LOKMAN ADAM YAKIN NAJIB AKAN KE PENJARA !
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam
mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan disumbat
ke dalam penjara.
Dakwanya, ini berdasarkan senario semasa yang menunjukkan tanda-tanda bekas perdana menteri itu bakal menuju ke tirai besi.
"Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya pernah melalui
proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dari
1998 hingga 2003.
"Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali," katanya
dalam program FB Live Sinar Harian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [Najib selesai beri keterangan isu SRC International]
Justeru katanya, berdasarkan sejarah lalu, tidak mustahil Mahathir menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan Najib.
"Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya adalah ISA, jadi
lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir," katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai 'tanda-tanda' Najib bakal ke penjara, Lokman berkata ini berdasarkan kepada tiga perkara.
"Pertama ketika dilantiknnya Ketua Pengarah SPRM yang baharu, beliau
secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.
"Kedua tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaharu berhubung sabitan kes Najib, bekas Perdana
Menteri itu hari ini memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung
siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC
International Sdn Bhd selesai.
Najib yang masuk hari kedua hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira tujuh
jam memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC.
5 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7035] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 657 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
kikiki walaaun dah nazak ni, lokman adam pun nak dipetik kikiki
keramu, hang suruh lebai hadi lantik lokman adam jadi penasihat parti atau pakar strategi pas la baguih, ganti dr.zuhdi tu. hahaha lokman adam pun lokman adam laa, janji serang PH hahaha.
Masuk semua skali
Sudah2 la lokman adam, awat ko msh nak sokong umno yg bakal mati.
Post a Comment