Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM KERAJAAN PERAK ADA KAKI ROGOL ?


RAKYAT TAK TAKUTKAH PADA KAKI ROGOL ? DAN KERAJAAN PERAK OK KE DENGAN KAKI ROGOL ?

APA PANDANGAN KAUM WANITA JIKA DALAM KERAJAAN NEGERI ADA KAKI ROGOL ?

-Pak Karamu-

Paul Yong terus didesak bercuti

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Exco Perak Paul Yong yang dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan merogol bekas pembantu rumahnya terus didesak untuk mengambil cuti sementara perbicaraan mahkamahnya berjalan.

Naib Presiden Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Simon Lim Seng berkata penjawat awam harus bersih selaras dengan tadbir urus yang baik.

“Kami terkejut bahawa Yong enggan mengambil cuti walaupun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal Azumu).

“Tuduhan jenayah adalah sesuatu yang amat serius dan dia datang dari parti yang menggalakkan tadbir urus yang baik,” kata Simon dalam kenyataanya, hari ini.
 
Menurut Simon, langkah itu merupakan amalan biasa bagi pemegang jawatan awam dalam sistem demokrasi matang di seluruh dunia.

“Sekiranya Yong komited kepada cita-cita tadbir urus yang baik, parti dan gabungannya ada perlu berjanji untuk menegakkannya, dia harus mengambil cuti tanpa serta-merta. Tidak perlu menunggu sehingga habis perbicaraan,” katanya.

Menurutnya lagi, jika Yong dibebaskan daripada pertuduhan rogol, dia boleh kembali ke jawatan lama.

“Mengambil cuti bukan bermaksud mengaku salah tetapi untuk mempertahankannya kesucian pentadbiran negeri. Ia adalah perkara yang boleh dihormati,” katanya.

Semalam Yong yang juga bendahari DAP Perak mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Meru Desa Park pada 7 Julai, antara pukul 8.15 malam hingga 9.15 malam. Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Ketika ditemui selepas prosiding, Yong bertegas akan meneruskan tugas rasminya walaupun dinasihatkan Ahmad Faizal untuk mengambil cuti.

Dia berkata tiada sebab mengapa perlu mengambil cuti selepas mengambil kira "mandat rakyat" kepadanya.

“Mengapa saya mahu berhenti? Apa sebab saya mahu cuti? Saya masih lagi exco kerajaan negeri. Saya mewakili rakyat," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada media hari ini, Ahmad Faizal berkata beliau akan bertemu Yong dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai exco.

“Saya belum berjumpa dengannya lagi. Bila dapat jumpa nanti, saya akan bincang kerana saya kira pentadbiran kerajaan negeri perlu kita titik beratkan.

“InsyaAllah (dalam pertemuan) kita akan rungkai apa juga masalah,” katanya seperti dilapor Bernama.

Menteri besar itu pada Khamis lalu menasihati Yong supaya bercuti daripada tugasan rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan sehingga proses perbicaraan kes selesai bagi menghormati undang-undang.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Melayu adalah bacul,,,mb perak pun bacul. Rombak exco saja lah. Nasihat kunon,,pui...harap dym sultan perak dapat bertegas. Ampun tuanku.

Anonymous said...

Kakitangan awam kalu sedang menghadapi perbicaraan sepatutnya digantung tugas dan ditahan gaji. Klu tak bersalah akan dikembalikan semula jawatan asal dan dibayar gaji yg tertunggak. Betulkan saya kalu kenyataan saya salah...

Anonymous said...

kalau bang non gi kemana mana mesti ada gambar bang non bersyarah atau salam pemimpin doonia... pergi haji satu sampai la ni tak belanjer gambar



mabrur sungguh ni

Anonymous said...

Kontijen Unit Amal PAS akan berkerjasama dengan Kontijen Unit Sabil UMNO yang baru ditubuhkan.

Unit unit Beruniform dari kedua dua parti ini di bawah Pergerakan Pemuda Parti PAS dan UMNO akan bertindak kedepan membentengi parti di Penyatuan Umah 14.9.2019 #HPI914 nanti.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kita namakan sebagai SKUAD SABIL mengambil semangat “Fi sabilillah” untuk melahirkan generasi pemuda yang sanggup berjuang di jalan Allah, punya akhlaq dan disiplin yang baik, rela berkorban mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.


Tahniah masa bertindak masa berjuang fisabillah di bumi bertuah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.