EH, KAMU RUSLAN KASIM, JANGAN LA SEMBRONO !
SERAM TEMAN DENGO NYEEEE !
ATEE ?
SUARA MIKE DAH LAMA TAK TEMAN DENGO, TUB,TUB MIKE BERSUARA,
APE KO KATEE ?
MALAYSIA AKAN JADI NEGARA REPUBLIK ?
ATEE ? NEGARA SELATAN DAH REPUBLIK, IKUT AJE LEEEE !!!
HU HU HU HU
MERDEKAAAAAA !!!!
-Pak Karamu-
Cubaan runtuhkan institusi Raja
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pendedahan Datuk A Kadir Jasin, mengenai perbelanjaan Yang
di-Pertuan Agong dalam tempoh 16 bulan sebanyak RM256.9 juta, dianggap
suatu percubaan untuk meruntuhkan institusi Raja dan menghapuskan sistem
Raja berperlembagaan.
Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruslan Kasim berkata, Perkasa memandang
serius persoalan yang dibangkitkan oleh A Kadir Jasin kerana ia
melibatkan sebuah institusi yang selama ini disifatkan sebagai
pelindung, penjamin dan pemelihara hak dan kepentingan bangsa Melayu
seluruhnya.
Menurutnya, institusi Raja ini juga berkait dengan martabat dan maruah,
kekukuhan dan kekuatan ‘benteng terakhir’ bangsa Melayu itu sendiri.
“Malah, institusi Raja adalah ‘alter ego’ atau cerminan diri terhadap
keberadaan bangsa Melayu dalam segala liku sejarah dan peradabannya.
“Perkasa berhak bertanya mungkinkah perkara ini ada kaitannya dengan
skema besar, perancangan belakang tabir dan konspirasi untuk
menggantikan sistem beraja dengan sistem republik seperti yang sedang
hangat diperkatakan khususnya dari pihak yang mendokong pemerintah atau
mungkinkah ianya juga merupakan gerakerja yang telah mendapat sokongan
dan bantuan daripada pihak asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini,
hari ini.
Ruslan berkata, jika benar ia seolah-olah memberi erti bahawa Malaysia
kini sedang berada di ambang neo-kolonialisme yang dicatur oleh pihak
luar.
Katanya, Perkasa menyokong sepenuhnya tindakan pihak polis yang telah
membuka kertas siasatan di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit
Aman.
“Kenyataan A Kadir Jasin akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun
Keseksaan kerana dianggap sebagai hasutan dan fitnah.
“Perkasa juga melihat kenyataan A Kadir Jasin ini adalah bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara yang menjadi
tunggak tataurus dan tadbir kerajaan dan seluruh rakyat,” katanya.
4 orang berkata:
tu laa kami mengharapkan pas menang besar utk bela raja2 melayu tapi pas kalah besar dlm pru. ate nak buat mcm maneee?
strategi pas bodoh mcmana nak menang pru?
Pemimpin Pas dah jadi sampah..kalau keluar statement pun dah mcm umno...cari LA idea bernas...
Kalau nk kenal beruk..beruk ph ad kat sini kakakak dimana mana ad beruk ph
Post a Comment