Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RCI UNTUK MEMALI DAN FOREX

SYAITAN-SYAITAN MASIH RAMAI YANG BEBAS, MASIH RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG !!!

 KERAJAAN PERLU PUTIHKAN NEGARA DARI TITIK-TITIK HITAN AKIBAT HATI  YANG BUSUK  KERANA POLITIK RAKUS

-Pak Karamu-

 

Pas alu-alukan Anwar bebas, cadang siasat semua kes



AddThis Sharing Buttons


Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim


(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Pas mengalu-alukan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam di saat berubahnya keadaan politik Malaysia sambil menggesa supaya beberapa kes berkait politik selama ini dijalankan siasatan diraja.


Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembebasan Anwar itu sudah tentu memberi ruang luas untuk turut terlibat di dalam politik tanah air, di saat berlakunya perubahan parti yang menerajui negara.


" Pas menentang tindakan dan pertuduhan ke atas beliau tanpa melalui perbicaraan yang adil di Mahkamah Syariah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi miliknya, hari ini.


Kenyataan Tuan Ibrahim itu sebagai maklum balas terhadap pembebasan Anwar   berikutan pengampunan penuh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, semalam.


Pembebasan bekas timbalan perdana menteri itu menandakan berakhirnya episod 20 tahun beliau keluar-masuk penjara dan bermulanya penyambungan kerjaya politik pemimpin yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri.


Sementara itu Tuan Ibrahim juga menyatakan pendirian Pas bahawa sejajar dengan prinsip kedaulatan undang-undang di negara ini, parti berkenaan memohon Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi skandal 1MDB meskipun dikatakan ada pendakwaan pada waktu-waktu terdekat terhadap mereka yang terlibat.


"Pas juga mencadangkan agar kerajaan membuka semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan Paderi Pastor Koh yang hilang hingga kini agar kebenaran dapat diketahui.


"Bagi kes Memali, Pas menggesa RCI juga ditubuhkan agar kebenaran dapat ditentukan tanpa sebarang prejudis sementara siasatan telus perlu diberikan kepada isu pembelian kapal selam Scorpene dan penjualan ibu pejabat Felda.


"Kerajaan juga harus bertindak mengikut cadangan RCI skandal forex atau membicarakan skandal itu semula agar diketahui segala hujung pangkalnya,"  kata Tuan Ibrahim dipetik dari kenyataan itu lagi.


Menurutnya, penilaian secara adil perlu dilakukan untuk setiap kes tanpa mengira siapa terlibat yang mana pendakwaan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, dan pengguguran satu-satu dakwaan terhadap mana-mana individu tidak boleh dilakukan mengikut pangkat dan kuasa seseorang.


"Jika tidak, ia tidak membawa perbezaan daripada sistem kerajaan BN dahulu. Semua ini perlu dilakukan agar semua kes  lama dapat ditutup rapi dan tidak lagi mengganggu perjalanan negara ke masa depan yang lebih mencabar demi Malaysia yang lebih sejahtera," katanya.

44 orang berkata:

Anonymous said...

Ya kes memali tu mmg berpunca dari amanat sesat hadi awang. Sila sumbat hadi dlm pusat pemulihan akidah.

Anonymous said...

Pak karam, kenapa lebai hadi cemburu sangat dgn anwar? Lebai2 lain ok jer.

Usop ali said...

Nanti kita soh rtm tv3 dan seangkatan dgn nya ..buat LA temubual ngan president pas Dan presiden. Baru umno..baru adil..bagi mereka ruang juga...pakatan kita adil tau

Anonymous said...

Sudah jatuh ditimpa tangga, dipatuk ayam dan digigit semut. Dah la pas kalah teruk diperingkat dun dan parlimen dlm pru14, berpuluh juta hangus duit tabung milo. Lepas ni buat rci memali silap2 lebai hadi kena dok 'dalam' sebab puncanya dari amanat sesat lebai hadi. Cuma mohon walaunta jgn nak jadi meroyan dah la kalau hadi didapati bersalah. Ntah2 lebai tuan brahim sengaja desak utk buat rci memali utk singkirkan lebai hadi, bagus jugak strategi tuan brahim ni. Awat lebai hadi menyepi tentang rci memali ni, pak karam ada tau apa2 ke?

Anonymous said...

Presiden umno letak jawatan sebab kalah teruk dlm pru14. Presiden pas relax jer walaupun kalah teruk, jenis tak malu kot.. ntah laa.

Anonymous said...

