Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MU GHOYAKLAH APAPUN, MU TETAP PENGKHIANAT

MU GHOYAKLAH CARA APAPUN MU TETAP PENGKHIANAT
BERCAKAP LEMAH LEMBUT DAN BERADAB SANTUN MENGHARAPKAN ORANG BERSIMPATI ?
TAPI DALAM HATI MU TATAP BUSUK MEMBANGKAI,

sementara itu:

Nik Omar teruskan perjuangan arwah bapa, hu hu hu


Nik Omar teruskan perjuangan arwah bapa

Nik Omar (kiri) ketika melawat Maahad Darul Anuar, pagi tadi.

 Anak kedua Allahyarham Mursyidul Am Pas nekad meneruskan perjuangan arwah bapanya dalam hudud biarpun bertanding mewakili Pakatan Harapan. 
  usaha membabitkan hudud termasuk Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) akan diteruskan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

“Ini adalah tanggungjawab sebagai hamba ALLAH untuk patuh segala syariat-Nya.

Dah pandai nak berbohong/dusta. ni yang dia dapat bila berkawan dengan Mahadhir, Lim Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu, Husam Musa, hu hu hu lawak, lawak !!! 


-Pak Karamu-


"Ambo tidak tinggal Pas, cuma...": Nik Omar

AddThis Sharing Buttons

Nik Omar Nik Abdul Aziz
Nik Omar Nik Abdul Aziz

(Ubah saiz teks) 
 

KOTA BHARU - “Ambo tidak tinggal Pas, cuma ambo pilih Pakatan Harapan, sebab ambo yakin dalam situasi politik sekarang ini, Harapan lebih berdaya maju,”kata calon Dun Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz di Kadok disini.


Menurutnya, beliau melihat Harapan lebih berdaya saing untuk menggantikan kerajaan sedia ada memandangkan gabungan yang ada dalam pakatan itu mempunyai kekuatannya sendiri.


“Kita dalam bidang politik, kalau bersendirian, tidak mampu untuk menang banyak kerusi, apatah lagi untuk menguasai Malaysia.


“Tapi dengan gabungan ini, Insya-Allah keempat-empat parti ini ada kekuatan masing-masing, jadi keyakinan dan situasi itulah ambo pilih Pakatan Harapan,”katanya.


Anak bekas Mursyidul Am Pas yang mengejutkan semua pihak dengan keputusan bertanding atas tiket Harapan itu juga memberitahu, beliau sentiasa menghormati pandangan mana-mana parti gabungannya.


“Kalaulah pimpinan Pas berkeyakinan dengan caranya, kita hormat, tapi untuk individu, ambo lebih yakin dengan Pakatan Harapan.


“Macam kita berada dalam koperasi pertanian, kumpulan itu, ada padangan berbeza, seorang nak pelihara lembu dari baka siam. Seorang lagi nak ambil baka Australia. Akhir sekali keputusan diambil adalah baka siam. Sedangkan seorang lagi tetap nak pertahankan baka Australia itu.


“Akhir skali dio pecat..jadi ambo bukan keluar daripada agama, tapi organisasi. Organisasi ini kekal. Ambo tidak keluar, tapi ambo dipecat, tidak ada masalah, kita sebut alhamdulillah,”jelasnya.

37 orang berkata:

Anonymous said...

sejuk mata tengok Nik Omar ni.....
lain sungguh dgn yg sorang lagi tu...

~PakKaramu~ said...

SEJUK MATA TENGOK NIK OMAR TAK LE MACAM ADIK DIA ?

WALAU APAPUN

NIK OMAR BERJAYA RESAHKAN AYAH DIA DALAM PUSARA.

BERJAYA HURUHARAKAN KELUARGA

CAKAP DAH DAPAT IZIN IBU TAPI SEBALIKNYA, TU MUNAFIK KE TAK ?

DIA BERJAYA KONDEM PARTI AYAH DIA

NIK OMAR ANAK YANG THOLEH ?

