KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN ADALAH KERANA RAMAI AHLI UMNO YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN, KAJIAN KAMU TAK BETUL !
ADA RAMAI ORANG UMNO KATA,"JIKA MEREKA MENGUNDI PAKATAN HARAPAN BERERTI JUGA MEREKA MENGUNDI UMNO SEBAB MAHADHIR, MUHYIDDIN YASSIN DAN MUKHRIZ ADALAH UMNO JUGA.
RAMAI ORANG UMNO YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN SEBAB BENCI KAT NAJIB, DAN PUCUK PIMPINAN UMNO KENA TERIMA HAKIKAT INI
SEMENTARA PENGUNDI DARI PARTI MCA DAN GERAKAN MEMANG MEREKA MENGUNDI DAP &PAKATAN HARAPAN, TAKKAN UMNO TAK TAHU KOT !
SIKAP AHLI UMNO YANG BODOH SOMBONG, EGO,BONGKAKA PERLU DIKIKIS HABIS, SEMUA INI JANGAN NAK DINAFIKAN.
UMNO HANYA BOLEH HIDUP JIKA MEREKA KEMBALI KEPADA DSAR ISLAM.
INGAT, KERAMAT HANYA ADA DALAM ISLAM !!!
INGAT, KERAMAT HANYA ADA DALAM ISLAM !!!
-Pak Karamu-
Nazir mahu orang Melayu terbela dengan Umno
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Umno amat memerlukan kepimpinan yang cerdas dan
berkualiti serta berfikiran jauh bagi memastikan parti keramat itu bagi
merampas kembali pentadbiran Pakatan Harapan.
Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nazir Hussin Ahktar Hussin
berkata, kajian terkini di dapati, hampir pertiga pengundi baru (baru
mengundi pertama kali) menolak kerajaan BN kerana percayakan janji-janji
manis yang penuh keindahan yang ditaburkan Pakatan Harapan.
"Walaupun kini kita telah pun dimaklumkan mereka tidak mampu untuk
menunaikan janji-janji yang mereka canangkan namun ia sudah tidak boleh
berbuat apa-apa kerana kita perlukan lima tahun lagi untuk Umno
merampaskan kembali kerajaan.
"Oleh yang sedemikian, Umno 2018 - 2021 amat perlukan dan dahagakan
kepimpinan yang lebih dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali
sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN yang diketuai Umno," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berharap, seluruh ahli-ahli Umno yang menyanyangi parti keramat
ini untuk terus mempertahankan parti ini demi untuk merampas kembali
tampuk pemerintahan Malaysia.
"Demi perjuangan orang-orang Melayu terdahulu yang terus berjuang untuk
menaikkan martabat orang Melayu maka pemilihan Umno kali ini amat
penting dan perlukan kepimpinan yang cerdas dan berkualiti serta
berfikiran jauh.
"Perjuangan ini belum selesai dan saya akan pastikan orang-orang Melayu terbela dengan parti Umno ini," katanya.
9 orang berkata:
Yang pasti kat selangor dan kerusi parlimen seluruh malaysia, org tolak pas sebab org benci hadi and the gang. Geng lebai kaki penipu suka ambik duit umno. Pengundi pas pun ramai yg undi parti amanah. Syukur mat sabu dah jadi menteri. Gelombang hijau tak menjadi.
Negeri sembilan dan melaka org tolak pas sebab lebai menipu. Yg pas selangor pun dah kena halau. Syukur ya Allah pas kalah teruk. Tapi punyalah bangang mohd amar nak suruh umno bubar parti. Sepatutnya pas yg bubar sebab parlimen bertanding 160 kerusi, target menang 40 kerusi tapi cuma menang 18 kerusi jer. Teruk tu kalah, baik sikit jer dari mca.
Pak karamu, tabung infaq wajib utk perbicaraan di london dah brp puluh juta? Taknak buat perhimpunan fastaqim 3.0 ke? Kurang2 boleh la kutip 5-6 juta lagi kalau buat fastaqim di bulan yg mulia ni.
Ana tau... ana tauu. Ustaz din ayam jer yg tak tau.
satu parti perjuangkan melayu dan lagi satu perjuangkan agama, elok la sesangat kalau umno dan pas bergabung. dulupun nik abduh cakap pas selalu makan duit umno apa salahnya di waktu2 susah mcm ni sama2 bantu membantu. lawan 3 penjuru pun tak dapat tumbangkan PH, pru15 try la satu lawan satu; Pakatan Harapan vs Pakatan Pas dan umno (PASU?). bila dah menang nanti lantik laa presiden umno jadi PM dan presiden pas jadi TPM, lepas tu gilir2 lah... cuba lah... kikiki
Hadi Awang tidak pula kelihatan menziarahi Najib yang sedang berdepan dengan siasatan sebaliknya menemui Mahathir walaupun sebelum ini melontarkan pelbagai kecaman.
“Yang lebih lucu, sebelum dan semasa PRU-14, semua tahu apa yang presiden parti suci tak kata kat Tun. Dan betapa ‘intimnya’ hubungan beliau dengan MO1 (Malaysian Official 1) hingga pernah berpakaian sedondon.
“Dan kita tak rajin juga dengar dia mengkritik MO1 di Parlimen semasa dia sesekali tunjuk muka kat Parlimen.
“Tapi, lepas PRU, tak nampak pula presiden parti suci ziarah MO1 di mana-mana meskipun ‘teman rapat’ sedang sesak dan berduka,”
“Yang beliau (Abdul Hadi) ziarah, lepas PRU nampaknya, tanpa rasa malu dan bersalah, adalah Tun M yang beliau hentam sakan sebelum itu,” ujarnya lagi sambil secara sinis mengaitkan situasi itu sebagai kehebatan politik matang dan sejahtera.
Bro, lebai mana tau malu. Dia hentam tun m tapi bila tun m jadi pm dia pi ngadap sembah. Dengar cerita duit 200juta utk lebai nasha pun dah mula disiasat. Ntah laa.
Kamu lebih sayangkan mat sabu dari ulama pewaris nabi. Sebab itulah kamu menjadi penyambung lidah fitnah dari mat sabu dan huse dan lain2. Klu kamu kata tuduhan kamu itu betul sila tulis komen di sini apa bukti2 dan fakta2 yg sebenar. Jika kamu tak dapat lakukan maka tuduhan kamu itu memang satu fitnah yg sangat besar dosanya.lebih besar dari dosa kamu membunuh ibubapa kamu sendiri.barulah sama taraf diri kamu bersama penyokong2 ph sebiji macam Abu Lahab dan Abu Jahal yg memfitnah Rasulullah saw dan cuba merosakkan dakwah islamiyah yg diusahakan Beginda. Kamu jgn jadi jahil sangat bahawa ulama itu pewaris para anbiya. Klu tiada ulama masakan kamu jadi seorang islam. Oleh itu jgn sekali2 mempersendakan para ulama. Jika buat tuduhan pada ulama datangkanlah bukti yg nyata. Jgn sekadar hearsay saja. Lebih2 lagi berita dan cerita yg dibawa oleh geng2 kmu dari golongan kuffar dan munafiq. Nak kenal org munafiq tu senang saja. Bila dia bercakap dia banyak spin fakta. Lain kali klu kamu jumpa orang yg sebegini kmu mnta dulu fakta darinya sebelum menyampaikan berita tersebut kpd org lain... balik baca quran dan semak tafsir yg ditulis oleh ulama2 besar... baru kamu di mana letak duduknya diri kmu selepas kmu menghina ulama... walla hu aklam.
Beruk2 ph ad lagi rupanya
Post a Comment