Knp pulak presiden pas nk jawatan, jenis mnusia tak reti betsyukur dah menang bergembira mnikmati hasil kmngan tak habis2 nk mngutuk sebelum dan srlepas pru sama saja

Anonymous said...

Kikiki tu laa dulu presiden pas riak sangat, last2 semua bungkus, habis duit tabung milo.

Anonymous said...

Tun m sedang tangkap syaitan2 yg masih berkeliaran termasuk la lebai yg baham duit dari najib, tu duit 1mdb katanya. Lebai gelap mata dgn duit rupanya, semua sebat, tunduk dgn hawa nafsu.

Anonymous said...

Vapak Penyamun sedang mencungkil harta harta para Penyamun oopp 40PENYAMUN..

Anonymous said...

Perompak tangkap perompak..akhir nya nanti perompak tangkap diri sendiri tggu....

Anonymous said...

Jgn lupa lebai2 yg terima duit dari perompak duit rakyat. Masa tu kita jerit ramai2 takbirrr..

Anonymous said...

ya betul, betul. tun madey mmg kepala bapak penyamun dulu. sekarang ni pun masih berbisa, cuma syukur kepada Allah sebab sekarang ni dia dah insaf dan berazam nak tangkap penyamun. dia nak buat baik, buat kebajikan di hujung usia. lebai buat apa? dari muda sampai hujung usia masih lagi jaja agama untuk raih undi. dulu masa lebai pegang teganu satu penggal katanya ada jumpa selori dokumen salahlaku petronas, tapi last2 senyap jugak tak didedahkan pun... ntah2 lebai dah kawtim belakang.

Anonymous said...

Siapa yg mempertahankan Maulana Anuar bila pertamakali disabitkan kes liwat? Bukankah Lebai Hadi and the gang?

Anonymous said...

Dulu jilat Najib la ni jilat Che Det. Memang dasar penjilat. Kesiannnnn....

Anonymous said...

Syaitan2 masih berkeliaran. Harap tun m tangkap semua jenis syaitan yg bertopeng termasuklah yg berpakaian jubah dan serban.

Anonymous said...

Pru dah selesai, lebai dah boleh bersiap2 utk kes mahkamah di london pulak. Jom lancarkan derma tabung milo utk belanja ke london. Pak karam, duit tabung milo yg hangus masa pru14 haritu brp juta?

Anonymous said...

Lebai pun byk sumbangan bro. Lu tak ingat ke haritu lebai tulis surat terbuka berjela2 utk bela najib. Siap petik ayat quran lagi utk lindungi negarawan kleptokrat.

Anonymous said...

Rci memali tu suruh la hadi buat sendri. Tak kan dah tua pun tak bole buat rci memali. Napa bodo sangat...

Anonymous said...

Hadi temberang je tu. Tumpang semangkok utk dpt undi.

Anonymous said...

Sekarang najib sudah kalah. Akaun najib akan tunjuk mana dedak2 itu pergi termasuk 90 juta itu. Susah dah nak menang saman sr sebab tun sudah menang...

Anonymous said...

Sebab tu la ds najib relax jer la ni bila rumah kena geledah pun dia cool jer. Tunggu naik mahkamah nanti baru dia petik nama satu persatu, pak lebai sila bersediaaa.

Anonymous said...

Akaun yg masuk 90 juta, 2 juta, 1 juta, audio dll pun kenalah bersedia dari sekarang. Sabar aje la. Sikit hari lagi sprm akan panggil. Kalau nak keluar negara baik pergi sekarang sebelum pasport kena blacklist.

Anonymous said...

Ni 90 juta ni masuk akaun sapa ni? Apa nak jawab??

Anonymous said...

Tunggu selesai siasatan keatas ds najib. Kalau betul ada transaksi 90juta nanti biar bank negara yg jawap.

Anonymous said...

Pak karam, brp juta anggaran kerugian duit tabung milo yg pas guna dan kalah teruk dlm pru14? Ada rekod tak? Sekurang2nya kasi bentang la rekod belanjawan pada org yg menderma tuu. Takkan senyap jer?

Anonymous said...

Bodo punya orang. Ada ker polis nak siasat penjenayah tak digalakkan buat pd bulan ramadhan. Harap2 bior le rumah dia kena rompak bulan ramadhan neh...bior polis siasat lepas raya nanti.

Bodo

Anonymous said...

Kalau parti hadi awang jadi king maker, mungkin najib masih boleh diselamatkan. Tapi malangnya parti hadi awang tak mampu jadi kingmaker!!! Sedihnya....

Anonymous said...

Setan yg makan dedak 90 juta masih berkeliaran. Sikit hari lagi setan itu akan kena tangkap dengan bantuan bapak setan.