HIDUP PAN, HIDUP KIT SIANG ! HIDUP MAHADHIR ! HIDUP GUAN ENG ! HIDUP NASARO !

Unknown said...

Kpd nik omar teruskan perjuangan mu. Perjuangan perlu pengorbanan. Anda matang dan berada dilandasan yang betul. Semoga berjaya .

mahligaiseni said...

Syabas Tuan Nik Omar. Teruskan perjuangan. Insya-Allah usaha itu diberkati Ilahi. Amin, ya Allah.

Anonymous said...

Syabas nik omar...mmg pas suka kate org pgkhianat...pada hal dia org lah yg mula2 nak bersama dgn umno ktika nik aziz masih ada lagi dan cuba mmbelakangkan nik aziz ktika itu...

Anonymous said...

Tahniah Nik Omar bakal MB Kelantan. Aura TGNA

Anonymous said...

Tahniah ustaz nik omar. Pertuturan bersopan dan menyejukkan hati. In Sha Allah tuan akan berjaya di dunia dan di akhirat. Takbir

Anonymous said...

PERINGATAN UTK PARTI POLITIK PENUNGGANG AGAMA DAN WALAUNS:

JANGAN GELAR LAWAN POLITIK SEBAGAI MUNAFIK, MUSUH ISLAM - MUFTI PERLIS

Dalam kehangatan kempen pilihan raya, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar ahli politik khususnya beragama Islam tidak melabel saingan mereka dengan gelaran bersabit agama.

Mohd Asri berkata antaranya gelaran seperti 'musuh Islam', munafik dan musyrik.

Beliau membangkitkan peristiwa Saidina Ali bin Abi Talib ketika berdepan tentera Muslim diketuai isteri Nabi, Saidatina Aisyah Abu Bakar dalam perang Jamal.

Katanya, Ali pernah ditanya berhubung kedudukan pihak yang menentangnya sama ada musyrik atau munafik.

Namun, katanya lagi, Ali menolak label seperti itu memandangkan lawannya tetap menjauhi syirik (justeru bukan musyrik) dan sentiasa mengigati Allah (justeru bukan munafik).

"Jadi, ketika ditanya siapakah mereka. Jawab Ali, (mereka) saudara-saudara kita yang melampau ke atas kita'," kata Asri.

Kata Asri, kisah itu wajar menjadi tauladan kepada pemimpin yang berbeza pandangan dalam soal politik.

"Demikian Ali, sekali pun hebat kedudukan beliau di sisi Nabi s.a.w tidak menghukumkan mereka yang berbeza dengan beliau dalam ijtihad politik sebagai musuh Islam, menentang Islam, munafik, ataupun musyrik.

"Dukacita jika terdapat (ahli politik) yang tidak seperti Ali tapi menjadikan Islam seakan milik kumpulan mereka sehingga dinilai iman dan kufur pihak lain berdasarkan sokongan terhadap kumpulan mereka," katanya di Facebook hari ini.

Mohd Asri bagaimanapun memberikan nasihat itu secara umum dan tidak menamakan mana-mana pihak secara khusus.

Perang Jamal tercetus pada tahun 656 antara pasukan Ali - ketika itu baru menjadi khalifah - dengan pasukan Aisyah yang tudut dibarisi sahabat Nabi antaranya Talhah bin 'Ubaidillah dan al-Zubair Ibn al-'Awwam.

Ia tercetus akibat salah faham antara dua kumpulan itu dalam isu pembunuhan khalifah ketiga Uthman bin Affan.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, Nik omar jauh lebih baik drp semua pemimpin pas. Berjuta kali pula lebih baik drp pakaramu.

Anonymous said...

Kalau orang marang sayang pada hadi, jangan bagi hadi menang. Biar hadi dapat berehat dengan tenang. Dia dah tua.

Anonymous said...

