Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARISAN NASIONAL SEMAKIN MENGUNCUP

BERITA YANG SUDAH DIJANGKAKAN, KITA TUNGGU PULA KHABAR DARI MCA .

DAN ADALAH DIJANGKAKAN BAHAWA MIC AKAN MENYERTAI PAKATAN HARAPAN ?

MAMPUKAH UMNO MEMPERTAHANKAN BN ?

-Pak Karamu-

Gerakan umum keluar BN

AddThis Sharing Buttons

Gerakan
Gerakan
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Parti Gerakan hari ini mengumumkan keluar BN untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.

Gerakan dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CGC).

"Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca PRU14.

"Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli," katanya.

Menurut kenyataan itu, Gerakan wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.

Mengulas lanjut, keputusan itu selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baru oleh rakyat pasca PRU-14 selain memutuskan bahawa Gerakan harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

"Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, Gerakan akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

"Kami akan bekerjasama dengan parti, individu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia," katanya.

Katanya, Gerakan sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan Gerakan itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu Umno, MCA dan MIC.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam, parti ikatan haritu menang brp kerusi?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.