuat. Ikan yang mulanya seronok main umpan akan terkejut besar dan menggelepar di tangan pemancing.

Ikan tu tghh atau sr??

Anonymous said...

Tahniah kpd tn guru Hadi Awang kerana menang saman ke atas serawak report. Akhirnya kebenaran menjelma. Yg lain-lain sila tunggu surat saman dari tn guru.

Anonymous said...

tak payah risau dgn lebai hadi, lepas ni dia akan mimpi lagi jumpa nabi saw. insyaAllah kawan cia nick abduh akan bantu lebai hadi. alhamdulillah cia akan bantu gerakan islam.

Anonymous said...

Bila perbicaraan penuh bermula..akan terburailah siapa dibelakang SR dlm memulakan siri fitnah 90juta tuh...celaka2 dan bangsat tu dah kepanasan sampai nak kautim dgn TGHH utk tarik balik saman...

Anonymous said...

Husam dan Rafizi ...bersiap2 la utk hukuman dunia sementara menunggu hukuman yg lebih dahsyat di akhirat nanti....

Anonymous said...

Bodoh org pas ni tak faham2 bab kes saman sr di london. Baca betul2 bodoh. Dasar sekolah pondok!

Anonymous said...

Anon 9.16...ko dan puak PH mana paham komen dlm melayu. kena tulis dlm bahasa cina tokong baru boleh hadam, maklumla semenjak berimamkan LGE dan LKS..huhuhu

Anonymous said...

Anon 10:02 walaun anak didik chief lebai yg suka memfitnah..sesiapa je yg tak sokong Parti Angguk Saja akan difitnah berimamkan LGE dan LKS..sesatnya akidah.

PAS tu cuma parti politik sistem demokrasi je bkn agama pun.huhuhu

Anonymous said...

Anon 5.02. kepanasan? itulah resam bila kemungkaran dan kemunafikan akhirnya akan terbongkar juga...sudahlah berimamkan LGE n LKS, kembali kepangkal jalan dan bertaubat...huhuhu

Anonymous said...

Anon 743
Kepanasan kau ni bila Nik Omar masuk PH.
Ko siapa!
Cerita air mani bagai!
Jgn nak tuduh orang sembarangan kapirlah dan beriman pd lge. Ko ni apa hah !
Siapa kau! Sampai boleh nak kafirkan orang!
Kelantan dah tolak Pas - asyik berangan cerita pasal mimpi je yang kau boleh. Bila di parlimen kau jadi pasu bunga memonteng. Mcm ni rakyat Kelantan nak undi lagi!

Anonymous said...

Anon 7.52...relaks..chill down, tak payah mengelabah biawak..kalau dah salah tu minta maaf jer la, tak usah dok canang mimpi basah ko kononnya kelantan dah tolak PAS bagai...

Anonymous said...

Nik Omar join PH tak mengurangkan pun sokongan pd PAS...dan tak menambahkan sokongan pada PH...

Anonymous said...

Lebai2 dan walaunta2 dah mula gelabah..Kelantan dan negeri2 lain, Pas kena tapau kalah teruk dlm pru14.

Takbirrr

Anonymous said...

Tunggu mlm 9/5/2018...baru tau sapa kena tapau dan terlungkup...fitnah tak akan dpt memenangkan PH...PAS yg terbaik, drp tawaran manifesto hingga ke akhlak para pemimpinnya...PH apa ado?

Anonymous said...

Anon 8:32

Dpt mimpi mcm chief lebai lebong kah? PAS dan walauns dah kepanasan mcm dunia nak kiamat petanda nak kena tapau dan terlungkup ler tuuu..

Takbirrr

Anonymous said...

tak lah anon 2.38..PH dan BN yg akan terlungkup...PAS menang besar..lepas tu dah leh bicarakan pemimpin PH terutama Husam dan piji bwh akta berita pelesu...huhuhuh

Anonymous said...

Pak karamu,,,kasihan la kpd macai2 bahlol ph dlm ni,,bodoh ni mengalahkan khinzir dap dlm kandang tu...50 m/s bukti sr ditolak mahkamah london,,lainlah kalau mahkamah malaysia,,,bagi macai2 ph, mahkamah kat negara,kita tak telus. Ini mahkamah lindon yg dipuja2 macai. Tu pun masih nak kata pas akan dikalahkan sr. Anon yg atas sekali tu terencat akal kut?

Anonymous said...

bukan setakat terancam, tapi mengelupur kepanasan mcm syaitan di baca ayat kursi..

Anonymous said...

Walaun mmg tolol abadi. Perbicaraan belum pun mula..pi google penjelasan SR psl kes ni. Jgn malas angguk2 je tau. Parti lebai mmg penipu.

Terencat akal dlm Pas makin ramai bermula dari chief lebai lebong turun ke walaun.

Malaikat bwk ic mengundilah, mimpi nabi, rekrut Allah, rasuah syurga, memaki hamun sana sini . Pemimpin2 Pas jiwa dah kacau tanda2 nak mereputlah parti penunggang agama ni..

Takbirrr

Anonymous said...

Mana tak mengelupur, kelantan bungkus pru14 ni. Tak boleh rompak balak lagi nak byr keta range rover.huhuhu

Anonymous said...

kalau tgk jumlah penyokong Husam hari penamaan calon tu....penyokong nyata 100 + penyokong ghaib 10000...kompom kelantan PAS bungkuih nih...huhuhu

elkamaal said...

شركة مكافحة حشرات بالطائف قادره على القيام باعمال المكافحة والقضاء على اى نوع من الحشرات بالاعتماد على احدث الالات والماكينات التى تقوم بالوصول الى اصعب الاماكن التى من الممكن ان يتواجد بيها الحشرات
شركة رش مبيدات بالطائف
شركة مكافحة النمل الابيض بالطائف


شركة مكافحة الفئران بالطائف
مكافحة الفئران بالطائف


http://beit-alezz.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D9%85%D9%83%D8%A7%D9%81%D8%AD%D8%A9-%D8%AD%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%AA-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A7%D8%A6%D9%81/


Anonymous said...

Kelantan slps era TGNA akan kalah teruk pru14 ni. Knp walaun tak percaya? Percayalahhhh..

Takbirrr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.