Kalu menang nanti penat masuk ijn lagi tak dapat masuk parlimen pulak. Bagilah dia kalah supaya dapat berehat pada akhir usianya. Amin

Anonymous said...

Pengundi muda akan mengajar hadi supaya berehat. Pengundi muda akan mengajar hadi cara untuk kalah dengan aman.

Anonymous said...

Sedara cerita panjang2 pun bukan pakaramu paham.....

Anonymous said...

Biarlah presiden pas kalah. Dia boleh tolong basuh berak cucu dia

Anonymous said...

Setuju.
Amat setuju.

Anonymous said...

Tahniah yg tidak terhingga kpd nik omar yg berjaya menjatuhkan air mata ibu krn melanggar amanat ayah dan ibu,,tahniah juga krn hang menhadi kuda tunggangan hussam musa dan lge,,tahniah juga kerana hang akan kalah di dun chempaka,,tahniah juga keraba ibu hang sendiri akan kempen bagi pihak pas dan lawan dgn hang..

Anonymous said...

Fitnah dan PAS berpisah tiada..walaun 4:18

TIDAK ADA MASALAH APA-APA - NIK OMAR

Selepas mengadakan pertemuan dengan pelajar dan guru-guru Maahad Darul Anuar, Nik Omar dilihat menuju ke rumah ibunya dan mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit di rumah tersebut.

Bagaimanapun Nik Omar memilih untuk tidak mendedahkan secara mendalam pengisian pada pertemuan yang berlangsung itu. Paling penting katanya, beliau meminta ibunya mendoakan kesejahteraan untuk anak-anaknya.

"Apa yang kita minta daripada bonda tidak banyak, yang penting minta bonda doa kepada semua anak-anaknya, apa yang berlaku ini hanya silap faham sahaja, sebenarnya tidak ada masalah apa.

"Sebab kita nak buat ini hal kebaikan, cuma orang nampak macam ini orang itu nampak macam itu, jadi kita hormat tidak ada masalah. Kita hidup atas dunia ini bukan untuk bergaduh, kita hidup berlumba buat kebaikan," katanya.
Sementara itu Nik Omar menegaskan, dalam tempoh begitu singkat tiada sebarang faedah untuk bergaduh dan masing-masing perlu hormati-menghormati.

"Kita perlu hormat-menghormati, kalau kita sesama Islam Allah sebut semua kita bersaudara, tiada kaitan lansung masalah keturunan bangsa tidak ada nilai, yang bernilai keimanan itu persaudaraan yang perlu kita jaga.

"Tak semestinya persaudaraan itu kita kena jaga bila ada kopiah atas kepala, tak ada kopiah pun bukan masalah.

"Kita duduk dalam hutan mana pun kalau kita jaga hubungan, kita tetap mulia di sisi Allah, tapi kalau kita pakai kopiah kita punca kepada perbalahan, apa untung? Tak ada untung," katanya.

Anonymous said...

Saya doakan kejayaan nik omar, semoga legasi arwah tgna terus subur di bumi kelantan. Amiin

Anonymous said...

Ya betul tu, kami tak perlukan agen cia di kelantan. Jom nyahkan agen cia.

Anonymous said...

Alhamdulillah ramai yang sokong Nik Omar. Aura positif cukup hebat. Bakal MB Kelantan.

Anonymous said...

Betul tu. Percakapan yg lembut, sopan santun dan merendah diri akan menjadi air melembutkan tanah yang keras akibat kemarau panjang.

Anonymous said...

Fuh.. Boleh tau perkara ghaib penulis ni.. Mintak nombor ekor boleh? Dh try yg mbah apetah yg dok iklan nombor ekor dlm blog ni dh, tp xde hasil.. Tlg la bg no cantek..

Anonymous said...

Lembut tutur kata tetapi pendiriannya tegas. Beliau memiliki aura yg menarik untuk menggalas tugas mb kelantan yg baru.

Anonymous said...