Anonymous said...

salah cadangan pakkaramu ni.. siasat pehak pembangkang je, sape jadi kerajaan otomatik dia x penah wat salah hehe.. sama sekali salah dan menunjukkan ko x biase ngan politik tanah air pakkaramu.. sape jadi kerajaan dia dalam keadaan benar dalam kata lain dia maksum.. hihihi.. ok skrg kasi bongkar hal pembangkang sampai lubang cacing.. penyokong kerajaan pulak seperti mcm biase sampai bila2, dia akan backup kerjaan hingga ketitisan cirit terakhir hahaha..

Anonymous said...

Kesian najib kena siasat kiri kanan. Ni semua salah hadi. Hadi target pas menang 80 kerusi parlimen dan boleh la jadi kingmaker utk tolong najib terus jadi king. Tapi sayang pas menang 18 kerusi jer dari 160 kerusi parlimen. Kalah teruk tuu. Harap2 hadi dah sedar diri.

Anonymous said...

Pembangkang yang dulu dah kena. Sekarang giliran pembangkang yang baru pulak yang kena.

Saya bukan backup kerajaan sekarang tapi saya sangat setuju. Biar semua dapat belajar pengalaman hidup susah. Hidup bukan untuk menongkat langit semata. Dan saya sokong apa yang berlaku sekarang waima terpaksa mengorbankan penerima dedak 90 juta dan penerims dedak audio hingga ketitisan cirit yang terakhir....

Anonymous said...

Hari tu sblm pru14 kompiden dapat 40 kerusi kan? Kesian

Anonymous said...

Tu laa. Sapa suruh cari kerja guna kabel politik. Kan dah kena buang kerja...lain kali cari kerja isilah borang spa8 online. Kih3

Anonymous said...

40 apanya? Separuh pun tak dapat. Tu laa, Allah murka sebab riak dan takabbur. Ingat bila dah jadi lebai tu boleh riak ke?

Anonymous said...

yg tu ko x yah risau2 la, sebab kalo ko x wujud dalam dunia ni sekalipun sunatullah ini memang akan tetap berjalan dgn sempurna... hehe

Anonymous said...

Sebelum pru14 dengan riaknya berkatalah ketua keldai parti suci berkata:

ADA PUN PETUGAS2 PARTI SUCI ADALAH PALING RAMAI DAN ISTIQAMAH MEMBANTU UNTUK KEMENANGAN PARTI KITA. PETUGAS PH ADA BERAPA EKOR SAJA MCM MANA NAK MENANG!!!! TAKBUR!!!!3 KALI.

Lepas pru14 keluar keputusan maka jelas sudah terbalik. Parti keldai suci kena sapu licin tinggal tak berapa kerat. Malunya hanya keldai sahaja yg tahu....

IrWrWs said...

Alhamdulilah, memang betul kes pil kuda tuh..

Anonymous said...

Dulu lebai hadi cakap Amanah cuma bertahan 3 bulan jer, rupa2nya hadi tipu. Rupa2nya ramai ahli pas dah lari sokong Amanah. Ni semua hadi punya pasal, ntah laa.

Anonymous said...

Lebai hadi diam jer lepas pru. Becok pulak lebai tuan brahim ni. Kes mahkamah london cukup ke duit nak ulangalik gi sana. Jomm lancar tabung jihad. Tabung dulu dah hangus sebab kalah teruk dlm pru.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5832] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 534 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Pak karam, pak karam ok ka? Kuciwa lagi ka? Takpa lain tahun chobak lagi. Dah boleh suruh umno bubar tu, semua join parti pas atau pas join gabungan bn. Takkan pru15 nak 3 penjuru lagi kot?

Anonymous said...

PCM dan Ikatan bantu Pas menang brp kerusi haritu? Dengar kabar byk jugak menang di negeri 9 dan melaka. Kan?

على جمال said...


Thanks for accepting the comment. And help to publish my site.
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة-تنظيف-موكيت-بالرياض
شركة-تنظيف-كنب-بالرياض
شركة تسليك مجارى بالرياض
تسليك مجارى بالرياضlevel
شركة رش مبيدات بالرياض
شركة رش دفان بالرياض
شركة مكافحة الفئران بالرياض
شركة نقل عفش بالرياض

Unknown said...

zzzzz2018.6.15
pandora jewelry
kate spade outlet
ferragamo shoes
michael kors
canada goose jackets
michael kors outlet online
ralph lauren uk
manolo blahnik outlet
ralph lauren uk
polo ralph lauren outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.