Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUNGGUH KURANG AJAR DAN BIADAB, MENGAPA TAK PI MELAWAT MEMALI ?

HARAMKAN FIRAUN MELAWAT MAKAM NIK AZIZ KERANA IA ADA TUJUAN POLITIK.

SEHINGGA MENGGUNAKAN KUBURPUN ORANG PAS BOLEH DIAM ?

DALAM PADA ITU DATO HISHAMUDDIN /MENTERI PERTAHANAN  SURUH MAHADHIR MELAWAT KUBUR AYAHANDANYA, HU, HU,HU

 

-Pak Karamu-

Keluarga halang Mahathir ziarah pusara Nik Aziz

AddThis Sharing Buttons

Keluarga halang Mahathir ziarah pusara Nik Aziz
Mudhir Maahad Tahfiz dan Pengajian al-Quran Nik Matilah mengunci pintu pagar tanah perkuburan sambil diperhatikan Nik Adli.


(Ubah saiz teks) 
 

KOTA BHARU - Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mahu menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, hari ini.


Kelihatan anak Allahyarham Mursyidul Am Pas itu, Nik Adli bersama seorang lagi individu bertindak mengunci pintu pagar selain meletakkan sebuah lori tiga tan di depan pintu masuk tanah perkuburan berkenaan.


Wakil ahli keluarga itu, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, pihaknya tidak mahu institusi keluarga Tok Guru berpecah berdasarkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.


"Kita nak supaya keluarga (Nik Abdul Aziz) ini berada dalam kesatuan sahaja.


"Kita juga tak mahu isu yang cuba dimainkan ini lebih-lebih lagi dekat dengan pilihan raya," katanya ketika ditemui pemberita.




 
Ahmad Dusuki (kanan) berbincang sesuatu dengan Nik Adli (kiri) diluar pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.

Pengerusi Pakatan Harapan tiba di Kota Bharu, pagi tadi dalam siri jelajah untuk bertemu penyokong gabungan parti tersebut.


Sinar Harian difahamkan Mahathir menangguhkan ziarah kubur Nik Abdul Aziz dan meneruskan siri program berikutnya di Kok Lanas, Ketereh dan kemudian di Kota Bharu.


Dalam perkembangan sama, Ahmad  Dasuki yang juga anak saudara Nik Abdul Aziz meminta orang luar tidak campur tangan dalam soal urusan keluarga itu.


"Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan janganlah orang luar masuk hingga menyebabkan keluarga ini berpecah.


"Kita harap polemik-polemik ini tidak timbul lagi sehingga menyebabkan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya

14 orang berkata:

Anonymous said...

Kpd pak karam.
Madey nak ziarah kubor je. Bukan nak mintak undi drp org yg dah meninggal....kih3

Anonymous said...

Patutnya kena sokong tun dah mula ingat kubur.

Anonymous said...

Kerja dr pagi sampai petang.
Dpt gaji habis bayar hutang.
Bagi kuasa kpd anak bawang.
Negara aman jd lintang pukang

Anonymous said...

Tadi pergi zohor kat masjid. Sabor aje la tengok aji pakai jubah pijak selipar orang. Nak tegur dah tua. Nak cepuk tak sampai hati. Dtg lambat letak la selipar kat belakang. Ni pijak selipar, kais2 selipar orang letak selipar dia.

Korang rasa patut ke aku buang selipar aji tu kat longkang???

Anonymous said...

Hadi Awang dgn pak karamu bila nak mtk maaf ni? Rumah kata pergi kubur kata mari dah tuuu..

Bertaubatlah pak karam oii..

Anonymous said...

Kesian tgk puak2 penunggang agama PAS skrg..Chief lebai kata nak politik matang dan sejahtera. Ini namanya politik kebencian busuk hati..parti lebai lebong.

Pru14 talkinkan terus PAS Kelantan masuk kubur.

Anonymous said...

Lebih baik korang jaga kubor takut nanti orang masuk kubur pancing undi. Tak payahlah masuk pru, jaga kubor lagi bagus.

Anonymous said...

Berapa kalu nak cakap kat pak karam? Fatwa majlis mufti kebangsaan dah kata sesat. Bapak dia dah kata sesat. Saya ikut cakap mufti.

Anonymous said...

Madey nak melawat kubur pun ada parti yg kecut perut. Kih3

Anonymous said...

Kubur pun nak dipolitikkan. Apa punya parti.

Anonymous said...

Parti bakal berkubur mcm ni lah angkuhnya..takut dgn bayang2 sendiri

Anonymous said...

Mnusia yg dah kurang akal mcmni, sggup berlakon apa saja nk dptkan sokongan semata2,melawat anwar, kubur, knp sebelumni tak dtgpun dekat pru baru nak datang,

Anonymous said...

tu la semua sama, mcm pas dlu kata nak negara islam, lama tol dia ngan selogan tu, dekat 100 tahun kot.. tiba2 kene belaian cinta lim guan eng, tiba2 rupa2nya negara islam xda dalam quran.. padahal sebelum tu elok je ada, dekat 100 tahun dah pakai selogan tu hehehe.. sama je dorang ni..tol la ko cakap tu, aku setuju..

Anonymous said...

tambah sikit.. sama je,cuma pas parti dia ajaib sikit pasal parti dia boleh cakap ape je yg parti muslim lain x sanggup nak buat@ucap.. "rupa2nya negara islam xda dalam quran"(walaupun sebelum ni ok je nak negara islam sampai pecah belah manusia, hehe)
"kalo setan nak tolong pas lawan bn pun pas terima"
"tuhan pun mencarut"
hehehehe.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.