Nik omar ni tinggi ilmu agamanya, mulia akhlaknya, tinggi budi bahasanya. Beruntung rakyat cempaka memiliki pemimpin seperti beliau. Hanya mereka yang buta hati sahaja menolak pemimpin anugerah Allah seperti beliau.

Anonymous said...

Bahasa kamu menampakkan kamu dalam keadaan takut dan bimbang. Janganlah risau, pas akan kalah dalam kebanyakan tempat mereka bertanding. BERJASA selaku sekutu pas pun dah rasa tertipu kerana cuma dapat 3 kerusi drp 17 yg diminta.

Anonymous said...

Anak muda yg pertama kali mengundi dan membentuk 25% drp jumlah keseluruhan pengundi akan menyokong nik omar sebagai pemimpin.

Nik omar melonjakkan sokongan atas pagar bukan shj di kelantan malah di seluruh negara. Amanah dan ph amat beruntung memiliki pemimpin baru seperti nik omar

Anonymous said...

Setakat hari ini saya masih belum nampak nik omar menyerang peribadi pemimpin pas atau parti pas sendiri. Beliau turut mendoakan kejayaan adiknya nik abduh walaupun berlainan parti. Beliau mengamalkan politik menerang dan bukan menyerang. Jika dibandingkan dgn ahli pas, saya berpendapat umpama langit dgn bumi.

Anonymous said...

Bersatu kita menang, bercerai kita kalah.

Anonymous said...

Betulkah hanya dgn menyertai pas sahaja kita dapat masuk ke syurga? Betulkah jika kita keluar drp pas kita akan menjadi kufur dan tidak beriman spt anak nabi Nuh? Betulkah nik omar seperti anak nabi Nuh dan akan masuk neraka?

Haji hadi sila jawap. Jawap semasa kempen di marang pun tak apa. Yang penting tolong jawab. Ya atau tidak. Jangan pusing keliling dan konar baring macam pakaramu dan wanrosli.

Anonymous said...

Kenapa dlm saman 90 juta, jawapan peguam SR di london berbeza dgn tulisan pakaramu?

Anonymous said...

Aku baru je nak buat kenduri kesyukuran bila pak karam kata hadi menang saman sr. Rupa2nya belum mula......

Anonymous said...

Merdeka centre:

Undi melayu ph naik 7% selepas penamaan calon. Undi melayu pas turun lebih 6%.

Hadoiiii

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5599] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 347 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

dia malu la pas gabung ngan umno..mana nak letak muka.. pas benci umno bukan kecik2 anak korang tau x?, kafirkan umno siap, doa jahanamkan umno depan khalayak ramai x segan silu.. xkan la korang bodoh sangat lupa kata2 keramat "kalo setan bleh tolong pas, lawan umno pun pas terima"..ko buat la apa saja kat umno xda masalah pas akan backup ko waima jual nama tuhan pun xpe, asal umno kene bantai.. kalo ko carut kat umno pas kata ok, pas kata "tuhan pun mencarut".. hehehe, sempoi kan?hehe.. nampak x bukan kecik anak punya benci.. tiba2 nak gabung. mana nak taruk muka wei.. korang paham la sikit..hehehe

Anonymous said...

Parti lebai skrg dah gila duit, pangkat dan kuasa.

Anonymous said...

Tak disangka...benih nik aziz sendiri yg jd pengkhianat perjuangan ayahanda dia sendiri....dunia akhir zaman

Anonymous said...

x ko silap, aku rasa dia betul, dia kene benci umno sampai ke tulang, bukan mcm haji hadi lembut ngan umno.. sebenarnya dia sedang teruskan perjuangan "tuhan pun mencarut"..hehehe. tol kan? ko yg x nampak.. mesti mau benci umno sedaya2 benci yg ada.. bukan benci sekadar main2.. dia salah sorang yg berani meneruskan perjuangan"tuhan pun mencarut". . hehehehe.. dasat dia

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.